Review contact lens hitam Blythe i lens nudy black 16mm

Assalamualaikum..

saya suka berlagak jadi minah saleh dan minah korea.
tapi minah saleh yang terpaling saya gila nak jadi.
minah korea teringin sikit2 saja pasal mereka juga adalah bermata asal
hitam seperti diriku.
tapi nak minta maaf siap2 kat minah anak pak saleh..
saya tak bermaksudkan diri anda,jadi anda boleh sambung tonton tv citer 
vanila-cekelat-izara-itu-lawa-betul-lah-kau !

dah sekian lama very the verangan pakai contact lens kaler2,
jadi baru2 ini saya beli lens hitam pula.

gambar atas:
time order rasanya macam jenama luna hapekebende tu eh.
bila sampai brand blythe pula.pasrah je lah..
1st time beli lens dapat dalam kotak.
lens case tu dapat free.

gambar tengah:
sticker 2 botol nih tak sama.
sticker brand blythe gak.
depa packing semula boh jenama depa kot kan? mana tahu kan.

gambar bawah:
corak lens.


picture source from google.
sebenarnya saya order jenis king black.
corak macam dalam gambar ni.
tapi saya dapat yang lain..jenis nudy.
picture source from google.
saya dapat nudy black.
corak macam gambar nih.
redha je lah dari tak dapat langsung kan.

 gambar kiri:
sebelah pakai dan sebelah tak pakai.
dia besarkan mata.

gambar kanan:
pakai lens kat dua2 belah mata.

p/s: gambar tak mekap uolsss...
selalu tidur pukul 5 pagi dan hadiahnya adalah mata dan rupa
seperti nenek2 ye puan2..sila jangan tiru.

> 45% polyhema dan 55% water immersed.

> curve 8.6mm

> diameter(saiz) 16.5mm-18.0mm

> tahan 1 tahun tapi saya tak pernah pakai lama2.
kadang2 tak sampai 2 bulan saya dah tukar baru.

> RM25 sekali pos.

> saya beli yang ada power sebab rabun.
tapi sebelah power jadi kembang2 pandangan.
tak tahu nape.pastu bila dah tanggalkan lens
pandangan mata jadi kembang2 gak sikit.

> mula2 pakai rasa pedih2 atau tak selesa.
tapi tak boleh salahkan lens 100% sebab keadaan mata gak
kadang2 jadi punca.
tak cukup tidur,mata letih,habuk,tangan tak bersih dan air cuci yang salah
pun antara punca gak.

> keselesaan tu biasa macam lens korea lain.
pakai lama2 mata rasa kering tapi
tahap keselesaan tak macam lens 16mm lain yang saya pernah pakai.
kira yang ni kureng skitlah.

> mata nampak besar.

> mata nampak hitam pekat.

> lepas pakai lens nih rasa kaler hitam adalah so not in me...
lepas mekap pun mata nampak..hmm..tah biasa je rasa haha..
pasnih nak carik kaler lain pulaklah.

> boleh beli lens macam nih kat mana2 je yang jual lens korea.

> saya rasa saya tak akan pakai dah lens nih
sebab macam tak sesuai je dengan mata.
bila pakai lens saya pentingkan keselesaan tapi yang ini tak seperti yang diharapkan.
lens korea yang paling selesa dari jenis kira2.

sorry kalau macam banyak je yang negatif tapi nak buat macam mana,
saya review dari pengalaman sendiri guna.
tak ok takkan nak cakap ok gak kan? nipu namanya tu.

tu je.

like fanpage saya kalau sudi.

klik iklan nuffnang nak bedah.amin..

tenkiu.

pilihkan lens untuk saya.

Assalamualaikum..

ini bukan rancangan pilih menantu..
tapi nak pilih pun takpe..
"mak cik tumpang lalu"
(saya).
"eh anak sape lah neh..buat menantu molek nih"
(kata mak cik-mak cik sekelian).
PANG ! KEDEBUSH KEBASH !
(ini CCE tiba2 membelasah saya sebab jeles).
HAHAHAHAHAHA..

sudah la...sudah la..
saya mahu minta tolong kawan2 semua boleh?
tak boleh pun takpe,saya akan paksa sampai boleh
kah kah..

saya mahu beli lens kaler biru.
tapi terkonpius pula yang mana lagi cantik.
boleh tolong pilihkan yang mana agak2 yang cantik dan sesuai dengan saya?
agak2 lah ye..agak2 lepas pakai jadi rozita che wan ke,dato siti ke kan..
ha ha..

