korean makeup tutorial(park bom 2Ne1)

Assalamualaikum..

hai awak2..hari ini saya rasa saya korea..
salah baca ke?
sila ulang semula..
.
.
.
saya rasa saya korea..
KAHKAHKAHKAH PUIIII !


saya ni peminat 2ne1.
lepastu saya pun bajet korea walaupun muka langsung tak korea.
bercakap lagiklah kan..bahasa melayu sendiri pun sudah sangat kasihan,
inikan pulak bahasa korea comel2 tu.terus tak comel dah..


hey.hey..sudah alang2 saya membajet korea tu
terus je nak buat mekap ala2 korea.
tapi bukan style comel2 macam tutorial saya yang lepas,
tapi ini ala2 kumpulan 2ne1 pujaan diriku itu..
tang mata dia tu mak hoiiii..ranum menggiurkan betul..
over tau..!



sebelum dan selepas.
kiri tu sebelum mekap.sendiri tengok pun sendiri rasa macam alien..
kanan tu dah jadi park bom tapi ini versi parkbombastik lah kah kah..



gara2 terjumpa gambar ini terus tidur termimpi2
nak buat mata macam dia.



ini adalah hasil dari diri sendiri berpenat lelah membuat ekspresi mata sekuyu yang boleh.
mata seperti bola sepak memang sangat susah nak buat mata kuyu2.



mekap park bom ke minah arab?
tak..tak..saya minah melayu..


ohoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii(m daud kilau),suka betul dengan mekap mata ini.



ini video tutorial.
*KALAU TAK BOLEH TENGOK VIDEO NI SILA BERITAHU SAYA OK?


* ini bukan tranformasi nak jadi park bom ke hape.
cuma inspirasi mekap dia saja.jadi jangan nak hentak2 kaki
tengok muka zoey tak jadi muka park bom.

*saya tak tahu sangat camne si park bom tu mekap mata dia.
bentuk mata pun tak sama,jadi saya main hentam je semua2 nih.
sila jangan lempang saya.

*abaikan je apa yang saya tulis dalam video ini.
serius main hentam sebab mood hilang akibat movie maker meragam.
buang lombong kang !

*video mekap korea saya dulu tu ada gak yang komen
saya tak guna pun barang macam korea.
tak guna lip tint,tak guna si polan,si pulun..
alahai cik jenab..kalau nak mekap takyah ler 100% nak sama.
saya jenis guna je apa yang ada..kreatif skit.
takkan korea guna barang cap super gojes yang hanya ada di korea,
awak pun nak terbang pergi sana beli benda itu? sila jangan membazir.
tiru mekap dia je,bukan sekali barang 100% sama..melainkan kalau memang dah ada.


PRODUK YANG SAYA GUNA DALAM VIDEO:

garnier bb cream.
elianto cream concealer.
pixy two way cake powder.
japan eyebrow liner(dark brown).
maybelline hypersharp liquid eyeliner(black).
maybelline gel eyeliner(black).
maybelline falsies mascara(black).
elianto eyelash curler.
essence eyeliner(blue).
miss rose 3D eyeshadow(blue).
silkygirl eyeshadow(beige,soft brown).
double eyelid tape.
fake lashes(tebal).
danny pallete blusher(soft pink).
maybelline moisture shine lipstick(soft pink).



penat la weh buat mata kuyu..bahek hakus tido jek lagik senang
ha ha..



ok..ini adalah diri saya sebenar..
mata luas terbentang dengan senyum meleret...
tumpang lalu makcik..ade anak teruna kacak ke idak?
hahahhaha mak aku baca nih kene lempang kang..


like fanpage saya kalau sudi.
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik nuffnang nak kawen.


tenkiu.