saya dalam majalah Rapi jun 2012

Assalamualaikum..


hihihihihihihi...gedik giler gelak kan?


uolss..uolss...sila mendapatkan majalah Rapi terbaru(1 jun 2012) dipasaran sekarang.
secara mempukul canang nak bagitahu lah skit kann..
saya ada dalam majalah tu...ada 2 bahagian saya masuk.
hihihihihihihi..HOI CUKUP !


terima kasih kat wartawan Rapi yang gojes dan suka baca blog saya ini..
kak emi..saya tahu akak baca ini..
kak emi sangatlah ramah dan sporting..macam geng je tau.
macam nak jerit macam hilang akal je bila akak cari saya kat fanpage..
terharu betul..sob sob..mekasih akak comel..
kak emi,sila jangan salah sangka..tak bodek teruk2 pun..saya bodek sikit2 je kahkah..


Rapi 1 jun 2012.
muka depan atilia.
banyak lagi isu best dalam rapi bulan nih.
sila dapatkan di pasaran.


.
ruangan klikuntukcantik
kembang kempis hidung tuan blog ni..


ruangan mesejcantik.
tutup mata buka balik..tutup mata buka balik..
cam tak caya je erk saya masuk majalah pebret ini..
cam nak lempang diri sendiri saje tau.


ok meh tampar laju2..
seronok hoiiii... ! over makcik ini (u_u')


mekasih semua yang selalu baca blog saya.



like fanpage saya kalau sudi


klik nuffnang nak kawen(gatai).


babai =)

cara pakai tudung bawal style zoeyzauyah.

Assalamualaikum...

gedik giler nama style ini..
saya memang takde idea nak letak nama apa,
terus bajet hot artis suam2 kuku letak nama style zoeyzauyah..
kah kah..hot gilerrrrr..







*dalam video ni saya pakai tudung bawal jenis licin dan bidang kecil.

*pakai anak tudung kat dalam dan anak tudung lace tu kat atas dia.
pakai 2 lapis takut nampak rambut.kan nak dedah skit tepi kepala tu.
kalau taknak panas,pakai je yang jenis nipis.

*boleh labuhkan kat dada kalau mahu.
lagi senang guna bawal bidang besar.boleh labuhkan betul2.





lepas ini semua pun boleh jadi zoeyzauyah..
tapi awas uolss...
jangan menyamar sebagai saya sudah..
saya tampar kamu kuat2  !
kah kah..




like fanpage saya kalau sudi.


klik nuffnang nak kawen.


tenkiu.



tips untuk selesaikan masalah rambut berbau.

Assalamualaikum...


hai uolss..
rambut saya berbau wangi..rambut awak pula?
*terus rasa nak lempang saya ha ha..
hari ini cik puan intan payung  TERbaik nak hati kongsi tips
dengan awak2 semua..


RAMBUT BERBAU?  APA NAK BUAT NIH?
TAK KAN NAK SYAMPOO RAMBUT HARI2?


syampoo rambut setiap hari adalah melampau bukan?
atau tak punya waktu/malas basuh rambut sebab nak cepat
dan taknak rambut kebasahan sewaktu bertudung?
ececeh...iklan memang tak boleh belah..


 sila guna perapi di hujung2 rambut supaya ianya lembut dan berbau wangi.
atau guna saja minyak,krim rambut yang berbau wangi supaya takde bau yang tak dingini.
pernah dengar spray khas untuk menghilangkan bau di rambut?
ada je..sila bertanya pada salun2 rambut ye.
ada juga cara lain..
campur minyak pati aromatheraphy yang khusus untuk kecantikan
ke dalam air,celup sikat dan sikatlah rambut seperti biasa.
rambut memang akan berbau wangi.


elakkan dari berbau?
jangan biar rambut basah ketika bertudung.
kalau terpaksa cuci,keringkan dulu sebelum pakai tudung.
takut pengering merosakkan rambut?
senang saja..
tengah bersiap/bersolek tu buka kipas kuat2 menghala ke anda.
habis bersiap,rambut pun kering..


rambut masih berbau dan lembab sebab peluh
ketika bertudung?
buka tudung dan keringkan rambut.
halakan ke kipas angin pun boleh..
lalu hilangkan bau dengan mencuba tips yang saya bagitahu tadi ya.
pilih yang mana sesuai 


ok tu je antara tipsnye.
yoo yoo ooo je lebih..tips seciput je pun..muahaha...


like fanpage saya kalau sudi.


klik nuffnang nak kawen.


tenkiu.












