product review: eos lip balm.

Assalamualaikum.


bibir kering2 lalu bertukar menjadi seperti kulit buaya? 
amboi ngeri betul perumpamaan kau cik markonah oiii !


kalau bibir kering2 lepas tu sapu dengan lips balm lepas tu rasa cam tak best
sebab dia tinggal kesan wax kat bibir kan?
wekkk! bibir bukan lembab pun tapi rasa tak selesa.


sekarang tidak lagi..TING !!! 
eos lip balm.
hanya jual melalui online.setahu saya lah kan.setidaktahu saya tak pasti lak pulak kan..kahkah.
ada macam2 perisa.
sila baca apa dia tulis tu.amboi terus meloncat nak beli..kahkah(padahal itu haku ler tu).


ini yang saya punya.perisa lemon.
harga dia RM24.
belakang packaging ada tulis kandungan bahan dan lain2.
ada spf15 yang melindungi dari uva dan uvb.sesuai untuk sape2 yang selalu berada di luar rumah.
yang duduk dalam rumah macam saya pun boleh pakai.takde masalah.takde sape nak komplen haha.
ianya 100% perisa semulajadi dan bau dia pulak bau lemon yang mild.


syok pegang dia sebab luar tu macam getah.ringan dan kecik je.
senang nak sumbat dalam bag dan bawak pi mana2 saja.
kanan tu rupa dalam dia.produk sebenar.


atas tu bibir saya sebelum pakai lip balm ni.
tengah2 bibir tu macam kering2 dan kulit macam nak jadi berkuping.
bawah pulak selepas pakai.
best pakai dia.tekstur dia buat bibir rasa selesa.tak rasa wax.
lama2 pakai pun mantain lembab dan licin.bibir lembab licin ni penting.
kalau tak pakai lipstick,dia akan nampak cerah merah2.kalau pakai lipstick,dia akan nampak licin cantik.


\
aktiviti cewi selepas bibir dah lembab elok.
bukan saja lembab tapi juga selesa.
abaikan tang mata tu.bag mata dan bulatan hitam sungguh 'cantik' terletak T_T


kat mana nak beli? sila klik sini:
https://www.facebook.com/elly.stylista


like fanpage saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.