tutorial tudung bawal pintal

Assalamualaikum...


hai uolssss...
hari ini ada tuto.dah lama pun awak2 semua request
tapi tak buat2 pun kan..biasalah..biasalah..
cik senah tak bz tapi datin bermalas-malasan saje pun
*tak pasal2 up jadi datin.


saya mengulang gambar yang lama pasal malas nak tangkap gambar baru..
'tangkap gambar' adalah bahasa yang indah bukan?
bhahaha..







*sila guna tudung bawal jenis nipis pasal nak pakai 2 lapis..
kang panas uollss..


*tudung bawal yang pakai kat luar tu(saya pakai kaler ungu),
kene lipat 3 segi tapi bagi besar skit.nak tutup tudung bawal yang pakai kat dalam tu kan.


*nampak pintalan warna ungu tu sebelah kaler ungu gelap dan
sebelah lagi kaler ungu lembut kan..tu sebab saya guna bawal 2 tone.
kalau awak guna bawal 2 tone dia akan jadi camtu gak.sebelah kaler lain,sebelah lain.


*boleh bagi labuh kat dada.ikut keselesaan.


*video kali ini muka saya 'tan' macam beyonce..erk elehhhh..


moh tengok,moh try..



video youtube.
P/S: KALAU UOLSS TAKLEH TENGOK VIDEO NIH
TOLONG BAGITAU SAYA OK.


                  
video vimeo.








selamat mentry kawan2.


like fanpage saya kalau sudi
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik nuffnang nak kawen.


tenkiu.




zoey zau yah ska-ska hati pilihan majalah intrend mei 2012

Assalamualaikum..


alhamdulilah blog saya masuk majalah intrend
untuk blog pilihan bulan mei 2012.


cover majalah intrend bulan mei 2012.
sila beli uollss...


walaupun seciput tapi takpeee....datin markonah happy2 saje pun..


itu adalah saya..
pastilah saya..tak kan itu adalah siti nurhaliza pula? kah kah..


lihatlah apa kata mereka...
inspirasi meniti ke jinjang pelamin?
owh mungkin mereka maksudkan saya mekap customer?
ya mungkin...yo yo ooo je hakuh ini..bhahaha...


ok terima kasih majalah intrend.
terima kasih gak kat pembaca blog saya.
ceceh..macam terima award.
overr tauu..


like fanpage saya kalau sudi
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik nuffnang semoga dapat bedah..amin.


tenkiu uollss..




petua elakkan parut luka kat kulit.

Assalamualaikum..

sesape yang sepisis gatal tangan nak picit2 jerawat sampai habis luka2
tu sila mendaftar sebagai geng saya.
walaupun jarang naik jerawat tapi toksah kerek nak cakap takde naik langsung
*kata2 ini ditujukan khas buat tuan blog a.k.a diri sendiri (T_T")


jadi mari saya share cara nak elakkan luka bekas picit tu dari jadi parut
lalu berubah rupa menjadi seperti kembar mak lampir..
erk elehh..over tauu...


petua ni sesuai untuk rawat apa2 je luka kat kulit kita.
luka eksiden ke,bekas garu2 ke,bekas picit bintik2 kat muka ke,
apa2 je lah yang namanya luka..luka kat hati jek kena duduk diam2..
bhahaha.. !


saya dah tengok keberkesanannya..
kakak saya dulu eksiden muka luka teruk kena jalan tar..
dia amalkan cara nih sampai luka tu sembuh..
bila sembuh takde parut pun..hebat tak hebat tak?
macam tak caya sebab luka dia teruk yang amat uollsss..


picture from google.
ALOE VERA atau dikenali jugak sebagai LIDAH BUAYA.


ini rupa pokok dia.
sila tanam kat rumah anda..tak rugi pun datin2 oiii...


picture from google.
lendir lidah buaya yang mables..


CARA2:
ambil lendir lidah buaya tu dan sapu kat kawasan luka.
biar sampai kering.
kalau buat waktu malam,boleh je biar sampai pagi esoknya dan baru cuci.


amalkan sampai luka tu sembuh.
insyaallah takde parut2 yang tinggal.


kalau tak suka tunggu2 atau kalau rasa tak berkesan je,
sila carik krim hilang parut kat farmasi..
yang ini takyah cakap semua orang pun tahu..
hek eleehhh...


like fanpage saya kalau sudi.


klik nuffnang nak bedah..amin.


tenkiu.

penyakit episod 3.

Assalamualaikum..


ini sambungan....


Hospital penang.


Bajet masuk hospital penang cuma 3 hari,
tapi awal2 lagi sudah ambil cuti sebulam tanpa gaji.
hambekkk kau...!
itu bukan tanda over eh,itu sebab saya dah tak larat nak kerja.
alang2 nak buat test,jumpa doctor, terus saya  boleh rehat sama.


cce temankan saya.
masuk daftar semua kene check apa2 yang patut.
ambil darah,tekanan darah,berat,tinggi,x ray,ecg dan er...tak ingat hahaha..
ecg tu dia alat yang ada wayar dan pengepit.
depa akan lekatkan pelekat hape entah kat dada,then kepit
pengepit tu kat pelekat.
then depa akan start  buat ecg untuk check electrical activity ke hape entah.
akan keluar kertas yang report tu semua(sesukahaku je =.=").


malamnya puasa.esok nak buat engiogram.
engiogram ni masukkan wayar melalui paha sampai ke dada.
jantung atau paru2 rasanya.
bangun bersemangat tunggu giliran atas katil sambil goyang2 kaki.
nurse  panggil terus berdesup siap pakai baju dan topi macam nak bedah.
duduk pula atas kerusi roda.wow macam nak bedah betul padahal...


masuk bilik sana.tunggu dan tunggu last2 cancel.
katanya kene buat benda lain dulu..
saya terpinga2..what the $%$#%????
ceceh..hey taklah..takde cakap camtu pung..
tapi rasa hampas gila.ingatkan nak buat cepat2 kasi settle semua siap.