Review produk VITAMIN E SOFTGEL NOREFAL

Assalamualaikum..


dah 2,3 kali berkecoh benar kat fanpageku tercintah itu.
pung pang pung pang dok cakap tengah test satu produk untuk kulit.
kalau camtu mesti pelik benar lah kan kalau tak berkecoh kat blog sekali..
jadi secara baik hati dan nurani tak pasal2 tu,
terus je i nak kecoh pulak kat sini uollss...


VITAMIN E SOFTGEL NOREFAL.

- mengandungi placenta biri2

-mengandungi vitamin E yang sangat tinggi.

-mendapat pengesahan halal dan disahkan oleh kementerian kesihatan malaysia.

-cara proses ikut syarak.

-produk ini dari switzerland yang mana produk colagen mereka selalunya
dibuat dari biri2.kalau dari france mereka guna marine atau tumbuhan.

-anti aging.

-sesuai untuk semua usia.ada kes dimana baby yang mempunyai masalah kulit
telah sembuh selepas disapu dengan produk ini.

-menjana tisu kulit.

-mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit.

-melembabkan kulit kering dan kusam.

-mempercepatkan penjanaan semula sel kulit baru.

-kulit lembut dan bersinar semula(glowing).

-menghasilkan kulit sihat dan flawless tanpa cela.

-mengurangkan seterusnya menghapuskan parut,pigmentasi,
jeragat dan jerawat.

untuk dapatkan produk ni,pertanyaan,harga dan testimoni,
boleh hubungi cik nurul syuhada.
email: yuyu_shoppe@hotmail.com
no.tel: 017-5517701
laman web rasmi produk ini: www.norefal.com


dia dalam kapsul macam ini..


*gambar dari fb cik nurul.
kalau beli 100 biji cik nurul akan bagi dalam botol packaging asal tu.
kalau tak,macam dalam plastik tu je
(rasanyalah).


kalau nak pakai dia kena cucuk kapsul tu dengan jarum atau gunting bahagian atas dia.
lepas tu saya picit atas tapak tangan sebab akan keluar minyak dan satu lagi cecair pekat
macam pati dia tu(mungkin tak akan perasan,tapi saya perhati habis..punya takde kerja lah kata).
sebatikan guna jari pastu sapu je seluruh muka.
(pakai selepas cuci muka).


ni nak setori sikit pasal pengalaman saya guna produk ni k.

- nama dia macam gel,tapi tekstur dia adalah minyak.
tapi toksah risau..bukan minyak petrol ke hape.

- mula2 sapu memanglah minyak sebab tekstur dia adalah minyak.
kalau minyak menjadi air itu menghairankan namanya..ke silap mata? bhahaha..
jangan biar camtu je.sapu kat muka pastu urut2 bagi meresap kat kulit.
pastu tak minyak dah.

- bau dia wangi.saya suka bau dia.

- kulit jadi lembab dan lembut sangat2.
kalau kulit kering ke ape rasanya sangat sesuai guna produk ni.

- kulit nampak glowing bila kena cahaya.

- guna produk ni sebelum mekap,mekap akan nampak cantik.

- saya tengok kulit jadi tegang tak mengelebeh.dia kan anti aging.

- kalau guna waktu malam sebelum tidur dia macam merawatlah.
esoknya bangun kulit jadi lembut sangat2.

- saya dapat 10 biji je untuk test,tapi saya guna tak sampai 10 hari pun
sebab ada hari saya guna sebiji time malam sebelum tidur.
ada hari pulak saya guna sebiji malam,sebiji siang.


- saya stop guna produk tia kecuali pencuci muka semata2 nak try produk ni.


nahhhh sekarang mai tengok hasil kulit saya sebelum dan selepas guna.
takde edit langsung ok ! ambil guna kamera henpon yang jujur sikit dari kamera sony saya.
takde setting flash ke hape.memang 100% semulajadi.
tang mata tu memang dah mengalahkan panda dah..tapi sejak dalam
perut emak lagi memang dah begitu...kasihann...
.
.
.

kiri:
sebelum guna.kulit saya dah takde masalah sangat
cuma selalu jadi merah2,ada parut n bintik sikit pastu pori2 terbuka.

