cara saya pakai skirt labuh

Assalamualaikum..


bila orang tanya camne eh nak pakai skirt labuh bagi nampak kemas2
cantik2 tak selekeh?
terkebil2 mata saya nak menjawab..
ini serius..saya bukan fashionista,tak pandai pun bab fesyen.
pakai apa2 mesti nak main hentam je.


tapi pasal awak2 comel je dok tanya saya kan..
so saya pun secara comel jugak nak bagi tips cara saya pakai okes..
*yooo oo ooo jek cakap hakus pun comel kah kah..



pembukaan kenelah letak gambar model dulu..HAHAHAHA...
model tiang pun tak lepas ada hati cakap model?
puuiiii!


IKLAN:
nak beli skirt cantik sila terjah >>> pelangiheritage.blogspot.com


YANG TAK SESUAI....kuang..kuang..kuang..
*ceh effect bunyi cam takde keje sangat dah..=.="


KIRI: 
skirt dengan kemeja taruk luar.
tak sesuai sebab nampak tak kemas dan pendek.


KANAN: 
ini pun sama.macam hilang akal je saya bagi contoh dress/blouse(hey ape2 je lah)
dengan skirt labuh..tapi jangan tak tahu ade yang pakai gabungan ini ok.
saya rasa sangat tak sesuai..
yang pendek akan nampak lagi pendek..yang berisi akan nampak bertambah berisi
dan yang kurus nampak selebet(amboi bahasa dia..).


KIRI:
T-shirt dengan skirt.
tak sesuai.


KANAN:
ini T-shirt ikut badan yang labuh.
tak sesuai gak...rasa cam biasa2 sangat eh..


satu lagi nak pesan.
kalau badan anda berisi tolong jangan skirt labuh dengan baju yang besar2,gelebeh2 atau rambu2.
kang nampak bertambah berisi malah pendek juga.


ini pandangan saya.
kalau yakin nak pakai memang takde hal sebab fashion nih lebih kepada
keyakinan bila pakai.
pakai pi lah selekeh atau serabut camne pun tapi kalau yakin semuanya
akan nampak sesuai dan cantik.
paham ke tak paham nih?
tak paham? takpe...
*lari laju2 masuk bilik.


bawah ni pulak cara yang saya selalu pakai..


puffy shoulder blablabla(taktau sebut hapa hahaha!).
yang saya pakai nih besar skit sebenarnya..tapi takpe..yakin diri sambil bernyanyi lalalaala
kat dalam hati..


saya pakai puffy shoulder blablabla tu taruk kat dalam skirt.
pastu bubuh aje clincher/belt kat luar.
kalau taknak pakai clincher/belt tu pun takpe..asalkan pinggang skirt tu
cantik dan bukan getah yang kedut2 tu.


skirt pink tu ada pinggang yang catik tapi pasal saya salah bagitau ukuran,
jadi terbesar skit..nak bagi terletak elok kene gak pakai clincher/belt tu kat luar.


ini yang terpaling suka.
pakai kemeja taruk dalam skirt pastu pakai clincher/belt kat luar.
nampak semat2 gituuuuu...


skirt tu pinggang dia getah yang kedut2.
so saya cover dengan clincher/belt.
yang ini pakai takat pinggang je..nak pakai bawah dada pun boleh.
kira macam high waist lah kan cuma kena hati2 kang skirt jadi pendek kat bawah.


gaya yang sama tapi ini pakai takat bawah dada.
nampak tak skirt dah jadi pendek atas dari buku lali.
tapi saya cover dengan stoking.


ini dress labuh tapi boleh jadi skirt juga.
kita bercakap fungsinya sebagai skirt ok.

pakai aje jaket atau cardigan kat atas.
jaket yang saya pakai tu jenis pendek takat dada je..



ini cara saya sendiri yang pakai.
tapi jangan salah sangka.
saya tak kisah apa pun cara orang lain pakai.
takde nak kutuk2 ke,gelak2 ke sebab saya tau setiap orang
ada cara sendiri dan merendahkan style orang bukan diri saya.
*buat baik lak makcik nih haha..


P/S: entry ni dah lama taip tapi tersimpan kat draft terus tak ingat2 dah.



like fanpage saya kalau sudi.


klik iklan nuffnang nak bedah..amin..


tenkiu.