kasut raya?

Assalamualaikum..

31 julai hari itu saya telah berseronok dengan riang yeaaa !
saya telah menshoppingkan diri dan membeli kasut baru uolsss...
kasut rayaa..HA HA HA HA HA..!
ok,takyah lah nak gelak gila kuasa sangat kan?


Image428
orang biasa2 seperti saya ini hanya mempakai kasut jenama biasa2 saja.
ini opera.bukan opera house eh..bukan...bukan..
saya telah membeli 2 ketul kasut baru.



perangai saya sememangya rakus dan over..dan juga comel..muahahaha..
comel itu perlu sebut..kalau tidak,pasti diri sendiri berasa kecil hati dengan diri sendiri ha ha..
kan dah cakap haku over....
ok,saya nak kasitau benda lain terus merepek ke benda lain..
kan dah hilang fokus (u_u')


tahu tak,perangai yang saya maksudkan tu..
saya berkenan sangat dengan kasut yang kat atas ni.
ini style lama kot? pastu ini penghabisan stok punya ni..
tinggal satu ini saja.tapi ianya sudah comot2..
sebelah kasut tu pun batu dia dah tercabut satu.tapak pun dah tak cantik..
tapi hati sudah suka sangat2..
jadi?
saya telah beli jugak ! hahahaha..
tapi lepas beli rasa rugi dan bersalah pula...comot2 pun haku masih mahu ka?
buruks perangai..macam tak berbaloi je ehhh..
tapiiiii....!


1Image4188
dengan kepala hotak saya yang brilliant(puji diri lagi),
saya tekah mengcover batu yang takde satu dengan mengubahsuai kedudukan kelopak bunga dia.
saya letak guna gam kasut jernih yang kuat,saya tarik2 dan lekatkan kelopak ke atas jadi serabut2 skit.
so tak nampak sangatlah sebelah kasut tu takde batu seketul..
bhahahaha..hebatnya haku..(puji diri kali yang ke 232454546 kali).


1Image403
kelopak yang saya ubahsuai tu.
cover la skit batu yang takde tu kan..orang tak perasan sangat.


1Image401
sila tengok perbezaan kelopak bunga tu antara gambar ni dengan gambar no.2 tadi.
kelopak dah lain skit kan.
saya suka betul kasut ini...rasa cam comel je bila pakai..
ianya saiz 36.sepatutnya ok dengan kaki saya,tapi ini kecil skit.
pakai lama2 rasa sakit kaki haku senahhh....padan muka !


1Image402
ianya ada renda2..comelnyaaaa....T_T
apesal haku over ni? muahaha..
tapak rendah tu jaaa...saya kurang suka pakai heels walaupun minat.
saya suka yang rendah dan selesa.senang sikit nak jalan bersepah..
kaki tak sakit,belakang tak sakit,takyah control jalan..haaa nampak tak
memang saya jenis jalan bersepah? nangis kalau mak haku tengok anak dia jalan T_T


owh tau tak,time beli ni..semua orang kat kedai tu beli heels dan wedges
yang tinggi2..gayat saya tengok haha..
saya sorang je yang beli tapak rendah.pastu time pi tu selamber je
saya pakai selipar buruk keletung keletang.
patutlah staff dia terutama yang cina takmo layan,melayu sorang tu ja layan.
last2 saya beli 2 pasang.orang lain 1 ja.

tapiii...
uolsss jangan tertipu..ke dah tertipu?
sebenarnya yang over2 tadi bukan kasut raya saya..itu untuk pakai jalan2 ja.
kasut raya saya adalah yang di bawah ni haaaa....


1Image450
sipi2 je tengok..kang tak seprais lah..uolsss ni punnnn..
dalam banyak2 kasut,yang simple ni jugaklah saya pilih
sebab ringan dan selesa.nak pakai jalan2 memang best.
tak rasa macam pakai kasut pun (melampaunya macam ini).


dah beli dua ni pun saya dok rasa nak beli yang lain lagi..
napsu betul !
teringat yang design ala2 comel sangat tu tapi tapaknya pulak jenis licin..
dah lah sepisis jalan bersepah,kang beli gak tak pasal2 tersungkur..
nak2 pulak tersungkur depan pakwe hensem?
kah kah..takyah bayangkan..


nanti saya bubuh gambar dan update pasal saya
keluar beli ni ya.ni pasal kasut je kan.


uolsss dan beli kasut raya ke blum?


like page saya kalau sudi.


klik nuffnang nak raya.
tenkiu.

instagram dan makcik ketinggalan

Assalamualaikum..

