bila pakai lens mata pedih2 apa nak buat? meh nak share cara saya.

Assalamualaikum..


pakai lens pastu mata rasa tak selesa..
lens rasa nak tertanggal..salah satu sebabnya ialah mata kita keringlah tu...
weh ape nak buat nih? ape nak buat nih?
dah..jangan nak panik buat kecoh..lempang kang..
meh silalah baca dengan kusyuk apa yang saya nak share nih..
kalau tak kusyuk pun takpe..bukan saya nampak pung hahahahhaha...


kalau mata jenis sensitif,mudah kering,mata jadi merah dan selalu rasa tak selesa
bila pakai lens,
silalah menggunapakai eyedrops khusus untuk lembabkan mata.
selalunya dia boleh titis walaupun ada lens kat dalam mata.




picture source frim google.
ini contoh eyedrops untuk lembabkan mata.


boleh beli kat kedai sepek atau farmasi...
jangan nak buang tebiat beli kat kedai basikal ke,kat pasar borong ke..
tak..tak..


dah beli tu silalah bertanya cara yang betul untuk guna
ada yang boleh titis walaupun lens ada dalam mata,
ada yang kene keluarkan lens dulu,
ada yang boleh guna kat lens jenis lembut,
ada yang tak.
so jangan malu jangan segan..sila bertanya sampai dah takde idea nak tanya apa
kat staff kedai tuh..
nak ngorat  minta no tepon pun takpe..takde masalah..kahkah..

dulu mula2 belajar pakai lens saya ada gak kene pakai eyedrops nih,
tapi skang dah terbiasa memang takde masalah apa.
dok lama dalam air cond pun takde masalah mata kering ke pedih ke.
wahh hebat ! *tepuk2 tangan.


tapi sejak dulu saya ada satu rutin yang biasa saya buat setiap kali tanggalkan lens.
dah tanggalkan lens,cuci mekap,cuci muka bersih2 semua,
saya akan titis ubat mata atau eyemo dalam mata sebab
lepas tanggalkan lens mesti mata akan rasa pedih2 sikit kan.
so saya titis untuk elakkan dari jadi tah pape kang.



saya suka titis satu ubat mata yang dibeli dari klinik p.ngah saya.
tak tahu namanya apa tapi satu family suka spare ubat ni.
sangat berkesan.mata sakit ke,pedih ke,tak selesa ke mesti titis sikit
then tak lama pastu dia baik dah.
tapi skang dah habis..tak gi beli baru pun..
*padahal bapak tak tolong belikan..haishh..ape nih mengharapkan bapak
walaupun sudah tua bangka begini T_T


so gantinya saya guna eyemo.


picture source from google.
yang ini terpaling pebret.
memang berkesan untuk hilangkan iritasi,pedih2 dan ketidakselesaan kat mata.
ceceh...macam iklan.



picture source from google.
tapi sekarang guna yang ini sebab yang hijau putih tu dah habis.
papa yang beli kaler biru ni kat saya.
tak bape berkesan tapi boleh la nak bagi mata ok sikit lepas tanggal lens.
hey tolong jangan komplen sangat eh...ini papa yang beli tau..papa !
*emo T_T


dulu keja jual lens,
selalu customer bagitau depa titis eyemo walaupun lens ada dalam mata.
pastu mula rasa pedih..
SALAH OK..
nak titis eyemo boleh,tapi sila tanggalkan lens dulu.
dah titis,biar kejap then baru pakai lens semula.
tapi terpaling tak tahan tu,ada yang rendam lens dalam eyemo !
pakai ja pedih dan mata jadi merah.
nahhhh...tu lah padahnya tak bertanya pada yang tahu.
nak pakai lens kene jaga elok2..
kalau was2 atau tak tau terus ja tanya kat doctor ke,kedai sepek ke,
farmasi ke kan...
kang terbakar rumah nampak di mata,terbakar hati siapa yang tahu..
weh tetibe ! hahahhaha...


dah..dah..tu je.lain kali share lagi.


like fanpage saya kalau sudi.


klik nuffnang nak bedah..amin.


tenkiu.


retro makeup tutorial *reupload semula video yang ada masalah tu.