esoknye kena buat TOE pula.
TOE ni wayar ada kamera akan dimasukkan melalui mulut sampai
ke jantung atau perut.dalam keadaan sedar tau.
sungguh2 saya cakap kat doctor " pakar hari tu cakap saya tak sesuai buat TOE"
owh pelisss..macamlah doktor tu dengar sangat.
kene buat jugak.


masuk klinik kat bawah untuk mula buat.
mula2 depa spray tekak bagi kebas.sambil spray sambil jolok dengan satu alat.
baru buat sikit saya dah nangis kuat2...haha..
serius seksa !
semua kelam kabut..siap ada staff yang cakap "jangan masuk paper tau"


semua pujuk saya.nurse lap air mata sambil pujuk buat lagi.
saya takmo.untie india kat sebelah baru habis buat,dia  pujuk saya juga,tak jalan.
m.cik sebelah katil saya pujuk.cakap tak sakit pun..padahal dia pun takmo buat dah
hahahaha...
keluar bilik tu senyum macam kambeng...
cce ingat dah settle,rupanya belum.terus dia potpet2..hahaha..


hari2 pun berlalu tanpa buat apa2..
ceehh ayat novel.
dari 3 hari terus jadi berhari2..


plan nak buat lagi TOE tapi saya takmo.
kakak saya carik sedara pengarah hospital mana tah nak minta tolong cancelkan TOE
sebab saya memang takleh buat dengan cepatkan test sebab dah lama masuk belum
buat apa2 lagi.last2 jumpa ketua pakar jantung.
cancellah TOE.


plan buat engiogram semula.
malam puasa dan masukkan air dalam badan.
semua bulu kene cukur termasuk bulu roma.
malam tu bila check darah ada sesuatu yang kurang,jadi kene minum air garam
depan2 nurse.dia ingat saya penakut takleh telan air garam yang meyeksakan itu,
jadi minta saya minum betul2 depan dia...sekali teguk je wahai kakak nurse..
HAHAHAHA gelak hebat..


esoknya tiba turn dipanggil kene pakai semula macam nak bedah.
ada tanda nak period,saya diamkan saja takut tak jadi buat lagi
tak sanggup nak tunggu lama lagi.


masuk satu ruang menunggu.
depa minta saya kecing kat tandas siap2 sebab lepas prosuder nanti
takleh gerak dan bangun selama 6 ke 7 jam.


masuk bilik prosuder.
ada 2 ruang.satu ada banyak macam monitor dan ada beberapa orang handle kat situ.
satu lagi yang akan buat prosuder..macam bilik bedah oii...
seram? takut? takde...saya relaks je hahahah tapi dalam hati
entah berapa ratus kali saya baca al fatihah.


ada 2orang staff perempuan.nurse mungkin.
yang lain semua lelaki termasuk pakar yang akan buat prosuder.
saya kene baring.ada benda besar ditindan atas badan saya.
sebelah katil tu ada tv yang nampak organ dalaman macam x ray.
time ni ada nurse tanya "eh darah ape nih?"
kemudian.."ohh period" hahahah haku duduk diam2 je senah..


mula2 bahagian bawah badan saya terutama kat paha disapu
sejenis cecair.iodin mungkin? *tanya orang pula.
kemudian kawasan paha yang akan dimasukkan wayar tu dibius.cucuk ok.
tak lama pastu wayar dimasukkan pelan2.
melalui tv sebelah tu saya boleh tengok wayar tu dalam badan saya.
dari paha dijolok sampai ke organ.rasanya kat jantung.
mana kenal wehhh nampak pun macam x ray je bukan tv kaler2.


bius kat paha je bukan seluruh badan pun..jadi
saya sedar dan boleh rasa benda tu dijolok dalam badan.
bila kat kawasan pinggang paling sakit.
tiba2 depa bercakap sesama sendiri dan kalut2 masukkan
oksigen kat saya.oksigen yang sangat kuat ok.


bila dah settle saya ditolak keluar kat satu ruang.
m.a lelaki yang tolong cuci dan tampal paha saya.malu ke hape tolak tepi dah..
ade bantal berat diletak atas
tampalan tu untuk elakkan dari keluar darah.
air memang dimasukkan kat badan lagi.
dah settle balik ke katil ward semula.
takleh gerak dan bangun selama 6 ke 7 jam.


malamnya bila dah boleh gerak saya sakit perut sangat2.
bangun pergi tandas.pastu takleh jalan dah.sakit sangat2.
cce ambilkan kerusi roda dan bawa saya balik ke katil.
nurse bagi ubat kk.rupanya saya sengggugut.
time tu saya jarang senggugut,bila sakit camtu rasa macam 1st time tau.
nurse siap cakap "takmo nangis,tak comel dah..tido k"
hahahah ingat lagi nurse india tu.baik tau dia.


esoknya report keluar.
doctor cakap penyakit ni dah effect ke paru2.
depa takleh bedah.takleh buat apa.
saya dirujuk ke pakar jantung kanak2
(sebab kanak2 paling banyak sakit jantung berlubang).
lepas check semua saya dirujuk ke institut jantung negara
sebab pakar tu cakap saya masih muda...mungkin ijn ada apa2 solutions untuk saya.


lepas setengah bulan saya kat ward hospital penang,saya dibenarkan keluar.
cce teman kejap ja sebab pastu dia masuk poli kat pahang.
tinggal la saya sorang2 kat situ.
doctor cakap benda2 yang tak best pasal sakit pun time saya sorang2.
nasib baik mental sangat kuat time tu.
family hanya datang sekali sehari time tengahari bawa makanan kat saya.
kakna sampai berhenti kerja sebab sibuk uruskan saya.
kami semua susah sikit time tu.dengan duit,dengan sakit.
jasamu dikenang*award..hahaha..