uolss nampak muka makcik kat bawah ni?
haaa...makcik tu haa..
nak panggil cik puan datin markonah pun boleh..
uhuk2! muntoh uolss dengar nama beliau kan? haha..


zoeyIMG_9302


nak kasitau nih..
makcik ini telah membuat akaun dan menjadi ketagih kepada instagram..
haa'ahhhh cakap je dia ni ketinggalan dari uolss semua.
semua dah ade dah instagram,dia sorang je baru tergedik nak buat.
lepas buat menjadi seakan jakun pula sebab asik nak bubuh gambar je kan..
semua gambar merepek sebab henpon saya penuh gambar merepek.
itu pasal buat instagram tu..share kat situ pun best jugak kan.
so uolss semua sila follow saya di instagram ya?
id saya siti_zoey
see u there..babai ;)


tutorial mekap natural untuk hari raya

Assalamualaikum..


uolss...inilah tuto yang cik puan datin markonah dok pungpang2 tu.
mekap hari raya..semangat uolssss...


jom tengok ;) 

kalau uolss takleh tengok tu sila inform saya ok?
youtube suka sangat bikin i stress..rasa nak lempang2 je muka beliau..
eh youtube mana youtube? bhahaha..over kan?


mekap ni natural dan simple.
takyah berlama depan cermin datin oiii...
makan ketupat lagi indah dari membelek muka lama2..
tak kuasa i senah..bhahaha..
pastu kaler dia natural dan sesuai dengan semua warna kulit dan baju.
kalau baju raya uolss kaler pelangi pun tak kisah..
haa'aahhhh i tak kisah ponnnn....hahaha..


saya rakam ni guna desler hak milik terpelihara CCE.
desler ye uolsss...bukan dslr.
tapi kan ada yang blur sikit2 sebab saya tak pandai control.yang clear ada gak.
record sorang2,maunya tak tergedik haku ni haaaa..
desler2 nih mana i terer ..cap hayam kambing je saya biasa guna T_T


PRODUK.
foundation: naturactor.

concealer: elianto.

two way cake powder: pixy.

gel jernih untuk kening: essence.

eyeshadow peach,coklat dan putih: miss rose pallete.

pengetip bulu mata: elainto.

maskara no.1(botol hitam): maybelline cat eyes.

maskara no.2(botol biru): essence.

eyeliner: avon glimmerstick.

eyeshadow coklat dan krim(shading hidung): silkygirl pallete.

blusher: danni pallete.

lipstick: r&z cosmetics.

lipgloss: silkygirl.


hasilnya?
.
.
.
1IMG_9395 1IMG_9390 1IMG_9391 1IMG_9389 1IMG_9394 1IMG_9392 1DS 1DSC 1DSCC
sebelum dan selepas mekap.


kualiti gambar berbeza sebab kamera pun lain2.
takde edit kasi flawless ke hape k..
sila jangan pitnoh i..i tampar u kang..muahaha..


uolss..kalau sempat nanti saya buat tuto mekap open house pula ya?
insyaallah.


like fanpage saya kalau sudi.


like entry ini kalau suka
(butang like belah kiri bawah entry ni).


klik nuffnang nak raya.
tenkiu ;)

ayuh kita mengemas gerobok !

Assalamualaikum..


bulan puasa tahun lepas beli almari baru,
bulan puasa tahun ini juga telah membeli almari baru.
alasan?
pada tahun ini baju saya telah membuak secara hebat,
kalau cicak,tikus,biawak masuk ke dalam almari,pasti mereka tersesat selama
44 hari lalu dijumpai dalam keadaan terpinga-pinga..
huaahahahhahahaahha
ok...tak logik T_T


mari kawan kita kemaskan gerobok dahku itu..
ayuh kawan konon,padahal diri sendiri yang menjadi bibik kepada diri sendiri.
bertungkus lumus secara dasyat..jangan main2..
mari lihat
.
.
.
.
ab5
belah kiri adalah almari tahun lepas.
selalu share sebelah emak dan bapak,sebelah lagi saya punya.
pada tahun ini baju saya sudah tidak mampu disumbat secara mengeshare.
almari baru pelisssss...!
TING !
tuuu belah kanan tuuu..*juih2 mulut.
almari besar gedabak itu saya ambil semua kecuali beberapa bahagian atas masih ada barang emak.
almari kanan itu almari baru untuk emak dan bapak saya.
no more sharing2..


ab
timbunan baju saya..*geleng2 kepala.
kat belakang masih ada lagi.
abaikan katil dogol tidak bercadar itu..tunggu raya baru nak bubuh yang baru.
ceceh irama semacam pantun pula..


