tips kalau kita nak belajar mekap.

Assalamualaikum..


saya bukan je mekapkan orang,saya juga ajar orang mekap.
kelas sendiri atau dijemput,memang macam2 ragam orang yang belajar mekap nih..
tapi takpe..pengalaman..takde yang sampai saya bersangka buruk pun.
HAHAHAHAHA...weh apesal gelak nih? 
takyah jawab...NEXT !


1) beri tumpuan..
walaupun ada bab2 yang bikin hotak sedu,hati malas,mata layu,
tapi sila beri tumpuan secara 100% kuasa kuda.
kalau awak2 asyik menguap 100 kali dan tak beri tumpuan,
secara otomatik si tukang pengajar tu akan fikir awak tak minat,tak bersungguh
untuk belajar..maka sebakul ilmu yang dia nak ajar tu dah tinggal seciput
pasal dia rasa buat apa nak sungguh2 ajar padahal awak2 macam tak minat je..


2) merendah diri dan buat tak tahu walaupun awak dah tahu pasal teknik/cara tu.
jangan asik nak cakap 
"hari tu belajar kat orang tu dia buat camnih",
"saya selalu buat camnih"
setiap tukang ajar tu ada teknik/cara dia sendiri..
amik je ilmu yang dia tunjuk tu.


3) jangan komplen atau banding2..
sila jangan komplen si tukang ajar mekap tu..
pertanyaan takpe..lagi digalakkan tapi pelis2 jangan komplen2..
belajar kat mana2 tukang mekap pun sila jangan komplen.
bila orang tu ajar/tunjuk,janganlah awak cakap
"tak cantik"
"jurusolek yang saya pi hari tu buat lain"
"yang saya pi hari tu cantik sangat dia mekap,yang ni macam tak sesuai dengan citarasa sayalah"
kene ingat ye,setiap jurusolek ada cara,teknik dan style dia sendiri.
awak ambil je ilmu dia yang dia tunjuk tu walaupun awak tak suka.
banyak teknik,banyak cara,banyak style,maknanya awak ada banyak kelebihan dan ilmu.
takdelah statik pada satu cara yang awak suka saja.


4) memperlekehkan jenama jurusolek tu guna..
ada sebablah kenapa seseorang jurusolek tu guna sesuatu jenama tu.
jangan dok pi pertikai pulak..
ada je orang yang cakap kenapalah guna jenama nih padahal jurusolek artis semuanya
guna guna jenama si polan,si polan..
padahal dia taktau jurusolek artis guna jenama lain bukan jenama yang dia sebut.
maksudnya kat sini,kita mungkin rasa lebih tahu dari jurusolek tu,
padahal kita salah,jurusolek tu lagi tahu..kan dah malu..
ingat ya,jurusolek lebih tahu bab2 ni semua..sebab mereka sangat berpengalaman
dan belajar bab2 nih dari basic sampai ke professional.


5) module mekap..
ada kelas mekap yang ajar untuk mekap2 tertentu macam dinner makeup,
wedding makeup dan macam2 lagi.
ada juga yang ajar dari segi teknik.
tanya betul2 sebelum belajar.
jangan sampai time belajar nanti awak komplen2
"saya nak belajar mekap macam tu,bukan macam ni"
haaa jangan camgitu..


6) asik cakap tak tahu...
tujuan awak amik kursus mekap sebab awak nak tahu apa yang awak tak tahu.
bila jurusolek tu tunjuk dan minta cuba,awak cuba je.
jangan kerana awak tak tahu,awak asik cakap tak tahu dan takmo buat.
try je apa yang diajar,kalau tak betul,jurusolek tu akan bagitau dan tunjuk
cara yang betul kat situ jugak.
jangan malu,jangan segan..belajar je sampai tahu ok.


7) lain yang diajar,lain yang dibuat.
jurusolek ajar teknik lain,tapi awak taknak buat..
awak nak buat jugak teknik yang awak biasa buat..
teknik yang awak dah tahu..
jangan camtu...rugi sangat2 tau..
buat ape yang nak buat benda yang awak dah tau..
ada teknik dan ilmu baru kat kursus yang awak amik nih..
jadi sila try..dapat ilmu baru,bertambah lah pengetahuan dan pengalaman awak nanti.


