tips nak bagi mekap tahan lama cara zoey zau yah.

Assalamualaikum..

nahhhh muka gila kuasa bersama slogan
"jangan risau kawan,mekap kamu pastu bertahan dengan tips dari saya weeewwiittt"
amboi...panjangnya slogan beliau ini (n_n")


saya pasti mesti ramai gilas yang akan bebel2 kat saya macam ini
"sombong nak mamp"
"mesej tak balas,berlagak"
"kedekut ilmu"
"blablabla"
blablabla tu saya sengaja tulis macam itu taknak bagi hati luka parah tercalar lebih teruk..
bhahahha..over kau nyah...



mesti awak2 semua tertanya2.."hey ape bebel2 nih?"
saya ini sebagai jurusolek selalu je dapat mesej dan komen kat fb
yang tanya camne nak bagi mekap tahan lama,tak bercapuk,
terutama untuk kulit berminyak.
tapi saya hanya baca di angin lalu pastu duduk diam2 takde balas apa..
bhahhaa...giler arrr sombong budak nih.



eh tak..tak..bukan sombong cuma banyak sangat..
lebih baik saya tulis di blog saja...
menjawab soalan yang sama dengan satu entry sahaja..
ceceh..
m( _ _)m


silalah percaya bila mekap saya tak guna make-up base,face primer dan sewaktu dengannya.
tapi mekap saya telah bertahan dengan jayanya dari pagi sampai ke malam
takyah tacap2 dah uolsss...
rahsianya? ok fine..takyah berlagak cakap macam pengeluar kosmetik je eh..
meh saya kasitau meh..



orang kata sapu muka guna ais,pakai itu,pakai ini sebelum mekap,
tapi saya tak buat pun camgitu.cara saya simple saja.
hahahaha..hey..hey..ape motif gelak ni?



1)sila cuci muka bersih2.
tanggalkan kesan mekap lama terutama kesan hitam eyeliner dan maskara kat mata.
kemudian cuci guna pencuci yang sesuai dan bilas bersih2.
pakai toner dan pelembab.
kalau kulit jenis berminyak,guna sikit je eh..jangan sampai lembab sangat.


tahu tak bila kulit bersih,takde kesan mekap lama,takde kesan minyak
mekap senang lekat dan jadi cantik? dulu tak tahu,sekarang sudah tahu...
kahkah..sendiri tanya sendiri jawab.



2) sapu foundation seluruh muka.sapu rata2 guna span atau berus.
sapu sikit2 dulu kira selapis...
dah rata tu,tambah lagi foundation dan sapu rata2 lagi.
kalau masih ada cela atau apa,tambah lagi foundation dan sapu rata2 lagi.
sapu sekali kat tepi hidung,bawah mata,kelopak mata,
semua2 bahagian muka.jangan tertinggal sikit pun.


foundation berlapis2 dengar macam tebal,tapi ini adalah penting untuk bagi mekap tahan.
kalau kita sapu rata2 memang tak akan nampak terlalu tebal.


jangan pakai foundation terlalu nipis.
orang kata mahu natural itu pasal sapu nipis2..
tapi percayalah,muka akan bercapuk,cela tak dapat disamarkan
dan sapuan mekap yang lain tak akan tahan lama.


foundation yang disapu rata di bawah mata dan kelopak mata
akan buat eyeshadow nanti menyerlah,senang disapu dan tahan lama.
kat muka pulak akan buat blusher senang disapu,cantik dan tahan lama.


untuk kulit berminyak sila guna foundation samada jenis mosse,krim yang likat
dan paling sesuai adalah stick.kalau jenis kalis air lebih bagus.



3) pakai concealer kat bawah mata dan kawasan yang nak disamarkan macam kawasan berparut.
pedap2 guna jari atau span.
pastikan betul2 rata takde tompok2 ke capuk2 ke ok.


concealer jenis krim paling berkesan samarkan parut2 tapi sila sapu rata2.
kang garis halus atau hitam2 lagi jelas kelihatan.
takmo kan? takmo kan?
haa tau takut...



4) sapu bedak rata2 seluruh muka.
tak kira jenis loose powder atau compact,yang penting sapu je rata2.


bila asas dah baik,dah boleh mula mekap yang lain dah.
yang pentingnya adalah asas.ni yang buat mekap cantik dan tahan lama.


P/S:
pelis2 pakai foundation dan bedak yang sama kaler dengan kulit.
concealer pula satu warna cerah dari warna fondation.
contohnya foundation dan bedak kaler medium,concealer mesti kaler light.

cara pilih warna foundation dan bedak senang je..
try sapu tebal2 kat rahang.tengok kat bawah cahaya cerah.
kalau warna tu 'hilang' takde kesan putih atau gelap,
itulah warna yang sesuai untuk kulit.


tahu2..mesti orang tanya pula jenama bedak yang bagus.
sila klik kat label 'PRODUK REVIEW' ye kawan2.
semua yang bagus saya review kat situ.



like fanpage saya kalau sudi.
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage
cover photo untuk page saya dah baru uolsss...gediks2 dan agak gila kuasa
bhahaha..


klik nuffnang nak bedah..amin.


tenkiu.