PERHATIAN SEMUA !

Assalamualaikum..


Fb dan fanpage saya problem.
tak boleh buka inbox untuk check mesej,
tak boleh tulis status,tak boleh buka gambar,tak boleh like,
tak boleh komen,tak boleh itu,ini blablabla..
wehhh semua pun tak boleh..
memang tak boleh belah pakcik mark bek2 tu uollss..
agaknye beliau masih berhanimun mungkin..
ye mungkin T_T


jadi kalau uolss nak mesej ke ape ke boleh contact saya di
email zoyahmuhamad@gmail.com

babai ;)

tips efek seperti eyeliner putih.

Assalamualaikum..

eyeliner putih atau peach dah habis?
alaa tak rock la brader..
mana nak efek mata besor2 sebesor bola sepak lagi,
mana nak efek mata bulat sebulat bola bowling lagi,
kan dah tak pasal2 merepek..
ini emosi tak terkawal akibat eyeliner habis tak dapat merekacipta
efek2 yang disebutkan tadi..
kasihan sungguh kat beliau ini...

relaks...
takyah kecoh2 uolss..
saya ada tips yang saya buat kalau eyeliner habis tapi tak sempat beli baru.


cara 1:
.
.
- concealer jenis krim atau padat.

- guna putik kapas bersih
*yang saya guna nih hampess bebenor..bulu2 kapas tu terkeluar jadi serabut2,
uolss guna putik kapas yang berkualiti  sikit ok.

- calit concealer guna putik kapas tu.

- garis waterline atau lashline macam kita garis guna eyeliner biasa.

- taaaddaaa...dah dapat efek tu.


P/S: TIPS BEDAK DEBU/BEDAK PADAT.
kalau nak bagi tahan lama,boleh guna cara ini pula.

 - bedak serbuk atau bedak padat.

- pedap2 bedak guna putik kapas.

- garis atas garisan tadi.
so dia akan 'setkan' concealer tadi.
garisan akan jadi lebih cerah dan tahan.


atau buat cara 2:
.
.
- foundation samada jenis krim,padat atau stick.

- guna putik kapas bersih.

- calit foundation.

- garis waterline atau lashline sama macam kita garis guna eyeliner biasa.

boleh biar macam ni saja atau boleh guna
tips bedak debu/bedak padat tu untuk kesan yang lebih cerah dan tahan lama.


atau untuk kesan lebih putih sama macam eyeliner putih,
boleh guna cara 3:
.
.
- kalau cara ini,garis dulu waterline atau lashline guna concealer atau foundation
macam cara no.1 atau no.2,tapi jangan guna tips bedak debu/bedak padat.
maknanya lepas garis guna concealer atau fondation,terus buat cara ini ok.

- guna putik kapas.

- calit eyeshadow warna putih.

- garis waterline atau lashline
(garis atas garisan concealer atau fondation tadi).


- mata akan nampak macam pakai eyeliner putih yang betul.


kiri:
gambar sebelum buat tips ini.


kanan:
gambar selepas buat tips ini.
nampak besar dan macam pakai eyeliner putih kan?


HAHAHAHA...inilah tips rahsia kerajaan isketanbola saya..
UHUK2 ! terbatuk pula dia...
(T_T")


like fanpage kalau sudi.
nak tempah mekap atau belajar mekap pun boleh contact kat sana


klik nuffnang nak kawen.

tenkiu.

Review contact lens i fairy moe moe brown

Assalamualaikum..

hari itu tak pasal2 wall saya naik satu gambar model korea cun
mempakai lens yang berwarna cun bagi saya.
terus hati melonjak keriangan nak membeli..
keriangan kat sini maksudnye macam riang ria hari raya dan sewaktu dengannya.
indahnya sungguh dihari raya..ramainya orang bersuka ria..
haa kau tengok tu?


lets review bebeh..

  
taaddaaa... ! sudah berjaya membeli lens yang dirasakan gojes nak mamp..ini.
power sudah tidak terlalu tinggi.
hey ini power rendah,macam mana mahu berlawan dengan power rangers pink nanti?
tak cool lah macam ini..
(cita2 time kecik nak jadi power rangers,skarang besar jadi raksasa pulak).
errk eleehhhh...


lens ini dalam botol dan sticker adalah original.
jadi ianya lens i fairy original.

jenama i fairy moe moe brown.

diameter 16.2mm(besar).

jenis soft lens iaitu lembut.