keluar ward rasa macam orang baru sedar dari koma.
semuanya rasa lain.jakun betul.
dalam ward kene kurung..takleh keluar hahaha..
kalau boleh pun memang tak mahu sebab saya tak larat.


lepas keluar kene ulang alik temujanji makan bulan,makan tahun.
dari boleh berjalan sampai hanya mampu duduk kat kerusi roda.
bercakap memang taklah sebab suara dah takde.
saya banyak diam.


kenangan kat sana sangat banyak.lama kan saya masuk sana.
kerenah doctor yang kejap itu,kejap ini.
melawan sakit,melawan perasaan rindu keluarga dan rumah.
melawan mental supaya kuat terima berita negatif dari doctor.


nurse semua baik2.saya selalu tak suka nurse hospiral gov,tapi saya suka
nurse hospital penang.semua baik dan sporting siap boleh jadi kawan2.
pesakit2 lain sangat best.mungkin sebab saya sorang muda,
yang lain tua2 dah.
paling rapat dengan m.cik katil sebelah.baik sampai keluar dan pergi mekah
siap tolong doakan saya :')


saya tak akan lupa bangun awal2 pagi berebut mandi kat tandas
sebab doctor melawat awal.
saya tak akan lupa m.cik sama ward dengan saya seludup garam
tambah dalam makanan hospital sebab semuanya tawar saja.
berkongsi makanan memang dah lali dah.
saya tak akan lupa yang kami semua bosan duduk lama dalam ward sampai
selalu nak main2 dengan doctor dan nurse.
siap ada doctor kegemaran lagi.
bila time ambil darah semua minta doctor perempuan tu yang cucuk sebab tak sakit.
itu semua kenangan.saya tak pergi hospital penang dah skang.

p/s: saya paling ingat kata2 sorang pakar kat penang.
"operation cepat2(kalau boleh),kalau tidak kamu
akan merana seumur hidup".
saya benci kata2 beliau..tapi rupanya memang betul apa
yang dia cakap..'merana'..hmmmm..


sorry kalau entry ini panjang sangat.
saya cuma nak share.
saya cuma ingat kenangan lama ;)
nanti akan datang saya citer pasal pergi ijn ok.


like fanpage kalau sudi.


klik nuffnang nak bedah.amin..


tenkiu.

cara dapatkan kulit putih?

Assalamualaikum...


buka fb je pastilah berdesup mesej tanya camne nak jaga kulit kasi putih cam saya.
maaf ya geng,saya putih kerana dibantu oleh teknik2 kuasa kuda
cahaya yang terang bendarang time ambil gambar,setting kamera kesayangan yang mables,
dan mekap yang gebus2...


kat luar? pastilah awak2 semua berasa mahu lempang2 saya secara puas hati.
saya cerah sikit je,bukan putih sampai takleh beza antara saya dan salji..
amboiiii overnya kau..


saya cuma guna produk tia dan dibantu oleh rutin yang jarang keluar rumah
sejak setahun lebih.
ini seriusss...saya sangat jarang keluar rumah..jadi jarang kena cahaya matahari yang teruk2.
nak tau camne saya guna produk tia?


zaman muda remaja gila nak putihkan kulit dah berlalu dah senahhh...
sekarang saya jaga kulit supaya sihat dan licin,bukan untuk putih.
saya tak rasa putih itu saja yang cantik.
hitam manis ke,gelap ke,kalau kulit sihat dia akan nampak cantik.
orang kata putih2 senang mekap,senang pakai apa saja..
padahal kulit putih sangat pun  akan ada masalah.
salah pilih kaler,salah mekap,salah pakai,akan nampak pelik dan  tak cantik.


terpaling saya tak galakkan untuk obses putihkan kulit
ialah lama2 kulit putih akan jadi masalah jeragat,bintik2,cela dan mudah dapat sunburn.
saya sendiri dah jadi,kakak saya pun dah jadi.
tengok kawan2 kulit hitam manis takde pun masalah nih..kulit elok je..
haaaa silalah berasa takut..SCARRYYY MAAKKKK...!
jadi SILA JANGAN OBSES PUTIHKAN KULIT !


sila jangan terpengaruh dengan makcik didalam gambar ini..
sekian....pesanan di angin lalu~~~


ingat ye uolsss..
jaga kulit supaya sihat,buka putih..jangan obses putihkan kulit.
biar je kaler kulit kita yang asal..
hitam manis,gelap,sawo matang,kuning langsat,
semuanya cantik kalau kulit sihat.
jangan terpengaruh dengan orang lain yang putih...
jadilah diri sendiri,terima diri seadanya..
ceceh...


like fanpage saya kalau sudi


klik nuffnang nak bedah..amin.


tenkiu.

Review produk skin recovery pearl essence mask.

Assalamualaikum...

baru je eh bebel2 cakap takde masker yo yo ooo kat pasaran tu semua..
sungguh,memang dah beberapa tahun tak beli.
takde napsu ke situ katenye..scrub dan masker pun buat tradisional saja..
punya rajin la kata..anak dara kan..uollsss nih..hihihihihihihi...(>_n*)


baru2 ini gila mentengok drama korea..
asik tengok diaorang pakai masker keping2..terus dahku pun teringin..
tak pasal2 betul..kesian kocek dahku..tapi nasib bahek murahan saja..
kalau mahalan dahku babai awal2 lagik uollss..UHUK2..*tak paham kenapa mesti batuk2.


mari kita mulakan...!

ini packaging dia.
kalau tak reti baca korea sila jangan buang tebiat nak pura2 paham ya.
bahasa inggeris ada,baca saja yang itu.

JENAMA: purederm skin recovery pearl essence mask.
KUANTITI: 1 keping dalam 1 paket.
HARGA: RM5.90
TEMPAT BELI: Watsons.