Assalamualaikum...



cik aida azryn yang cantik manis intan payung minta saya buat tuto mekap tema retro.
saya ni jarang bebenar buat tuto ikut permintaan orang,tapi baik hati punya pasal
terus buat jugak takde tangguh2 dah..kahkah*indah jugak puji diri T_T



saya google saja untuk cari inspirasi dan NAAHHHH...!
rasakan penangan mekap inspirasi-konon-konon-jelah-senah-oiiii...



tengok kiri...ERRKKKK !(lari laju2 tak pandang kiri kanan dah).
tengok kanan...PHHEEWWWIITTT ! kahkah...



saya suka gambar ini..
walaupun pipi macam kuih bom,tapi kenapa rasa macam anggun je eh?
hahahhahahaha PUIII !



yang ini mata dia macam menggoda sikit kan..
apesal entah kulit putih macam anak mat saleh 
KAHKAH tolong gelak kuat sikit part ini.



penuh effect2 kecomelan yang dibuat2..
secara sengaja atau tidak sila abaikan saja...



ini video dari youtube.
p/s: UPDATE 27.3.12 video youtube ni dah tukar ke video baru
sebab yang sebelum ini dia ada masalah sikit.tq.



ini dari vimeo.



> sampai awal pagi saya ada masalah nak upload video kat youtube.
terus tukar lagu secara laju2..takut sebab lagu kang awak2 semua takleh buka tengok video.



> bibir merah adalah sangat retro..malah sangat cantik untuk orang
berkulit hitam manis.yang berkulit masam2 manis juga cantik..
so takyah majuk takyah risau..haha..


> eyeliner saya tak rata pasal secara tak pasal2
tangan saya menjadi parkinson pada hari itu.
what the?



> jangan risau tengok kulit saya celup betul dengan effect2 mat saleh tipu.
orang yang kulit camne pun sesuai gak buat mekap camnih dan pakai lipstik ang2 tu.
SILA TRY ! TAK KIRA,SILA TRY ! *ugutan =.="


> abaikan style tudung..memang hentam memang terjah..
tak pasal2 betul T_T



> mak dengan kakak saya cakap saya adalah cantik pakai kaler merah ang2 tak mulot tuh..
fine..memang sengaja nak bagitahu pun hahahaha..



PRODUK YANG DIGUNAKAN
(boh list kat sini sebab malas nak taip kat video).
naturactor fondation
elianto cream concealer
pixy two way cake compact powder
silkygirl beige and soft brown eyeshadow(untuk kening dan mata)
mac pallete white eyeshadow
maybelline hypersharp liquid eyeliner
Essence mascara
D.I.Y half lashes
essence bronzer.
danny blusher pallete
unbranded lipliner
mybelline red lipstick



macam minah saleh celup..
very the verangan...



retro ke klasik ke hape jadi entah haha..



owh ternampak siongku itu..
i likee....


selamat mentry.



like fanpage saya kalau sudi.
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage



klik nuffnang nak bedah..amin.


tenkiu.



makan gambar..erk?

Assalamualaikum...



secara tiba2 saya terjumpa komen dari siapa entah
kutuk2 gambar saya.
katanya "comel tapi semua edit"
dan satu lagik dia jugak yang komen "kat luar tak camnih pun"
dan ada pula yang pernah kata "edit sampai tak nampak hidung"
HAHAHAHA...ok cukup gelak..kang tercekik air liur sendiri
memang tak pasal2.



perasan ke idak eh..saya selalu bagitahu saya takde edit teruk2 kat gambar saya.
sebab apa? sebab kamera saya sangat hebat dan power.
ada gambar yang saya edit,tapi selalunya saya deepkan kaler sahaja.



muka flawless? mata bulat gedabak sebesar bola sepak takraw?
takde..takde..tak pandai buat semua tuh.
potosop pung bengap sampai hari ini belum pandai nak guna.
minta cce ajarkan,sekali cakap terus dia potpet2..
berlalulahsudahramadan..hahha eh lempang sikit..
tak..tak..berlalulah saya membelahkan diri tak jadik nak minta tunjuk ajar.



serius saya tak pernah cakap saya ini cantik atau comel gila kat luar.
saya biasa2 je.tak macam dalam gambar sangat.
dalam gambar sangat lain sebab effect mekap dan camera settings.
dan kawan saya juga selalu cakap saya jenis yang makan gambar..
hey takyah la bayangkan saya kunyah2 gambar tu semua..
sembelit haku setahun kahkah...
ini makan gambar yang maksudnya muka nampak cantik dalam gambar berbanding di luar.



 ditambah pula effect gaya buat2 comel..PUIII ! bhahaha...



mekap 14 inci? mekasih..saya adalah si tukang mekap..
mesti nak mekap2 punya..tunjuk contoh kat bakal customer semua..
ye mekasih..hahha eh kau dah kenape? macam terima award ke hape tah.




hidung tak nampak,kulit gebus flawless gila bukan sebab edit tapi sebab kamera punya settings.
"kamera..saya sayang kat awak"
*minta2 bf tak baca nih...kang dia pikir saya buang tebiat ke hape.


