braces jernih dan tak sakit.

Assalamualaikum...


sape2 yang ada gigi taring,gigi berlapis dan gigi tak sama a.k.a pagar tak siap
 sila angkat tangan dan hooraayy ! anda telah termasuk ke dalam geng cik puan datin markonah T_T
penyelesaian masalah gigi tak cantik tu adalah dengan memakai braces..TING !
braces tu sakit la hoi! dah tu nampak besi2 tu kan? pertuturan jadi tak jelas pulak kan?
 nak jaga bukan senang kan? banyak yang tak boleh buat.
sekarang takyah risau lagik..hari tu terbaca kat paper ada teknologi baru dah mai kat malaysia ni haa..
jom baca.


METRO AHAD 25 NOVEMBER 2012.
pengarah perubatan dan ortodontik clearpath, dr khaled abouseda berkata,
bagi menggantikan pemakaian pendakap gigi konvesional yang sebelum ini membabitkan prosedur yang menyakitkan,satu teknologi diperkenalkan dengan mengeluarkan pendakap gigi lutsinar tanpa besi dan dawai.


"clearpath mencipta sistem yang terbukti dapat membantu pesakit dalam mendapatkan rawatan pergigian sama ada gigi terkehadapan,jarang dan berlapis tanpa membabitkan pendakap logam atau seramik dan lekapan sepanjang tempoh prosedur itu dilakukan."
*dr khaled abouseda juga pengarah perubatan dan ortodontik klinik pergigian asnani,
fellow di world federation of orthodontics serta ahli american association of orthodontics.


rawatan clearpath aligner adalah revolusi baru dalam kaedah rawatan ortodontik menggunakan sarung pendakap yang jernih dan direka khusus megikut keperluan gigi pesakit.
aligner ini akan dimuatkan pada gigi yang berfungsi membetulkan posisi gigi dari awal hingga akhir.
rawatan ini dilaksanakan oleh pakar ortodontik cleapath yang bertauliah dan tempoh rawatan bergantung antara enam hingga 18 bulan dengan membabitkan 12 hingga 30 penyelaras.


"clearpath menawarkan pilihan baik kepada pesakit yang berkeinginan memiliki gigi lurus.
pesakit mendapat kebebasan untuk makan,menggosok serta menggunakan flos gigi tanpa sekatan daripada pendakap logam.rawatan clearpath amat berbaloi."


produk ini mula dipasarkan sejak 10 tahun lalu di pasaran asia barat,afrika utara,russia,eropah dan hanya kini memasuki pasaran asia tenggara.
ia berkualiti tinggi dan melalui proses pembuatan yang unik kerana menawarkan jalan penyelesaian untuk meluruskan gigi melalui teknik bersih,mudah dan jernih.


sarung yang jernih.


perbezaan antara braces konvesional(kiri) dan clearpath(kanan).

perbezaan pemakaian braces antara yang konvesional(kiri) dan clearpath(kanan).
*all pictures taken from google.


ok..saya teringin nak buat... T_T tempat buat tak tahu pula.harga pun tak tahu 
tapi mesti  tercekik air liur kalau dengar ni muahaha..! 
kalau nak tau lebih banyak info dan klinik yang buat rawatan ni,sila lah sama2 kita menggoogle.
kalau uolss nak tau,michele phan pun pakai braces jernih.adakah dia menggunakan teknologi ini? jeng..jeng..jeng...!
ok,untuk saya sendiri kena berangan dulu..lagi 2,3 tahun baru saya akan fikir betul2 nak buat ke tak braces2 ni semua.


like page saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.