KATA PENGELUAR:
*serbuk mutiara telah menjadi kegemaran wanita asia sejak sekian lama
untuk melindungi dan mencantikkan kulit mereka.

*serbuk mutiara mempunyai kualiti menakjubkan untuk membantu
meratakan tona kulit,meremajakan kompleksi,meghilangkan noda,
mengecilkan pori dan mengurangkan kemerahan kulit.

*kepingan pulpa semulajadi(kepingan mask) melindungi dari masalah kulit dan
melekatkan kepingan mask ke kulit dengan sempurna.

CARA GUNA:
1) cuci muka dengan pembersih.lap kering.

2) lekatkan kepingan mask ke muka.
nak pakai baru buka dari pack dia ok.kalau buka awal2 nanti kepingan mask
akan kering.lepas buka terus je pakai.

3) pakai selama 15 ke 20 minit.

4) lepas tu tanggalkan mask.urut2 atau tepuk lembut muka supaya
lebihan cecair dari mask akan meresap ke kulit.

5) lepas tu boleh pakai produk kecantikan kita macam krim malam ke,pelembab ke kan.
tapi saya biar camtu je.tak pakai apa2..saja nak tengok kesan mask nih.
seeloknya pakai waktu malam,time tido nanti kulit akan
dibaikpulih dan apa2 produk rawatan yang kita pakai akan bertindak
dengan berkesan.


AMARAN !
*elakkan guna kat kulit yang bernoda,jerawat,iritasi atau selaran matahari(sunburn).

*hentikan penggunaan dan jumpa doktor sekiranya kulit mengalami kemerahan,bengkak,
gatal dan kesemua simptom selepas penggunaa.

*jauhkan dari mata.jika termasuk ke dalam mata,bilas dengan air.

*jangan guna jika kulit sensitif kepada tape atau pembalut.

*elakkan dari menyimpan dibawah cahaya matahari,suhu terlalu tinggi atau rendah,
dan jauhkan dari kanak2.


GAMBAR KIRI:
kepingan macam tak muat muka saya.
tak dapat tutup dagu,hidung,tepi hidung dan atas kening.
kat tepi2 muka macam terlebih la pulak.
kat mata tu boleh je kalau tutup terus kelopak,tapi kat paket dia suruh
lipat kebawah mata camtu je.


GAMBAR TENGAH:
saya tarik2 dan lipat sikit untuk tutup kawasan2 tadi.
pandai2lah kan..rugilah kalau biar camtu je tak kena kulit.
tapi tarik pelan2..kang dia koyak..tu pun tepi hidung ada koyak sikit.


GAMBAR KANAN:
pasal kat tepi hidung tu takleh tarik2,
tanggal je mask tu,saya guna mana2 bahagian yang masih ada sisa cecair
untuk lekat kat kawasan tepi tu.
biar 15 ke 20 minit gak lah.

p/s: cecair kat kepingan mask cukup2.
tak banyak sangat macam sesetengah mask sampai meleleh kat muka.
pastu ada bau wangi..saya ok je dengan bau wangi tu,tapi untuk sesetengah orang
mungkin tak suka.


GAMBAR KIRI:
lepas 20 minit saya tanggalkan mask tu.
time nih kat dahi dah kering tapi kawasan lain masih ada sisa cecair mask.
lepas tu saya tepuk2 kulit bagi sisa cecair meresap.
takyah cuci dengan air dah.kecuali kalau rasa tak selesa.

GAMBAR KANAN:
lepas pakai tu saya tak guna apa2 produk lain kat muka.
kulit jadi lembut dan lembab.pori2 kulit saya yang terbuka tu dah nampak kurang jelas.
kulit nampak licin dan kilat2 tapi effect cerah tak berapa ketara sangat la.
lepas pakai dalam beberapa jam kulit saya macam gatal2 sikit..
terus saya cuci muka.kulit saya memang camnih..ada sesetengah produk
yang akan buat kulit saya gatal2.


pori saya sebelum dan selepas.
saya edit tepi2 muka kasi blurr untuk fokus ke kawasan pori2 tu..
takde edit bagi kecik pori ke hape..kat pori tu 100% takde edit.

ada sesetengah produk tia saya yang dah habis.
tak beli baru lagi,so guna apa yang ada ja.
lepas tu pori2 saya terbuka balik..
bila nak pakai mask nih saya try lah tengok perbezaan dia
sebab kata boleh kecilkan pori kan..
memang ada beza sikit.


takdelah kecil terus pori2 tu,cuma kecil sikit dan tak nampak jelas.
kira ok sangat2lah..ingat senang ke nak kecilkan pori?
susah weh..


P/S: GAMBAR KULIT TAKDE EDIT2 K.


like fanpage saya kalau sudi
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik nuffnang nak bedah..amin.


tenkiu.




Dramatic shimmer eyes with nude lips tutorial

Assalamualaikum..


tuto ini dah lama buat tapi baru teringat nak publish.
biasalah kertu2 begini daya ingatan pun sudah low profile sedikit
BHAHAHA...kutuk diri sendiri (u_u")

mekap ini dramatik tang mata.
tang mata ye,bukan kaki ke tangan ke kan..
kalau tangan itu penampar namanya..haha..gilerr..
mekap mata camnih selalunya artis korea yang buat.
hey,hey..ini bajet artis korea ke hape hah?

bibir kasi nude2.
takde lipstick kaler nude,saya guna je teknik2 macam dalam video nih.
nak tau kena tengok sendiri..owh kejam !

muka nampak gelap..'tan' gila uolllsss...!
sebab cahaya tu haa..saya ambil gambar dan buat video
bergantung kat cahaya matahari ja.
tapi style pulak rasanya..ceceh...

style shawl tu main letak je atas kepala.
sila jangan komplen saya..saya orang susah sob..sob..


napok tu? 
kekonon dramatik sangat lah kan..