FYNALE HONOO BLUE.
saiz 15mm.
bila pakai dan dalam cahaya normal mungkin nampak gelap sikit.
cantik tak kalau saya pakai?

BUBBLE BLUE.
saiz 17mm.
kaler agak terang dan biru tu lain macam skit.
meyerlah kalau pakai.tapi adakah ini sesuai?
selalu jumpa 14.5mm saja..betulkah ada lens ini yang besar?.

PUFFY 3 TONES BLUE.
saiz 16.8mm
saya pernah pakai yang nih tapi saiz 14.5mm.
kaler memang menyerlah sangat2.
tapi waktu tu tak bape selesa sebab saiz kecik.
yang musykil skit skang nih,puffy tu setau saya saiz 14.5mm.
yang ini 16.8mm..adakah betul?
ini sesuai tak dengan saya?.

ok kawan,sape pernah pakai antara ketiga-tiga jenis lens ini?
bukan dari kaler tapi jenis.
selesa tak?
sila tolong bagitau saya ok?
toceeeee....

like fanpage kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.

Review essence white eyeliner.

Assalamualaikum...

hai geng..

sejak menghampiri usia gold nih kan..
asik bermalas malasan je nak update belog semua menatang nih...
sesuatu yang normalkah untuk budak kecik beralih menjadi budak besar?
*hey,tolong gelak dalam hati boleh tak T_T

tapi tak macholah bro kalau takde entry..
saya selaku ketua darjah kelas budak2 baik akan cuba
menjadi rajin secara berdesup melebihi kerajinan sebelum2 ini.
pasnih kauorang jangan nyesal sudah asik entry haku je naik haaa T_T

biasalah..mukadimah memanglah takde kena mengena pun.
entry ini pasal review celak putih,bukan sesi aduan rakyat si gadis takut menjadi tua..
FINEEEEE!

AMARAN !!!
saya review berdasarkan pengalaman guna.
semua dah tulis kat entry ini.
harap pasnih takde yang mesej dan komen tanya macam2 kat saya 
macam saya pemilik jenama ni =.="
pastu tanya soalan yang mana jawapannya dah ada kat entry ni.
lain orang,lain kesan dan kepuasan guna ok.
saya pulak jarang chat2 atau mesej2 walaupun online fb,
jadi maaf kalau saya sombong..hihi..

 essence white eyeliner.
RM4.90
boleh beli kat watsons.

sebenarnya ada seorang kakak jurusolek yang rekemen jenama ni kat saya.
dia ada blog tapi sesumpah saya tak hingat langsung dia punya link dan nama blog..
biasalah..bakal jadi tua..=.="

> jenis pensil tapi tekstur berkrim dan lembut sangat2.

> senang nak garis mata sebab lembut.

> kaler pekat.kat waterline pun senang je lekat.takyah nak pakai tenaga
kuda pi tenyeh menatang nih.

> agak tahan.takdelah sapu je kejap dah hilang.
tapi takdelah tahan satu hari tu senah oiii...
tapi lebih tahan dari jenama2 lain yang saya guna.

> kena hati2 guna pensil nih sebab dia lembut.
kadang2 dia melekat time kita sharp atau patah time kita garis mata.

> kaler betul2 putih pekat.bukan jenis berkilat ke,kaler krim ke hape ke...


meh tengok hasil saya pakai.

 ini saya tak tenyeh pekat2 pun..
garis nipis2 ja.nampak terang kan?

ni mekap untuk tutorial pink vintage makeup.
saya guna celak putih tu kat waterline.

nak tau tuto mekap camnih?

like fanpage saya kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.


sesaje try mata uzzlang ala korea tu...