 
ini muka takde mekap langsung dan kamera pun guna cap henpon samsung saja.
takde edit,takde setting macam kamera sonyku itu..



saya adalah yakin dengan diri sendiri.
kalau tak,takdelah sibuk2 nak bubuh gambar sebelum dan selepas mekap
kat blog dengan fb.



motifnya kat sini..
tak suka jangan tengoklah deyyy.. thambi!
minta maap pakcik thambi..terguna nama pakcik pula..
(berlari anak sorok muka dalam perigi).



like fanpage saya kalau sudi


klik nuffnang nak bedah..amin.


tenkiu.



tutorial shawl hoodie style

           Assalamualaikum..

sejak membuat entry dan membubuh gambar mengerikan ini di blog,fb dan fanpage,
berduyun2 orang ramai meminta saya membuat tutorial shawl ini..
*amboi ayaaat...T_T


jadi,bagi tidak menghampakan permintaan anda semua,
meh la meh saya tunjuk cara pakai.

boleh guna shawl lembut atau pashmina tebal.
tak kisah ler saiz shawl/pashmina tu besar ke kecik ke..
boleh je buat style ini..
taknak buat style ni pun takpe..takde halangan..HAHAHAHA...

dalam gambar saya ada pakai brooch besar.
haaa gedabak macam mak datin..
kalau uollss nak pakai jugak pun boleh.
tapi dalam video ni takde pakai brooch tu erk..
biasalah,takde penaja..kahkah demand punya mak datin.





 

 

                                              
ini video dari youtube.


                                
video dari vimeo.


selamat mentry kawan2.

sila like fanpage saya kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin.

tenkiu.





penyakit episod 2.

Assalamualaikum...

sambung balik..

umur 18 tahun nak pergi plkn.
budak ini exited nak join plkn.dapat pulak kem kat langkawi.
owh itu kem tercantik di malaysia waktu tu.


menambah over eksaited diriku itu,
saya sibuk2 nak buat medical check-up walaupun time tu belum
wajib untuk buat.


the result is...
failed senah oiii..nak ulang lagi ayat kekecewaanku itu?
FAILED..ertinya gagal.


tengok kat x ray jantung saya dah bengkak.
maaflah,doktot yang tengok bukan saya.
kalau saya tengok pastu paham apa itu hasil x ray baik
haku medical check-up diri sendiri saja hahahaha...


saya dirujuk ke hospital baru kulim.
ini bukan rujuk selepas bercerai..hey pahamlah,ini bab hospital bukan
bab hubungan.foineeee...T_T


jumpa pakar 3 kot.pakar jantung.
ambil berat,ukur tinggi dan tunggu giliran secara bersabar.
ramai la hoi !


jumpa doctor tanya sejarah keluarga,simptom dan macam2.
lepastu 3 bulan lagi jumpa semula then ambil darah.
buat benda yang sama je tiap kali temujanji.


pastu saya kene pergi hospital seberang jaya untuk buat echo
iaitu scan dada macam scan baby dalam perut ibu mengandung.
buang semua baju kita then pakai baju yang depa sediakan.
baju besar dan labuh dan bertali..eh explaint pulak haku nih.


baring dan ikut je arahan depa.
kadang2 kene mengiring lah,letakbantal kat belakang lah,
langut(mendongak) dan macam2.
mula2 letak jeli kat bahagian nak discan tu,
pastu depa akan scan kat dada,tekak dengan perut.
kena tahan bila dia tekan2 time scan tu sebab kadang2 rasa sakit.
sikit je lah..tolong jangan nak mengada sangat eh haha..
kadang2 depa akan buka bunyi.boleh dengar bunyi jantung berlubang yang very the peliks.


kemudian depa akan print gambar2 yang discan tadi dan buat report
untuk doctor tengok.
macam saya nih ambil semua then bagi kat doctor kat kulim pulak.
hey apesal tiap2 hospital gov takde semua peralatan ha?
tekdelah kene ulang alik pi sana sini.
sekali temujanji ambil masa 2,3 bulan untuk buat benda kecik2 je.
membazir masa kan? haaa tengok,kan dah bebel.


 saya kene ulang alik kat hospital dan buat benda2 macam
x ray,ambil darah,check biasa2 tu semua selama 1 tahun.
buat benda yang sama je.


sejak mula jumpa pakar jantung saya dah mula diberi ubat.
ubat untuk kencing,ubat hape tah dan pil garam.
tak tahu apa motifnya.dari mula2 ok kuat sihat,terus makin lama
makin lemah..betul2 macam orang sakit..
ubat kencing tu lagi hampes...asik nak kencing dan buang air je.
naik kereta berjalan jauh memang seksa.