tang mata bukan hitam je tapi ade merelit merelit uollss..
uolss tak tahu merelit tu hape?
tak tahu sila duduk diam2..bhahaha...
*ingat saya nak explain ke?


kening ada ruang macam gengster uollss...
saya bukan gengster,saya si tukang solek tersalah celakkan kening saje..
OHOOIII...! *gaya m daud kilau T_T


PRODUK YANG DIGUNAKAN:
garnier BB cream.
elianto cream concealer.
miyami loose powder.
celak kening takde jenama.
elianto eye primer.
essence shimmer powder.
silkygirl eyeshadow
(shading kaler coklat tu dengan eyeshadow kaler biege tu).
eyeshadow miss rose(kaler shimmer white).
eye davis shimmer white eyeliner.
elianto eyelush curler.
essence black mascara.
maybelline hypersharp black liquid eyeliner.
maybelline gel eyeliner.
danni pallet blusher.
avon sstrawberry(sheer pink) lip gloss.



ini video kat youtube.


ini video kat vimeo.


artis korea suka mekap camnih.
tapi saya melayu...nak cakap artis melayu pun boleh..
HAHAHAHA..giler perasan.


muka 'tan' tak kasi can..habis kulitku yang cerah gebu itu..PUUIII !
hahaha...


silalah mentry ye semua..
tak try saya nangis hentak2 kaki kang..


sila like fanpage saya kalau sudi.
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik nuffnang nak bedah..amin.

tenkiu.

bag comel simpan mekap buatan wani

Assalamualaikum...

antara geng blog seronggeng,sehati,sejiwa,secomel
adalah wani ...sila tepuk kuat2..


saya tengok wani buat benda2 guna kain felt nih.
comel gilerrrrr....
dengan tak malunya terus cakap kat wani nanak jugak..


wani buat kat saya comel gilerrrrr tau tak.
saya nak bubuh mekap sebab kadang2 nak bawak mekap pi mana2
macam jalan2,tido umah adik beradik ke,saya tak suka bawak mekap banyak2,
atau sumbat dalam bag tangan terus..kang susah nak carik..
so,saya nak bag kecil khusus untuk letak mekap.


ada nama uollsss...
depan belakang wani buat comel.
dalam pun comel..


dah letak mekap dalam bag kecil tu,
barulah boleh letak dalam bag tangan..so barang mekap takdelah berselerak
tersesat kat dalam tu...macam tak paham pula..
bag saya kan macam hutan belantara...kalau muat,rumah sebijik pun mahu disumbat sama..
what the overrrrrrrrrrrr lah kau cik senah...


kepada wani yang baik hati,
mekasih banyak2 tau..i lap u lah..


like fanpage saya kalau sudi..


klik nuffnang nake bedah..amin.


tenkiu.



Facial cara tradisional.D.I.Y facial scrub,D.I.Y facial mask,D.I.Y eyemask.

Assalamualaikum...


percaya atau tidak dah beberapa tahun tak beli masker dan scrub
yo yo ooo kat pasaran tu.
ini serius..baheklah..akan membeli yang baru nanti sebab macam kasihan
kat diri sendiri je kan takde menda2 yang penting untuk kaum perempuan itu.


tapi..tapi..tapi..
jangan ingat saya tak jaga langsung bab2 itu ya kawan.
sia2 belakalah pengalaman kerja salun dolu2 kalau saya buat deeekkk je
kat muka sendiri.
facial itu perlu..dah makin kertu nih haaa..mesti jaga lebih sikit.
lambat lagik i nak kawen nyah...*tetibe.


jadi saya sangat rajin membuat scrub dan masker sendiri.
guna bahan2 yang sedia ada kat rumah je..


p/s: kadang2 malas,guna gak scrub dengan masker CCE punya..
buka tiub,picit2 terus tenyeh kat muka.


meh nak share cara saya buat facial hari itu.
saya buat malam sebab lepas buat kulit boleh relaks
dan kulit dibaikpulihkan waktu kita tidur.
keberkesanannya lagi mables di waktu malam.
ini fakta weh fakta !
ceceh beremosi datin yang seorang ini..bhahaha...datin konon..



 bahan yang digunakan.kuantiti agak2 je ok.


1) dalam bekas tu gula putih.saya letak dalam plastik dan tumbuk2 skit dengan lesung batu
nak bagi lebih halus.tak halus sangat pun takpe.kasar2 sikit baru feel scrub tu mables.

2) minyak zaitun jenama shurah.
guna je apa2 jenama yang sesuai.tapi toksah buang tebiat carik minyak zaitun
jenama petronas,minyak zaitun shell,minyak zaitun esso..
itu nak kene lempang namanya tu..

3) lidah buaya.bukan lidah jin..itu mak haku pun pandang sebelah mata je uollss..
takde napsu even hanya untuk hiasan..bhahaha punya demand mak hakus..

4) safi rania gel untuk keliling mata.
takyah berangan terus jadi mata  rozita che wan.
kalaulah boleh,takdan kat hangpa,sejuta tiub saya beli kang..over ke hape tah.

5) krim kunyit tia amelia.boleh je guna krim malam k.
sepatutnya malam2 saya pakai krim kunyit dengan krim pemutih tia,
tapi krim pemutih habis,pakai krim kunyit ja la.

6) pencuci muka tia.
jangan guna pencuci jamban.itu over eh..