Assalamualaikum...

hari tu tunggu customer mai mekap sempat pulak diri sendiri yang bermekap..
kau memang,tak pegang mekap semacam tak lengkap hidup kau eh?
*tengah cakap kat diri sendiri...kasihan...

sesaje saya ini cewi mahu try eyeliner ala2 uzzlang korea tu.
tapi tah hape saya buat pun tak tahu..
elok2 uzzlang tu semua comel,dapat kat saya terus jadi uzzlang comel sikit2 je..
hahahahaha...taknak ngaku tak comel..puiii!

meh tengok meh..
      
p/s: kualiti gambar macam lain je kan?
cehh buat2 tanya padahal memang lain pun..
gambar mula2 guna kamera tersayang..gambar bawah guna kamera henpon samsung
tersayang juga..
*kena gak cakap sayang..kang dia keci hati..=.="

 tu haa tengok eyeliner tu haa..
macam tak bape jadik..sepatutnya wing tu menghala ke bawah lagi.

takpe..takpe..di lain kali kita cuba lagi..
takyah nak putus asa sampai hentak2 kepala ke hape..

dahlah tak bape jadik,siap senget menget lak tu..
kasihan sungguh kat diri sendiri..
pastu gigih pulak nak letak kat belogku terindah ini..
weh sedap betul !

takpelah..ini mekap sesaje...
bukan betul2 pun..kening pun tak buat hape..
cam selekeh ke hape taktau nak paggil dah.

P/S: orang cakap saya edit teruk malahan ada yang cakap edit sampai tak nampak hidung.
minta maaflah..saya dah selalu sangat cakap,tu semua sebab setting kamera.
kalau edit pun saya cuma deepen colour dan tambah watermark.

pastu ade yang cakap takyah upload gambar banyak2 kalau takmo kene curi,
saya nak jawab lah kan...
memang betul tapi saya upload banyak2 tu gambar saya sendiri,bukan curi macam sesetengah orang.
malahan tak hormat lagsung..tak minta izin(ye lah kan),edit semula sesuka hati,
blurkan watermark kat muka pastu pakai buat dp fb sendiri.
terus tak suka ok.
SILA BERTAUBAT.

like fanpage saya kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tocetoce.

tutorial muncungkan shawl dan pashmina menggunakan 2 cara.

Assalamualaikum...

skarang saya suka pakai style ini..
konon kemas tapi sebenarnya malas..
HAHAHAHAHA kat diri sendiri..

semua orang dah tau style nih tapi saya budak yang ketinggalan ni
baru sibuk2 nak kecoh..
hey sukahatilah nak kecoh ke,nak tido ke,nak masak ke kan...
kecoh pulak kat blog diri sendiri ni haaa...


ini cik puan comels...KAHKAH kat diri sendiri..
aku ingat kau comel?*kata kat diri sendiri.

ini pashmina yang kainnya tersangat best.
macam tebal tapi tak tebal.senang nak buat muncung.
yang ini selalu guna cara no.1 dalam video.

yang ini pun rasa comel jugak..
apesal lah selalu rasa nak perasan sangat ni ha?

yang ini shawl jojet ke hape tuh..
saya guna cara no.2 dalam video.

cik puan ayu dan cun
*puuiii!

ini pakai pashmina yang kainnya nipis tapi berbulu dan susah nak bentuk.
selalunya kalau pakai yang ini saya guna cara yang ke-2 dalam video.

awak semua boleh saja nak guna salah satu cara ataupun
gabungkan kedua2 cara.

sekarang mari melihat video ini...


selamat mentry ya kawan2..

p/s: tak sabar tunggu CCE balik..
ada projek video dengan dia..
jadi marilah berlalalalalalalala..
*hey ini dah hilang akal ke hape?

like fanpage saya kalau sudi.

klik nuffnanag nak bedah..amin..

tenkiu.

contact lens besar..contact lens kecil

Assalamualaikum..

kalau orang2 semua tangok saya asik memakai lens mesti akan tepikir
betapa bajet hotnya diri daku yang kasihan ini..T_T

padahal kalau nak tau saya ini adalah rabun..
walaupun power takdelah sepower rangers ke hape tapi sumpah
memang tak nampak kalau tak pakai alat bantuan ini..

saya boleh memakai sepek tapi sekejap saja sebab pastu mesti
akan jadi fenin2 lalat punye..
itu fenin lalat,selalu jugak jadi migrain terus..
ingat indah sangat ke bila migrain tu bertandang?
ceh emo pulak..=.="

kiri saya..kanan pun saya..tapi yang kanan tu ala2 rozita che wan skitlah
sebab dia pakai lens hahahaha..

