Review produk skin recovery pearl essence mask.

Assalamualaikum...

baru je eh bebel2 cakap takde masker yo yo ooo kat pasaran tu semua..
sungguh,memang dah beberapa tahun tak beli.
takde napsu ke situ katenye..scrub dan masker pun buat tradisional saja..
punya rajin la kata..anak dara kan..uollsss nih..hihihihihihihi...(>_n*)


baru2 ini gila mentengok drama korea..
asik tengok diaorang pakai masker keping2..terus dahku pun teringin..
tak pasal2 betul..kesian kocek dahku..tapi nasib bahek murahan saja..
kalau mahalan dahku babai awal2 lagik uollss..UHUK2..*tak paham kenapa mesti batuk2.


mari kita mulakan...!

ini packaging dia.
kalau tak reti baca korea sila jangan buang tebiat nak pura2 paham ya.
bahasa inggeris ada,baca saja yang itu.

JENAMA: purederm skin recovery pearl essence mask.
KUANTITI: 1 keping dalam 1 paket.
HARGA: RM5.90
TEMPAT BELI: Watsons.

KATA PENGELUAR:
*serbuk mutiara telah menjadi kegemaran wanita asia sejak sekian lama
untuk melindungi dan mencantikkan kulit mereka.

*serbuk mutiara mempunyai kualiti menakjubkan untuk membantu
meratakan tona kulit,meremajakan kompleksi,meghilangkan noda,
mengecilkan pori dan mengurangkan kemerahan kulit.

*kepingan pulpa semulajadi(kepingan mask) melindungi dari masalah kulit dan
melekatkan kepingan mask ke kulit dengan sempurna.

CARA GUNA:
1) cuci muka dengan pembersih.lap kering.

2) lekatkan kepingan mask ke muka.
nak pakai baru buka dari pack dia ok.kalau buka awal2 nanti kepingan mask
akan kering.lepas buka terus je pakai.

3) pakai selama 15 ke 20 minit.

4) lepas tu tanggalkan mask.urut2 atau tepuk lembut muka supaya
lebihan cecair dari mask akan meresap ke kulit.

5) lepas tu boleh pakai produk kecantikan kita macam krim malam ke,pelembab ke kan.
tapi saya biar camtu je.tak pakai apa2..saja nak tengok kesan mask nih.
seeloknya pakai waktu malam,time tido nanti kulit akan
dibaikpulih dan apa2 produk rawatan yang kita pakai akan bertindak
dengan berkesan.


AMARAN !
*elakkan guna kat kulit yang bernoda,jerawat,iritasi atau selaran matahari(sunburn).

*hentikan penggunaan dan jumpa doktor sekiranya kulit mengalami kemerahan,bengkak,
gatal dan kesemua simptom selepas penggunaa.

*jauhkan dari mata.jika termasuk ke dalam mata,bilas dengan air.

*jangan guna jika kulit sensitif kepada tape atau pembalut.

*elakkan dari menyimpan dibawah cahaya matahari,suhu terlalu tinggi atau rendah,
dan jauhkan dari kanak2.


GAMBAR KIRI:
kepingan macam tak muat muka saya.
tak dapat tutup dagu,hidung,tepi hidung dan atas kening.
kat tepi2 muka macam terlebih la pulak.
kat mata tu boleh je kalau tutup terus kelopak,tapi kat paket dia suruh
lipat kebawah mata camtu je.


GAMBAR TENGAH:
saya tarik2 dan lipat sikit untuk tutup kawasan2 tadi.
pandai2lah kan..rugilah kalau biar camtu je tak kena kulit.
tapi tarik pelan2..kang dia koyak..tu pun tepi hidung ada koyak sikit.


GAMBAR KANAN:
pasal kat tepi hidung tu takleh tarik2,
tanggal je mask tu,saya guna mana2 bahagian yang masih ada sisa cecair
untuk lekat kat kawasan tepi tu.
biar 15 ke 20 minit gak lah.

p/s: cecair kat kepingan mask cukup2.
tak banyak sangat macam sesetengah mask sampai meleleh kat muka.
pastu ada bau wangi..saya ok je dengan bau wangi tu,tapi untuk sesetengah orang
mungkin tak suka.


GAMBAR KIRI:
lepas 20 minit saya tanggalkan mask tu.
time nih kat dahi dah kering tapi kawasan lain masih ada sisa cecair mask.
lepas tu saya tepuk2 kulit bagi sisa cecair meresap.
takyah cuci dengan air dah.kecuali kalau rasa tak selesa.

