review masker muka milk extract brightening mask

Assalamualaikum..


dah lama giler beli masker ini,tapi baru sekarang teringat mahu pakai.
pakai waktu siang pulak tu..
takpe..dimaafkan pasal malam2 saya adalah pemalas gila nak pakai apa2
lepas tu tangkap gambar kelik,kelik pastu masuk dalam belog
sambil potpetpotpet bercerita dengan bersunguh-sungguh seolah2
karam singh walia berpantun 4,5 kerat =.="
ade kaitan ke?
TAK PONNNN...


saya tertarik nak beli sebab dia comel !
brand ni ada macam2 masker untuk keperluan yang berbeza tapi semua comel2.
lagi tertarik sebab dia tulis MILK !
bajet comel lah kan..huhu (u_u')



muka hadapan packaging.


nama: milk extract brightening mask.
harga: RM6.90 atau RM5.90 *tak ingat lah uolss..
kuantiti: satu keping dalam satu pack ini.
kuantiti esence: 30ml
tempat beli: watsons.
negara pengeluar: tengok macam dari korea atau jepun,tapi sebenarnya
dikeluarkan di taiwan.
*nasib baik taiwan kulit lawa jugak,kalau tidak maunye
saya gigit2 masker ini tanda protes..
punah harapanku mahu membajet comel seperti korea dan jepun 
muahahaha..



rupa belakang packaging.


ada cara2 guna,
bahan2.
kebaikan dan lain2 arahan tapi bahasa inggeris sikit je.
banyak dalam bahasa cina dengan korea ke jepun entah.


keluarkan dari paket,lepastu tanggalkan kepingan masker dari kepingan plastik
macam dalam gambar.kiranya plastik tu macam pelapik dia lah.
tapi time tanggalkan tu takyah ler letak atas meja macam gambar ini,
kang habis lah pati esence dia tu kan.
buka paket terus tanggalkan dari plastik dan trus tempek kepingan masker kat muka ok.



bentuk asal kepingan masker tu.
takde penutup kat mata macam sesetengah masker pelekat lain.
tak dapat tutup atas bibir sepenuhnya.
tak dapat tutup bahagian dagu sepenuhnya.
ini punya kes sebab muka saya yang kecik ke kepingan masker yang problem?
selalu jadi camnih,jadi berfikir saja ianya masalah dari bentuk muka saya
bhahahaha..macam big problem je ehhh..
*dagu saya ada parut.baru je jadi.



penyelesaiannya adalah..sila pandai2 adjust untuk tutup semua bahagian muka.
tak tutup semua kang rugilah..
ini bukan kedekkk..ini penjimatan yang hebat..muahaha..


biar kat muka selama 15 atau 20 minit mengikut kata pengeluar.
lepas tempek,tangkap gambar,terus saya baring2 dan ZzzZzzz...
terjaga je 1 minit lagik sebelum cukup 20 minit..
hebat tak? hebat tak?



kat kawasan atas bibir dan atas hidung esence dah kering,
tapi kat kawasan lain masih basah dan banyak produk lagi.
tapi takyah ler oberr nak tunggu kering jugak.
kang kulit takleh serap dah banyak sangat lebihan cecair.
masker pulak tak sesuai kalau guna lama2.
ikut je kata pengeluar ok.



lepas tanggalkan kepingan masker tu,
sila tepuk lembut kulit untuk bagi lebihan cecair esence tu menyerap.
takyah cuci muka dah.biar camtu je.
tapi ada sesetengah orang tak selesa,so kene cuci gak.
tak kisah la..ikut keselesaan masing2 ok.
cuma kalau biar serap nih lebih bergunalah kebaikan esence tu untuk kulit.



hasilnye?
.
.
.p/s: walaupun ada efek blur2 kat gambar,
tapi keadaan kulit saya tak edit ok.
.
.

taaddaaa...!
pori2,lingkaran hitam dan eyebag besar kat mata saya tu memang degil untuk dirawat tapi takpe..
tak kisah pun..lalalala jek kat dalam hati.
dagu ada parut pun takpe..lalala jugak  kat dalam jiwa dan raga..



kata pengeluar:
milk posesses abundant butter fat,protein,vitamin A,vitamin B,vitamin E,
prevent skin from dryness and smoothen wrinkles and lines.
the mask is to refine skin,enhance sheen,revive elasticity.
it will give your skin softness,lightness,mildness and fineness.
nahhhhh..! sebijik saya salin dari packaging dia.


kata saya:
- lepas pakai rasa lembab tapi lama2 lepas tu efek lembab biasa2 saja.

- kulit lembut.yang ini betul2 puas hati.
lama2 pakai pun masih terasa lembut.syok je nak pegang kulit sendiri.

- nampak putih dari sebelum pakai.
kira efek kecerahan sangat ketara ok.

-kulit nampak glowing.
berseri-seri ja terutama kalau duduk kat bawah cahaya.
tapi untuk kulit berjerawat dan kering mungkin efek ni kurang nampak.
mungkin ja lah kan.kene try sendiri lah.

-ada bau tapi tak kuat sangat.bau dia mild saja.

- lepas tepuk2 bagi serap lebihan cecair esence tu kan,
kulit akan rasa tegang sikit tapi sikit je.

- tak melekit dan tak rasa gatal2.
saya ni kalau pakai produk baru ke,produk tak sesuai ke,
atau lain2 masker jenis pelekat macam ni,
selalu je nak rasa gatal2..merenyam tu.
tapi yang ini tak jadi pulak.kira ok sangat la tu.

overall memang puas hati dengan produk nih.
kulit nampak lawalah...haha..
so kalau uolss nak try tu memang tak rugi ok.
silalah try.


like fanpage saya kalau sudi
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik nuffnang nak kawen.


tenkiu.