orang kata pakai lens sebab nak cun je ke?
tak..tak..
orang kata pakai lens besar2 nak bajet comel macam aweks korea ke?
tak..tak...
eh budak nih..dari tadi asik tak..tak..tak je..
cepuk kang..

saya pakai lens sebab rabun dan tak pening.
saya pakai lens besar2 sebab lens saiz kecil buat mata saya sakit.
serius sampai mata tak boleh buka..
punyelah sakit kau tau?
lens besar2 sahaja yang selesa kat mata ni haaa...

lens besar+mekap tonjolkan mata+posing amik gambar buat2 bajet skit
memanglah nampak cam sengaja ja nak buat comels2 kan..
padahal niat tu lain..

ok dah..dah boleh sambung tido ke,masak ke,tengok tb ke..
entry dah habis dah..

like fanpage saya kalau sudi.

klik iklan nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.



Tutorial: korean lips*VIDEO TUTORIAL cara buat bibir merah macam pakai lip tint ala2 gadis korea.

Assalamualaikum...

setelah penat mengutip undi dari kawan2 fanpage,
maka tutorial korean lip adalah pemenang untuk dipublish dahulu..
YEAAAA kuat2..
tak kuat pun takpe,bukan saya dengar pun hahahahaha...

*ADA VIDEO CARA SAYA BUAT BIBIR CAMNIH KAT BAWAH.

ini gambar tuan tanah kena letak mula2...
pastu letak pula bersaiz gila kuasa..
memang terharu betul..

nampak tak bibir merah2 tapi natural,fresh dan nampak comel tu?
hey tak paham2 ke? bibir comel tu bibir saya lah markonah oiii..
*terus kauorang lari lintang pukang tak cukup tanah HAHAHAHA...

gadis2 korea suka betul pakai lip tint sampai bibir nampak merah2 comel tu.
pasal saya suka bajet comel,maka saya reka2 benda yang sedia ada untuk
bagi kesan ala2 lip tint juga.
kedek punya orang kenelah kretip sket..kalau tak kang jenuhlah
nak mengirai duit dari dompet nak beli lip tint lah,itu lah,ini lah...
tak kawen haku hoii..!

~pic source from google
ada banyak jenama,harga,tekstur dan warna lip tint.
jenama benefit ini antara yang terpaling popular.
tapi harga juga adalah mables dan kena beli kat butik dia je.
kalau kat utara nih butik dia ada kat gurney plaza penang.
tak kuasa haku nak pi sana hahahaha...

~pic source from google.
camginilah kalau pakai lip tint tu..
nampak comel je kan..
~pic source from google
comel betul la bibir kau makcik T_T

~pic source from google
ini park bom bukan saya..
hishh sape yang pandai2 nak cakap ini saya?
sape? sape? sape?
UWEEKKK!*muntah kat diri sendiri yang perasan.

yang ini bukan gadis korea..
bukan..bukan..
yang ini cuma gadis-perasan-macam-korea-puuiii!

tengok mulot saya tu...
suka betul buat camgitu skang nih..
biasalah..biasalah..bajet comel hahaha...

 nampak je macam pakai lipstick/lip gloss biasa,
tapi cuba try..hasilnya kat luar sangat comels auwww!
*effect bunyi tu pun dah tunjuk dah..tak terpengaruh lagi ke?

meh tengok video meh..pendek je videonya..
tapi harap maaflah ya..
si pembajet nih pakai pashmina main humban atas kepala
sampai dah macam mak nenek je nengoknya haaa..
tu blum masuk tang gigi macam pagar tak siap tu..
hoi tacing betol..!



boleh tak nak kagum dengan mulot sendiri?
boleh ye? mekasih..mekasih..

macam dah puas hati sangatlah kan asik menunjuk ke bibir tu ja kan?
takpelah...kau syok sendiri pun takpe..jangan kacau orang sudah..
*cesss menasihatkan diri sendiri pula..

selamat mentry..

like fanpage kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.

tips untuk kulit yang berjerawat.

Assalamualaikum..

kalau kulit awak2 semua ada jerawat jangan nak stress2 sampai hentak2 kaki..
hentak kepala lagi tak digalakkan..jangan..jangan..


jerawat? jangan jadi annoying macam budak dalam gambar ini..
*gambar lama tuh =.="

sekarang saya mahu share jaga kulit yang berjerawat.