kanan:
selepas guna produk ni 10 biji dalam masa beberapa hari.
ceceh kau tengok tu..kembang kempis hidung cik senah muka dia dah jadi
glowing2..nampak cerah.jadi lembab.
kira nampak lagi berseri dari sebelum ni kan?
ha'ah...berseri sangat..boleh kawen dah...
WEH TETIBE !


mak oiiii...! ni nur apa nih? nur kasih ke nur cahaya ke nurnilam sari entah.
lepas pakai produk ni terus je kulit nampak glowing bila duduk kat cahaya.
ni cahaya matahari je.takde guna flash ke edit ke ehhh.serius ini benar belaka.
kawan datang rumah pun dia puji kulit nampak licin elok je.
dahku ni hape lagik,kembang kempis orang dok puji kan..kah kah..frasan..


beberapa pakai je dah jadi camgini,
kalau beberapa minggu? bulan? tahun?
tak ke pakwe saya kena pakai sepek hitam bila dating..
tak pasal2 silau mata dia memandang.. hahahahaha...


kalau awak2 semua nak tahu lebih lanjut sila bertanya
pada tuan yang jual ya.ada link saya kasi kat atas tu.
kang awak tanya saya terus terkebil biji mata nak jawab
saya review dari pengalaman guna saje.semua dah tulis kat sini.
effect,masalah kulit awak dan lain2 saya tak tahu dengan mendalam 
macam tukang jual sendiri.
sila tanya beliau k.



like fanpage saya kalau sudi.


klik nuffnang nak kawen.


tenkiu.





cara saya pakai skirt labuh

Assalamualaikum..


bila orang tanya camne eh nak pakai skirt labuh bagi nampak kemas2
cantik2 tak selekeh?
terkebil2 mata saya nak menjawab..
ini serius..saya bukan fashionista,tak pandai pun bab fesyen.
pakai apa2 mesti nak main hentam je.


tapi pasal awak2 comel je dok tanya saya kan..
so saya pun secara comel jugak nak bagi tips cara saya pakai okes..
*yooo oo ooo jek cakap hakus pun comel kah kah..



pembukaan kenelah letak gambar model dulu..HAHAHAHA...
model tiang pun tak lepas ada hati cakap model?
puuiiii!


IKLAN:
nak beli skirt cantik sila terjah >>> pelangiheritage.blogspot.com


YANG TAK SESUAI....kuang..kuang..kuang..
*ceh effect bunyi cam takde keje sangat dah..=.="


KIRI: 
skirt dengan kemeja taruk luar.
tak sesuai sebab nampak tak kemas dan pendek.


KANAN: 
ini pun sama.macam hilang akal je saya bagi contoh dress/blouse(hey ape2 je lah)
dengan skirt labuh..tapi jangan tak tahu ade yang pakai gabungan ini ok.
saya rasa sangat tak sesuai..
yang pendek akan nampak lagi pendek..yang berisi akan nampak bertambah berisi
dan yang kurus nampak selebet(amboi bahasa dia..).


KIRI:
T-shirt dengan skirt.
tak sesuai.


KANAN:
ini T-shirt ikut badan yang labuh.
tak sesuai gak...rasa cam biasa2 sangat eh..


satu lagi nak pesan.
kalau badan anda berisi tolong jangan skirt labuh dengan baju yang besar2,gelebeh2 atau rambu2.
kang nampak bertambah berisi malah pendek juga.


ini pandangan saya.
kalau yakin nak pakai memang takde hal sebab fashion nih lebih kepada
keyakinan bila pakai.
pakai pi lah selekeh atau serabut camne pun tapi kalau yakin semuanya
akan nampak sesuai dan cantik.
paham ke tak paham nih?
tak paham? takpe...
*lari laju2 masuk bilik.


bawah ni pulak cara yang saya selalu pakai..


puffy shoulder blablabla(taktau sebut hapa hahaha!).
yang saya pakai nih besar skit sebenarnya..tapi takpe..yakin diri sambil bernyanyi lalalaala
kat dalam hati..


saya pakai puffy shoulder blablabla tu taruk kat dalam skirt.
pastu bubuh aje clincher/belt kat luar.
kalau taknak pakai clincher/belt tu pun takpe..asalkan pinggang skirt tu
cantik dan bukan getah yang kedut2 tu.


