Tutorial: Natural yellow & orange eye makeup tanpa bulu mata palsu dan contact lens.

Assalamualaikum..

saya nak mengadu ni(awal2 lagi terus nak mengadu uolss...).
tahu tak laptop saya rosak..
lepas tu terpaksa format ke windows blablabla.
hey haku mana tahu bab2 komputer ni semua..
HAHAHA annoying gila.

software yang saya biasa guna untuk edit video secara hebat zupzap tu semua
takleh bubuh dalam ini punya windows(menangis).
tapi tak lama lagi dah boleh format ke windows yang asal semula
YAHOOO KUAT2 !!!

back to tutorial setori..
kalau tengok hasil mekap ni kat luar memang sangat soft dan natural
(yo yo oh je minah nih).



owh nampak satu siongku yang menawan itu*muntoh !


yakin diri tanpa lens..
YESSS..walaupun mata blur2 asap(kelabu asap)
atau lebih tepat rabun,tak nampak dan sewaktu dengannya.

dibawah ini adalah senarai aduan rakyat si pembikin video..walaweh kenapakah ayatku begini?

* pertama kali menggunapakai software tutut untuk edit video.
jadi banyak kesalahan yang saya tak tahu camne nak betulkan
macam caption dan saiz..hey saiz video dah jadi kurus ramping kecil molek
sedangkan saiz asal adalah lebar dan marveles bebeh.
redha je lah T_T
tapi kene bersorak lebih pasal sekarang sudah tahu camne nak
selesaikan masalah ini..tunggu video akan datang ya..
HOORAAYYY! amboi over -.-

* mekap macam kurang umphhhh..
umpama kopi kurang gula...haha sukahatiku je buat perumpamaan begini.
tapi takpe..anggap saje ini salah satu idea kalau mahu mekap yang tidak over.

* saya mencampuradukkan kaler kuning,oren,coklat dan hitam.
jadi kaler kuning dan oren bukan kaler utama lagi sejati.
maaf beteh letak tajuk yo yo oh je kaler kuning dan oren.

* boleh nampak dengan jelas kening saya baru nak tumbuh.
hari itu praktis bentuk kening guna razor blades..
kening sendiri menjadi korban.serius tak suka.
cukur kening adalah berdosa,sila jangan contohi saya =.="

* tak pakai lens dan bulu mata palesu.
owh dah lama  teringin nak buat tuto tak pakai menda2 nih.
nanti nak buat lagi..tolong jangan angkat kain rentang berpiket
"sila jangan buat lagi"
i menangis kang uolsss....

* video letak muzik takde suara macam selalu tu sebab
saound recorder rosak.
woi banyaknya masalah kau cik zoey..T_T

* mata lebam berkedut semua ada.
jadi pesanan penaja adalah tolong jangan tidur pada pukul 4 pagi tiap2 hari.
kalau tidak bersedia untuk menjadi seperti 'makcik' kat dalam video ini T_T

tolong doakan saya beli laptop baru pelissss..
beli itu,beli ini camne nak simpan duit buat kawen ni woi?
kahkah over gatal.


ini yang saya upload kat youtube.

bawah ni pulak yang saya upload kat vimeo.
ramai yang minta saya upload kat sini sebab U atau opis depa sekat youtube.
walaupun stress gila nak upload kat vimeo,tapi secara baik hatinya saya upload jugak
(tuan blog tengah hentak2 kaki.stress uolsss hahaha).


Tutorial:Natural yellow & orange eye makeup from zoeyzauyah on Vimeo.



like fanpage kalau sudi.
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage

klik nuffnang nak bedah.amin..

tenkiu.


Penyakit episod 1.

Assalamualaikum...

ingat ini drama? siap ada episod blablabla..eh diam cikgu nak ngajor!

dulu zaman kecik molek..eh tak...zaman kecik2..
saya selalu jatuh sakit.

mak penah citer zaman baby dulu mak mandikan saya time hujan.
lepas mandi badan saya tukar jadi biru pucat lesi termasuk kuku besi..
haha mengarut..kuku merah pun i belum kenal uolsss..
nasib baik jadi biru,kalau hijau haruslah mak konpius ini anak
dia atau shrek? atau hulk mungkin?
FINE LAH ZOEY OIII....

eh ada lagi.time baby dulu kakak saya penah jatuhkan saya dari dukungan beliau.
nasib baik bila besar hati ni baik tak balas dendam kat anak2 beliau
hahahaha...