TIDAK BOLEH DILAKUKAN:

1) jangan pakai bedak,fondation dan lain2 mekap.
kalau pakai juga kulit tertutup,masalah jerawat semakin teruk 
dan proses menyembuhkan jerawat menjadi lambat.

*orang selalu nak pakai mekap tebal2 untuk tutup jerawat tu,
tapi sebenarnnya itu adalah salah.
kecualilah awak ada majlis penting macam kawen ke,terpaksa lah cover dengan mekap.
tapi mekap tak dapat tutup jerawat yang timbul ok !
boleh disamarkan saja terutama untuk nampak cantik dalam gambar..

2) jangan sentuh jerawat dengan jari.
jari mempunyai bakteria sendiri.kalau sentuh kang jerawat akan menjadi semakin teruk.

3) jangan picit jerawat.
bakteria dari jerawat yang pecah akan membuatkan jerawat merebak dan naik lagi banyak.
malah kesan dipicit tu akan jadi parut,lubang,merah2,membengkak dan jadi radang.

4) jangan guna produk kelupas.
kulit akan jadi pedih dan bertambah teruk.

5) jangan guna produk yang berminyak.
nanti jerawat akan naik lagi banyak.
kalau pakai sesuatu produk tu dan kulit awak jadi berminyak,
cepat2 stop ok.

6) kurangkan makanan yang tidak sihat dan berminyak.
ada sesetengah orang tak boleh makan makanan laut dan kacang.
kalau itu buat muka awak naik jerawat,cuba elakkan ok.

7) jangan malas cuci dan merawat kulit ok.
kulit kotor akan mudah ditumbuhi jerawat.

8) jangan stress.terutama stress akibat selalu fikir pasal jerawat nih.
ini memang terbukti.saya pun pernah alami.
lagi fikir bab jerawat,lagi teruk dia naik.

9) elakkan produk yang berminyak,terlalu berkrim,berbedak,
buat kulit jadi tegang lepas cuci dan yang menutup permukaan kulit.

10) jangan guna banyak jenama produk dalam masa yang sama.

YANG PATUT DILAKUKAN:

1) rawat kulit guna produk yang khusus untuk jerawat.

2) sebolehnya pilih produk yang mengandungi bahan natural
seperti tea tree dan lain2 yang lembut.

3) makan banyak sayur dan buah.
memang terbukti sayur dan buah mampu menghilangkan jerawat
terutama semasa proses penyembuhan ini.

4) bersukan.hormon akan menjadi stabil.
hormon juga bersangkut paut dengan masalah jerawat.

5) ceriakan diri.
kalau kita ceria,tenang, dan tak kisah pasal jerawat..
perlahan2 hormon berubah dan masalah jerawat berkurangan.

6) pastikan kulit muka sentiasa bersih.
cuci,pakai toner,pelembab dan produk untuk merawat jerawat seperti
gel atau krim sekurang2nya 2 kali sehari.tapi pastikan semuanya khusus untuk merawat jerawat.

7) sabar..kene sabar untuk merawat jerawat.
bagi masa untuk kulit pulih.

8) dari pengalaman orang sekeliling dan diri sendiri,
jenama yang bagus untuk hilangkan jerawat ialah jenama
simple,clean & clear,clinelle, dan oxy.

ok dah ingat apa lagik tipsnya haha..
tapi ini semua lebih dari pengalaman sendiri sebab dulu pernah sekali
muka saya naik jerawat yang sangat teruk.
sampai nampak macam campak.
besar2,banyak dan hitam ok.
dah la tak pernah jadi jerawat,tiba2 jadi mestilah panik..
tapi sebenarnya buat tak tahu,terus rawat dan tak pakai mekap
dalam tempoh itu sangat membantu..
jadi selamat mencuba ya..

like fanpage kalau sudi..
ada kat sidebar atau boleh cari kat www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.

Review produk muka yang saya guna dan gambar tanpa mekap,tanpa edit !