abc
sebahagian....sangkut dan sangkut sampai kehabisan hanger -.-'
emak jeling2 saja,takut i caras hanger jemuran beliau lah tu.


ab3
sebahagian lagi..
nanti kena susun baju yang disangkut ni lagi..
biar kemas,teratur,ikut susunan dan senang dicari...
letih lagi la oiiii T_T


ab2
baju yang jarang dipakai,skirt,palazzo,jeans dan seluar saya lipat je.


ab4
baju kurung dan sewaktu dengannya dilipat jugak.
dalam plastik tu bag tangan saya.


ab1
tudung,shawl,pashmina sebelum ni saya sangkut.tapi rimas pulak mata memandang..
kali ini lipat dan lipat dan lipat dan lipat HEY !


ab
dalam satu laci bahagian atas tu saya sumbat dua ekor bear hadiah dari orang.
alolo..kesian diaorang ni kan..terpenyek haku kerjakan muahaha..


ab6 dalam rak/laci berasingan..
ini baju2 yang saya pakai hari2.


tak banyak mana pun tapi nak kemas2 tu letih tau.
dalam bilik ni banyak lagi nak kena kemas..
raya setahun sekali macam2 nak pulun uolsss..
tapi lepas raya tunggang langgang semula..what the lah tuan bilik ni..



p/s: syok je eh sebut gerobok bagai,tapi nak tau maksud pun kena confirm dengan cce dulu
saya: "gerobok itu almari kan?"
cce: "ha"
terhasillah tajuk entry ini..bhahaha..


like page saya untuk update dengan entry2 terbaru
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


tekan like kalau suka entry ini
(butang like kat bwah entry ni di sebelah kiri).


klik nuffnang nak raya.
tenkiu.

review i-fairy nova gray 16.2mm

Assalamualaikum..


apa? review lens lagi?
begitulah kata hati kauorang semua..
ceceh..bajet sungguh tuan belog ini sampai boleh membaca hati dan fikiran awak semua.
rasa nak lempang saya? nanti dulu...
saya mahu mengeshare lens yang cantik ini..
lets setat bebeh..!


Image657
packaging lens ini.
sangat comel macam saya kan? KAH KAH..
lempang sikit meh..


jenama: i-fairy nova.
warna: kelabu.
saiz: 16.2mm(besar).
tahan: 1 tahun(saya guna 3 bulan saja).
keluaran: korea.
penjual: abdullah lens(fb).
harga: RM25.00
power: ada power(saya rabun).
lain2: ada sticker original dari korea(bukan cina).
dikilang secara GMP.
mendapat pengesahan/sijil ISO.
beli kat abdullah dapat free lens case.


Image660
corak lens ini.


Image663
ada ring(keliling hitam) yang kelihatan jelas.
ring ni akan bagi efek mata besar.
kaler kelabu tu pulak cerah dan boleh nampak dengan jelas.
ketebalan? sedang2.tak terlalu nipis dan lembut tapi tak tebal sangat.


Image667
corak dia macam mana entah..
saya pun tak tau nak bagitau camna.
uolss tengok lah kat gambar ni ok.


m
sebelum dan selepas pakai.

- mata nampak besar dari biasa.

-corak tu buat mata nampak bersinar.terutama bila kena cahaya.

- ring hitam tebal buat mata nampak besar.

- warna nampak cerah dan jelas.

-mula2 pakai rasa ada benda.
saya dah tau dah,kalau jenis i-fairy memang camni.
tapi lama2 tak terasa sangat benda dalam mata.

- ketebalan sederhana,so kadang2 rasa takde benda dalam mata dan ok.
kadang2 rasa kurang selesa.

- lama2 pakai rasa kering sikit.standard lah kalau lens dari korea.


DSC06751
saya suka efek lens ni.
mata bukan ja nampak besar dan bulat,
tapi bila kena cahaya dia bersinar dan kaler dia nampak jelas.


zoeyDSC07039
 bila cahaya terang,kadang2 dia akan nampak macam biru2 sikit.
lens ni sangat cantik ok.


disebabkan rasa tak berapa selesa time mula2 pakai,
saya jarang pakai lens ni bila keluar.
saya selalu pakai kalau buat tuto dan bila ajar orang mekap saja.


like fanpage saya kalau sudi.
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik nuffnang nak raya.


like sekali kalau suka
(butang like kat bawah entry ni di sebelah kiri).


tenkiu =)

geli...