meningkat kanak2 saya selalu sakit.
selalu je demam,batuk dan selsema.
sekali terjadi memang susah nak sembuh.
kalau sembuh kejap je pastu jadi balik.
teruk2 tau sampai pernah demam hampir sebulan.
bukan setakat jumpa doctor,tapi doctor tradisonal pun jumpa juga
cehh sesaje je kan nak naik taraf tok bomoh sekelian.
sekali tu saya demam.time darjah 5 kot.
pergi klinik pak ngah saya(pak ngah saya doktor yang cool).
katanya ada  kelainan kat jantung.macam ade lubang.
then buat surat rujuk ke hospital.

mak bapak saya tak bawak pi hospital pun.
mungkin sebab tengok saya sihat dan kuat je.
saya ini budak2.orang tua pun takmo masuk hospital,inikan saya si budak comel.
eleleh.comel je cakap diri sendiri comel hahaha 
*pengsan.
tapi sila jangan contohi ini.
check je kalau dah diminta buat oleh doctor sebab
menyesal kemudian tiada gunanya lagi*iklan.

simptom2 awal yang saya alami macam ni..
> mudah demam,batuk dan selsema.

> sensitif dengan cuaca dan persekitaran.
kalau tersalah sikit mulalah jatuh sakit.

> kadang2 lalu makan,kadang2 tak lalu langsung.

> berat badan susah naik.kurus je.

> mudah letih dan badan lemah.

> mudah terkejut.

> kadang2 susah tidur.

> berpeluh secara hebat tengah tidur.
time cuaca sejuk pun boleh berpeluh kemain lagik.
orang cakap berpeluh dingin.

> bila terlalu aktif akan rasa jantung lain macam
atau mudah penat.dulu2 saya takde simptom nih cuma
pernah saya mengayuh basikal berlumba dengan kawan2.
secara tak pasal2 rasa semput dan penat.

> rasa nak pitam atau terus pitam/pengsan.
saya hanya rasa nak pitam.takde pulak terus pengsan ke hape.
ingat lagi pernah main bola sepak pantai dengan kawan2.
tak sempat tunjuk hebat saya dah nyorok secara diam2 sebab rasa nak pitam.

> tidur kene 2 bantal.
tapi mula2 dulu takde simptom nih.

> tercungap2 dan nafas berbunyi.

> denyutan jantung jadi kuat atau rasa lain dari normal.

> tak tahan sejuk.
akan rasa tak selesa.kuku,mulut akan jadi kebiruan.

tapi sebenarnya dulu saya sangat kuat.
rasa sihat dan aktif macam bebudak dan remaja lain.

nasihat saya,kalau rasa kelainan atau ada ahli keluarga tak sihat tu
cepat2 bawa gi check.
kalau perlu terus je check dengan pakar.
ramai orang termasuk kawan2 saya sendiri takut nak jumpa doctor.
dah teruk pun takut gak dengan alasan takut kalau2 ade penyakit serius.
bagi saya lebih baik tahu awal dari tahu time takleh buat apa2 dah.
tahu awal boleh cegah awal.bila kesan penyakit dah teruk macam saya
memang menyesal pun tak guna.
hanya harap keajaiban dari allah je.
saya tahu awal...time kecik2.
bila semua buat tak tahu dah besar nih penyakit dah jadi teruk
baru rasa menyesal.tapi tak guna dah nak menyesal pun.
memang takdir allah untuk saya jadi macam nih
tapi cuba bayangkan kalau saya dirawat awal2 dulu.
pasti paru2 saya ok,pasti saya selamat bedah tampal jantung je.
pasti saya sihat,saya kuat,saya berjaya,saya boleh bantu dan beri kesenangan
pada mak bapak saya.
tapi dah terlewat.
sepatutnya pada umur begini saya berbakti pada
mak bapak,keluarga,kawan2 dan sesiapa saja.
tapi saya ini hanya menyusahkan mereka saja.
saya membebankan mereka.itu sangat tak seronok.
hati saya hanya tuhan yang tahu.
saya nak bahagiakan mak bapak dan keluarga tapi tak mampu.
 bunyi macam merungut,tapi saya cuma nak ingatkan semua orang..
tolong jangan pandang remeh bila kita sakit,orang sekeliling sakit.
cepat2 rawat supaya tak terlambat.
 ini serius kawan2.

 nanti saya sambung lagi ok.

like fanpage saya kalau sudi.
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu ;)


Meh nak share pasal penyakit saya ASD PULMONARY HYPERTANSION WITH EISEMANGERS.