skirt pink tu ada pinggang yang catik tapi pasal saya salah bagitau ukuran,
jadi terbesar skit..nak bagi terletak elok kene gak pakai clincher/belt tu kat luar.


ini yang terpaling suka.
pakai kemeja taruk dalam skirt pastu pakai clincher/belt kat luar.
nampak semat2 gituuuuu...


skirt tu pinggang dia getah yang kedut2.
so saya cover dengan clincher/belt.
yang ini pakai takat pinggang je..nak pakai bawah dada pun boleh.
kira macam high waist lah kan cuma kena hati2 kang skirt jadi pendek kat bawah.


gaya yang sama tapi ini pakai takat bawah dada.
nampak tak skirt dah jadi pendek atas dari buku lali.
tapi saya cover dengan stoking.


ini dress labuh tapi boleh jadi skirt juga.
kita bercakap fungsinya sebagai skirt ok.

pakai aje jaket atau cardigan kat atas.
jaket yang saya pakai tu jenis pendek takat dada je..



ini cara saya sendiri yang pakai.
tapi jangan salah sangka.
saya tak kisah apa pun cara orang lain pakai.
takde nak kutuk2 ke,gelak2 ke sebab saya tau setiap orang
ada cara sendiri dan merendahkan style orang bukan diri saya.
*buat baik lak makcik nih haha..


P/S: entry ni dah lama taip tapi tersimpan kat draft terus tak ingat2 dah.



like fanpage saya kalau sudi.


klik iklan nuffnang nak bedah..amin..


tenkiu.

korean makeup tutorial(park bom 2Ne1)

Assalamualaikum..

hai awak2..hari ini saya rasa saya korea..
salah baca ke?
sila ulang semula..
.
.
.
saya rasa saya korea..
KAHKAHKAHKAH PUIIII !


saya ni peminat 2ne1.
lepastu saya pun bajet korea walaupun muka langsung tak korea.
bercakap lagiklah kan..bahasa melayu sendiri pun sudah sangat kasihan,
inikan pulak bahasa korea comel2 tu.terus tak comel dah..


hey.hey..sudah alang2 saya membajet korea tu
terus je nak buat mekap ala2 korea.
tapi bukan style comel2 macam tutorial saya yang lepas,
tapi ini ala2 kumpulan 2ne1 pujaan diriku itu..
tang mata dia tu mak hoiiii..ranum menggiurkan betul..
over tau..!



sebelum dan selepas.
kiri tu sebelum mekap.sendiri tengok pun sendiri rasa macam alien..
kanan tu dah jadi park bom tapi ini versi parkbombastik lah kah kah..



gara2 terjumpa gambar ini terus tidur termimpi2
nak buat mata macam dia.



ini adalah hasil dari diri sendiri berpenat lelah membuat ekspresi mata sekuyu yang boleh.
mata seperti bola sepak memang sangat susah nak buat mata kuyu2.



mekap park bom ke minah arab?
tak..tak..saya minah melayu..


ohoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii(m daud kilau),suka betul dengan mekap mata ini.



ini video tutorial.
*KALAU TAK BOLEH TENGOK VIDEO NI SILA BERITAHU SAYA OK?


* ini bukan tranformasi nak jadi park bom ke hape.
cuma inspirasi mekap dia saja.jadi jangan nak hentak2 kaki
tengok muka zoey tak jadi muka park bom.

*saya tak tahu sangat camne si park bom tu mekap mata dia.
bentuk mata pun tak sama,jadi saya main hentam je semua2 nih.
sila jangan lempang saya.

*abaikan je apa yang saya tulis dalam video ini.
serius main hentam sebab mood hilang akibat movie maker meragam.
buang lombong kang !

*video mekap korea saya dulu tu ada gak yang komen
saya tak guna pun barang macam korea.
tak guna lip tint,tak guna si polan,si pulun..
alahai cik jenab..kalau nak mekap takyah ler 100% nak sama.
saya jenis guna je apa yang ada..kreatif skit.
takkan korea guna barang cap super gojes yang hanya ada di korea,
awak pun nak terbang pergi sana beli benda itu? sila jangan membazir.
tiru mekap dia je,bukan sekali barang 100% sama..melainkan kalau memang dah ada.


