MUA

Assalamualaikum..


tak lama lagi musim orang kawen.mesti bakal pengantin semua eksaited.yang tak kawen2 macam saya pun tumpang eksaited sekali (nanges haku).jadi saya mahu share bab MUA dan mekap2.banyak dari segi jurusolek dan perkara2 yang selalu terjadi lah..jom setat bebeh.


pic taken from google.
ini mekap marshanda time kawen.cantik dan mables.nanti nak try lah.


- kalau nak pilih laki..eh tak! kalau nak pilih MUA,sila tengok hasil mekap beliau kat customer lain.tengok,tengok dan tengok sampai naik pening.kalau berkenan,ok rojer...
kalau tidak,takyah susah2 nak amik dia.kang nyesal tidak berguna lagi.pilih yang kita rasa "wow cantik dan mables mekap beliau ini!" haa paham ke tak paham nih?


- pilih MUA yang boleh terima pendapat dan permintaan uolss..uolss pon kena terbuka terima pendapat dia juga.dia lebih terer lagi menimbun pengalaman,so sama2 bincang dan terima pendapat masing2.


- sila elakkan dari minta penampar MUA..hoi ! apa nih? apa nih? takkk....sila elakkan dari minta MUA uolss mekap macam MUA lain.setiap MUA ada teknik dan bahan mekap yang berlainan.muka uolss pun lain dari orang lain,so jangan kuciwa kalau hasilnya tak sama 100% macam mekap dari MUA lain yang uolss nak tu.
tiru sikit2 je boleh..orang kata inspirasi saja kan.


- kalau uolss uruskan bab khidmat2 ni macam mekap ke,photog ke,pelamin ke atau lain2,sila elakkan dari minta murah secara dasyat lagi hebat.depa akan kurangkan kualiti.bayar murah tapi nak hasil yang macam retis kebabom memang takleh la ye senah..depa bagi setakat yang uolss nak murah tu je.jangan komplen kalau hasilnya tak macam impian uolss yang very the mables.nak bagus,bayarlah secara bagus.jangan kedekut untuk cantik sekali seumur hidup.


selalu terjadi kat saya,orang minta mekap simple saya yang murah..tapi nak mekap untuk wedding.
nanti dah buat,komplen itu ini..atau orang lain komplen.kening tak cantik,kenapa begitu begini kurang itu ini dan blablabla.sekarang saya tak ambil risiko ya.teknik mekap untuk acara penting berlainan dari mekap simple2 nak keluar jenjalan tu.jadi sila faham..anda mahu cantik,jadi sila melabur sedikit untuk betul2 cantik dan puas hati.ini wedding hoi! wedding bukan main masak2 ! ceceh marah pula.


- jangan terlalu cerewet.kalau tak,MUA jadikan uolss macam dato ct pun uolss tak akan puas hati.
benda remeh uolss nak cerewet,semua serba tak kena.last2 uolss akan rasa tak cantik dan tak yakin sepanjang majlis.pastu uolss akan rasa MUA tu yang mekap tak cantik,sedangkan uolss yang terlalu cerewet.terbuka dan relaks je uolsss..takde MUA yang nak mekap kasi hodoh..semua nak bagi uolss cantik.nanti orang tengok cantik,terbuka luas la peluang mekap MUA tersebut.kecuali kalau MUA tersebut mempunyai dendam kesumat niyang rapik terhadap anda..scarry hoi ! muahahha...over je haku buat cerita.


- bincang dengan MUA jenis2 mekap yang suka dan mahu.selalunya terjadi pengantin perempuan nak mekap macam lain,family atau pasangan pula nak dia mekap macam lain.sila bincang dan beritahu mekap yang uolss sendiri mahu.nasihat i senang je senah oiii....ini hari uolss,uolss berhak mekap macam impian uolss dan bergembira dengan hasil mekap tersebut.jangan terlalu ikut cakap orang.nanti uolss yang stress sebab impian tak menjadi kenyataan.kalau pasangan jenis komplen2 dan masuk campur bab mekap2 ni errr...itu saya tak tahu nak cakap apa.bincang saje lah yeee...tapi sejak dulu saya sentiasa rasa lelaki tak patut masuk campur bab ini..LARIKKKK ! ok2..meh nak share pengalaman saya mekap orang dulu2...
mak pengantin: " kenapa mekap macam ini?(nada kurang puas hati).tapi pengantin ok je.
saya: ..............(haku diam ler senah).
salah seorang family pengantin pula: " kenapa mekap blablabla"
saya: "supaya cantik dan tak tenggelam dalam gambar"
family pengantin tersebut: "alaa..photog tahu ler kerja dia blablabbla"
saya: T_T.....(kat dalam hati je lah).
tapi pengantin memang baik gila.dia ok je dengan semua2.siap puas hati lagik.
kesimpulannya...MUA tahu kerja mereka.sekian terima kasih T_T


- jangan pilih MUA dari jenama mekap yang dia guna,tapi pilih la MUA dari teknik dan hasil mekap beliau.
ada orang mahu MUA guna jenama mac saja.yang guna jenama lain dia pandang sebelah mata.amboi sombongnya..muahahaha..tak..tak..teknik melebihi jenama.guna jenama ribu2 pun tapi kalau teknik dan hasil mekap tak mables,mekap tak nampak cantik juga.kalau pentingkan juga bab produk yang digunakan,baik uolss pentingkan kualiti,bukan jenama.banyak lagi jenama mekap yang berkualiti,bukan sesetengah yang dok glamer tu saja.kualiti akan buat mekap jadi cantik dan tahan lama.