45% plyhema dan 55% kandungan air.

harga RM25 kalau tak salah.

tahan 1 tahun tapi saya tak pernah guna sampai 1 tahun.
lepas 2,3 bulan dah tukar baru.


 
corak lens tersebut.
warna menarik kan..
itu pasal tuan blog ini sungguh2 je beli konon nak lawa la kan.


ada ring(keliling hitam) tapi ringya kecil dan pudar.

warna coklat nampak pudar tapi bila pakai warna dia nampak sangat terang.

walaupun jenis lembut,tapi sebenarnya dia tebal sikit atau boleh dikatakan normal?
bukan lembut atau nipis.


sebelum dan selepas pakai.

nampak effect besarkan mata tapi tak sehebat macam lens jenis kira2 ke kan.
sebab corak tu.

warna takdelah coklat betul2,lebih kepada perang tapi sangat terang.

ring nampak pudar,so effect besarkan mata jadi kurang sikit.

bila pakai rasa tak selesa..oucchhh !
ini terpaling tak best.
saya selalu beli lens saiz besar sebab mata rasa selesa tak sakit,
tapi yang jenis ini sakit pulak.rasa ada benda dalam mata.
cuci betul2 pun rasa lagi.dua2 belah pulak tu.
mungkin sebab lens tu tebal sikit kot.



pakai lens dan mekap.
serius warna ni langsung tak sesuai dengan saya.
saya pakai 2,3 kali saja lepas tu stop sebab tak selesa dan warna tak sesuai.


saya dah beli yang baru untuk ganti sebab lens semua dah lebih 3 bulan.
nanti saya review k.
uolss nak try silalah beli.
tak sesuai untuk saya tak semestinya tak sesuai untuk uolss jugak.


like fanpage kalau sudi,
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik nuffnang nak kawen.

tenkiu.

kasut baru saya yang cun dan online shop.

Assalamualaikum..

hati saya seronok bukan kepalang sambil lalala
pasal dah ade kasut baru yang tinggi tapi selesa..
eh itu pun nak kecoh ke?
itik gembo2 betul..T_T


dah lama teringin ada kasut tinggi supaya nampak hot dan spicy.
tapi jangan bajet kfc sangat eh..
tapi tak beli2 sebab selalu tak selesa dan terus takde selera nak pakai.
tapiiii..
baru2 ini saya telah mempunyai kasut tinggi hampir 5,6 cm !
ceceh..konon2 dah tinggi sangat lah tu kan ....tapi takpe..
*uolllsss jangan buat i malu boleh tak ! cehhh..marah orang.

nak dapatkan kasut yang cun macam saya?
baju2 yang cantik dan trendy?
tudung yang comel2?
SILA KLIK SINI: AMALINA AHMAD II


taadddaaa !
inilah kasut tercantik dan terhot kepunyaan saya.
kalau kepunyaan awak,takkan boleh ada di belog saya?
muahahaha..lempang sikit...

memang cantik dan menggiurkan betul...
terujah tuan dia ni tau..



kasut kesayangan saya yang terbaru,terkini lagi sensasi..
melodi ke hape ni hoii !


ianya selesa walaupun tinggi.
tapaknye jenis wedges,jadi tak terasa tinggi dan badan tak 'tertekan'
sebab tu selesa.