PRODUK YANG SAYA GUNA DALAM VIDEO:

garnier bb cream.
elianto cream concealer.
pixy two way cake powder.
japan eyebrow liner(dark brown).
maybelline hypersharp liquid eyeliner(black).
maybelline gel eyeliner(black).
maybelline falsies mascara(black).
elianto eyelash curler.
essence eyeliner(blue).
miss rose 3D eyeshadow(blue).
silkygirl eyeshadow(beige,soft brown).
double eyelid tape.
fake lashes(tebal).
danny pallete blusher(soft pink).
maybelline moisture shine lipstick(soft pink).



penat la weh buat mata kuyu..bahek hakus tido jek lagik senang
ha ha..



ok..ini adalah diri saya sebenar..
mata luas terbentang dengan senyum meleret...
tumpang lalu makcik..ade anak teruna kacak ke idak?
hahahhaha mak aku baca nih kene lempang kang..


like fanpage saya kalau sudi.
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik nuffnang nak kawen.


tenkiu.

Review produk: Enchanteur paris extra whitening body lotion.

Assalamualaikum..


saya bukan penggemar lotion..
lotion pun tak gemar saya..
hey ape nih? selalu je pening eh?


2,3 bulan lepas baru tersedar kulit kering gila...
dahku pandang kulit sendiri,lalu pandang biawak belakang rumah
*melalui tingkap bilik..
pastu ulang gelagat yang sama sebanyak 123234546456 kali 124354 kali 24345 =????
dah takyah pikir...
eh jap..jap...WEH GILER COOL BELAKANG RUMAH ADA BIAWAK !
NEXT !!!!


jadi tak lengah2 dah..
terus je ajak pakwe tercintah intan payung awan dania(???)
pergi carik lotion untuk kasik kulit lembut balik.


menerawang dua2 budak ini kat dalam watsons..
lalu TAADDAAAA !!!


Enchanteur paris extra whitening body lotion.
150ml


harga ?
 tak ingat(baik takyah bagitau)


beli? 
kat mana2 pasaraya pun ade.yang takde siti saleha je
kah kah..


kata pengeluar?
spark moments of attraction with enchantuer paris extra whitening body lotion,
which combines parisian rose petals with apple melon and blackcurrant
for a delightfull fragrance.
enrich with vitamin B3 and sakura extract,this nourishing water-based
lotion synergises with licorice extract to provide extra whitening power
to lighten complexion 2 times more effectively while
providing UV protection.
even out skin tone around the kness,elbows and back of neck area.
use it daily for soft and radiant skin you'll love to flaunt.


ok,pengeluar cakap bahasa LONDON..
cik puan copy paste jek senah..hari ini malas nak jadi translator..



dia ada 3 jenis.
saya suka sangat yang kuning tu..bau dia 'ringan' dan fresh ja.
tapi pakwe saya tu gedik skit lah..
dia yo yo oooo je nak saya beli kaler pink..
pencinta pink ke hapa entah..haha..
nasib baik saya sayang...(ambil hati).


kiri: sebelum pakai lotion.tangan saya jenis kering,parut,kusam,muram,wuwuwuw,huhuhu,WEH SUDAH !


tengah: tekstur lotion.biasalah lotion memang cair sikit.bukan krim.

kanan: lepas dah sapu lotion..takdelah 100% lembab cerah ke hape 
tapi kekeringan tu kurang jelas.bila dah camtu,kulit kita pun akan nampak cerah sikit
dan kedut2,garis2,kasar2 dah tak jelas.


*bau lotion nih macam bunga.sekali bau macam fresh,sekali bau macam 'manis'.
bau dia kuat tapi takdelah bau tu tahan sampai 8 jam ke hape.nanti hilang gak.
cuma kadang2 saya pening dengan bau tu..bila ingat ini kekasih hati yang pilihkan
terus bersemangat tak hirau pening lalat ke hape dah..kahkah over tau..


*cepat menyerap.


*lepas pakai kulit jadi lembut..tapi kesan melembabkan tu kurang sikitlah.


*katanya ada perlindungan uv.tapi tak cakap pulak spf berapa.


*namanya lotion,jadi bila kena air memang melekit sikitlah.
tapi itu biasalah kan.


*lepas beberapa jam kena pakai semula untuk lembutkan kulit balik.


*untuk sape yang tak suka pakai perfume tapi nak wangi
boleh la pakai lotion nih.wangi dan kuat bau dia.


overall memang saya suka lotion nih.
lepas mandi terus pakai banyak2 seluruh badan.
sebelum tidur pun kalau bajet artis je mesti nak pakai banyak2 jugak
padahal bukan tidur dalam air-cond pun ha ha..


like fanpage saya kalau sudi.
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik nuffnang nak kawen.


tenkiu.

tutorial tudung bawal 3 jenis style.