dalam tempoh ni antara hospital yang saya kene pi ialah
kulim,s.petani(saya tak pi),seberang jaya,a.setar(hospital lama) dan penang(penang ini last sekali).


waktu ini doctor cakap saya masih boleh dibedah.
lepas tampal saya boleh ok semula.
kalau hospital baru a.setar siap awal,saya akan dibedah kat sana.
kalau tak,saya kene bedah kat penang.


last saya kene pi hospital a.setar jumpa pakar jantung dari penang.
katanya nak buat prosuder yang dipanggil TOE hape tah.
TOE ni masukkan wayar berkamera melalui mulut sampai ke jantung kot.
tapi bila jumpa pakar tu cakap saya tak sesuai buat.
jadi dia buat surat minta saya masuk hospital penang selama 3 hari untuk
buat prosuder lain iaitu engiogram
prosuder nih masukkan wayar melalui paha sampai ke jantung.
ini bukan bedah..baru nak check lubang dan keadaan jantung je.


tempoh 1 tahun nih kedaan saya berubah.
dari sihat dan kuat secara mengejut saya jadi makin lemah.
berjalan je rasa sesak nafas dan penat.
takleh solat berdiri macam biasa.kene solat duduk.
takleh buat kerja kuat2 macam selalu.asik tak larat je.


makin teruk bila dalam tahun yang sama saya eksiden.
jatuh moto time balik kerja tengah hujan.
nak elakkan orang lintas jalan saya break mengejut.
motor dan saya terseret atas jalan sampai keluar percikan api.
selipar putus 2,seluar terkoyak.
kereta belakang yang tolong saya.sorang cina dan sorang melayu.
kedit habis,depa yang tolong call bapak saya.
lepas pi hospital settle semua saya terbaring lama kat umah  uolllsss..
kaki teruk.lutut berlubang,kaki luka teruk,pastu jadi nanah pulak..
habis lekat parut sampai skarang.
setahun kemudian berubat cara tradisonal baru saya tahu
rupanya tulang belakang saya dah lari sikit dari kedudukan asal.
ini semua akibat eksiden tu..setahun i tak tahu senah =.="


lepas eksiden saya jadi makin teruk.
suara hilang.orang tak biasa dengar akan rasa pelik bila saya bercakap
jadi saya banyak diam.
lama jugak macam nih.bukan sebulan dua tapi makan tahun ok !


lepas ni saya akan citer lagi.
pengalaman dan test saya kene buat kat hospital penang pulak.
 tunggu ye sebab ini macam permulaan kepada perubahan hidup saya.


like fanpage kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah.amin.

tenkiu.

amboi..murahnya rezeki..

Assalamualaikum...

HAHAHAHA...
sedang bergelak versi puas hati sangat dah.
eh tak..tak..tak boleh lah nak riang riak sangat kan..
alhamdulilah...*ok,ini sangat baik.


baru2 ini saya murah rezeki betullah.
dapat banyak mende2 free..
suami je belum dapat free kahkah..


mendapat baju forever21 jepun dari Anna Farhana.
suke uolsss...baju dia suwit2 gitu.
hari tu anna balik malaysia dia kasi kat saya..
amboi..suka hati ai..


baju,keychain dan magnet hapekebende ni  Farid Garcia kasi.
dia beli time holiday kat phuket hari tu.
siap pos kat rumah..
sob sob..terharu ai(padahal sedih cousin dia yang hensem tu dah kawen)
hahaha..


skirt dengan gelang ni  Cik Pelangi yang gojes kasi.
cantik sangat2..silalah order kalau mahu macam ini juga..
amboii..sempat promote...


saya beli inner hitam tu.
owner yang cun Mia bagi inner bawal hijau lumut tu kat saya..
free hokes..katanya sebab hari tu saya kasi pinjam muka untuk
promosi inner  haha..mekasih sangat2.

service bagus,inner sangat selesa.tambah2 yang hitam tu memang macam tak caya.
saya ada je inner camtu,tapi kain panas sangat2.
yang ini sangat selesa..serius.

gambar kecil tu business card beliau.
sangat comels macam owner.

mekasih kat  mereka2 ni semua.
semoga berjaya dan murah rezeki selalu..amin..

like fanpage saya kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin.

tenkiu.

tutorial simple makeup*when i'm rushing

Assalamualaikum...