7) headband untuk facial dan tuala bersih.


sepatutnya cuci muka dulu sebelum scrub.
tapi saya guna minyak zaitun kan,kang nak cuci kesan minyak kene cuci lagi muka..
so saya terus je scrub muka.


campur gula putih dengan minyak zaitun.
kuantiti tu agak2 je lah.jangan pekat sangat,jangan cair sangat,jangan buat banyak sangat.
buat untuk sekali guna ja ok.

sapu seluruh muka dan urut lembut dalam gerakan membulat selama beberapa minit.
elakkan kawasan mata dan bibir.
time nih rasa kasar skit tapi best betul..macam massage je eh..

pastu cuci muka dengan pencuci yang sesuai.
saya guna pencuci muka tia.
pasal ada minyak zaitun,mungkin kena cuci 2,3 kali  untuk hilangkan
kesan minyak tu.

tapi time cuci saya selalu rasa tak puas macam ade lagi kesan minyak,
tapi sebenarnya itu kesan kulit yang sangat licin dan lembut !
bukan minyak tau..hape daaa..selalu buat pun selalu nak pening2 sendiri..
very the @#$@#$%$#%

lepas lap muka dengan kain bersih,silalah ke step seterusnya iaitu masker.
p/s: lap muka bukan tonyoh2,tapi pedap2 muka dengan kain supaya air menyerap ok.

lepas scrub muka lembut dan licin sangat2.



 ambil lidah buaya yang fresh from garden..bhahaha..ayat nak hebat jek..
yang nak letak kat mata tu hiris bagi bentuk lebar2 dan letak jap dalam peti sejuk.
nak bagi effect cooling dan relaks kat mata nanti.

ambil daun lidah buaya tu dan sapu2 jeli dia tu kat seluruh muka
termasuk kat kawasan mata.takyah risau,kat kawasan mata pun boleh uollss..
jangan kau taruk kat dalam mata sudah..mana tau kot2 konpius ingat itu eyemo ke hape kan
kahkah..

pastu letak daun lidah buaya yang dalam peti ais tu kat bawah atau kelopak mata.
best betul..sejuk je rasa.
kat kawasan muka mungkin rasa tegang sikit.sikit je lah.


biar kering(dia macam menyerap kat kulit,bukan tegang2 macam masker biasa)
lepas dah kering tu cuci muka sampai hilang kesan jeli,lendir2 kat muka dan mata.
cuci dengan air bersih je.takyah guna pencuci muka dah.

lepas tu muka rasa lembut sangat2.



lap muka dengan kain bersih.
pakai gel untuk mata jenama safi rania.uolss boleh je guna apa2 brand yang sesuai.
pastu pakai krim kunyit tia.awak2 gunalah krim malam awak2 tu k.

kulit takde edit.saya tau eyebag dan dark circle itu sangat teruks..tapi nanti saya citer k.
time nih kulit saya kat tepi hidung dan dagu jadi kelupas dan merah2.
nape entah tapi selalunya akan ok semula.
lepas buat facial nih pun nampak ok  dah.jadi uolss kene try gak ok.


lepas buat tu TAAARRAAA...!
hasilnya kulit muka lembut sangat2 !
lembab !
licin !
agak cerah berbanding sebelum buat.kira takde kesan kusam dah !
tang mata tu rasa relaks sangat tak rasa dah letih2 !
fresh !
amboiii banyaknya tanda seru senah oiii..sekeh sikit,sekeh sikit..



KEBAIKAN(sumber dari google dan blog,tapi lupa blog yang mana).


ALOE VERA/LIDAH BUAYA:
anti penuaan dan atioksida.
vitamin C,vitamin E dan zink sebagai antioksida membantu melambatkan penuaan.
kandungan nutrisinya mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.
kandungan zat meresap ke kulit,melembabkan dan untuk awet muda.

kandungan PH dalam lidah buaya membantu mengawal minyak
dan jerawat.

mendinginkan kulit dan bagus untuk merawat kesan sunburn.

merawat kesan luka dan iritasi kulit tanpa meninggalkan parut.
ini terbukti dari pengalaman kakak saya sendiri.
dulu dia kemalangan dan muka luka teruk sangat2.memang TERUK !
paham2 lah kemalangan muka terseret kat jalan tar kan..
dia sapu lidah buaya hari2 sampai sembuh.takde parut langsung kesan luka tu.
TERBAIK OKES !

untuk mata pulak lidah buaya
boleh kurangkan sembab,eyebag dan cegah kedut.
mata rasa fresh dan relaks.


MINYAK ZAITUN:
melembabkan kulit.
melembutkan kulit.
menghalang kulit dari kerosakan akibat sinaran uv dan kanser.
tidak menyebabkan alergi.
tidak menyumbat liang pori.
mengandungi vitamin,mineral dan antioksida yang bagus untuk kulit.
anti penuaan.
menyembuhkan luka.


GULA:
agen penyental yang bagus.
menanggalkan kulit kering dan sel mati.
membersihkan
eksfoliasi/memperbaharui kulit.
kesan urutan.
tidak menyumbat pori dan tiada kesan sampingan.
menghaluskan kulit.
melembut dan menyihatkan kulit.
mencegah kemunculan jerawat.


mungkin ada yang akan cakap
"kulit saya minyak,takkan nak pakai minyak lagi?"
percayalah,awak tak cuba awak tak akan tau kesan dia macam mana.
tak kira apa pun jenis kulit,sila cuba dulu samada ok atau tak dengan kulit.
kalau tanya saya pun mana saya boleh tau sebab lain orang,lain kesannya.
cuba sendiri ok.
dan mesti akan ada yang tanya macam2 masker tradisonal saya pakai..
biasalah..saya suka tukar2 juga.


selamat mentry kawan2.
 kesan dari scrub dan masker ni sangat2 best !
mesti cuba tau.


like fanpage saya kalau sudi.
(sekarang saya dah tak approved sesiapa pun kat fb peribadi.
kecuali yang betul2 kenal..like page je k).


klik nuffnang nak bedah..amin.


tenkiu.


korean makeup tutorial

Assalamualaikum...


hari itu berangan nak jadi comels macam aweks2 korea.
kemudian berasa semacam tak best pula asik nak buat comels sorang2..
jadi saya buat tutorial mekap ini untuk share dengan awak2 semua.
baik kan hati saya? bhahahaha....
ok,tolong angguk2...geleng2 kang saya tampar kamu kuat2..
kahkah..


suka gambar pura2 comels ini..letak memula dulu eh?


kiri itu sebelum..comels skit2 je(ceehhh).
kanan itu selepas mekap..awek korea tengok nangis ni weh..kahkah..


ulang gambar yang sama (*_*)


nak buat ala korean bun konon..puii !
muka selebar pau tak sedar2..bhahaha...


rasa comel..dua kali tengok terus terfikir "erk eleh..macam lah comel sangat".
fine...