8) bandingkan2kan.
jangan bandingkan2 terutama bab harga antara
kursus tu dengan kursus yang lain.
memang patut banding untuk dapatkan yang betul2 awak mahu,
tapi sila jangan bagitahu secara tak pasal2 dekat orang anjurkan kelas tu.
awak kene fikir,harga lain,maknanya caranya pun adalah lain.
tak sama punya.ini juga untuk elakkan dari jurusolek tu berkecil hati atau apa.
ingat ye..kita jangan sesekali kecilkan hati orang
terutama yang lebih tua dan berpengalaman dari kita.


saya sendiri selalu je buat2 tak tahu apa2 kalau pi mana2 kursus..
sebab saya nak belajar cara jurusolek/cikgu lain pulak.
taknak statik pada satu teknik je.


pesanan yang terpaling penting ialah sila jangan bazirkan duit awak.
awak dah bayar untuk belajar tu,tapi tersangatlah rugi kalau awak tak 
serap ilmu2 tu semua.


P/S: ini semua dari pengalaman diri sebagai student(time pi kursus tu semua).
tengok student2 lain punya kerenah kadang2 buat saya
rasa nak cakap "DIAM KAU !"
belajar la weh,amik ilmu..jangan asik amalkan sifat2 diatas2 itu...
rugi uolsss..
nasib baik semua yang belajar dengan saya bagus2..


sesape nak belajar mekap dengan saya boleh mesej kat inbox fanpage.
like sekali  fanpage saya kalau sudi.

abaikan tarikh yang dah lepas tu.dapat sijil uollsss...
cepat join sebelum harga berubah lepas ni ok.


klik nuffnang nak bedah..amin.


tenkiu.


27 comments:

Feza said...

nak belajar!

♥ aeryn ♥ said...

wahh.. betul2 tu . kalau nak belajar, buat cara nak belajar.. kan... :)

MiSz fiFiEyQa said...

nak sgt belajar mekap..yg simple2 pun jadi la..tp tu la..masa takde pulak..huhu

Nur Najwa Bt Ibnu Pajar said...

nak bljr gak!

azzahoney said...

true, :)

rafaliah said...

wahh! menarik nih. nak belajar jugak! :-)

Azee Hana said...

nak belajar jugak la makup..leh makup sendiri tyme kawin nanti...ahaha

.::: Princess MOMOY :::. said...

baik cikgu
hihi...
momoy memang nak sangat belajar basic pakai foundation
tapi masa masih tak mengizinkan

zOeY zAu YaH said...

feza: =)

zOeY zAu YaH said...

aeryn: ye..sbb org nk bg ilmu kita kenalah ambil elok2.

zOeY zAu YaH said...

misz: ehehehe bz ya.

zOeY zAu YaH said...

nur najwa: sila2 hehe..

zOeY zAu YaH said...

azzahoney: kan?

zOeY zAu YaH said...

rafaliah: hehe..belajar2..

zOeY zAu YaH said...

azee: hehe..

zOeY zAu YaH said...

momoy: kene carik masa gak haha

Aisya J said...

wahhh! teringin nak belajar!

Nur Farah Hani said...

nak belajar gak!! suatu hari nanti.. hehe

Iqa said...

salam, orang mcm2 ragam kan ^^. xsuke orang yg ske compare2. knowledge tu byk, tapi at least kita bole tambah ilmu bila belajar dgn ramai orang ;)

Nora_Aniza said...

mai buat kat KL pulak..kulim jauh sgt nak g..hehe

Mizz ErMa said...

0o0o..sy pulak xpenah rasai lg pengalaman p kelas mekap..biasa cik zoey ambik msa bape lama utk ajar kelas mekap nih?

zOeY zAu YaH said...

aisya j: meh la kulim hihi

zOeY zAu YaH said...

nur farah: hehe..

zOeY zAu YaH said...

iqa: yup btl tu.jgn statik je.

zOeY zAu YaH said...

nora: insyaallah 1 hari nanti..

zOeY zAu YaH said...

mizz: mksud cik emma apa ya? kalau saya yg ajr org 4 ke 5 jam.ka;au saya pergi kursus mkp pun sama ja tp ada yg ambil masa 2,3 hari..ada yg berbulan2..ikut peringkat dn teknik.

.::: Princess MOMOY :::. said...

momoy org KL tapi keje trggnu
momoy ingatkan kat KL rupanyer dear kat kedah kan
ish... jauh ni
kalau momoy de ada keje kat PFK nnt momoy call