Assalamualaikum...

hari ini bajet doctor.
nak setori pasal penyakit saya.
tak.bukan nak minta simpati ke bantuan ke hahaha..ceh berlagak.
cuma nak share je sebab rasa macam nak share.
bukan semua orang tau pasal sakit ni pun tapi berharap 
saya akan citer secara hebat macam doktot tu semua.
itu haku sendiri pun pening..hahaha...
saya citer dari pengalaman dan cara yang senang nak paham.
saya akan citer sikit2 ye..
sumbat semua satu entry kang pengsan kauorang semua hahaha..
ASD PULMONARY HYPERTANSION WITH EISEMANGERS.
tapi senang cerita jantung berlubang dan paru2 tekanan tinggi.
 CAMNIH BERMULA...
bermula dari jantung berlubang je.
jantung berlubang selalunya dah jadi waktu kita dalam perut mummy 
*cehhh sebut nak mat saleh je hahaha..
saya dapat tau ada jantung berlubang time kecik2 dulu.
doctor bagi surat pergi check kat spital tapi mak bapak buat dek je..
saya lagilah buat dekkk pasal saya sihat dan kuat 
*iklan milo.

serius saya kuat sampailah umur 18 tahun.
saya nak pergi plkn.
time tu takyah check-up,tapi saya gedik nak buat medical check-up.
last2 tengok x ray jantung saya dah bengkak.
cancel plkn haku..ingat lagi nak ubatkan hati time tu
pergi makan kfc dengan kakna pastu buat sepek mata baru hahaha..
tapi tak sedih pun..hati batu betul budak nih.

bermulalah aktiviti melancong ke spital seluruh malaysia..
saya  kene buat macam2 test.
tapi tak best bila hospital kerajaan nih hantar saya pi sana,pi sini.
temunjanji 2,3 bulan sekali,ambil masa padahal just check sikit2 dan buat benda yang sama.
antara spital yang saya kena pi time tu ialah spital
kulim(baru dan lama),s.petani(tapi saya tak pi),a.setar,seberang jaya dan penang(last sekali).
semua ni ambil masa 1 tahun ulang alik tau !
 mula2 doktot cakap saya boleh bedah then sihat..
yeaaa.. tak takut langsung sebab fikir nak sihat je.
dalam tempoh 1 tahun dan bila mula ambil ubat badan saya dah makin
teruk...saya tak kuat dah.
selepas 1 tahun saya jumpa pakar jantung kat a.setar.
pastu ada benda saya takleh buat..kene pi penang.
kat penang saya buat macam2 test.
 last2 saya takleh bedah sebab teruk dah.
dah effect ke paru2.
then depa hantar saya ke ijn..
kat ijn saya diberitahu yang saya takleh dibedah,takleh buat apa dah.
siap ada jangka hayat lagi.
 sampai sekarang saya ulang alik ijn.
ini baru citer camne saya boleh tau pasal sakit ini.
entry nanti saya bagitu terperinci
simptom2,sakit yang macam mana saya rasa,pengalaman  dan lain2.
 percaya tak saya pernah duduk atas kerusi roda ja pastu takleh bercakap.
nanti saya cerita ok.

like fanpage saya kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin.

tenkiu.



 



tutorial pashmina style kemas..

Assalamualaikum...

orang tanya "eh..eh..,camner erk nak pakai shawl comel2 macam cik zoey tu?"
okes tang comel tu saya tipu..hahahaha...
*gila perasan punya budak..


skarang suka pakai style ini..
rasa kemas,rasa cun,rasa comel,rasa seronok,rasa nak shopping,
rasa nak buat cupcake,rasa sayang hey rasa sayang sayang hey...
haaa kau tengok? siap bernyanyi kecil kat dalam hati..
dalam hati je lah..kalau nyanyi dalam mulut bertempiaran lari kauorang semua.

meh tengok meh..
banyak dah tuto style camgini..
tapi budak gila kuasa tak pernah tahu apa itu kekalahan..
jadi mari membuat dengan cara tersendiri saja.

camnih...

camgini..


canmalican..

cam ayu betol lah hahahhha..sempat kau nyahhh...!


selamat mentry kawan2..

like fanpage kalau sudi.

klik iklan nuffnang nak bedah..amin.

tenkiu.