 Assalamualaikum...

hai geng...ceceh..secara tak pasal2 semua orang menjadi geng saya..

ada orang pernah tanya,macam manalah rupa saya tanpa mekap?
kenapa tak tunjuk tanpa mekap?

hek elehhhh....kelakar betul soalan kamu itu wahai penunggu belog(weh indahnya !).
tahu tak betapa bersepahnya muka saya tanpa mekap kat belogku ini?
 saya tak rasa malu walaupun muka comot2 tak kasi can nak berbangga langsung..T_T

malahan keluar rumah pun selalu tak pakai mekap sebab malas.
tapi saya selamber punya worang..takdenye nak control cun senah oiii...

baheklah..sekarang mari saya tunjukkan mukaku yang suci
langsung takde edit hape..kecuali letak watermark saja.

dan..dan..dan...
produk yang saya guna sekarang..
MARI SETAT enjin...=.="

 ini gambar mula2..buat penyeri kononnya..kahkah..

SEBELUM...
ini dulu sebelum guna produk yang saya guna sekarang.
pori2 besar,ada parut yang susah nak hilang,ada macam ruam2 skit,
kulit kering dan kadang2 berminyak sangat pastu nampak kusam.

SELEPAS...
takde edit langsung ok.
selepas guna produk sekarang ini.
guna kamera  henpon nokia saja...

yang ini guna kamera henpon samsung.

PRODUK.
TIA AMELIA(set baru).
harga: RM100.
beli kat kaunter jual jamu.

dalam set ada sabun ketul,pencuci cecair,uv fondation,
krim pemutih dan krim kunyit.
toner beli asing ye puan2.

mula2 memang banyak sangat yang saya tak suka pasal produk nih.
tapi kejap je..lepas pakai 3 hari dah nampak perubahan dah..
sekarang dah hampir 2 bulan pakai,memang puas hati sangat2...
sebelum ni guna safi rania.
memang bagus cuma saya tak suka sebab kulit jadi terlampau kering
dan bintik2 makin jelas.
saya suka kalau kulit ada minyak2 skit,jadi tolong babai kat safi rania
*takyah emo,jangan nangis =.="

seumur hidup,produk natasya dengan tia nih yang terpaling bagus.
kalau tak mekap pun rasa yakin gila..diulangi...GILA !
tapi takyah ler takut lepas pakai terus jadi gila ke hape kan..tak..tak..

> pori2 mengecil.
> kulit jadi cerah dan berseri2..
> ruam halus hilang terus..satu pun takde.
> bintik2 dah jadi pudar.
> kalau ade jerawat atau parut,cepat je hilang. tapi sepanjang guna tia
takde lagi jerawat yang naik.parut sebab gatal tangan adelah..tapi cepat hilang.
> kulit lembut sangat2.
> licin..serius,memang licin.
> tak pakai mekap kulit nampak licin dan glowing.
> pakai mekap kulit nampak gebus2.
>lembapan kulit seimbang.
takde kering melampau,takde berminyak secara over.
saya suka macam ini.
> tak kelupas walaupun sikit..ok ini sangat bagus.

meh tengok produk tia meh..

SABUN dan PENCUCI CECAIR.

guna salah satu saja.
saya guna sabun ketul.kalau pergi mana2 baru guna pencuci cecair sebab senang nak bawa.

SABUN:

> bau wangi tapi lepas dibuihkan bau masam2 skit.

> buih berkrim dan sangat banyak.
guna skit je.

> buihkan kat tapak tangan,sapu kat muka dan urut pelan2.
lepas tu cuci bersih.

> kulit akan jadi bersih.berkesan hilangkan kotoran,minyak dan sisa mekap.

> lepas cuci rasa tegang.cepat2 pakai toner dan krim ok.

PENCUCI CECAIR:

> ade bau tapi tak sewangi sabun ketul.

> buih skit dan ringan.bukan berkrim macam sabun ketul.

> tuang dan buihkan kat tapak tangan.
sapu kat muka dan urut lembut.cuci bersih.

> kene guna banyak untuk hilangkan kotoran,minyak dan sisa mekap.

> kesan dia lebih lembut dari sabun ketul.

> lepas cuci rasa lembut.

tapi serius saya suka sabun dari pencuci cecair nih
sebab sabun tu guna skit je dah berkesan.
pencuci cecair nih kene guna banyak2..leceh lah..

TONER
beli asing dengan harga RM18.00

> ade bau yang sangat mild..tak kuat.

