product review: tonymoly tomatox dan shiseido mask

Assalamualaikum...


saya ni memang cukup suka kalau bab pakai masker dan sewaktu dengannya.
sapu kat muka,duduk saja2 relaks bajet mak datin sikit kan..
haaa..tuan belog nih memang over sikit.tambah2 kalau bab kecantikan dan berangan.
baru2 ni saya ada pakai mask ala2 korean..tak semena2 feeling korea pula muahaha..



20121104_160129 copy 
shisedo mask dan tonymoly tomatox magic white massage pack.
feeling korea yang sangat best time pakai ni.


TOMATOX MAGIC WHITE MASSAGE PACK
RM3.00 per packet.
tempat beli: chantek selalu(fb)

tomatox
benda ni very the comel dan korea.sayang giler nak buka benda ni.comel woooo....



tomatox1 
tekstur dia ni berkrim dan warna putih.bau wangi semerbak alam..amboi..overnya..haha.
cara pakai sungguh senang.cuci muka dan sapu produk di seluruh muka.massage lembut guna hujung jari.
lepas tu biarkan aje produk tu kat muka macam masker.time ni memang dia akan bertindak sebagai masker.
biar dalam 5 ke 10 minit dan boleh dicuci dengan air suam.
jangan guna sabun atau pencuci muka.cuci je dengan air suam tu.lap muka secara lembut dan taaddaaa !


tomatox ni fungsi dia untuk melembabkan ,melindungi,memutih,anti oksidan dan membersihkan.
pakai ni memang best.dia lembut.tak tegang macam masker lain.
lepas pakai tu kulit jadi lembab dan rasa lembut sangat2.lagipun harga dia murah dan 2 in 1 kiranya sebab pakai untuk massage dan masker sekaligus.


SHISEIDO MASK
RM3.00 per pack.
tempat beli: chantek selalu(fb)

sheisedo 
benda ni glamer.semua pun tau tapi saya sorang ja belum try*nanges T_T
serius,sangat exited nak try dia.


sheisedo1 
benda ni boleh pakai seluruh muka(elakan kawasan mata) tapi tuan belog ni kerek sikit.kenkonon saja nak try sikit dulu.dia pun try dekat kawasan2 pebret bintik hitam dan putih.
caranya,cuci muka bersih2,pastu kalau nak wapkan muka dulu pun boleh.lagi senang bintik tu keluar.
  sapu mask ni.dalam satu paket ni boleh pakai 2,3 kali.
dah lah murah,boleh pakai banyak kali pulak tu.terer tak? terer tak? muahahaha...
sapu lah seluruh muka atau kawasan2 yang banyak bintik tu.sapu nipis2 pun dah cukup dah.
takyah over sangat nak sapu banyak2.tekstur dia licin hitam berkilat.bau dia wangi.
tunggu kering dan tarik! hiyak! hiyak! hiyak! efek bunyik tu perlu sebab part ni memang terpaling best.


fungsi mask ni untuk buang bintik2 kat muka kita ni.best pakai..
perghh! keluar habis bintik2..mask ni kuat woooo...dia macam tarik bintik2 kat dalam pori tu semua.
waktu tarik tu memang feeling habis lah hahaha...
tengok2 bintik melekat kat mask tu.tapi saya tak snap sebab kamera hp takmo zoom lagi bekerjasama -.-'


IMG_20121104_1
lepas pakai terus feeling kulit lawa macam korea.
muka saya nampak putih ke hape tu kamera dan cahaya punya kerja.
eyebag tu je yang malas nak pikir apa dah hahaha..


sila try sekarang.dapatkan di chantek selalu(fb)




like page saya di 


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.