Kelas mekap,tukar url fanpage dan dapat cek nuffnang ;)

Assalamualaikum..

cek kiah oiii..meh join kelas mekap cik puan meh.
bukan selalu saya buat ni tau.
alang2 dah buat jomlah join.
kang saya bz mekap customer memang takde dah ajar2 mekap nih semua
*cehh nak cakap dia bz menjadi rebutan padahal bz kroih..kroih..
eh sape cakap? giler ahhh.dengan diri sendiri pun nak bebel.

kalau nak join atau keterangan lanjut boleh mesej saya kat inbox

paling dekat tarikh tu boleh pilih antara 17,18 atau 19 haribulan feb ni.
ataupun boleh pilih bila2 masa yang anda nak.
sehari je belajar.
start pukul 11 pagi sampai habis atau boleh ikut kelapangan anda sendiri.
minimum seorang,maksimum 5 orang.takmo ramai2 sebab ini buat 
secara santai dan private.takde formal2.
senang dan happy je main mekap.takde segan2.
ataupun kalau takmo campur dengan orang lain boleh la pakat dengan kawan2 atau family sendiri.
so belajar korang2 je dengan saya.

dulu belajar duduk camgitu je.
skang ada meja tapi meja ala2 jepun masih kene duduk haha..ska camtu.
kemudahan dan cara pengajaran dah upgrade skit.lebih teratur.
tapi yang penting santai.

dapat sijil dan goodie bag+hadiah.

meh baca flyers nih meh..


dah dapat cek nuffnang yang terbaru.
lebih banyak dari yang sebelum ni.alhamdulilah..

dah tukar url fanpage.
search dengan nama nih dah jumpa fanpage saya.senang kan.
sebelum nih susah nak carik sebab tak tukar url dia.
like la kalau sudi.boleh tau perkembangan saya,blog dan mekap.

klik nuffnang nak bedah.amin..

tenkiu.


Review: Pengetip bulu mata Elianto

Assalamualaikum..

saya kesiankan bulu mata sendiri.
boleh eh macam tu? hahahaha gelak dulu,macam tak biasa je uollss nih.

saya kesian  pasal tak pasal2 bulu mata kontot terputus
 akibat pengetip murahan yang kejam.

secara tak tentu arah dan tanpa tujuan saya terpergi ke jusco.
secara laju tak kasi can berfikir terus masuk ke elianto
dan menyambar dan membayar pengetip semudah A,B,D
eh mana C? ok tertinggal KAHKAH..


> saya beli jenis spring.

> harga RM13.00

> bentuk/lengkungan lebih lebar/panjang berbanding pengetip biasa.
saya try ukur okes.tangok,punya takde kerja la kan.

> span/pelapik kuat dan tak terkeluar macam pengetip biasa.

> sangat lembut time kita ketip tu.
takde tersepit kulit ke,bulu mata terputus ke.
sesuai lah untuk mata yang sensitif.

> sangat best kalau nak ketip lepas pakai bulu mata palsu terutama
yang jenis tebal dan over ala2 che ta 
sebab saiz dia lebar,so dia boleh ketip keseluruhan bulu mata
palsu dan asal.

ok dah terpengaruh ke blum?
eh hape nih bertanya semacam di tukang pengaruh saja..
setan tahu tak setan?
*dialog mak nenek T_T

p/s: saya akan buat semula tutorial mekap bila free.
skang bz merendek(berjalan).

like fanpage saya kalau sudi.

Klik nuffnang nak bedah.amin..

tenkiu.

review contact lens kimchi bambie blue 16mm.

Assalamualaikum..

hari itu pungpang2 minta kawan blog pilihkan lens biru kat saya.
pastu secara tak pasal2 saya dah beli lens lain yang takde kena mengena..
biasa budak nih..lempang skit..lempang skit..


ini saya.
eksaited bermata biru,tudung pun mahu biru juga.
over eh budak ni.

kenapa saya beli biru yang very the fake?
sebab rasa macam dah lama je tak pakai kaler over2.
asik pakai kaler gelap2 je pun bosan gak.

KIMCHI BAMBIE BLUE 16MM
packaging lens dan lens case yang saya dapat free.

