penyakit episod 3.

Assalamualaikum..


ini sambungan....


Hospital penang.


Bajet masuk hospital penang cuma 3 hari,
tapi awal2 lagi sudah ambil cuti sebulam tanpa gaji.
hambekkk kau...!
itu bukan tanda over eh,itu sebab saya dah tak larat nak kerja.
alang2 nak buat test,jumpa doctor, terus saya  boleh rehat sama.


cce temankan saya.
masuk daftar semua kene check apa2 yang patut.
ambil darah,tekanan darah,berat,tinggi,x ray,ecg dan er...tak ingat hahaha..
ecg tu dia alat yang ada wayar dan pengepit.
depa akan lekatkan pelekat hape entah kat dada,then kepit
pengepit tu kat pelekat.
then depa akan start  buat ecg untuk check electrical activity ke hape entah.
akan keluar kertas yang report tu semua(sesukahaku je =.=").


malamnya puasa.esok nak buat engiogram.
engiogram ni masukkan wayar melalui paha sampai ke dada.
jantung atau paru2 rasanya.
bangun bersemangat tunggu giliran atas katil sambil goyang2 kaki.
nurse  panggil terus berdesup siap pakai baju dan topi macam nak bedah.
duduk pula atas kerusi roda.wow macam nak bedah betul padahal...


masuk bilik sana.tunggu dan tunggu last2 cancel.
katanya kene buat benda lain dulu..
saya terpinga2..what the $%$#%????
ceceh..hey taklah..takde cakap camtu pung..
tapi rasa hampas gila.ingatkan nak buat cepat2 kasi settle semua siap.


esoknye kena buat TOE pula.
TOE ni wayar ada kamera akan dimasukkan melalui mulut sampai
ke jantung atau perut.dalam keadaan sedar tau.
sungguh2 saya cakap kat doctor " pakar hari tu cakap saya tak sesuai buat TOE"
owh pelisss..macamlah doktor tu dengar sangat.
kene buat jugak.


masuk klinik kat bawah untuk mula buat.
mula2 depa spray tekak bagi kebas.sambil spray sambil jolok dengan satu alat.
baru buat sikit saya dah nangis kuat2...haha..
serius seksa !
semua kelam kabut..siap ada staff yang cakap "jangan masuk paper tau"


semua pujuk saya.nurse lap air mata sambil pujuk buat lagi.
saya takmo.untie india kat sebelah baru habis buat,dia  pujuk saya juga,tak jalan.
m.cik sebelah katil saya pujuk.cakap tak sakit pun..padahal dia pun takmo buat dah
hahahaha...
keluar bilik tu senyum macam kambeng...
cce ingat dah settle,rupanya belum.terus dia potpet2..hahaha..


hari2 pun berlalu tanpa buat apa2..
ceehh ayat novel.
dari 3 hari terus jadi berhari2..


plan nak buat lagi TOE tapi saya takmo.
kakak saya carik sedara pengarah hospital mana tah nak minta tolong cancelkan TOE
sebab saya memang takleh buat dengan cepatkan test sebab dah lama masuk belum
buat apa2 lagi.last2 jumpa ketua pakar jantung.
cancellah TOE.


plan buat engiogram semula.
malam puasa dan masukkan air dalam badan.
semua bulu kene cukur termasuk bulu roma.
malam tu bila check darah ada sesuatu yang kurang,jadi kene minum air garam
depan2 nurse.dia ingat saya penakut takleh telan air garam yang meyeksakan itu,
jadi minta saya minum betul2 depan dia...sekali teguk je wahai kakak nurse..
HAHAHAHA gelak hebat..


esoknya tiba turn dipanggil kene pakai semula macam nak bedah.
ada tanda nak period,saya diamkan saja takut tak jadi buat lagi
tak sanggup nak tunggu lama lagi.


masuk satu ruang menunggu.
depa minta saya kecing kat tandas siap2 sebab lepas prosuder nanti
takleh gerak dan bangun selama 6 ke 7 jam.


masuk bilik prosuder.
ada 2 ruang.satu ada banyak macam monitor dan ada beberapa orang handle kat situ.
satu lagi yang akan buat prosuder..macam bilik bedah oii...
seram? takut? takde...saya relaks je hahahah tapi dalam hati
entah berapa ratus kali saya baca al fatihah.


ada 2orang staff perempuan.nurse mungkin.
yang lain semua lelaki termasuk pakar yang akan buat prosuder.
saya kene baring.ada benda besar ditindan atas badan saya.
sebelah katil tu ada tv yang nampak organ dalaman macam x ray.
time ni ada nurse tanya "eh darah ape nih?"
kemudian.."ohh period" hahahah haku duduk diam2 je senah..