GAMBAR KANAN:
lepas pakai tu saya tak guna apa2 produk lain kat muka.
kulit jadi lembut dan lembab.pori2 kulit saya yang terbuka tu dah nampak kurang jelas.
kulit nampak licin dan kilat2 tapi effect cerah tak berapa ketara sangat la.
lepas pakai dalam beberapa jam kulit saya macam gatal2 sikit..
terus saya cuci muka.kulit saya memang camnih..ada sesetengah produk
yang akan buat kulit saya gatal2.


pori saya sebelum dan selepas.
saya edit tepi2 muka kasi blurr untuk fokus ke kawasan pori2 tu..
takde edit bagi kecik pori ke hape..kat pori tu 100% takde edit.

ada sesetengah produk tia saya yang dah habis.
tak beli baru lagi,so guna apa yang ada ja.
lepas tu pori2 saya terbuka balik..
bila nak pakai mask nih saya try lah tengok perbezaan dia
sebab kata boleh kecilkan pori kan..
memang ada beza sikit.


takdelah kecil terus pori2 tu,cuma kecil sikit dan tak nampak jelas.
kira ok sangat2lah..ingat senang ke nak kecilkan pori?
susah weh..


P/S: GAMBAR KULIT TAKDE EDIT2 K.


like fanpage saya kalau sudi
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik nuffnang nak bedah..amin.


tenkiu.




31 comments:

Fiq Fikri said...

thankss nenek berkongsi huhuh menarik ok sbb muka pokcik pun ad lobang cm nenek tu huhuh

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

lelaki bole pakai x nenek???

Nurul Husna Mohd Hassan said...

wah memang berbeza sangat2. confirm lepas ni kulit zoey lagi halus mulus :)

izyantyPersonalTaste said...

nak cuba jugak lah...pas nie leh terjah watson huhu

aizaAQIRA said...

Alaaaa...nk jgk tp ble mse plk la nk p watson tu..pori2 sy t'buka sbb tu kulit b'minyak..kn??hehe

nur anis said...

saya kalau pakai masker ni x de 20 minit..baring-baring, pejam mata..sedar-sedar dah esok paginya dah..dah kering pon..huhu

✿ pink velvet ✿ said...

wahh... mcm bagus je ni sbb kulit kite mmg ketara pori lah cik zzy, sedey, uwaaa~~

Syuhada said...

kalaulah watson bergeraak cm mamak jual roti..skrg jugak Syu beli...

ieda said...

Ee..mcm besh je pkai produk 2..mask 2 pkai semggu sekali je kn?? Cantik r kulit akak..Gebu, licin, bersih..Mcm kulit owg kOrea g 2..hihi..Suke2..=)
Nak try r t..Thnkz fOor Share!!..=)
Msti try!!..huhu

ieda said...

Cantiknyerr kulit akak..Bersih, licin, gebu..suke2..nk try r t..die pkai smggu sekali kn?? da mcm kulit owg koOrea g 2..huhu..Thnkz for share..=)..

zOeY zAu YaH said...

fiq: hah pokcik kene try..hihi..

zOeY zAu YaH said...

hencik patik: boleh je babah..pasnih bertambah handsome lah kata haha..

zOeY zAu YaH said...

nurul: haha..saja ja try pakai yg nih..ok gak lah.

zOeY zAu YaH said...

izyanti: terjah2..hehe..

zOeY zAu YaH said...

aiza: yup..sbb kulit berminyak.

zOeY zAu YaH said...

nur anis: tu lah kan..sampai terlelap.

zOeY zAu YaH said...

pink: trylah.takdelah kecil terus tp saya guna mmg kecil jadinya.

zOeY zAu YaH said...

syuhada: takpe lain kali beli erk..hihi

zOeY zAu YaH said...

ieda: ada mask boleh guna hari2,ada mask guna seminggu sekali atau 2 kali saja.kene baca btl2 arahan dia.kulit saya pun ada masalah gak..hihi..

are_lin@yu said...

tak pnh pakai mask..teringin plak..kulit pun dah kusam..huhu

Feza said...

kenapa awak flawless sgt. jealous gila nih. hahaha. btw dah penah try tapi takde effect. member cakap kulit saya kulit buaya sebab tebal sgt. hahaha.

ZieRa said...

Ziera teringin nak pakai mask..tapi, ziera ade mals sikit..hahhaa..

zOeY zAu YaH said...

are_lin: try lah pakai..sekali sekala pakai best tau.

zOeY zAu YaH said...

feza: ye lah kan dia bkn berkesan untuk semua jns kulit..try yg lain lak k hihi..

zOeY zAu YaH said...

ziera: hehe..klu mls x leh buat apa lah..haha

Cik Wani said...

waa..cantiknya kulit :)

Mizz ErMa said...

wah, berkesan betul lah mask nih..bila pg watsons nnt nak cari la jgk mask nih walaupun sy xbiasa sgt pkai mask2 bagai macam nih..hik3,

miszatie said...

mak aihh cptnye recovery dia..huhuhuu

♥e'in♥ said...

wah.. e'in tak penah pakai mask..

SyArIfAh NuRuL hUsNa said...

wahh...kene try ni..

SyArIfAh NuRuL hUsNa said...

kene try ni..