tutorial tudung bawal labuh tutup dada

Assalamualaikum..


sana sini sinun orang bertanya takde tuto tudung untuk raya ke cik puan datin markonah?
*mak oii nama diaaaaa..
minta maaf lah kepada semua peminat2 setia cik puan datin markonah(giler glamer),
saya ini takde masa,bz dan terlalu letih di bulan puasa ini.
datin la kataaaa muahahaha !
uweeekkkk ! VERANGAN LEBIH.


tapi,hari tu sebelum puasa saya ada buat satu video cara pakai tudung bawal
labuh melebihi dada.ini my style..kat atas kepala tu lahh.
yang depan tu semua orang pun tahu..erk elehhh..
kira acilah ni sebagai tuto edisi raya.
untuk tuto mekap raya tu saya tengah usha2 jadual gak..
kot2 ada masa boleh curi2 buat kan..
tapi masalahnye bila ada masa je haku nak tidooo..
ada masa jeee haku nak tidooo..
wehh tido je banyak nih apehal? muahaha..takkkk..
saya cuma nak berehat sebab bulan ni bz dan letih sikit.


jom tengok....
.
.
.
siapDSC06771
taaddaaa...
tudung ini labuh ok =)
muka saya bulat tapi saya suka muka bulat dan pipi bulat.
hey,ini tuto tudung ke tuto edisi muka bulat?
-.-'
*lari bawa diri.


siapDSC06786
saya rasa saya comel..
caption ini indah kan? indah kalau kita sentiasa bersyukur dengan kurniaan allah.
tapi jangan over2..nanti orang baling selipar..
selipar jamban pulak tu..kah kah !
tapi apesal rasa haku jeee yang suka over tu? T_T


siapDSC06787
bahagian tepi dan atas =)


siapDS06
bersilang dan hamek kau...atas kepala haku cucuk pin besor gedabak tu.



the video.
sila menonton ye uolss..try sekali.
berkat bulan2 mulia kita pakai tudung sopan2
*tunduk malu pasal diri sendiri pun lemah bab ini -.-'


- kena guna tudung bawal saiz besar.

- lipat 3 segi tu macam biasa,tapi lipat bagi jadi 3 segi yang besar.

- bahagian belakang tutup elok je..tapi pandai2 lah adjust dia ok.

- dalam video ni tudung saya takmo jadi muncung elok dan senget je..
tapi peduli hape? i selamber punye worang..

- kalau nak bagi jadi kaler lain2 kat lipatan/silang atas kepala tu,
gunalah tudung bawal 2 tone atau 3 tone.


siapDSC06783
hasilnya ^_^



p/s: saya bersyukur dengan rezeki yang allah bagi kat saya.
terutama bulan puasa ni.
tadi baru dapat sesuatu yang tak dijangka.
terus dapat beli sesuatu untuk mak bapak saya.
jadi,banyakkan bersedekah dan berkongsi rezeki ok,tak kira sikit atau banyak.
niat iklas,insyaallah..allah pasti beri ganjaran yang lebih baik lagi.
happy dan bersyukur sangat2 ni :')


like page saya kalau sudi.
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


suka entry ni? like kat butang bawah kiri entry ni.


klik nuffnang nak raya.


tenkiu.



mari kita shopping baju raya cantik dan murah kat sini.

Assalammualaikum...


baru 4 hari berpuasa,tapi hati dan kepala asik fikir baju raya,
baju buka posa,baju jalan2 soping raya,baju pra yara..
haaa kau tengok? kau tengok?
eja pun dah salah sebab terlalu eksaited.


uolss yang suka baju ala2 muslimah tapi terkini,
boleh lah mengushar baju cantik2,lawa2,murah2 kat onlineshop yang
saya mahu share ini.
boleh beli untuk raya ataupun untuk bersuka ria.


editIMG_9287
saya mempakai baju dress atau boleh dipanggil jubah muslimah mungkin?
ianya berkaler merah cili idamanku selalu..ambbooooiiii !
tapi dalam gambar nampak oren pula..


editIMG_9311
mesti uolss akan cakap baju ni macam besar je untuk saya kan?
tapi ianya memang pesen macam ni.
besar dan ala2 muslimah.


editIMG_9299
habis hilang ciri2 muslimah haku akibat penangan sepek anak kucing seekor itu.
owh lupa nak kasitau,saya tak pakai mekap dalam gambar2 ni semua.
bedak pun tak pakai.apa motif bagitau ini?
takdeee..takde motif pung...
motif terang2 takde,motif tipu2,sembunyi2 pun takdeeee...