Assalamualaikum..


sana sini orang sibuk2 pasal style bawal dian pelangi..
si tuan blog ni takyah heran lah kan..
macam ajaib je kalau dia pun tak sibuk2 nak try sama..
hihihihihihi*gelak anak dare..


tapi uolsss...yang saya nak tunjuk ini bukan macam dian selalu buat tu.
yang ini diubah sikit2..asas je macam nak sama..
*ayat nak sedapkan hati sendiri padahal sama ja kot bhahaha...


3 cara buat yang mudah je.
meh tengok meh..



style 1,2 dan 3.




ini style 1.



ini style 2.



yang ini style 3.


*motif saya pin peniti kat tepi kepala tu
sebab nak bagi bentuk muncung tu bertahan.
takdelah ditiup angin kang dia jadi tunggang langgang
boleh tengok video nih kalau tak paham
*padahal diri sendiri cakap,diri sendiri pun tak paham kah kah..


*style 1 tu kira macam style asas lah.
buat macam tu then boleh biar camtu je atau awak boleh terus je buat
style 2 atau style 3.terpulang lah ok.


meh tengok video ye uolsss...



video youtube.


                   
video vimeo.


like fanpage saya kalau sudi.


klik nuffnang nak kawen..amin.


tenkiu.






tips kalau kita nak belajar mekap.

Assalamualaikum..


saya bukan je mekapkan orang,saya juga ajar orang mekap.
kelas sendiri atau dijemput,memang macam2 ragam orang yang belajar mekap nih..
tapi takpe..pengalaman..takde yang sampai saya bersangka buruk pun.
HAHAHAHAHA...weh apesal gelak nih? 
takyah jawab...NEXT !


1) beri tumpuan..
walaupun ada bab2 yang bikin hotak sedu,hati malas,mata layu,
tapi sila beri tumpuan secara 100% kuasa kuda.
kalau awak2 asyik menguap 100 kali dan tak beri tumpuan,
secara otomatik si tukang pengajar tu akan fikir awak tak minat,tak bersungguh
untuk belajar..maka sebakul ilmu yang dia nak ajar tu dah tinggal seciput
pasal dia rasa buat apa nak sungguh2 ajar padahal awak2 macam tak minat je..


2) merendah diri dan buat tak tahu walaupun awak dah tahu pasal teknik/cara tu.
jangan asik nak cakap 
"hari tu belajar kat orang tu dia buat camnih",
"saya selalu buat camnih"
setiap tukang ajar tu ada teknik/cara dia sendiri..
amik je ilmu yang dia tunjuk tu.


3) jangan komplen atau banding2..
sila jangan komplen si tukang ajar mekap tu..
pertanyaan takpe..lagi digalakkan tapi pelis2 jangan komplen2..
belajar kat mana2 tukang mekap pun sila jangan komplen.
bila orang tu ajar/tunjuk,janganlah awak cakap
"tak cantik"
"jurusolek yang saya pi hari tu buat lain"
"yang saya pi hari tu cantik sangat dia mekap,yang ni macam tak sesuai dengan citarasa sayalah"
kene ingat ye,setiap jurusolek ada cara,teknik dan style dia sendiri.
awak ambil je ilmu dia yang dia tunjuk tu walaupun awak tak suka.
banyak teknik,banyak cara,banyak style,maknanya awak ada banyak kelebihan dan ilmu.
takdelah statik pada satu cara yang awak suka saja.


4) memperlekehkan jenama jurusolek tu guna..
ada sebablah kenapa seseorang jurusolek tu guna sesuatu jenama tu.
jangan dok pi pertikai pulak..
ada je orang yang cakap kenapalah guna jenama nih padahal jurusolek artis semuanya
guna guna jenama si polan,si polan..
padahal dia taktau jurusolek artis guna jenama lain bukan jenama yang dia sebut.
maksudnya kat sini,kita mungkin rasa lebih tahu dari jurusolek tu,
padahal kita salah,jurusolek tu lagi tahu..kan dah malu..
ingat ya,jurusolek lebih tahu bab2 ni semua..sebab mereka sangat berpengalaman
dan belajar bab2 nih dari basic sampai ke professional.


