Review contact lens i fairy moe moe brown

Assalamualaikum..

hari itu tak pasal2 wall saya naik satu gambar model korea cun
mempakai lens yang berwarna cun bagi saya.
terus hati melonjak keriangan nak membeli..
keriangan kat sini maksudnye macam riang ria hari raya dan sewaktu dengannya.
indahnya sungguh dihari raya..ramainya orang bersuka ria..
haa kau tengok tu?


lets review bebeh..

  
taaddaaa... ! sudah berjaya membeli lens yang dirasakan gojes nak mamp..ini.
power sudah tidak terlalu tinggi.
hey ini power rendah,macam mana mahu berlawan dengan power rangers pink nanti?
tak cool lah macam ini..
(cita2 time kecik nak jadi power rangers,skarang besar jadi raksasa pulak).
errk eleehhhh...


lens ini dalam botol dan sticker adalah original.
jadi ianya lens i fairy original.

jenama i fairy moe moe brown.

diameter 16.2mm(besar).

jenis soft lens iaitu lembut.

45% plyhema dan 55% kandungan air.

harga RM25 kalau tak salah.

tahan 1 tahun tapi saya tak pernah guna sampai 1 tahun.
lepas 2,3 bulan dah tukar baru.


 
corak lens tersebut.
warna menarik kan..
itu pasal tuan blog ini sungguh2 je beli konon nak lawa la kan.


ada ring(keliling hitam) tapi ringya kecil dan pudar.

warna coklat nampak pudar tapi bila pakai warna dia nampak sangat terang.

walaupun jenis lembut,tapi sebenarnya dia tebal sikit atau boleh dikatakan normal?
bukan lembut atau nipis.


sebelum dan selepas pakai.

nampak effect besarkan mata tapi tak sehebat macam lens jenis kira2 ke kan.
sebab corak tu.

warna takdelah coklat betul2,lebih kepada perang tapi sangat terang.

ring nampak pudar,so effect besarkan mata jadi kurang sikit.

bila pakai rasa tak selesa..oucchhh !
ini terpaling tak best.
saya selalu beli lens saiz besar sebab mata rasa selesa tak sakit,
tapi yang jenis ini sakit pulak.rasa ada benda dalam mata.
cuci betul2 pun rasa lagi.dua2 belah pulak tu.
mungkin sebab lens tu tebal sikit kot.



pakai lens dan mekap.
serius warna ni langsung tak sesuai dengan saya.
saya pakai 2,3 kali saja lepas tu stop sebab tak selesa dan warna tak sesuai.


saya dah beli yang baru untuk ganti sebab lens semua dah lebih 3 bulan.
nanti saya review k.
uolss nak try silalah beli.
tak sesuai untuk saya tak semestinya tak sesuai untuk uolss jugak.


like fanpage kalau sudi,
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik nuffnang nak kawen.

tenkiu.