mari menahan sakit T_T

Assalamualaikum..


bulan 10 sebelum raya haji yang lepas saya pi ijn.
jumpa doctor check body berserta mental sekali..HOI !

urusan di jalan raya amatlah mudah sekali.jamming2 seperti kebiasaan tu ade tapi kejap saja.
cam ajaib pun ada.magic apa nih jalan clean dan clear saja?
tapi urusan kat dalam ijn sana nun kau jangan harap lah nak clean and clear cam kat jalan raya tadi.


sejuk gedi terketar2 macam kat london when snow is falling down pastu kena paksa
buat exercise 6 minutes walk.walaupun disuruh buat takat yang termampu tapi stress gua tau.
dapat buat 3 minit je dengan maksimum jauh dahku berjalan ialah blablabla ok,tak ingat tapi merosot
dan jantung ni cam tak stabil pulak.penat sesak nafas ko toksah nak cakap lah.
nasib baik ada abam2 hensem nak mamp! kat situ.body berketul cam fahrin.
siap pegang tangan gua lagi beb..time gua semput lah.dia check2 je.kau jangan pikir lain.
tapi time tu sempat usha tangan dia.tangan dia? lembutnya..hoi gatai!
pastu proses jumpa doctor,amik darah,amik ubat,cucuk vaksin,amik appointmen tukar appointment,
amik ubat,tukar ubat dan blablabla serta seterusnya.sehari weh duduk situ.


masuk toilet dan ambil gambar.kurang sikit stres dahku..hey ni terapi ke hape ni?
muka tak mekap pasal nak tunjuk muka sakit..haha.
kang mekap 14 inci doctor pun tak kuasa nak melayan sebab dia pikir haku sihat sejahtera saje.


bosan.bila bosan amik gambar kasut sendiri dan post kat instagram.
saya duduk kat wheel chair sebab nak ke hulu hilir dan larat la weh nak jalan.
semput kang.tapi kesian kak na lah.dia pun semput sebab tengah pregnant dok tolak dahku pi sana sini.
terberanak kang tak pasai sungguh..terpaksa uolsss..hanya kami yang paham T_T


sesi ambil ubat yang lama.
dahku pun bosan lagi buat kesekian kalinya.


comel gila sampul surat pedriatic.


hari tu saya kena amik darah.banyak gila dia amik darah sebab banyak yang doctor nak test.
darah lambat keluar.tukang hambik tu asik pandang saya je sebab dia takut saya sakit dan tak tahan.
alhamdulilah..result darah saya semua ok.tekanan darah pun ok.padahal selama bertahun2
 darah saya kurang dan rendah sampai teruk saya tau.makan ubat yang doctor bagi pun kurang berkesan.
tiba2 saja ok sedangkan ubat doctor bagi dah habis.apa ni? rupanya sebab saya dah kuat makan skarang ni.
lorrr...makan banyak tekanan darah boleh ok rupanya.tapi berat tetap turun.hanya 34 kg.
weh ni tulang saja ka apa ni?  T_T

satu lagi saya kena cucuk vaksin cegah demam,selesema,batuk dan lain2 yang berkaitan.
setahun sekali saya kena cucuk ni kat hospital swasta.tahun lepas buat kat kpj.tahun ni ijn cucuk sendiri.
malam tu saya tidur sambil tahan sakit.mengerang kau tau!
dua2 tangan kene cucuk.memang sakit yang amat2.tambah2 yang cucuk vaksin tu.
hari2 berikutnya pun masih sakit lagi.siap demam2 uolss..dah la pastu raya haji.nasib baik boleh bertahan.



sebulan lepas tu(bulan 11) saya kena buat ct scan pulak.
doctor hairan sebab penat saya dah kronik,tapi simptom2 kat saya tak macam kronik sangat.
jadi dia minta buat ct scan kat paru2 untuk cari punca sebenar penat ni.
mana tau kot2 selama ni sangka sebab jantung dan paru2(masalah sedia ada),rupanya ada punca lain ka kan.
1st time saya buat ni.dulu doctor pernah plan nak buat tapi cancel.


bilik menunggu untuk ct scan.ni dia punya  flow.baca kat surat dia saja pun dah ketar lutut senah oiii..!
saya dah lama tak buat benda2 ni semua,jadi tiba2 rasa cam takut2.padahal dulu haku steady je.
hampeh tol! 12 jam sebelum buat ct scan saya tak boleh makan dan minum benda2 yang ada coklat,kopi dan lain2.saya ada gastrik teruk,jadi 4 jam sebelum prosuder baru saya mula puasa
tapi pi sana kena tunggu lama,so lama gak kena puasa.tahan je senah walaupun dah rasa cam nak pengsan.


