tips cantik ketika wedding.

Assalamualaikum...


orang dah sibuk2 nak kawen,saya baru sibuk2 nak kasi tips untuk nampak lawa time kawen nanti.
tapi suka hati arr kan? blog gua beb! hahahaha kerek betul gengster nih.
dari saya sibuk2 merepek ke lain,meh setat cepat2 meh..



1) buat rawatan badan.tak kira sendiri yang bikin atau salun yang bikin.
scrub badan buang daki2.bersauna.mandi susu.urut2 sikit.pedicure dan manicure.
pergh...badan jadi bersih,ringan dan fresh.bau badan kurang 'menyengat' 
dan kulit pula jadi lembut dan cerah sikit.buatlah demi suami uolsss...
muahahha..pandai je cik puan datin markonah ni.


2) jangan gatal2 buat facial last minute.kulit kita ni kadang2 kerek sikit(kulit dahku la tu).
lepas buat facial je akan tumbuh jerawat tak kasi can.kan dah tak lawa time kawen.
mekap tak leh tutup 100% jerawat yang timbul atau parut okeh.
jadi,kalau nak buat facial jugak,sila buat 2,3 bulan sebelum majlis.kalau agak2 kulit naik jerawat tu cepat2 stop takyah buat dah.saya sendiri pun tak suka buat facial kat salun.mesti tumbuh jerawat punya.
cilak* ok kurang hajar betul haku nih T_T


3)tak kira pakai tudung atau tak,pastikan jaga rambut supaya bersih dan wangi.
kalau tak pakai tudung time wedding,sila buat rawatan di salun 
supaya senang diurus tak kering kejung kasar macam dawai T_T nanti tak cantik.
kalau pakai tudung pula,pastikan rambut sentiasa bersih dan wangi 
takde bau hapak dan gatal2 kat kepala tu.gatal nak kawen takpe,yang tu dibenarkan -.-'



4) pakai losen atau paling bagus krim di kawasan yang kering.contohnya kaki.
kang muka mables,kaki kering kontang tak simetri dengan wajah anda.
eh tak bukan wajah anda tapi saya...*nanges. kaki saya over kering+hitam+parut eksiden.
pergh lengkap! jadi perlukan losen/krim supaya anda tak jadi macam saya.


5) jangan suka try2 produk.takut2 kalau2 kulit akan jadi problem.
naik jerawat ke,keadaan kulit jadi terlalu oily atau kering dan lain2.
jangan gatal2 nak try.i slap u kang! bhahaha.


6) jangan malas jaga muka.cuci yang terpaling penting lepas tu jaga ikut kesesuaian kulit.
pakai toner ke,pelembab ke,apa2 saja yang memang biasa dan sesuai dengan kulit.
jangan tidur dengan mekap,jangan malas cuci muka,jangan buat semua yang berisiko untuk kulit.


7) jaga bibir.kalau jenis terlalu kering tu,banyak2 lah minum air masak.
selalu sapu pelembab bibir(vaseline terbaik) dan kalau kulit bibir jadi kering sampai mengelupas tu
senang je nak hilangkan tanpa rasa sakit,tanpa keluar darah dan luka.
time kita mandi kulit bibir akan jadi lembut,gosok lembut kuping2 bibir tu guna kain tuala yang basah.
kuping2 tu akan tertanggal sendiri.jangan buat time bibir kering..terkopeklah bibir kau senah..haha.
buang kuping2 ni penting sebab kalau terjadi time wedding,lipstick dan bibir akan nampak tak cantik.


8) 2,3 bulan bulan sebelum wedding uolss sila praktis ambil gambar dan senyum.
ambil gambar sendiri banyak2 dari pelbagai sudut.senyum pun sama.buat je macam2.
lepas tu try tengok semula dan tengok angle dan cara senyum paling cantik diantara banyak2 aksi tu.
tanya pendapat orang pun bagus.dah tau angle dan senyum macam mana paling mables?
silalah ambil gambar dan buat angle+senyum macam tu banyak2.
praktis supaya majlis nanti dah terbiasa dengan aksi2 cantik tu.takdelah kekok sangat depan photog nanti.
gambar pun akan nampak cantik sebab kita senyum dan beraksi di bahagian tercantik kita.
ingat tau...praktis ye praktis!(tuan blog macam cikgu besar).


9) minum banyak air.jaga makan supaya keadaan diri stabil.ada orang control makan sangat
sampai tekanan darah jadi tak stabil.kang terjejas majlis uolss.
tidur juga perlu cukup.jangan stress2 barulah sihat dan cantik.


10)  sila pakai contact lens untuk efek lawa dari biasa.tak..tak..tak cakap pun tak pakai lens x lawa.
tapi kalau pakai akan nampak ala2 anak patung dan lain dari biasa.
lens jernih takde efek apa,lens kaler2 je yang bagi efek lain sikit.
kaler paling cantik untuk pengantin ialah coklat dan kelabu.kalau berani,kaler biru pun lawa.
hitam kureng sikit.nak pakai ke tak pakai ke terpulang la kat anda.duit anda bukan duit saya hahahaha..
hape pandang2? nak kondem i ler tu..bhahaha.


11) ok dah tak ingat apa lagi tips.jadi mari ke tips yang terakhir iaitu yakin diri dan happy!
cara untuk yakin diri? anda kena fikir dan rasa anda cantik pada hari tu.tak kiralah tudung senget ke,
mekap tak macam yang uolss nak ke,cuma happy.jangan fikir hal remeh2 tu semua.jangan cerewet sangat.jadi selamba dan tak kisah sudah.dengan itu semulajadi uolss akan jadi yakin diri 
dan nampak cantik serta ok.jangan lupa senyum banyak2.
senyum banyak2 ni yang tak cantik pun akan nampak cantik.
senyum ni kira macam susuk lah..ceceh.



ok dah habis dah.selamat pengantin baru kepada yang berkahwin.
saya perlu tidur awal.esok ada customer di awal pagi.


like fanpage saya di 
boleh tengok gambar hasil saya mekap:
http://www.facebook.com/fabulousiti
http://fabulousiti.blogspot.com


for booking:
email: fabulousiti.bnc@gmail.com
text: 012-4141421
inbox: http://www.facebook.com/fabulousiti


klik iklan nuffnang nak kawen(tuan blog pon nak jugakkkk -.-')
tenkiu.


6 comments:

MiSz fiFiEyQa said...

heheh...kena bookmark tips ni..buat reference pada masa akan datang..haha

p/s : esok kawan sy nak nikah dah..nak share tips ni mcm dah tak sempat je...tapi,untungla kawen muda.. #tetibe ;D

CIK PUAN HANIM said...

hamboi....
cik z nie..banyak petua dia
hehhehhehe
paper pown moga rezeki bertambah

najihahfara said...

die bile nk kawin?? ihihi

.::: Princess MOMOY :::. said...

wahhh...siap bg tips
bagus2 dear

Mizz ErMa said...

ala..sayang betul, taem sy kawen dulu cik zoey xde bagi pon tips2 macam nie..T.T

therylisa nurul ain said...

thanks for this tips :-*