1IMG_9282
inilah rupa sebenar baju saya pakai tu.
kaler merah cili.
kain jenis nipis dan selesa.tak panas pun.
boleh pakai untuk majlis berbuka,hari raya,open house,ke masjid
atau mana2 je.


1IMG_9279
leher ada ropol2.
emak yang pilihkan kat saya.
skarang dah tau dah dari mana saya dapat gen sukakan benda ropol2,ribbon2,comel2 nih semua.
-.-'


Image284
awak semua nak tau tak..saya memang gedik sikit..
saya suka betul kalau order baju diaorang packing letak dalam kertas nih..
ok saya tak tau nak panggil ini kertas apa..
WUWUWUWUWU..malu je eehhhh (u_u')
dalam banyak2 online shop yang saya pernah shopping,
hanya 2,3 kali saja pernah dapat dalam kertas nih..
tapi jangan jakun macam saya,lepas bubuh dalam kertas ini dia bungkus pula
dengan palstik pos laju ok.takdenye nak hantor dengan kertas ni sajerrr..


ok..ok..ok..
bukan baju macam saya tu je..banyak lagi fesyen dan barang2 tau.
nak usha lagi sila ke online shop ini..
serius cakap harga dia murah2.saya tengok kat luar harganya lebih dari RM100,
tapi kat online shop ni barang2 dia terutama baju tak sampai RM100 pun !
owner dia pun ok..tak bikin i stress ok muahaha..
.
.
.

facebook sila klik sini: http://www.facebook.com/TriFaWardrobe3

blog sila klik sini: http://trio-fabulous.blogspot.com/


meh usha2 jamu mata..
.
.


ada baju ala2 kaftan nih(pandai2 haku jee).
cantik gilos uolss..berkenan lak.
macam ni kalau kat luar ratus2 dah tau..tapi online shop ni jual
tak sampai RM100 pun..jimat !



ada skirt.skang bukan senang nak carik skirt dari material macam nih.
selalu jumpa lycra tu je kan.
potongan dia cantik sangat.



ada palazzo yang cantik.



ada outer wear.
baju tu....cardigan pun ada.



ada bag yang comel2..
ada jugak bag yang serba guna dan inspirasi dari jenama terkenal tapi
harga tak mahal mana pun tau.



ada aksesori tudung juga..
comel2..


jom ler usha2..usha2 tak kene bayar pun.


like page saya kalau sudi
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik nuffnang nak raya.


tenkiu ;)

saya dalam majalah rapi 15.7.12 dan pengunjung blog sudah 6 angka !

Assalamualaikum..


uolss semua sudah membeli majalah rapi 15.7.12 atau belum?
kalau belum sila dapatkan sekarang jugak..
tak boleh lengah2..mesti sekarang jugak..!
*hey yang kau nak paksa orang ini apehal?
(u_u")


siap20120717_154713 
motif utama paksaan adalah ini..
saya telah muncul didalam majalah rapi ;)
terima kasih kat kak emy wartawan rapi yang comel,sporting,gojes,mables,
sensasi lagi terkini itu..
amboiiiiii..overnya kau bodek kak emy..muahaha !


siap20120717_154755 keluaran 15.7.12
muka depan adalah mizz nina.
rapi adalah best..sila dapatkan di pasaran sekarang..


terima kasih kak emy,terima kasih yang ucapkan tahniah.
terima kasih kerana ramai yang datang ke blog saya ini.
pengunjung blog tiap2 bulan telah mencecah 6 angka !
ok..jakun sekejap..bernyanyi riang bukan kepalang
bila tiap2 bulan je ratus2 ribu orang masuk ke blog ini.
mekasih uolsss..


like page kalau sudi


klik nuffnang nak kawen.


tenkiu.


tutorial shawl atau pashmina labuh menutupi dada

Assalamualaikum..


hai kawan..! hai lawan.. ! hai musuh.. !
wehh manacn ngeri jee haku nih..banyak musuh ke? takk..takk..


jadi kawan,mari belajar cara pakai shawl/pashmina labuh menutupi dada..
*my style sebab sekarang sudah mula suka melabuhkan tudung bila keluar  
tapi tak drastik lah.:')


siapDSC06756
saya kelihatan seperti ustazah..
dan budak baik2..hahahahha..
selama ni aku tak baik ke? (u_u")


siapDSC06748
tudung dilabuhkan jugak boleh difesyenkan dan nampak bergaya ;)


siap
bahagian atas kepala boleh buat silang tu kedepan sikit tapi saya buat
tengah2 kepala.
bahagian depan dan belakang labuh.



video tutorial.