5) module mekap..
ada kelas mekap yang ajar untuk mekap2 tertentu macam dinner makeup,
wedding makeup dan macam2 lagi.
ada juga yang ajar dari segi teknik.
tanya betul2 sebelum belajar.
jangan sampai time belajar nanti awak komplen2
"saya nak belajar mekap macam tu,bukan macam ni"
haaa jangan camgitu..


6) asik cakap tak tahu...
tujuan awak amik kursus mekap sebab awak nak tahu apa yang awak tak tahu.
bila jurusolek tu tunjuk dan minta cuba,awak cuba je.
jangan kerana awak tak tahu,awak asik cakap tak tahu dan takmo buat.
try je apa yang diajar,kalau tak betul,jurusolek tu akan bagitau dan tunjuk
cara yang betul kat situ jugak.
jangan malu,jangan segan..belajar je sampai tahu ok.


7) lain yang diajar,lain yang dibuat.
jurusolek ajar teknik lain,tapi awak taknak buat..
awak nak buat jugak teknik yang awak biasa buat..
teknik yang awak dah tahu..
jangan camtu...rugi sangat2 tau..
buat ape yang nak buat benda yang awak dah tau..
ada teknik dan ilmu baru kat kursus yang awak amik nih..
jadi sila try..dapat ilmu baru,bertambah lah pengetahuan dan pengalaman awak nanti.


8) bandingkan2kan.
jangan bandingkan2 terutama bab harga antara
kursus tu dengan kursus yang lain.
memang patut banding untuk dapatkan yang betul2 awak mahu,
tapi sila jangan bagitahu secara tak pasal2 dekat orang anjurkan kelas tu.
awak kene fikir,harga lain,maknanya caranya pun adalah lain.
tak sama punya.ini juga untuk elakkan dari jurusolek tu berkecil hati atau apa.
ingat ye..kita jangan sesekali kecilkan hati orang
terutama yang lebih tua dan berpengalaman dari kita.


saya sendiri selalu je buat2 tak tahu apa2 kalau pi mana2 kursus..
sebab saya nak belajar cara jurusolek/cikgu lain pulak.
taknak statik pada satu teknik je.


pesanan yang terpaling penting ialah sila jangan bazirkan duit awak.
awak dah bayar untuk belajar tu,tapi tersangatlah rugi kalau awak tak 
serap ilmu2 tu semua.


P/S: ini semua dari pengalaman diri sebagai student(time pi kursus tu semua).
tengok student2 lain punya kerenah kadang2 buat saya
rasa nak cakap "DIAM KAU !"
belajar la weh,amik ilmu..jangan asik amalkan sifat2 diatas2 itu...
rugi uolsss..
nasib baik semua yang belajar dengan saya bagus2..


sesape nak belajar mekap dengan saya boleh mesej kat inbox fanpage.
like sekali  fanpage saya kalau sudi.

abaikan tarikh yang dah lepas tu.dapat sijil uollsss...
cepat join sebelum harga berubah lepas ni ok.


klik nuffnang nak bedah..amin.


tenkiu.


Review produk: Disney Eskulin Kids shampoo and conditioner.

Assalamualaikum...


ini syampoo untuk budak2..
tapi kakak budak(saya),emak sedara budak(saya),emak budak(CCE),
bapak budak(CCE),nenek budak(CCE) semua pun bolehhhhh..
wey..wey..apesal yang kertu2(tua) semuanya bernama CCE?
LARIIKKK !!!
bhahahaha..


ini syampoo aina...anak sedara saya yang umo 6 tahun tu.
tapi  CCE suka betul syampoo ini..
dulu naik hairan ape kes nak pakai syampoo budak iye dak?
tapi last2 saya sendiri pun pakai juga.