> saiz 16mm.

> 55% kandungan air.

> jenis soft contact lens(lembut).

> kat botol tulis made in korea.
rasanya betul sebab packaging sangat ok.
(lens murah ada dari korea dan ada dari china,hati2 ya).

> harga RM20 sekali pos laju+ lens case free.

> beli kat abdullah here
service sangat bagus.ahad bayar,isnin dia pos dan selasa sampai.
layanan bagus,harga murah dan lensnya betul2 macam yang saya order.
tak caya tengok kat wall fb dia.banyak feedback yang bagus dari customer dia.


gambar atas:
corak dan warna lens.

gambar bawah:
sebelum dan selepas pakai.
dia besarkan mata.

> kaler terang.tak kira kat bawah cahaya terang ke gelap,
memang kaler biru tu akan nampak sangat menyerlah.

> corak dia buat anak mata tengah2 tu menonjol,
so dia akan nampak dramatik.

> besarkan mata.

> lens ni sangat nipis dan lembut.

> selesa pakai.saya pernah pakai lebih dari 8 jam(terpaksa),
dan masih rasa selesa.

> ada ring(lingkaran hitam keliling lens).

kiri:
kamera setting biasa.
mata nampak menyerlah.

kanan: kamera setting lain:
mata nampak macam anak patung.
sangat meyerlah..
hey kawan,tolonglah mengaku ya..jangan nak malukan diriku pula T_T.

ini dalam cahaya tak bape terang.
masih boleh nampak kaler biru yang menyerlah tu kan.

saya pakai ni papa asik puji2.
katanya lawalah,cantiklah,macam anak patunglah,comellah..
ini puji ke bodek ha?

like fanpage kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah.amin..

tenkiu.

hadiah bsday ^_^

Assalamualaikum..

ini antara hadiah bsday saya.
hey ape nih? semacam nak menunjuk saja..
hahahaha..gelak dulu sebelum mengaku.
memanglah nak tunjuk pun,jadi maafkan saja diriku ini ya.


ralph lauren original set.
dapat jam,perfume ralph lauren blue dan perfume laph lauren romance saiz travel punya.
ini bukan koleksi ralph lauren yang baru tapi ini sangat wangi tahu?
bau boleh tahan lebih dari 8 jam dan itu sangat cool.

p/s: i've sprayed it on my skin and it last for 2 days
even though i had a bath and soap !
perfume original sangat hebat tau !

hadiah dari siapa?
dari diri sendirilah hahahaha..
habuan selepas dugaan2 semasa umur 23.cehhh..macam banyak je benda tak best.
takde..takde..semua best2 cuma sesaja nak hadiahkan diri dengan mende nih.
lagipun perfume escada dan epal saya dah habis,inilah penggantinya.

ini perfume2 yang saya dah test sebelum dapat yang betul2 sesuai dengan saya.
dalam banyak2 ini,davidoff paling mables.
harga rm290 untuk 100ml.

ini hadiah dari hencik papa.
keyboard rosak sampai hilang mood nak berblog semua.
pastu papa hadiahkan mende nih.
mekasih ye papa(ucapan di angin lalu).

mekasih uolss2 semua yang wish ya.
semoga allah merahmati kita dan kita semua selamat dunia akhirat..amin..

 now me and family are heading to s.petani.
to my brother house.poor CCE..kebosanan menemankan kakak ipar yang bakal bersalin
hahaha.padan muke wekkk..!

p/s:perasan tak saya ada sepiking dalam entry ini?
sebab kempunan dah lama tak sepiking.
sepiking dengan papa pun dia suka main2 je =.="
*padahal saya lagi banyak main kot haha.

like fanpage kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah.amin..

tenkiu.

Review Garnier BB Cream

Assalamualaikum..

saya tak pernah tertarik nak pakai BB cream.
pasal apa? pasal kulit ada cela macam saya ini bukan takat BB cream,
buaya cream pun tak jalan uollss..

hari itu pergi watson tetiba teringin nak beli.
tapi belum beli..balik rumah pikir2,makan,tido sambung pikir lagi
pastu ulang benda yang sama sampai haku pun pening weh !
last2 hari tu pergi watsons lagi terus sambar.
tu pun nak pikir lagi,nasib baik jejaka peneman saya tu rushing,
terus ambil dan pergi kaunter..semudah 1,2,3 tak sempat nak pikir apa dah.

esoknya terus try pakai.
meh tengok apa hasilnya meh.