kaki saya saiz kecil,tapi time order saiz takde..
tinggal besar sikit..
terus tanya owner dia,amalina.
nasib baik tanya..dia suggest apa2 yang patut..dan saya bagi ukuran kaki sebenar..
rupanya kena ambil yang besar tu sikit..
nasib baik ikut nasihat dia,bila sampai memang muat kaki ni..
so uolss kalau nak beli tapi konpius pasal saiz atau rasa saiz uolss tu takde
sila tanya amalina dulu sebab dia lebih tahu.
dia juga mesra pelanggan..so takyah risau kena baling penyapu ke,
makan penampar ke..dia layan mesra setiap soalan uolss ye.


saya dan kasut baru.
kasut cantik,saya pun cantik *MUNTOHHH !


amalina jual macam2 tau.
harga semua berpatutan.



macam2 jenis design kasut terutama flat shoes.
yang ini salah satu design flat shoes yang saya suka sangat !



tudung bawal design terkini.
saya suka kaler2 dia yang terang2..
sebab saya memang suka pakai terang2 nih..
jauh sebatu orang dah nampak..
pastu berseri je kan bila terang2 nih..
wehh apesal panjang bebenor tuan belog bebel?
-.-'


ini amalina si owner yang comel.
dia mempakai dress,cardigan,kasut,dan semua2 dari online shop beliau sendiri.
berkenan ke? semua dia jual.
saya berkenan sangat dengan dress burung hantu tu dan flat shoes tu.
sangat cantik dan trendy okes !


jom tengok,cuci mata sekali cuci poket T_T
jangan risau,semua murah2..dan service bagus.
tak caya sila tengok dan try beli sendiri.
saya sudah,anda bila lagi? *iklan.


like fanpage saya kalau sudi
klik sini: www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik nuffnang nak kawen.

tenkiu.





cara cairkan gel eyeliner yang keras.

Assalamualaikum..


HIYAK ! HIYAK ! HIYAK !
keletung ! keletang !


apa tu?
itu bunyi..bukan makanan..HAHAHAHA...
hey ape nih awal2 entry sudah tak senonoh sebegini?


itu bunyi si tuan blog mengorek gel eyeliner beliau yang kering kontang keras.
paham tak 3k disitu? bukan 3 ribu..kalau 3 ribu terus saya nak kawen besok.
itu 3k untuk kering-kontang-keras.
wahh hebat ! -.-'


gel eyeliner adalah sepisis eyeliner yang degil dan mudah merugikan
sebab baru beli sudah keras.
habis tu macam mana nak pakai ni?
takkan nak buang dan beli baru? rugilah bro !
*padahal bro2 sekelian tidak tahu gel eyeliner itu apa.
tiub kereta mungkin? ye mungkin T_T


takpe..takpe..serahkan pada yang pakar..
wehhh iklan sabun jamban tu muahaha..
meh saya nak share cara terpaling berkesan yang saya selalu buat.



nyalakan lilin dan
pegang leher bekas eyeliner tu dengan penyepit ke,playar ke,
apa2 ja yang boleh hold bekas tu.
saya guna gunting je.
jangan guna tangan,kang panas.



halakan bawah bekas eyeliner tu ke atas haba api lilin.
faham ke tak nih?
*ceceh tuan blog mesti ingat orang lain pun blur2 macam dia kan?
SADAP U !



maksudnya jangan bagi kena bawah bekas tu terus dengan api.
halakan ke api tapi atas skit untuk dapatkan haba panas dia je..
macam dalam gambar nih.
tahan sampai bawah bekas dah rasa suam/panas.
tak sampai beberapa saat pun.



lepas tu guna apa2 benda yang bersih,contohnya macam saya guna ni pencungkil gigi
yang bersih.
kacau,gaul eyeliner tu secara rata terutama bahagian bawah(kira macam kerak dia tu).
kacau2 sampai semua dah rata lembut.
pastu kikis2 sisa kat pencungkil gigi tu.kan dia melekat..rugi wooo
*tuan blog nih kedek skit =.="


cuci2 tepi2 yang comot tu dan tutup rapat2.
nanti nak guna dah tak keras dah.eyeliner tu mantain lembut dan senang disapu.


