tips kalau mahukan layanan baik ketika membeli mekap.

Assalamualaikum..



 saya si tukang mekap mesti la selalu beli barang2 mekap.
tak semua berjenama tapi kadang2 masuk jugak tempat mekap yang branded.
saya nak share pengalaman saya beli mekap atau lain2 benda.tak kira di tempat biasa atau berjenama.


pengalaman saya? kalau pakai macam biasa2(gaya saya kan macam bebudak sikit)
dan nampak cam tak berduit je minah nih..diaorang layan biasa2 saja.geram tau.
so...kalau nak beli terutama yang branded2 saya suka pakai dan buat gaya ala2 mak datin duit sekoyan
kah kah..tak caya? sila try.layanan yang lebih baik uolss akan dapat.


takyah la pakai betul2 cam mak datin.yang penting gaya tu mesti ada.
macam saya selalu jalan ala2 orang kaya(padahal KAYAP).
pegang bag cam mak datin(sila google cara selebriti pegang bag) dan tunjuk macam banyak duit sikit.
dalam tempat tu saja.kat luar takyah ler..kang orang hingat kau kaya tak ke carik nahas tu?
tak pasal2 orang rompak ke hape ke.


selain tu sila lah search sikit2 pasal produk jenama tu dan apa yang uolss berminat.
konon2 uolss memang tahu jenama2 nih semua.konon je lah kan..muahaha.
pastu kalau dia suggest benda2 yang mahal dan luar dari bajet,takyah tunjuk atau cakap
tak cukup duit atau tak mahu sebab mahal.tapi cakap je "saya lebih berminat yang itu(benda dalam bajet)"
atau "saya lupa nak bawa banyak cash dan kad" tapi paling selamat anguk2 ja atau cakap "oooo"
pastu pergi la belek2 benda yang masih dalam bajet uols.
kalau setakat masuk nak usha2 tapi tak berniat nak beli,
pun bolehhhh..tapi gaya tu mesti ada jugak ok...tapi saya rasa zaman sekarang ni budak sekolah pun
boleh dah pakai jenama2 ni semua.


ini cara saya.saja nak share dengan uolss.
bukan menipu..tak cakap pun kat dia yang kita mak datin kan? ha ha..just tunjuk gaya yang kita 
mampu beli produk2 yang mereka jual..barulah mereka layan dengan lebih baik.


p/s: saya pernah masuk satu tempat jual mekap ni,
mula2 pergi dulu diorang asyik layan lebih kurang saja.pernah satu tahap takde sapa layan saya!
tak kisah yang tu,tapi nak tanya apa2 pasal produk susah tau.
lepas tu saya guna taktik macam saya share nih..amboi,baru langkah masuk sikit dah 2,3 orang
tunggu,tanya2 dan sedia mengekor saya..kah kah.


pictures from google.
sephora! nak pergi!!!!!


pictures from google.
ranum dan menggiurkan kaunter urban decay ni T_T


ok sudah.
like fanpage saya di www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage



klik iklan nuffnang nak kawen.tenkiu.