- cuba elakkan dari membawa budak2 buas atau kurang kesabaran sewaktu mekap.
sape2 je lah yang uolss nak bawak teman mekap tu sila bawa yang sabar ye.mekap ni lama.
dan kalau boleh jangan komplen2 dan arah itu ini kat MUA tersebut.stress beliau dibuatnya.
MUA jenis mulut diam takpelah,kalau jenis yang lantang,habis kauorang kene sembur.
dia MUA jadi dia tahu tugas dia.sila behave ye kawan2 T_T.


- tepati waktu.jangan tukar waktu mekap secara suka hati terutama last minute.
MUA ada masa 2,3 jam je untuk mekap uolsss..bukan satu hari untuk uolss...maksudnya,dia juga ada jadual dia sendiri,urusan lain dan customer lain.selalunya MUA akan ambil 2,3 orang mekap dalam satu hari dan waktu pula berturutan.kalau uolss tukar2,dah jejaskan jadual dengan customer lain.
kalau dia suruh datang waktu itu,pasti ada sebab.jadi harap faham ye.tepati waktu jugak.jangan kata mula mekap pukul 9 pagi,tunggu punya tunggu,rupanya 9 pagi baru nak keluar dari rumah..kasihan MUA  tersebut kan...HAHAHAHAHA!!! eh hapesal haku nak tergelak ni? ini menyedihkan tahu tak?


- selalu orang nak mekap lewat,habis dekat2 majlis bermula dengan alasan takut mekap cair kalau biar lama.
uolsss...mekap lewat hanya buat uolss kelam kabut.dengan family dok desak2.dengan photog nak ambil gambar,dengan mekap yang tengah kelam kabut.jangan risau tentang mekap.biar mula awal dan habis awal.
kulit akan ada masa keluarkan minyak dan peluh semulajadi,mekap akan jadi makin 'naik'.so takyah risau mekap pudar ke hape.uolss pun ada banyak masa untuk bergambar dulu sebelum rombongan pengantin lelaki datang..ada masa layan kawan2..ada masa nak bertenang.takde kelam kabut semua tu.jadi kalau MUA minta mekap awal,mesti ada sebab dan depa pun dah arif bab2 timing2 ni semua.
MUA memang tak suka didesak dan kelam kabut time mekap.silap2 hasil mekap boleh jadi lain dari yang sepatutnya sebab kalut2.jangan ye..


- jangan pilih MUA di saat akhir.ada je orang yang dah jumpa MUA pilihan,tapi tak confirm betul2.nak tunggu last minute atau nak buat spare.last minute baru cari semula.kalau bernasib baik dapatlah merasa dia mekap..kalau tidak,melepas ler uolss...sekarang ni orang dah confirm MUA setahun,6 bulan atau 3 bulan sebelum majlis.terutama kalau date uolss nak tu date yang popular(cuti umum dan lain2).


- jangan cancel di saat akhir.dah bayar deposit ke,tak bayar ke,sila bagitau awal2 supaya MUA tersebut tidak alami kerugian dari segi masa,tenaga dan WANG ringgit.amboi,kalau WANG mesti kena caps lock ya? muahaha..dia dah simpan date tu kat uols..dah tolak customer lain,bila nak cancel takmo cakap ye?
MUA tak makan uolss ponnnnn...bagtau je awal2.


pc taken from google.
gambar siapa la ya...cantik :)


ok.macam scary je baca2 ni semua.maksudnya mesti uolss ingat saya ialah MUA yang scary..takde pon..ini dari sudut pengalaman sebagai jurusolek saja(ceceh).sila jangan takut mengambil saya sebagai jurusolek anda.saya behave dan baik hati(puji diri)..owh,dan juga comel..BHAHAHAHA...over tau!


nak tengok hasil2 mekap saya:
http://www.facebook.com/fabulousiti
http://fabulousiti.blogspot.com


for booking:
email: fabulousiti.bnc@gmail.com
text: 012-4141421
inbox: http://www.facebook.com/fabulousiti



klik iklan nuffnang nak kawen jugak.
tenkiu.

12 comments:

Anne Mahazir said...

hahah bgus2 entry nie ..sometimes orng x tau keje mua nie tapi nak komen. Paling i x berkenan lerrrr...
klau ikut mua senior pun jenama or brand letak no 2,skill tue yg no satu.. :)

aniswany said...

susah nk puaskan hati semua org kan :) btw makeup zoey mmg cun ^_^

shu said...

nak zoey makeupkn tp jauh plak nk pegi..huhu..

Nurul Syafiqa said...

Nk booking tp zoey jauh la.. sye kat johor ha ha

Mizz ErMa said...

betul3..sy setuju sgt2..taem MUA mekap sy pny wedding ritu, nasib baek makcik2 xkomplen dpn MUA, kalo x misti dia kecik ati..hehe

zOeY zAu YaH said...

anne: yup..kan..

zOeY zAu YaH said...

aniswany: thanks..ini panduan skit2 sbb slalunya org x tahu.

zOeY zAu YaH said...

shu: doakan saya sht.insyaallah blh pi seluruh malaysia.

zOeY zAu YaH said...

nurul: doakan saya sht.mana tau dpt pi seluruh malaysia.

zOeY zAu YaH said...

mizz: kdg2 ckp belakang lbh baik sbb takde yg terasa kan..hehe..

kesh said...

Masa saya mekap nikah muka mmg teruk tu yg msa sanding saya lawan habis ckp mk andam tu ..kesian tp nk buat camne redha jelaaaa

Ain Dzaya said...

sangat membina..dedahkan org ramai do n dont kalau nak berurusan dengan mua...