WAHAHAHAHAHA..
gelak2 dulu...apesal tajuk gedik sangat eh?
omputih lah konon..konon je lah kan..pui..


ini bukan tutorial mekap lelawa macam selalu tu..
ini lebih kepada tips yang diri sendiri selalu praktikkan
pastu diri sendiri nak sharing2 dengan kauorang.


kadang2 saya selalu diajak keluar secara kalut2..
takmo muka pucat,tapi takde masa..
jangan berangan nak mekap siap berbulu mata palesu,
i'm rushing ok,i'm rushing...
WAHAHAHAHA..
sambung gelak.


jadi saya akan mekap secara berdesup ini.
banyak step diabaikan,tapi HALLOOO  !!
katanye rushing..jangan nak terhegeh2 tempek itu,tempek ini.
hahahhahahha.ok cukup gelak.


tahu dah..tahu dah..mesti kata muka flawless leh la buat camnih...
meh nak setori...
mekap ni takleh cover parut2 ke,jerawat ke..
sebab dia nipis dan motif utama sebab nak elakkan kita
dari nampak pucat lalu tak bermaya dan macam orang tak reti jaga diri.
*sempat bebel.
bukan untuk mekap kaver2 tu semua atau mables2..
jadi harap faham lah ya.


sesape yang suka bangun lewat pastu kalut2 nak gi kelas ke,
kerja ke,boleh lah try step2 ni.
paling penting senang nak cuci bila kita nak solat sebab
nipis je kan.dah habis solat boleh mekap camnih semula
sebab senang dan cepat.
*iklan.

time apply semua2 nih macam eyeliner dan blusher tu
takyah kontrol2...takyah perfect.buat laju2 je.
sememeh skit takpe,tetap comel..
ini serius....*nada wonderpet.
saya buat laju2..tak sampai bape minit dah siap dah..
tapi ini video,saya tunjuk lah slow2..
jadi sila try..ini ugutan..SILA TRY OK..
huahahha annoying.

 mekap ini adalah dari cara mekap yang sama...
haish..terasa comel melihat gambarku sendiri..
kahkah..


dan ini juga sama...
ada ke nampak tak sama sampai kene explaint begitu sekali?


 hasilnya...
ERRRRKKKKKKKK !!!!!!!!!!!!
hoi tengok yang kanan lah bukan kiri !


 dan...HOI ! mana hilangnya  kemerahan pipiku itu?
*memarahkan kamera yang menghilangkan kefreshshan dimukaku ini T_T



ini video youtube.


                               
ini video vimeo.


produk saya guna:
pixy two way cake compact powder kaler natural white.
*bila sapu guna span basah dia akan bertindak sebagai foundation dan bedak sekaligus.
jimat masa kan? satu step terus dapat dua hasil.

avon glimmerstick eyeliner kaler hitam.
ini jenis stcik.guna jenis stick atau pensil lebih senang dan cepat.
takyah takut comot sangat ke,kena control time garis ke hape macam guna liquid tu.

elianto pengetip bulu mata.
saya ketip macam lama je..padahal saya ketip laju2
secara berdesup tak hingat.

essence no limits mascara kaler hitam.
sapu maskara mata akan nampak lagi mables dan segar bugar..
wee ayat..haha..

takde jenama punya blusher kaler pink.
kelihatan extra segar dengan blusher.

maybelline lips smooth colour and care strawberry.
boleh lembab dak warnakan bibir sekaligus.
ini satu lagi penjimatan masa yang mables.

maka hasilnya adalah seperti ini.....
.
.
.


selamat mentry.

like fanpage saya kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.

Tutorial tudung bawal hoodie style inspired by fatin suhana

Assalamualaikum...

dah..dah cakap awal lagi ini bukan style saya,
ini inspirasi style fatin suhana yang cun melecun tu..
sila ke fatinsuhana.blogspot.com untuk mempastikan setahap mana kecunnan beliau..
weh haku tak tipulah.dia memang lawa !
*emo lah dia nih..haha..


sekarang ini syok betul keluar menggunapakai style ini.
style hoodie nama diberi tapi sumpah tak tahu betul ke tidak ejaan itu..
nampak tak failed BI? kau nampak tak?
baheklah,sebelum emosi semakin tidak stabil,
apa kata kita terus ke tutorial kita
*sila bayangkan gaya pengacara nonadihatiku.


fatin buat lebih cun,saya buat lebih cun sikit2 je..
hahahha nak jugak tuh !
saya nih hentam2 je time pakai..
fatin buat step camgitu,saya buat step camgini..
perosak style betul dahku inih..


> saya pakai inner neck.
mahu lebih keselamatan katanya.
langkah ini sangat sesuai dan bijaksana untuk
orang ganas seperti saya.
kalau tak pakai,silap haribulan terus ternampak leherku ke,
rambutku ke,atau lebih hebat tudungku terbang di angin lalu..
weh...scaryyyy...!
*mata terbeliak,mulut terbukak.