> tuang kat kapas muka dan sapu pelan2 kat kulit muka dan leher.

> sisa kotoran dan mekap akan tertanggal
*kadang2 cuci muka dengan pencuci tak menghilangkan kotoran
secara 100% kat kulit,jadi gunakan toner untuk hilangkan semua sisa tu.

> kalau perlu saya akan guna toner+kapas 2, ke 3 kali supaya kotoran betul2
akan hilang.

> kesan dia lembut.takde tegang,takde sejuk.
kulit jadi lembut.

SUNBLOCK/FONDATION

> ada bau tapi dulu saya tak suka bau semacam ini =.="

> tekstur macam krim yang berminyak..dulu saya sangat tak suka,
tapi lepas pakai memang takde minyak.

> buat 5 titik kat muka(dahi,dua2 belah pipi,hidung dan dagu)
pastu ratakan pelan2.jangan lupa leher juga.

> lepas pakai kulit jadi cerah.tapi nasihat saya,kalau kulit awak asalnya
kaler hitam manis,jangan over letak ok..bercapuklah wajah kesayangan kau.

> lindungi kulit uv dan juga boleh jadi bedak asas.

> saya suka letak banyak2,tebal2..bajet keluar rumah takyah
pakai bedak..pemalas bukan? 

> walaupun pakai tebal2,tapi bila dia dah rata di kulit dan hampir 1/2 jam pakai,
kulit  akan nampak cerah natural.licin dan glowing.

> lembapan kulit seimbang walaupun tak pakai pelembab
*pelembab penting ok tapi jenama tia berharga RM40.
ok nanti kita beli(cakap kat diri sendiri).

 KRIM PEMUTIH

> ini pakai waktu malam sahaja.

> ada bau yang mild..tak kuat.

> tektur macam pelembab.

> letak 5 titik kat muka dan sapu pelan2.
leher pun sapu juga.

> mula2 dulu,time pakai rasa tegang.
tapi lepas beberapa minit terus kulit rasa lembut.
sekarang dah ok.takde rasa tegang ke hape.

> mencerah dan melembutkan kulit.

> kalau ade parut ke hape letak lebih kat kawasan tu.
cepat je pudar.


 KRIM KUNYIT

> pakai waktu malam saja.
lepas pakai krim pemutih terus pakai krim ini.

> ada bau ros.dulu saya benci bau ros.pening tahu tak?
tapi bau krim kunyit nih takde menyengat hidung.
bau soft2 gitu.

> letak 5 titik di muka dan ratakan.
sapu kat leher juga.

> mula2 sapu akan rasa macam tegang sikit tapi lepas
beberapa minit kulit akan jadi lembut.

> walaupun kaler oren..scary maaakkkk...!!!
tapi lepas pakai muka takde jadi kaler oren pun...
dia menyerap ok.

> kalau ade parut2 atau ape2 cela,
sapu lebih kat kawasan tu dan cepat je hilang.

> berkesan sangat2..kulit jadi licin,cerah dan lembut.
ini antara krim terpenting dalam produk tia tahu..

RUTIN SAYA GUNA PRODUK TIA..

PAGI:
cuci guna sabun ketul,pakai toner dan uv.

MALAM:
cuci guna sabun ketul,pakai toner,pakai krim pemutih dan pakai krim kunyit.

itu je...silalah cuba kalau mahu.

like fanpage saya kalau sudi.

klik iklan nuffnang semoga zoey zau yah dapat bedah..amin..

tenkiu.





Tutorial pink vintage makeup*SELEPAS 26.12.11 ENTRY INI AKAN MENJADI STICKY POST,SILA SCROLL KEBAWAH UNTUK ENTRY TERBARU.TQ.

Assalamualaikum...

hai kawan..hai lawan..hai jiran sebelah..hai jiran di negara jiran..
hey ini memang dah takde keje ke hape?
sampai negara jiran pun kau sibuk2 nak say hye..*sepiking omputih tu..

tanpa membuang masa libur kauorang,marilah ke tujuan asal
entry ini iaitu tutorial...
eh..eh...hape kes bercakap seperti sopan santun saja nih?
T_T

> video ni ade letak muzik dengan kekuatan volume di tahap minimum.
saya adalah tidak suka kebisingan..jadi keslowan adalah kebestsan..
*indahnya ayat...