-uolss nampak video tu?
"hangpa jangan kutuk kami tau,katil kami semak tengah kemas
dengan cuci cadar"
(u_u")

- sila guna shawl atau pashmina yang panjang.
tak panjang tak jadik *iklan.

- style ni boleh guna shawl jenis lembut.licin,jojet(tak reti eja) atau pashmina.
boleh sajeeee...


siapDSC06763 
saya cinta style ini ;)


siapDSC06760
sebab saya nampak BAIK...kihkihkih..


selamat mentry uolss..


like fanpage kalau sudi
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik nuffnang nak kawen.


tenkiu.

review contact lens fairy brown 14.8mm

Assalamualaikum..


saya cintakan contact lens..
contact lens cintakan saya..
penjual lens lagiiii cintakan saya..muahaha...


hari itu terbeli lens yang sakit gila dan juga kaler yang scary nak mampus tu kan..
pastu saya membeli lens baru..yeaaa...!
tukang jual lagi YEAAA kuat2 pasal asik muka haku jek yang membeli haaa...
T_T


packagingye yang tersangat comel macam tuan belog UHUK2 !


jenama: fairylens
warna: brown
saiz: 14.8mm(saiz biasa).
harga: RM25.00
power: 100(power tak tinggi dah..yeaaa !).
jangka hayat selepas dibuka: 1 tahun(kalau tak salah)
tempat beli: abdullah lens(facebook).
negara: korea.
lain2: sticker original,insyaallah ianya adalah ori dari korea not china.
pengesahan ISO dan dikilangkan secara GMP.


lens dari abdullah memang packagingnya comel2.
suka betul saya tengok.


corak dan warna lens dari bahagian dalam.


corak dan warna lens dari bahagian luar.
ring(keliling) hitam tebal,warna coklat kadang2 nampak gelap,kadang2 nampak cerah/muda.


sebelum dan selepas pakai lens.


secara gedik gila saya teringin nak pakai lens yang saiz normal
padahal selama ini mata saya akan sakit2 kalau pakai saiz normal.
saya cuba yang ini mata tak sakit pula.
mungkin sebab saiz dia 14.8mm hampir ke saiz besar iaitu 15mm.
kalau normal biasa 14mm atau 14.5mm saja.
ini kalau pakai sakit gila wohhh !
kes saya la..


saiz biasa tapi boleh nampak anak mata kelihatan besar.
tapi takdelah sebesar bola sepak..itu nak kene sepak dengan uolss ke hape
nak tipu2 cakap besar GILAAAAA uolss..muahaha..
mungkin sebab saiz 14.8mm hampir ke saiz besar iaitu 15mm
atau mungkin juga sebab corak lens.


warna lens nampak jelas nak nyata.
tapi bergantung kat cahaya jugak,
dalam suasana tertentu nampak cerah/terang,dalam suasana lain lak nampak gelap.
dalam gelap gelita?
dahhh jangan tanya,i lempang kang..kah kah..

ketebalan?
biasa2 saja..tak nipis sangat,tak lembut sangat,tak tebal sangat.


sebelum dan selepas pakai.

bila tengok jauh macam ini baru tahu ianya besarkan mata jugak
tapi tak bagi efek besar dan bulat macam saiz 15mm atau 16mm.
mata nampak besar sedang2 je.
mata layu semulajadi dahku masih kelihatan ayu dan jitu gituuu..
bhahaha over kau senah..


kiri:
kat cahaya terang nampak sangat jelas kaler coklat tu.
nampak macam coklat muda jugak.

kanan:
dalam cahaya biasa nampak coklat gelap.
selalunya gelap la.
agak natural.


saya suka lens ini ;)
selamat mentry uolss..


like fanpage saya kalau sudi


klik nuffnang nak kawen.


tenkiu.

tips perfume untuk letak dalam bag dan travel.