> saya letak bahagian yang mula2 tu dari sebelah kiri ke bahu kanan.
saya letak kat bawah.fatin letak kat atas..
nampak tak betapa very the sukahati je saya ini.


> tang lipat2 bahagian hujung tu saya main hentam jugak.
asal namanya lipat dah macam puas hati sangat dah..
weh tolonglah...what the???


> saya guna tudung bawal jenis besar dan lembut.
lagi cantik dan terletak..auwww...!
*ehhhhh budak nih..perlu sangat ke buat effect semacam ini?


 style ini cantik kan? dan betul2 ade style..
adakah sedang mengulang ayat yang sama?
fineee.....


alolo comelnya style ini..saya pun comel..
bila  pakai berkali ganda menjadi comel..
KAHKAHKAGKFJKIGBK haaa tengok?
ober tau..sampai gelak dah hilang huruf 'H' kat belakang..


sebab gambar inilah ramai request saya buat tuto..
padahal saya ini meniru style orang juga...hihihihihihi*gelak memalu.


nampak inner kelabu di kepala dengan jelas sebab
tudung bawal itu diterbangkan angin air cond yang kuat.
terjawablah sudah pertanyaan orang ramai selama ini..
ceceh...


                         
ini video dari youtube.


                             
ini pula dari vimeo.yang kat vimeo nih saiz dia lebar2 sikit ye.


gambar bajet bersama style bawal kegemaran masa kini
mesti terlepas jugak kan? eh...sibuk bertanya orang pula.

selamat mentry kawan.
mekasih sebab tengok dan baca.

like fanpage saya kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin.

tenkiu.



nak mekap ke nak belajar mekap ke,meh sini Zoey Makeup & Beauty +pengunjung blog saya sebanyak ini?

Assalamualaikum..

tolong jangan bertanya "zoey makeup & beauty? owh tak kenal pun"
i nanges hentak2 kaki kang...

ini nama bisnes saya.dah daftar uolsss...
insyallah masa akan datang mahu buat sesuatu yang lebih mables
dengan jenama nih.,,*ceceh..

sekarang ada promosi.
harga mekap bermula dari RM15.00 je !
silalah terkejut...uollss tak terkejut,saya yang terkejut kang
hahahaha..

mahu mekap atau belajar mekap sila mesej saya kat inbox 

ini flyers promosi mekap.



flyers kelas mekap.

macam2 dapat kalau join kelas nih.
boleh pilih tarikh sendiri.bila2 masa je boleh.
secara santai dan private.takdelah segan2 nak main mekap ke hape kan.
sorang2 boleh atau ajak kawan pun boleh.
so satu kelas tu geng2 uols je lah..tak campur orang lain.

P/S: baru habis buat kelas mekap.
nanti saya share2 ok.

ini business card saya.
gedik2 design dia..
design sendiri dibantu cucucikembun.blogspot.com
no.tepon dengan alamat kene tutup..kalau ada apa2 boleh je mesej kat inbox fb tu ye.


saya jarang betul check jumlah pengunjung blog.
jumaat tu sesaje try check..
ini pengunjung saya bulan lepas.
biar betul??? nuffnang gelong ke hape?
tapi dah log-in,log-out bebanyak kali pun jumlahnya sama..
betulkah ini?

cam tak caya je sebanyak ini eh..
mekasih semua yang selalu baca blog saya.
mekasih kat mak bapak,hencik papa,jiran tetangga,blablabla..
haha eh jangan nak over eh..jumlah ini seciput kot kalau nak banding dengan
blogger2 lain yang pemes tu semua(tertunduk malu T_T).

like fanpage saya kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tocetoce.

Penyakit penghapus dosa,kewajipan solat walaupun sakit,adab menziarahi orang sakit,kisah Nabi Ayub,pengalaman penulis dan hikmah disebalik sakit,

Assalamualaikum..

saya mahu share artikel yang saya baca di surat khabar.
rasanya boleh memberi kekuatan bila kita sakit atau ada orang terdekat yang sakit.
ada jugak cerita mengenai pengalaman penulis,
kewajipan solat walaupun sakit,kisah nabi dan adab menziarahi orang sakit
(jangan ingat menziarahi sekadar menunjukkan muka kat orang sakit
macam kebiasaan sekarang ini...tak ye..).


sumber: Harian Metro nukilan Amie Sofia Ahmad.


diuji dengan demam dan batuk menunjukkan ia adalah peringatan dari 
allah SWT untuk menilai hambanya.


dianugerahkan kesibukan menghimpit,dan masa padat,
allah turunkan kesakitan yang seharusnya dianggap positif iaitu
ingin memberi kita rehat dari aktiviti berpanjangan.