> mekap kononnya vintage..tapi tang gaya semacam retro saja..
takpe..takpe..asalkan i happy sudah mencukupi..
*sila perhatikan ayat itu...'mencukupi'? #@$#%#% T_T

> guna warna pink..sesaje..takleh ke senah?
saya cakap boleh..jadi kenapa pula tak boleh?
yakin boleh rakan mudaaaa...
haaa kan dah nyanyi..

mari setat...!!!
*sila sebut dengan semangat yang waja..


saya suka siong saya...jadi sila jangan jeles...
kahkahkah...

saya juga sukakan mata saya..dah dah..jangan nak berebut..
i pilih semuanya i suka over kang =.="
*dialog dgn diri sendiri..

sepek mata itu kepunyaan CCE
lariikkkkk!!!!


eyeliner tak lurus...
tapi comot itu comel..comot itu seni..comot itu blablabla..
hey sampai esok pun tak habislah..

suka betul dengan gambar ini...
nampak macam style..
style konon2 je lah...padahal haku selekeh siot..



lain2 tutorial..



sebelum: ngeriiiiii!!!! 

selepas: macho...erk! macho? what the?????

boleh gak mekap camni gi dating...
berdate je tauuuu...slap nak? 
*gila punya worang..gaduh dengan diri sendiri...


like fanpage kalau sudi..

klik nuffnang semoga dapat bedah..amin..

tenkiu..


mukaku di cerminku hahaha...nak tau ke kat mana leh buat souvenier comel2?

Assalamualaikum...

cermin muka yang terpampang muka saya dah dapat dah..
yeaaaa kuat2 100 kali..
over kau senah =.="

pasnih jangan hairan sangat kalau nampak saya cewi..
tengah makan tengok cermin,tengah jalan tengok cermin,
tengah ngorat pakwe hensem pun tengok cermin,tengah tengok tv pun tengok cermin sekali..
haaa over ke tak namanya tu? hahahaha..ok takyah jawab...
*motif tak lain tak bukan nak tunjuk muka sendiri kat cermin tu.
tak paham2 lagi ke?

sape2 yang nak order souvenier comel2 untuk buat hadiah ke,
untuk wedding ke,bsday ke,apa2 je lah boleh order kat sini..

meh tengok souvenier2 tu semua..

ini yang saya punya...
KAHKAHKAH ...motif gelak? saja nak gelak secara puas hati...

kat depan ada muka cik puan(sape tu? sape tu?).
buka kat dalam ada cermin yang weewwiittt..!

yang macam bintik2 putih kat muka tu sebenarnya
benda kilat2 macam perada ke hape tuh..bila kat cahaya nampak kilat2.

bentk kecik je..senang nak sumbat dalam hanbag.

cosmetic miror printing.
ada macam2 bentuk.

mug printing.


yang ni  salah satu mug yang customer order.
comel cek kiah ooiii....(gaya makcik2).

keychain printing.

molek kalau letak dalam bag kat umah kenduri..
pastu bag tu kasi kat tetamu..
hey perlu ke explain sampai macam tu sekali?
jawapannya adalah suka hati lah nak explain panjang2 ke,
pendek2 ke..hahahaha...
*macam gengster gayanya T_T


tile printing.

buat hadiah best nih...pastu boleh buat tulis ucapan kat atas dia..
takyah nak ucapan di angin lalu ke kan..

yang ini tuan tanah punya tile hahahaha...
'saya suka jadi cikgu'
ye bahek cikgu(gaya anak murid budiman).

mini tee printing

leh boh kat dalam keta nih...

 yang customer tempah.
gambaq wedding lagi tuuu...


ok puan2 sekelian..kalau nak tengok lagi 
silalah masuk ke page ini >>> memorable souvenier

harga boleh tengok kat situ..
kalau nak murah lagi atau tempah banyak2 tolong bodek owner lebih sikit ya
hahahaha...*pandai2 haku je...

tenkiu kat kakna untuk cermin yang super duper comels tu..
semoga berjaya dalam bisnes..
*ini tak bodek tau..

like fanpage saya kalau sudi.

klik iklan nuffnang semoga zoeyzauyah dapat bedah..amin..

tenkiu.