Assalamualaikum..

setiasa mahu spare perfume..
setiap 1 minit boleh spray tak kira dimana saja..
eh jangan tiru perlakuan ini..ini adalah sangat over..
tokey perfume pun tak buat semacam ini..jangan eh..jangan..


spare perfume itu mudah,
tapi botol besar itu susah...macam mana mahu sumbat ke dalam bag?
sudahlah menyemakkan ruang,beratnya pulak amboiiii...seribu kilogram uolss..
muahahaha...
jangan risau,meh saya share cara cik puan datin markonah gojes weewiittt !
amboi nama diaaa (u_u')


ini perfume saya.
jangan harap saya akan sumbat botol ni lalu memberatkan bag saya.
tidak..tidak...


p/s:uolss mesti soksek2 dalam hati,
"eh budak nih asik tayang perfume ini saja..sah ada satu perfume jeee"
haa'aaaa...
saya ada 1..eh tak..2 perfume,yang ini dan 1 lagi ralph lauren romance..
ori tau(cewi).
tapi jenis saya suka pakai satu2 sampai habis pastu baru beli baru.
tapi sekarang rasa macam nak beli baru lah(syaitonnnn betul).


sila sediakan botol perfume kecil2 macam ini.
boleh beli kat gerai yang jual perfume tu.
dekat pasar malam ke,kat dalam mall ke,melambak je uolss..
minta beli botol kosong tu ja k..jangan minta beli tuan gerai,itu over namanya..muahaha..


ini botol kecil saya.
pink dan gediks sikitlah kan..botol nih untuk spray.
yang saya tunjuk kat atas tu jenis roll on calit2 tu hi hi..


kalau botol perfume ori uolss tu takleh buka penutup,
silalah spray ke dalam botol kecil macam saya buat ini.
pandai2 lah cover supaya tak meleleh dan tumpah.
spray2 sampai penuh botol kecil tu ok.tutup penutup dan lap2
kot2 ada kesan meleleh ke kan.


dah boleh letak dalam bag tangan dan bawak pergi kemana2 pun.
bila2 masa boleh pakai perfume.
bag tak semak dan tak berat.
botol kecil dan ringan,boleh sumbat kat bahagian dalam bag yang paling kecil tu.


ini cara murahan saya.
kalau nak bag ringan tapi perfume sentiasa ada,
silalah mentry cara ini ok.
peduli hape kalau orang cakap "tengok botol pun tahu itu perfume murahan"
janji bag tak berat,bahu tak patah uolss kah kah..


like fanpage saya kalau sudi


klik nuffnang nak kawen.


tenkiu.

review masker muka milk extract brightening mask

Assalamualaikum..


dah lama giler beli masker ini,tapi baru sekarang teringat mahu pakai.
pakai waktu siang pulak tu..
takpe..dimaafkan pasal malam2 saya adalah pemalas gila nak pakai apa2
lepas tu tangkap gambar kelik,kelik pastu masuk dalam belog
sambil potpetpotpet bercerita dengan bersunguh-sungguh seolah2
karam singh walia berpantun 4,5 kerat =.="
ade kaitan ke?
TAK PONNNN...


saya tertarik nak beli sebab dia comel !
brand ni ada macam2 masker untuk keperluan yang berbeza tapi semua comel2.
lagi tertarik sebab dia tulis MILK !
bajet comel lah kan..huhu (u_u')



muka hadapan packaging.


nama: milk extract brightening mask.
harga: RM6.90 atau RM5.90 *tak ingat lah uolss..
kuantiti: satu keping dalam satu pack ini.
kuantiti esence: 30ml
tempat beli: watsons.
negara pengeluar: tengok macam dari korea atau jepun,tapi sebenarnya
dikeluarkan di taiwan.
*nasib baik taiwan kulit lawa jugak,kalau tidak maunye
saya gigit2 masker ini tanda protes..
punah harapanku mahu membajet comel seperti korea dan jepun 
muahahaha..



rupa belakang packaging.


ada cara2 guna,
bahan2.
kebaikan dan lain2 arahan tapi bahasa inggeris sikit je.
banyak dalam bahasa cina dengan korea ke jepun entah.