AMARAN !
saya review dari pengalaman guna.
harap takde yang tanya2 lagi macam saya adalah pengeluar produk ni.
lain orang,lain kesan dan pengalaman guna.
semuanya saya tulis kat sini k.

gambar takde edit bagi kulit flawless ke hape.
kalau nampak ok pun sebab setting kamera tu punya kerja.
saya cuma tambah watermark saja.
ada gambar yang blur sebab ambil guna henpon.

saja eh nak letak gambar ni mula2.

Garnier BB Cream.
KIRI: packaging produk.
KANAN: tekstur produk.

> harga RM19.90 tapi saya beli time promosi RM17.90.

>20gm tapi macam sikit sangat produk dalam tu.

> boleh beli kat mana2 pasar raya,farmasi,watsons dan guardian.

> KATA PENGELUAR:
pelembab BB pertama garnier memberikan kecerahan yang menakjubkan
dengan hanya 1 langkah kulit terlihat cerah merata.
diperkaya dengan pati lemon asli yang mencerah dan membantu eksfoliasi.
spf26/PA+++ membantu melindungi dari sinar UVA dan UVB.
pigmen mineral memberikan hasil semulajadi yang tahan lama.
bebas minyak dan pewangi.tidak menyumbat pori,sesuai semua jenis dan warna kulit.
diuji dermatologi dan diuji untuk anti alergi/alahan.

dari awal pemakaian kulit terlihat:
1.lebih berseri. 2.lebih rata.
3.bintik/tompok hitam berkurang. 4.ketidaksempurnaan berkurang.
5.kemerahan/keradangan berkurang. 6.lebih halus/lembut.
7.lebih lembab. 8.garis halus berkurang.
9.pori2 disamarkan/kurang ketara. 10.nampak bercahaya.

PENGALAMAN SAYA GUNA:
> saya pakai nih kawan2 kata kulit nampak gebu dan cerah.
siap puji2 kata cantik auwww..
jejaka peneman saya pun puji cakap kulit muka nampak cantik.
ini lagi laaa haku auuwww..

> ada bau tapi tak kuat.

> tekstur krim cair macam fondation jenis cecair.

> hasil yang ringan.

> kulit nampak cerah tapi lama2 nampak biasa ja.

> kulit nampak bercahaya.kira glowing2 lah.

> kulit nampak licin dan sihat sebab ada effent glowing kan.

> bila sapu kat kulit rasa macam minyak2,lembab2 gitu.

> tak berminyak.

> cela,parut,kemerahan dan warna tak sekata tak dapat ditutup
dengan sepenuhnya sebab dia bagi hasil litupan yang ringan.

>produk dia macam sikit sangat.
saya picit tak keluar,ketuk2 pun tak keluar.
pastu picit dan ketuk lama2 baru dia nak keluar.
macam kita dah pakai separuh padahal baru je beli.
kalau cair sangat pun takkan camtu kan?

> bila dah lama2 pakai bercampur peluh dia jadi kusam sikit.
rasanya ini normal.pakai fondation pun akan jadi camni gak.

> cara pakai senang je.
titik kat dahi,hidung,kedua belah pipi dan dagu.
pastu ratakan seluruh muka guna jari.
selalunya saya akan pedap2 semula guna sponge sebab nak bagi lebih rata.

> kalau nak,boleh samarkan lagi cela guna concealer dan pakai bedak debu atau padat.
saya guna bedak pixy.

Gambar tak edit kecuali tambah watermark saja.

KIRI: sebelum.tak pakai apa2 mekap lagi.
warna kulit tak sekata,ada merah2 dan bintik2.

KANAN: selepas pakai Garnier BB Cream je.
belum pakai concealer dan bedak.
 rasa macam pakai pelembab je.
merah2,warna tak sekata dan bintik2 disamarkan tapi tak sepenuhnya.

gambar tak edit kecuali tambah watermark saja.
gambar ni saya dah pakai dengan concealer dan bedak pixy.

 KIRI: 
guna kamera yang disetinggkan.
ini sejam lepas pakai.
nampak gebu dan cerah.kawan2 puji uollss...

TENGAH: 
ini kamera normal.takde setting kasi gebus ke hape
tapi masih nampak gebu kan? yang penting nampak natural.