Disney Eskulin Kids Shampoo And Conditioner Feature Minnie.
(strawberry).


yang ini 200ml.
harga antara rm5 ke rm7 camtulah.tak ingat sebab kakna yang beli nih..
pastu awak semua fikir.."laaa syampoo free rupanya,ingat dia yang beli"
hahahahhaha...


pasal apa suka betul dengan syampoo ini?
senang,cepat dan wangi.


kadang2 saya ni selalu je nak mandi cepat2..
bz katakan..errr...ok baheklah..
takyah lah nak mengaku malas nak syampoo pastu pakai perapi pulak..
pastu itu,ini blablabla..uolsss nih..
jadi lebih baik kita bersangka saya adalah orang bz dan semua benda pun
mesti kena buat cepat2...laju2..zupzapzupzap HAAA SIAP DAH...


so bila guna syampoo ini memang mudah.
syampoo je pastu takyah pakai perapi dah sebab ada sekali perapi kat dalam tu.
memanglah kalau syampoo sekali perapi nih takleh caya kan
tapi hallo uolsss..ini syampoo budak ok..jangan kau nak demand lebih eh..
bhahaha..


syampoo ni banyak buih.
paling best sebab wangi.katanya bau strawberry yang botol pink nih
tapi saya bau macam buah-buahan campuran je..
lepas syampoo rasa fresh gila sebab bau dia tu.
rambut lembut tapi takdelah selembut macam pakai perapi.
tapi tak kasar sangat.
macam syampoo lain tu kalau kita guna pastu tak pakai perapi
dia jadi kasar macam dawai..scary makkk ! tapi yang ini tak.


 kata pengeluar syampoo ini adalah syampoo yang lembut
dan mengandungi aloe vera untuk menjaga keindahan rambut sihat.


sekarang semua pun berebut pakai syampoo ini.
bila aina balik je potpet2 bising mulut dia pasal semua orang
dah carasss guna syampoo dia..
haha..


like fanpage saya kalau sudi


klik nuffnang nak kawen.


tenkiu.

muka dulu dan muka sekarang

Assalamualaikum..


tahukah awak semua bahawasanya muka saya dulu2
adalah tidak sama macam muka saya sekarang?


ini bukan perkara yang ajaib pasal semua orang orang pun
muka akan jadi lain bila dah dewasa..
habis tu kenapa saya mahu yo yo oo je kat sini?
hey..suka hati lah nak yo yo oo ke,itik gembo2 ke kan..


ayuh geng mari kita lihat mukaku dahulu dan mukaku sekarang..
HIYAK ! HIYAK ! HIYAK !



kiri itu gambar waktu umur awal remaja-belasan-tahun-muda-remaja-naif-gila-NANGES (T_T")
gambar kat ic tu...
kanan pula gambar muka pada hujung tahun lepas.

asal berurusan kat mana2 kaunter je kasi ic pastu mesti dipandang 2,3 kali
pastu akak2,abang2 kaunter mesti cakap
"eh lainnya muka"
saya pun cakap juga..
"erkk eleeeehhhh....." kat dalam hati je lah..


kiri tu gambar waktu umur 18 tahun kalau tak salah.
muka bulat sebulat bola sepak,mata sepet2..
rasanya akibat pipi mengembung seperti pau lalu tak kasi can mata terbeliak luas2..
maka hasilnya adalah mata sepet...FINE !

kanan tu gambar pada tahun lepas.
muka sudah bujur sedikit,kulit sudah cerah sedikit dan teknik mekap+lens
buat muka nampak berlainan sekali..waahh hebat beteh !


kiri itu gambar waktu umur 19 ke 20 tahun entah..
waktu ini kulit cerah,mata sepet,mekap sikit2 je..pastu free hair..

orang cina selalu cakap cina dengan saya..
nasib baik faham,pastu balas balik saya cakap melayu terus diaorang potpet2
"i ingat u putih2..mata sepet2.. u orang cina.."
lagi haru bila kerja kat mana2 je kalau ada geng baru masuk(melayu) 
depa sangka saya cina...erk eleehhhh...

kanan tu gambar baru pada tahun ini.
muka makin selim,mekap+lens+tudung buat saya nampak lain.



yang kiri itu gambar pada umur 19 ke 20 entah.
ceceh gaya cam nak carik gaduh..
muka bulat,mata setim,hidung kembang kempis,
mulut tak reti senyum cantik2...what the lah kan...

kanan gambar pada tahun lepas..
muka nampak ayu sikit la konon2 walaupun dalam hati langsung tak ayu.
badan?
sekarang makin kurus..rindu betul badan yang dulu.


walau macam mana pun rupa saya dahulu,saya tak malu pun nak tunjuk kat uolsss..
tahu tak saya rindu betul diri yang dulu2...sob sob..
uolsss nih...saje je tau buat datin sedih..
DATIN?  bhahaha...!


like fanpage kalau sudi
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik nuffnang nak bedah..amin.


tenkiu.