mula2 bahagian bawah badan saya terutama kat paha disapu
sejenis cecair.iodin mungkin? *tanya orang pula.
kemudian kawasan paha yang akan dimasukkan wayar tu dibius.cucuk ok.
tak lama pastu wayar dimasukkan pelan2.
melalui tv sebelah tu saya boleh tengok wayar tu dalam badan saya.
dari paha dijolok sampai ke organ.rasanya kat jantung.
mana kenal wehhh nampak pun macam x ray je bukan tv kaler2.


bius kat paha je bukan seluruh badan pun..jadi
saya sedar dan boleh rasa benda tu dijolok dalam badan.
bila kat kawasan pinggang paling sakit.
tiba2 depa bercakap sesama sendiri dan kalut2 masukkan
oksigen kat saya.oksigen yang sangat kuat ok.


bila dah settle saya ditolak keluar kat satu ruang.
m.a lelaki yang tolong cuci dan tampal paha saya.malu ke hape tolak tepi dah..
ade bantal berat diletak atas
tampalan tu untuk elakkan dari keluar darah.
air memang dimasukkan kat badan lagi.
dah settle balik ke katil ward semula.
takleh gerak dan bangun selama 6 ke 7 jam.


malamnya bila dah boleh gerak saya sakit perut sangat2.
bangun pergi tandas.pastu takleh jalan dah.sakit sangat2.
cce ambilkan kerusi roda dan bawa saya balik ke katil.
nurse bagi ubat kk.rupanya saya sengggugut.
time tu saya jarang senggugut,bila sakit camtu rasa macam 1st time tau.
nurse siap cakap "takmo nangis,tak comel dah..tido k"
hahahah ingat lagi nurse india tu.baik tau dia.


esoknya report keluar.
doctor cakap penyakit ni dah effect ke paru2.
depa takleh bedah.takleh buat apa.
saya dirujuk ke pakar jantung kanak2
(sebab kanak2 paling banyak sakit jantung berlubang).
lepas check semua saya dirujuk ke institut jantung negara
sebab pakar tu cakap saya masih muda...mungkin ijn ada apa2 solutions untuk saya.


lepas setengah bulan saya kat ward hospital penang,saya dibenarkan keluar.
cce teman kejap ja sebab pastu dia masuk poli kat pahang.
tinggal la saya sorang2 kat situ.
doctor cakap benda2 yang tak best pasal sakit pun time saya sorang2.
nasib baik mental sangat kuat time tu.
family hanya datang sekali sehari time tengahari bawa makanan kat saya.
kakna sampai berhenti kerja sebab sibuk uruskan saya.
kami semua susah sikit time tu.dengan duit,dengan sakit.
jasamu dikenang*award..hahaha..


keluar ward rasa macam orang baru sedar dari koma.
semuanya rasa lain.jakun betul.
dalam ward kene kurung..takleh keluar hahaha..
kalau boleh pun memang tak mahu sebab saya tak larat.


lepas keluar kene ulang alik temujanji makan bulan,makan tahun.
dari boleh berjalan sampai hanya mampu duduk kat kerusi roda.
bercakap memang taklah sebab suara dah takde.
saya banyak diam.


kenangan kat sana sangat banyak.lama kan saya masuk sana.
kerenah doctor yang kejap itu,kejap ini.
melawan sakit,melawan perasaan rindu keluarga dan rumah.
melawan mental supaya kuat terima berita negatif dari doctor.


nurse semua baik2.saya selalu tak suka nurse hospiral gov,tapi saya suka
nurse hospital penang.semua baik dan sporting siap boleh jadi kawan2.
pesakit2 lain sangat best.mungkin sebab saya sorang muda,
yang lain tua2 dah.
paling rapat dengan m.cik katil sebelah.baik sampai keluar dan pergi mekah
siap tolong doakan saya :')


saya tak akan lupa bangun awal2 pagi berebut mandi kat tandas
sebab doctor melawat awal.
saya tak akan lupa m.cik sama ward dengan saya seludup garam
tambah dalam makanan hospital sebab semuanya tawar saja.
berkongsi makanan memang dah lali dah.
saya tak akan lupa yang kami semua bosan duduk lama dalam ward sampai
selalu nak main2 dengan doctor dan nurse.
siap ada doctor kegemaran lagi.
bila time ambil darah semua minta doctor perempuan tu yang cucuk sebab tak sakit.
itu semua kenangan.saya tak pergi hospital penang dah skang.

p/s: saya paling ingat kata2 sorang pakar kat penang.
"operation cepat2(kalau boleh),kalau tidak kamu
akan merana seumur hidup".
saya benci kata2 beliau..tapi rupanya memang betul apa
yang dia cakap..'merana'..hmmmm..


sorry kalau entry ini panjang sangat.
saya cuma nak share.
saya cuma ingat kenangan lama ;)
nanti akan datang saya citer pasal pergi ijn ok.


like fanpage kalau sudi.


klik nuffnang nak bedah.amin..


tenkiu.