kedua,bertujuan menyedarkan hambanya bahawa sehebat,sekuat,dan aktif mana pun kita,
dia lebih berkuasa dan ia juga penghapus dosa 
seperti mana sabda rasullulah SAW:
daripada Abu Said al-Khudri RA dan Abu Hurairah RA:
"tidak menimpa seorang mukmin satu penyakit yang berpanjangan,
kepayahan,kesakitan dan kesedihan malah dikacita,
melainkan dihapuskan sebahagian dosanya." (riwayat al-bukhari dan muslim).


teringat memori jatuh sakit bersendirian ketika menuntut di bumi anbia
apabila teman seperjuangan belum pulang daripada tanah air.
terpaksa menjalani pembedahan kecil akibat ketulan di mata(calaxion),
bersendirian menguruskan diri tanpa ibu di sisi.
berkat doa yang maha esa dan keluarga,
syukur dia datangkan pertolongan menerusi teman berhampiran yang menjenguk
saban hari bersama bekalan makanan.
moga allah memberkati mereka atas pertolongan itu.


Allah berfirman bermaksud:
"apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan(saja) mengatakan
'kami sudah beriman' sedangkan mereka belum diuji?
dan sesungguhnya kami menguji orang yang sebelum mereka,
maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar
dan orang yang dusta." (surah al-Ankabut,ayat 2-3).


oleh itu muhasabah diri,
usah dicela penyakit yang datang,
sebaliknya mengangap ia sebagai peringatan kerana
sesungguhnya kita mudah leka dan alpa.
peringatan itu bukan bermakna diri kita diabaikan,
tetapi ketahuilah hakikatnya Allah memberikan perhatian kepada hamba-Nya,
bukankah ia satu kemuliaan?


dalam menahan kesakitan,saya teringat kejadian menziarahi saudara
di hospital yang membuatkan hati inin kesedihan.
bukan kerana mereka ditimpa ujian tetapi kealpaan
dan kurangnya kesedaran kenapa didatangi penyakit itu
sekaligus mengabaikan solat.


bukankah kita diberi keringanan mengerjakan ibadat ketika sakit
seperti solat duduk bagi yang tidak mampu berdiri,
solat berbaring untuk tidak mampu duduk bahkan solat menggunakan
isyarat mata? ini menunjukkan tuntutan itu wajib dilakukan biarpun sakit.


kita mengadu dan meminta kepada Allah supaya disembuhkan segera penderitaan,
sedangkan kita lalai,mengeluh serta mengabaikan suruhan-Nya.


Allah berfirman: "dan apa juga bencana,kesakitan yang menimpa kamu,
ia adalah daripada tangan kamu sendiri(daripada perbuatan salah dan dosa) 
dan (dalam masa yang sama dikenakan bencana dan sakit) Allah mengampunkan
sebahagian besar dosa kamu."
(surah Asy-Syura,ayat 3).


inilah saat untuk kita merenung dan muhasabah diri 
atas dosa serta kesalahan dilakukan ketika sihat.
moga rasa sakit dialami membawa kita lebih dekat
kepada pencipta,banyakkan berzikir mengalunkan cinta kepada Allah.


selain ingatan kepada pesakit,
pelawat perlu mematuhi adab ketika menziarahi orang sakit,
termasuk jangan terlalu lama kerana ia boleh menganggu.
kedua,sentuh dan pengang tangannya,kemudian letakkan di dahi 
seraya bertanya mengenai keadaannya.
kemudian,doakan supaya pesakit cepat sembuh dan ceriakan
penderitaan mereka dengan menceritakan kelebihan,
kesusahan dialami Nabi dan sahabat,sekali gus menghilangkan gelisah.


berikan kata-kata hikmah kepada pesakit.
jangan menjamah makanan yang dihadiahkan kepadanya
kerana ia mungkin menghilangkan pahala ziarah itu.
terakhir,pelawat digalakkan membaca doa bermaksud:
"ya Allah ! hilangkanlah penyakitnya,wahai tuhan bagi
manusia sembuhkanlah, engkaulah yang menyembuhkan,
tidak ada sembuhan melainkan sembuhan daripada-Mu juga,
sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit".
(riwayat at-Tarmizi).


menyingkap kisah Nabi Ayub yang sabar diuji melalui
angkara syaitan memusnahkan harta kekayaannya
sehingga menjadi fakir,mencerai-beraikan keluarganya hingga bergelar sebatang kara.
ditambah pula penyakit kulit yang teruk dan pelbagai penyakit lain
hingga baginda menjadi sangat kurus,malah isteri dikasihi
turut meninggalkannya lantaran termakan pujukan syaitan.