TIPS (n_n*)
.
.
.
*kalau nak guna,buka dan calit dengan berus cepat2.
pastu tutup rapat.
selalu orang buka bekas eyeliner pastu biar terus terbuka
selagi dia tak habis sapu eyeliner kat dua2 belah mata kan.
tak boleh..
kang yang dalam bekas tu  kene udara dia cepat keras.
jadi time nak pakai tu buka,calit cepat2 dengan berus pastu tutup rapat.
kalau kena tambah lagi eyeliner kat berus,
buat ja sama macam tadi..
buka,calit cepat2 dan tutup rapat.


*jangan calit eyeliner banyak2 kat berus.
calit sikit je kat hujung berus dan sapu sedikit demi sedikit
(dah macam masak haku rasa).
agak2 kene tambah lagi,buat je macam tips no.1 tu ok.
buka,calit cepat2 then tutup rapat.


tu je.


like fanpage saya kalau sudi.
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik nuffnang nak kawen.


tenkiu.

Tutorial glitter cute makeup

Assalamualaikum..


UHUK ! UHUK ! UHUUUUKKKK !
amboi panjangnya dia batuk (T_T")


dua hari tidak mengupdate blog,tidak memaki hamun di twitter(luahan perasaan),
tidak mengecek mesej,tidak membaca email dan tidak memandang youtube..
tapi fb kene jugak memandang sikit2..
tengah baring ke,tengah tido ke mesti pandang jugak.
kalau tengah tido tu hilang akal ke ape?
tak..tak..pandang dalam mimpi maksudnye tu.
over tau...


eh jap..kenapa mengabaikan semua alam maya itu?(ceceh)..
belum bagitahu ke?
saya telah demam dan selsema secara dasyat
sampaikan tak boleh berjalan,tak boleh bergerak lebih2,
sesak nafas berkali2 dan pakai oksigen.
cehh macam scary jee... (u.u")


sebagai pembukaan entry setelah tak update beberapa hari,
naaahhh tutorial mekap bajet cute dari cik puan senah datin markonah..muahaha..
kalau nama tak over memang  tak sah kan..


kiri:
sebelum mekap.
mata dia macam mata uler sawe..muahaha nak sebut pun tak sanggup uolss.


tengah:
selepas mekap dengan contact-lens-kaler-baru-dicuba-amboi...!
(nanti saya review).


kanan:
dengan contact lens biru minah saleh celup.
yang ni baru sejukkkk hati diri sendiri tengok ha ha..


"saya comel"
*PENAMPOR SEDAS !


"saya 2 kali lebih comel" 
*padahal tak sedar2 dia orang yang sama (-.-").
jadi PENAMPOR DOUBLE DAS !



mari mentengok video.. yeaaa !
*sila membaca dengan semangat yang wajah dan jitu(wajah?).

*dalam video ni saya ada cakap omputih sikit.
sumpah kene control pasal rakam suara guna henpon.
pastu saya ada masalah nak sebut beberapa perkataan terutama yang ada huruf  'S'.
gedik giler dengar suara sendiri.
harap maaf ya.


jangan risau..saya cuma berlakon seperti terkejut saje.
*yo yo ooo je cakap.macamlah ada yang bertanya.

adakah nampak glitter disitu?
glitter tu menyorok gamaknya

sekarang sudah nampak glitter sedikit.
sikit je lah..jangan over sangat ehhh..cepuk kang ! (tiba2 nak marah).


nantikan entry saya mengenai tips,review lens,kasut yang cantik,
mask dan lain2*tertakluk kepada terma 'sempat atau tidak'
haha...ini punya terma pun ada ka?


like fanpage saya kalau sudi.


klik nuffnang nak kawen..


tenkiu.