KANAN:
ini lepas 5 jam pakai.
dah campur peluh yang dasyat.
dia jadi kusam sikit tapi sikit je.
cela2 pun dah mula nampak semula tapi tak bape jelaslah.
rasa macam minyak sikit kat hidung.tapi sikit gak.
takde lah sampai kene lap teruk2 dengan tisu ke hape.

apa yang saya leh cakap,tak rugilah beli mende nih.
macam saya yang jarang pakai BB Cream,boleh je pakai sebagai makeup base.
kalau jenis orang yang suka mekap nipis2 tu sangat sesuai pakai jenama ini.
kulit nampak cantik.

like fanpage saya kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.

kejadian itu

Assalamualakum..

ini citer pasal ribut hari tu.

31 januari bsday saya.jadi perlu ke beritahu?
ya mestilah kene bagitahu pasal ini ada kaitan.

keluar dengan sidia pukul 3 petang time panas terik.
bsday lah katakan..
pergi sana sini pastu keluar2 saja tengok langit sudah gelap.
itu dekat prai,

sekerat jalan nak balik dah hujan dan kilat2.
pastu angin pun kuat sampai daun jatuh luruh 
tapi jangan nak perasan itu musim autum pula ya.

sampai kulim kilat kuat banyak kali.
angin kuat hujan lagi lebat sampai semuanya nampak putih saja.

dah sampai simpang rumah papa tanya nak balik ke?
saya lapar ingat time keluar tadi mak tak masak,kalau balik nak makan ape?
jadi teruslah ke plan mahu makan.

berhenti di traffic light hujan lebat.
siap ada effect bunyi keletung keletang kat kereta.
saya perhati betul2..tengok2 hujan batu.
bagitahu papa tapi dia tak caya.
dia kata mungkin tu buah ape2 yang diterbangkan angin.
motif dia cakap cantu? sebelah kami ada pokok2..so buah dari pokok kononnya.
bila makin lebat dia pun prehati betul2..memang sah hujan batu.
dia potpet2 borak sambil tunjuk pokok2 kat sebelah tu untuk tengok arah angin.
saya cakap "lebat sangat nih,semua nampak putih je.jalan pun tak nampak".

tiba2 angain menghala ke arah kami.
pokok2 tu sampai rapat ke jalan.
memang sangat kuat dan menakutkan.
pokok macam nak tercabut je.saya dah pikir bukan2.
kang keta diterbangkan camne? pokok tu tercabut hempas kereta kami naik tu camne?
saya peluk papa kuat2 sambil nangis.badan dah ketar2 dah.
papa baca hape tah.
saya siap nangis ajak papa balik rumah dia.saya takmo balik umah saya.
konon umah papa lagi selamat.umah saya tau dah memang takut kalau ujan semua,
last2 reda.kami terus je pi bank amik duit n makan.

balik umah tengok semua gelap.
ramai orang lak tu.
upanya  time angin kuat tu dia dah terbangkan bumbung rumah saya
kat ruang menonton tv.
bilik saya lak kat depan tu,habis banjir sekali kat bilik saya.
barang2 kene air.
laptop saya pun kene.nasib baik tv masih boleh guna tapi laptop saya
rosak keyboard.

depa ramai2 tolong letak semula bumbung kat atas.
tapi letak je dulu buat tutup sementara.
papa denan adik saya tolong cuci rumah.
tq papa hehe..
 
adik saya cakap time angin paling kuat tu dia datang dari semua arah.
dia peluk mak saya sambil nangis.
bapak saya azan,jiran saya pun azan.

patutlah rasa takmo balik.
kalau balik sah2 saya ada time kelam kabut tu.
dan kalau saya ada jadi apa?
bertambah huru haralah cek kiah oii..
mesti sesak nafas sebab panik.
mak pun cakap nasib baik saya takde..kalau tak,tak tahu ler camne.

fobia uolss..saya sampai takleh tido.
memang terbayang lagi suasana time tu walaupun saya dalam keta.
kuat dan menggerunkan.kalau saya ada kat luar tu mesti saya dah melambung
pasal terlalu kuat.

banyak rumah yang rosak dan kene timpa pokok.
takut betul.

alhamdulilah semuanya selamat.
muhasabah diri diatas semua kesalahan.
memang itu dugaan tapi mungkin juga
satu balasan atau peringatan kan.

like fanpage saya kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.