keluarkan dari paket,lepastu tanggalkan kepingan masker dari kepingan plastik
macam dalam gambar.kiranya plastik tu macam pelapik dia lah.
tapi time tanggalkan tu takyah ler letak atas meja macam gambar ini,
kang habis lah pati esence dia tu kan.
buka paket terus tanggalkan dari plastik dan trus tempek kepingan masker kat muka ok.



bentuk asal kepingan masker tu.
takde penutup kat mata macam sesetengah masker pelekat lain.
tak dapat tutup atas bibir sepenuhnya.
tak dapat tutup bahagian dagu sepenuhnya.
ini punya kes sebab muka saya yang kecik ke kepingan masker yang problem?
selalu jadi camnih,jadi berfikir saja ianya masalah dari bentuk muka saya
bhahahaha..macam big problem je ehhh..
*dagu saya ada parut.baru je jadi.



penyelesaiannya adalah..sila pandai2 adjust untuk tutup semua bahagian muka.
tak tutup semua kang rugilah..
ini bukan kedekkk..ini penjimatan yang hebat..muahaha..


biar kat muka selama 15 atau 20 minit mengikut kata pengeluar.
lepas tempek,tangkap gambar,terus saya baring2 dan ZzzZzzz...
terjaga je 1 minit lagik sebelum cukup 20 minit..
hebat tak? hebat tak?



kat kawasan atas bibir dan atas hidung esence dah kering,
tapi kat kawasan lain masih basah dan banyak produk lagi.
tapi takyah ler oberr nak tunggu kering jugak.
kang kulit takleh serap dah banyak sangat lebihan cecair.
masker pulak tak sesuai kalau guna lama2.
ikut je kata pengeluar ok.



lepas tanggalkan kepingan masker tu,
sila tepuk lembut kulit untuk bagi lebihan cecair esence tu menyerap.
takyah cuci muka dah.biar camtu je.
tapi ada sesetengah orang tak selesa,so kene cuci gak.
tak kisah la..ikut keselesaan masing2 ok.
cuma kalau biar serap nih lebih bergunalah kebaikan esence tu untuk kulit.



hasilnye?
.
.
.p/s: walaupun ada efek blur2 kat gambar,
tapi keadaan kulit saya tak edit ok.
.
.

taaddaaa...!
pori2,lingkaran hitam dan eyebag besar kat mata saya tu memang degil untuk dirawat tapi takpe..
tak kisah pun..lalalala jek kat dalam hati.
dagu ada parut pun takpe..lalala jugak  kat dalam jiwa dan raga..



kata pengeluar:
milk posesses abundant butter fat,protein,vitamin A,vitamin B,vitamin E,
prevent skin from dryness and smoothen wrinkles and lines.
the mask is to refine skin,enhance sheen,revive elasticity.
it will give your skin softness,lightness,mildness and fineness.
nahhhhh..! sebijik saya salin dari packaging dia.


kata saya:
- lepas pakai rasa lembab tapi lama2 lepas tu efek lembab biasa2 saja.

- kulit lembut.yang ini betul2 puas hati.
lama2 pakai pun masih terasa lembut.syok je nak pegang kulit sendiri.

- nampak putih dari sebelum pakai.
kira efek kecerahan sangat ketara ok.

-kulit nampak glowing.
berseri-seri ja terutama kalau duduk kat bawah cahaya.
tapi untuk kulit berjerawat dan kering mungkin efek ni kurang nampak.
mungkin ja lah kan.kene try sendiri lah.

-ada bau tapi tak kuat sangat.bau dia mild saja.

- lepas tepuk2 bagi serap lebihan cecair esence tu kan,
kulit akan rasa tegang sikit tapi sikit je.

- tak melekit dan tak rasa gatal2.
saya ni kalau pakai produk baru ke,produk tak sesuai ke,
atau lain2 masker jenis pelekat macam ni,
selalu je nak rasa gatal2..merenyam tu.
tapi yang ini tak jadi pulak.kira ok sangat la tu.

overall memang puas hati dengan produk nih.
kulit nampak lawalah...haha..
so kalau uolss nak try tu memang tak rugi ok.
silalah try.


like fanpage saya kalau sudi
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik nuffnang nak kawen.


tenkiu.