tinggallah Nabi Ayub sendirian dalam kesakitan,
namun baginda tetap tabah kerana yakin dan beriman bahawa Allah sentiasa bersamanya.
lalu Allah berfirman:
"dan(sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub,ketika dia berdoa merayu tuhannya
dengan berkata:
sesungguhnya aku ditimpa penyakit,sedang engkaulah saja
lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.
"maka kami perkenankan doa permohonannya,
lalu kami hapuskan penyakit menimpanya serta kami kurniakan kepadanya:
keluarganya,dengan seganda lagi ramainya,
sebagai satu rahmat daripada kami dan sebagai satu peringatan
bagi orang-orang yang taat kepada kami(supaya bersabar dan mendapat balasan baik)."
(surah al-Anbiya, ayat 83-84).


betapa Allah mengangkat darjat hamba yang bersabar
tatkala diuji kerana dugaan itu menjadi kayu pengukur
ketabahan dan kesabaran kita.
bersama-samalah kita rebut peluang ini walaupun diri menanggung derita,
kerana syurga menanti kita.

:')


minta maaf kalau saya tersalah tulis atau apa ya.

like fanpage saya kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.

Review Maybelline the falsies mascara

Assalamualaikum....
Dulu tertengok video minah saleh mana entah kat youtube
guna maskara ini..dalam hati "wow hebat"
sambil bercita2 nak beli seketul tapi kat malaysia takde pun..


Tak lama lepas tu terjumpa dan tertest sekali maskara ini kat watsons.
maybelline bagaikan mendengar suara hatiku saja..
dan2 jual mende nih kat malaysiaku tercinta hahaha...eksaited nyahhh..

time tu tak beli lagi.bajet tunggu buat promotion harga runtuh macam durian runtuh
tapi orang eksaited nih dah mimpi2 hape kejadahnye pun tak tahu
last2 beli jugak dengan harga asal..padahal tak beli mula2 tu sebab taknak bazir
amalan syaitan,maskara kan ade lagi kat rumah...isk2..


 Packaging: botolnya seperti ini.kalernya ungu nak pink2 sedikit.


Pandangan sisi: berusnya sedikit melengkung.ada fungsinya.
cara pakai bukan macam kebanyakan berus maskara melengkung tu.
sila jangan salah faham.


Pandangan hadapan: ini bahagian hadapan berus yang melengkung tadi.
guna yang ini untuk berus bulu mata.


Tekstur berus: teksturnya semacam ini.kasar2 dan rapat2.

 Tanpa ketip+maskara: bulu mata saya kontot2 pasal hari tu terputus time ketip
dengan pengetip bulu mata murahan.padan muka haku T_T


Ketip+maskara mata kiri: ini saya guna banyak lapisan maskara.
suka effect dia kat bulu mata bawah.


Ketip+maskara mata kanan: ini lebih banyak lapisan maskara..
over senah..


* kalau ketip dan pakai hanya 1,2 lapisan saja effect melentik tu macam kebanyakan
maskara juga.maksudnya kat sini kesan lentik tu biasa2 je..
eleleh...bajet jadik translator.


* kesukaan saya adalah pakai tebal2.
4,5 lapisan sampai puas hati nurani HAHAHAHA...ini gelak puas hati.
jadi kesan melentik lebih nyata lagi ditambah kesan tebal.
agak mables..


* ketul2 bergumpal itu biasalah.
nama pun dia bagi kesan ala2 bulu mata palesu.
tapi bagusnya maskara yang satu ini dia takde luruh serdak2
kesan maskara kat dalam mata.


* kalis air.maskara saya wajib dari jenis kalis air
sebab saya mudah menangis.tak caya sila tanya papa saya(cehh tetibe).
bila menangis takde lansung effect hitam atau maskara luntur dan luruh.
takyah risau kalau nak meraung..
memanglah takyah risau,meraung pakai mulut bukan mata HAHAHA..
eh lempang sikit.


* keler hitam pekat dan ianya marbeles.
tahan lama juga.


* bab sapuan memang kena jaga.
selalu bila pakai asik nak comot2 je.terutama pakai kat bulu mata atas.
tak tahu sebab tekstur berus atau bentuk berus.


* harga rm35.00 kalau tak salah.
beli dekat watsons.


* ada bau sikit tapi tak kuat.


keseluruhan agak puas hati.
tapi takdelah sampai betul2 nampak macam pakai bulu mata palesu.
ini je maskara yang saya guna sekarang tapi takleh lawan
maybelline cat maskara..itu terpaling saya suka.



saya dengan hasil pakai maskara falsies.
kelip pok kelip pok mata haku senah =.="
muka over putih apesal? isk2..


like fanpage saya kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.