bosan tunggu.ada 3 orang yang tunggu nak buat ct scan ni tapi diaorang scan kat bahagian badan yang mana
tak tahu pulak.uncle india masuk dulu.masuk relaks,keluar pun happy semacam.
dia nak mental haku ke hape nih? huahahaha..


masuk tu pakai baju depa,timbang berat,diterangkan sikit pasal prosuder.cucuk iv line 
(cucuk masukkan jarum ka apa benda tah kat lengan),pastu cucuk masukkan ubat kat situ.
dia cakap rasa panas sikit tapi tak rasa apa sangat pun kecuali rasa ubat tu mengalir.
pastu dibawa ke bilik untuk ct scan.baring dan diselimut.
depa pasang mesin untuk check tekanan darah tu kat lengan kiri.lengan kanan yang iv line tu
disambung dengan mesin air hapekebenda haku pun tak tau haha..


mula2 dia alirkan sikit air tu masuk badan melalui iv line tu pastu
nurse tu cakap "rasa perit kan?" saya angguk2 ja.memang perit pooonnnnnnnnnnn haaa kau tengok panjang tak panjang haku taip tu? hahaha..tangan naikkan ke atas.macam angkat tangan la.
pastu dah ready semua ikut arahan depa,depa masukkan kita bawah mesin scan,kejap tolak,
kejap tarik..serius cam ngeri je haku kat bawah tu haha.


sampai satu masa tu depa bagitau nak alirkan air,tahan sikit sebab rasa panas.
air tu sangat laju dan panas! rasa dia mengalir dari lengan ke dada,cam masuk kepala hotak sikit..
pastu pi ke seluruh badan.mula2 tahan..tapi tak dapat tahan terus jerit2 saya kat dalam tu.
mula2 depa tak sedar kot,lepas tu saya jerit lagi,lambai2 tangan pastu kelupur sikit dalam tu haha.
staff dia datang dan chek pastu cepat2 dia cakap " ok last2,tahan sat"
cepat2 depa scan untuk last sekali dan tarik saya keluar.dia tanya "ok tak?" depa takut saya sesak nafas.
saya geleng2.cam blur gila tahan semua tu.depa suruh cuba bangun,tapi saya tak boleh.pening sangat2.
saya baring lama2 dan pastu dah ok dah.nurse tu cakap saya makan ubat blablabla jadi takut saya 
sesak nafas.bila semua dah selesai depa tanggalkan iv line dan calo beteh! 


time tu ada sorang laki dok tunggu nak buat ct scan.saya keluar2 saja terus cakap kat kakak saya
yang saya jerit2 dalam tu.dia pandang semacam.rupanya kakak saya cerita dia ada tanya macam2
terutama sekali sakit ka tak.dia dengar saya cakap jerit2 tu mesti nebes benau lah dia kan?
kesian lah saya buat dia camtu hahaha.


tempat cucuk iv line.buat kesekian kalinya dahku menahan sakit.
saya tak tau apa efek dari ct scan ni.
2,3 hari balik pun saya sangat lemah.setiap masa sakit kepala.makan ubat tak jadi apa.
pastu demam teruk.badan sakit sangat2.memang dasat rasa dia.saya tak tau nak cakap camna.
kepala hotak cam blur2 sikit.rasa tak selesa.loya,hilang selera makan,jadi emo tak pasal2.
percaya tak,sampai sekarang saya masih lemah.memang efek dia ka erk?


ini time demam.cam hebat je kesan ct scan.sepatutnya saya tak demam dah
lepas cucuk vaksin cegah demam hari tu.tapi kesan ct scan lagi kuat rupanya.
TERUK WEH! TERUK!
ok takyah scary sangat.ini pengalaman saya sendiri ja.badan saya memang dah lemah sangat2.
jadi apa2 pun macam tak boleh tahan.kalau uols masih ok dan diminta buat ct scan tu,
uolss buat je.bagus untuk tahu penyakit kita.efek dia mungkin berbeza untuk setiap orang kan.
macam saya cakap,saya dah memang lemah.tu yang tak boleh tahan tu.
don't worry,ct scan tak sakit pun.saya jerit2 tu pun sebab rasa tak selesa sebab badan saya lemah.
bukan sebab sakit.



bulan 4 ni baru jumpa doctor dan dibertahu result scan.
semoga dapat tahu punca dan ada cara merawat.amin.
banyak lagi urusan belum settle.semoga Allah permudahkan urusan semuanya.


semua gambar ni dari instagram saya.paham2 lah kualiti tu hampeh sikit.


like page saya di www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang nak kawen.tenkiu.