;> eyeliner sangat penting untuk mekap korea.
takde eyeliner tak jadi(ceceh iklan).

;> tak pakai eyeshadow pun boleh tapi saya sesaje guna kaler gold nipis2.
nak guna kaler golddust,silverdust,dusterdust,semua pun boleh..
bhahahaha...giler ape.

;> bulu mata itu pilihan saje..
taknak pakai pun takpe..takde paksaan..awak tak pakai saya tak mogok pun.

;> kepala batuku itu memang tak boleh belah.
guna shawl buat ala2 korean bun kononnya.
siap letak ribbon untuk menambah effect2 kecomelan.
tah hape jeeee minah sekor nih..tak paham betul (z_z).

;> saya sula lagu kat dalam video tu..best uolsss...macam lagu kartun.
pebret papa tu..awek pun tumpang sekaki setangan nak suke jugak.
cehhhh...



PRODUK:
Garnier BB cream
elianto concealer
silkygirl eyeshadow(medium brown) untuk kening
miss rose shimmer gold eyeshadow
silkygirl beige eyeshadow(highlight)
maybelline black gel eyeliner
maybelline black hypersharp eyeliner
maybelline falsies black mascara
elianto curl lashes
unbranded natural false lashes
miss rose simmer white eyeshadow
silkigirl soft brown & beige eyeshadow(shading)
danny pallete pink blusher
maybelline red lipstick
avon sheer pink lipgloss


video youtube.
PLEASE AWAK SEMUA KALAU TAKLEH TENGOK VIDEO NIH
SILA BAGITAHU SAYA OK.
DISEBABKAN LAGU,VIDEO INI DIBLOCK DI SESENTENGAH NEGARA..
TAKUT KANG NEGARAKU TERCINTA INI KENE BLOCK SEKALI.



video vimeo.


eyeliner yang paling penting.
sila tengok bentuk eyeliner itu betul2.sila buat macam itu ! paham ke tak paham?
(emo).


awek korea suka buat gaya ini eh?(mana lah haku tau T_T)


selamat menjadi comel kawan2 (~_^)


like fanpage saya kalau sudi.
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik nuffnang nak bedah..amin.


tenkiu.






lama dah tak buat hantaran :')

Assalamualaikum...


hari itu jiran bertunang.
kakna semangat buat hantaran..
alin semangat buat apam..
saya semangat hias kotak tu semua..
amboi...semangat betul mereka (T_T).


hias hantaran buat biasa2 saja.
guna je barang2 yang dah sedia ada.
tacing betul..
bila buat je teringat time sebelum2 nih.
saya keja kedai hantaran  orang,kedai hantaran kawan dan kedai hantaran abang sendiri.
hallo,hallo,see my hand lah uollss...
bhahaha...


guna apa yang ada je..
so ini ja lah hasilnya..


the apamnya...


entry takde motif (u_u")


babai.


like fanpage saya kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin.


tenkiu.

tips nak bagi mekap tahan lama cara zoey zau yah.

Assalamualaikum..

nahhhh muka gila kuasa bersama slogan
"jangan risau kawan,mekap kamu pastu bertahan dengan tips dari saya weeewwiittt"
amboi...panjangnya slogan beliau ini (n_n")


saya pasti mesti ramai gilas yang akan bebel2 kat saya macam ini
"sombong nak mamp"
"mesej tak balas,berlagak"
"kedekut ilmu"
"blablabla"
blablabla tu saya sengaja tulis macam itu taknak bagi hati luka parah tercalar lebih teruk..
bhahahha..over kau nyah...



mesti awak2 semua tertanya2.."hey ape bebel2 nih?"
saya ini sebagai jurusolek selalu je dapat mesej dan komen kat fb
yang tanya camne nak bagi mekap tahan lama,tak bercapuk,
terutama untuk kulit berminyak.
tapi saya hanya baca di angin lalu pastu duduk diam2 takde balas apa..
bhahhaa...giler arrr sombong budak nih.



eh tak..tak..bukan sombong cuma banyak sangat..
lebih baik saya tulis di blog saja...
menjawab soalan yang sama dengan satu entry sahaja..
ceceh..
m( _ _)m


silalah percaya bila mekap saya tak guna make-up base,face primer dan sewaktu dengannya.
tapi mekap saya telah bertahan dengan jayanya dari pagi sampai ke malam
takyah tacap2 dah uolsss...
rahsianya? ok fine..takyah berlagak cakap macam pengeluar kosmetik je eh..
meh saya kasitau meh..



orang kata sapu muka guna ais,pakai itu,pakai ini sebelum mekap,
tapi saya tak buat pun camgitu.cara saya simple saja.
hahahaha..hey..hey..ape motif gelak ni?



1)sila cuci muka bersih2.
tanggalkan kesan mekap lama terutama kesan hitam eyeliner dan maskara kat mata.
kemudian cuci guna pencuci yang sesuai dan bilas bersih2.
pakai toner dan pelembab.
kalau kulit jenis berminyak,guna sikit je eh..jangan sampai lembab sangat.


tahu tak bila kulit bersih,takde kesan mekap lama,takde kesan minyak
mekap senang lekat dan jadi cantik? dulu tak tahu,sekarang sudah tahu...
kahkah..sendiri tanya sendiri jawab.