Assalamualaikum...


sebulan dua yang lepas krim malam saya habis.
saya terus menjadi pemalas nak jaga muka.
tak pakai2 apa2 di muka dan cuci juga kadang2 tak buat
tapi hati masih boleh berkata "ilek la bro"


ha'ahhhh..ilek sangat sampaikan terjadi satu kejadian yang menggelikan..euuuwww !
saya memang geli dengan benda2,bentuk2,dan kejadian2 ini..
euuwwwww ! buat kali yang ke 12io32io43243 kali..
cuba kira kalau terer
 MyEm0.Com


G2 
sudah la ada seketul parut disitu,luka dihati bertambah2 bila muncul seketul makluk baru.
euuuwww ! geli la weh !
ok, i kecoh sekejap kat twitter konon muka naik jerawat dan ianya adalah sangat sakit !
macam jakun jeeee..sebab saya jarang naik jerawat..sekali makluk seperti jerawat muncul,
terus berasa seperti sejarah mungkin berulang...
eh tak..tak..itu lagu new boyz tomok weewwiittt..


benda itu muncul disebabkan pori kulit tersumbat dan lama2 dia ada 'mata'.
senang cerita,ianya bisul yang sangat menyakitkan.
tunggu sampai ia pecah sendiri walaupun geli yang amat -.-'
part yang menyakitkan bila tangan stail tidak bedung saya ini telah 
menggaru secara hebat sampai luka berdarah dan pedih2.bahagian bawahnya pun 
terkena tempias sekali..dua bahagian sudah luka berdarah dan pedih2.
letak minyak gamat,pedih lagik..terus teringat kepada krim ajaib HAHAHAHAA !!!
.
.
.
G1
krim IJN bagi waktu muka saya jadi chemical reaction dulu.
saya penah story,sila carik di entry yang lama.


sapu krim ini di kawasan berbahaya..
BERBAHAYA? kahkahkahkahkah 
err...atau boleh dipanggil kawasan tercedera..ya ini lebih logik.
mula2 pedih juga,lepas tu dia naik minyak..eh tak,ia bukan seperti gajah naik minyak
tapi kulit mengeluarkan minyak.sekali air bisa pun keluar juga.
biar sampai keesokkannya dannnnn....
.
.
.
.

G3
MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com
belum cerita lagi beruk ini sudah terkejut beruk..
hey saya tak kutuk kamu ya beruk,memang kamu sangat terkejut beruk bukan?
takkan saya mahu cakap terkejut katak pula? muahaha !


ini lebih scary dan menggelikan..euuuwwww !!!!
bahagian pecah itu timbul semula,dan bahagian bawah yang luka juga menjoinkan diri sekali
malahan lebih besar lagi...
MyEm0.Com


ok takpe.itu tanda2 krim bertindak mahu sembuhkan semuanya.
cce kata keluar bisul itu bagus,tanda badan melawan jangkitan.
ye laaa..ye laaa...
MyEm0.Com


G4 
kejadian bila saya tak dapat menahan diri dan mula mengorek makluk2 itu.
sampai berdarah dan keluar air bisa.
sapu krim semula,makluk tu timbul lagi..pastu picit,pastu sapu krim,makluk tu timbul lagi..
proses ini berulang sampai 4,5 kali jugak tapi di tempat yang sama lah.
cuma bila makluk tu muncul lagi dia semakin mengecil.
i stress  u know? 
MyEm0.Com


G 
masuk bulan puasa dah tak boleh cakap macam ini kat diri "ilek la bro"
tapi perlu cakap ini kat diri 
"raya ni muka kau tak lawa padan muka.tu lah pemalas lagi nak jaga muka,elok2 terus jadi tak elok dan blablablabla"
amboiii panjangnya skrip dia...


mental betul skrip hati itu,terus laju2 beli set tia dan konsisten jaga muka semula.
MyEm0.Com


G5
sekarang tinggal parut saja.
3 sederet parut..syabas kepada diri sendiri.
nasib baik ada mekap,boleh jugak dicover-cover.


uolsss...sila menjaga muka dengan baik.
bab bersihkan muka tu yang paling penting.
jaga tangan juga,jangan jadi seperti tuan blog ini yang umpama
habis madu sepah dibuang,menyesal kemudian tidak berguna lagi..
WEHHH HAPE NI? HAPE NI?
perosak bahasa bukan budaya kita.
*iklan tamat.


like page saya kalau sudi.


like entry ini kalau suka
(butang like bawah entry ini disebelah kiri).


klik nuffnang nak raya.
tenkiu.