product review: silkygirl moisture shine lip colour.

Assalamualaikum..


perasan tak sekarang selang 2,3 hari baru saya update blog?
bukan pemalas,saya rajin2 saje(puji diri) tapi saya bizi uolsss...bizi menjahit tudung terbaru..yahoo kuat2 !
jadi sekarang ini curi2 masa sikit saya nak review lipstick yang saya beli hari tu.
ewah,masa pun nak kena curi..lempang kang baru tahu.


silkygirl moisture shine lipstick.
saya masuk watsons tak pandang kiri kanan terus beli lipstick ini.
tak tahu pun yang lipstick ini baru dilancarkan waktu tu.
balik rumah baru terperasan iklan kat tv.lipstick silkygirl terbaru rupanya.
jakuness betul haku ni T_T


warna 01 naked truth.
amboi seksi betul nama beliau T_T
harga RM15.21 waktu tu je lah.harga asal tak pernah kaji selidik pulak.
tempat beli kat watsons ada,guardian ada,mana2 yang ada kaunter silkygirl.
jangan  gi beli kat kedai emas poh2 ke,bank singa mengawan ke,itu kau buang tebiat ke hape?


niat di hati nak cari kaler nude2.sekali terbeli kaler oren2 ni daaa...tapi lawa gak kaler ni.
nampak cam terang kan? tapi bila pakai agak natural.
nama pun moisture shine,jadi lipstick ini jenis melembabkan dan bersinar.takde efek glitter tu semua,
cuma bibir nampak basah2.lipstick ni takde bau ye puan2.tapi tak tau lah kot2 hidung saya yang tak bau.


bila sapu di bibir warna dia tak terus rata.boleh nampak dalam gambar ni kan?
warna dia macam tak nak melekat kat kulit bibir macam kebanyakan lipstick lain
tapi saya rasa ini agak normal untuk lipstick jenis melembabkan dan bersinar.

macam biasalah,lipstick jenis lembab2 ni tak boleh tahan lama2 atau sepanjang hari.
ada waktu kita kena ulang sapu.tapi itu normal.
secara keseluruhan,saya suka lipstick ni.warna dia cantik dan rasa best bila pakai 
sebab dia lembab2 dan buat bibir nampak full kalau disapu tebal2(banyak lapis).



hasil selepas pakai.waktu ni saya pakai nipis2 saja.
sekarang saya suka pakai tebal2.memang lawa kaler dan efek dia.


warna dia natural.


ni saya pakai tebal sikit. suka woohhh warna dia.




klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.