2) sapu foundation seluruh muka.sapu rata2 guna span atau berus.
sapu sikit2 dulu kira selapis...
dah rata tu,tambah lagi foundation dan sapu rata2 lagi.
kalau masih ada cela atau apa,tambah lagi foundation dan sapu rata2 lagi.
sapu sekali kat tepi hidung,bawah mata,kelopak mata,
semua2 bahagian muka.jangan tertinggal sikit pun.


foundation berlapis2 dengar macam tebal,tapi ini adalah penting untuk bagi mekap tahan.
kalau kita sapu rata2 memang tak akan nampak terlalu tebal.


jangan pakai foundation terlalu nipis.
orang kata mahu natural itu pasal sapu nipis2..
tapi percayalah,muka akan bercapuk,cela tak dapat disamarkan
dan sapuan mekap yang lain tak akan tahan lama.


foundation yang disapu rata di bawah mata dan kelopak mata
akan buat eyeshadow nanti menyerlah,senang disapu dan tahan lama.
kat muka pulak akan buat blusher senang disapu,cantik dan tahan lama.


untuk kulit berminyak sila guna foundation samada jenis mosse,krim yang likat
dan paling sesuai adalah stick.kalau jenis kalis air lebih bagus.



3) pakai concealer kat bawah mata dan kawasan yang nak disamarkan macam kawasan berparut.
pedap2 guna jari atau span.
pastikan betul2 rata takde tompok2 ke capuk2 ke ok.


concealer jenis krim paling berkesan samarkan parut2 tapi sila sapu rata2.
kang garis halus atau hitam2 lagi jelas kelihatan.
takmo kan? takmo kan?
haa tau takut...



4) sapu bedak rata2 seluruh muka.
tak kira jenis loose powder atau compact,yang penting sapu je rata2.


bila asas dah baik,dah boleh mula mekap yang lain dah.
yang pentingnya adalah asas.ni yang buat mekap cantik dan tahan lama.


P/S:
pelis2 pakai foundation dan bedak yang sama kaler dengan kulit.
concealer pula satu warna cerah dari warna fondation.
contohnya foundation dan bedak kaler medium,concealer mesti kaler light.

cara pilih warna foundation dan bedak senang je..
try sapu tebal2 kat rahang.tengok kat bawah cahaya cerah.
kalau warna tu 'hilang' takde kesan putih atau gelap,
itulah warna yang sesuai untuk kulit.


tahu2..mesti orang tanya pula jenama bedak yang bagus.
sila klik kat label 'PRODUK REVIEW' ye kawan2.
semua yang bagus saya review kat situ.



like fanpage saya kalau sudi.
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage
cover photo untuk page saya dah baru uolsss...gediks2 dan agak gila kuasa
bhahaha..


klik nuffnang nak bedah..amin.


tenkiu.









syok ada adik beradik perempuan?

Assalamualaikum...



best tak ada kakak?
pastilah best..kalau kakak kau adalah seporting habes macam kakak-kakak dan kakak saya..
eh siapa kakak yang ketiga itu?
jangan nak heran..yang ketiga secara tak pasal2 itu adalah CCE
kahkah..



best betul ada adik beradik perempuan..
terutama kakak...
boleh pau tanpa bimbang diterajang..
boleh mengada tanpa disekeh..
boleh meminta2 tanpa dilempang..
malahan boleh minta makan itu ini secara pukal..



ada adik best tak?
besssttttt...kalau dia tak garang sangat macam CCE..
LARIKKK..!!!!



best ada adik beradik perempuan sebab boleh pinjam itu ini
share itu ini juga..
tapi kami tak diajar untuk pakai baju atau apa2 yang bukan milik sendiri.
no..no..tak boleh pakai baju cce..dia pun tak boleh pakai baju saya.
tapi besar2 camgini ada jugak share2..tapi dengan kebenaran tuan dia sendiri.



saya takleh share baju kakda dengan kakna.
sudahlah taste tak sama,saiz lagi dasat jauhnya,bagaikan jauh panggang dari api.
dengan cce boleh juga..tapi seluar ke hape memang takleh
sebab saya adalah kecil,dia adalah B**** 
eh kenapa tak boleh tulis sampai habis eh? kahkah..
*orang lain ada 6 pack,cce ada 3 pack..
HAHAHHAHAHAHHAAH...
dia takleh pakai baju saya...lalalala



p/s: pelis paham kenapa muka mereka setebal 14 inci.
biasalah kalau ada tukang mekap kat rumah..



kiri sekali itu kakda.
ada orang tanya kenapa muka lain..
owh kami satu bapak lain emak.
sila mengada dengan dia ok..nescaya anda tidak akan disekeh2
tanpa belas kasihan.



tengah tu kakna.beza umur kami 7 tahun..
ini kene bodek lebih sikit...
pasal ini semua dalam satu..
chef,bank,bibik,doctor,nurse,semua semualah dia punya kerja
kahkah..



hat kanan tu cce.
orang kata di kakak saya.
cce kene redha pasal sejak kecil sudah disangka begitu.
jadi SILALAH TERIMA KENYATAAN bahawasanya
diriku adalah kecil molek dan awek muda kahkah..



best pulak ke jadi kakak?
serius tak tahu nak jawab.
sejak dulu rasa dan dilayan macam adik2 saje.
cce macam kakak.
tak caya sila berkawan dengan kami dua.
dia serius GILLAAAA....dan sangat GARANGGG....
(kau tengok siap caps lock lagik).
saya pula seorang yang ceria..
*cehh ceria konon.. padahal malu nak nak cakap macam budak2.



ni budak suka buli secara mengada...
bukan buli adik beradik dia saja,
malahan anak2 sedara selalu jadi mangsa terutama aina.



hencik papa ada 2 orang adik..
eh..eh..cuak nih... camnih nak kene jadi kakak eh?
selalu macam adik2 saja,pasnih nak jadi kakak?
aisehh..aiseh...



like fanpage saya kalau sudi.
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage



klik nuffnang nak bedah...amin.



tenkiu.