review produk: sophie magic pink(krim pemerah pipi) dan collagen crystal eye mask

Assalamualaikum..


uolsss..
saya telah berjumpa dengan satu produk yang saya tak pernah tahu.
sudahlah ketinggalan zaman,macam jakun je ehhh?
orang dah kecoh2 sampai ke negara isketanbola,saya kat sini langsung terpinga2
tak kenal benda ini..what the memalukan betul $^%$^%^%...
ok takyah translate maksud simbol2 tu..muahaha..


apakah benda yang saya mempukul canang tak cukup tanah tu?
.
.


magicDSC07643 
sila usha pipi saya secara jeles..
HIHIHIHIHIHIHIHI..ok cukup!
pipi nampak pink2 dan comel2 adalah kegemaran saya..
dan mungkin kegemaran anda juga? atau anak anda? atau cucu anda?
weh annoying gila!
nak tau apa benda yang buat pipi saya nampak gojes dan mables itu?



magicImage567 
ni haa..ni haaa...
sophie magic pink cream !
krim ini akan merubah pipi kita menjadi kaler pink yang cantik !
ok i like...
packagingnya dalam kotak dan krim ni dalam tiub.



magici 
tapi takyah risau kot2 lubang krim ni besar ke,terlajak waktu nak tuang ke..
tak,tak..
dia ada lubang krim yang kecik saja.dan senang nak control bila nak guna.
picit2 je..takde keluar banyak2 dan tak membazir.
boleh nampak kan krim ni warna putih.tapi bila sapu kat kulit dia magic,tukar jadi kaler pink!


magicim20120922_155533 
ini sapu sikit je.
boleh nampak perbezaan antara jari yang tak pakai dengan pakai.
pink dia soft dan comel.


magic 
cara pakai senang je.
picit dari tiub,dot2 kat pipi dan cepat2 sapu sehingga rata.
jangan biar dot tu lama2 kat kulit,kang dia tukar jadi pink setompok.
pakai sedikit demi sedikit sampai dapat hasil pink dan 'terang' yang kita nak.
TADDAAA! dia akan bertukar jadi pink.
lepas pakai fondation dan bedak,baru saya pakai krim ini.
tapi rasanya sebelum pakai fondation dan bedak pun boleh pakai krim ni dulu.
rasanyalah kan.


magic20120923_143324 
auuwww ! saya suka hasil krim ni.


magic20120923_143925
ini gambar hasil dari kamera hp saya.
nampak natural dan glowing tang pipi kan.


magicDSC07640
ini gambar hasil dari kamera kompak saya.
nampak pink2 macam korea uolsss !
muahahahaha...


PENGALAMAN SAYA:

- walaupun nama dia krim,tapi tekstur macam lotion.

- bau macam lotion baby ! sangat soft.

- bila pakai tu tak rasa 'berat' kat kulit.
rasa  ringan dan licin.

- kaler pink sangat cantik ! kalau nak hasil yang soft guna sikit pun dah ok.
kalau nak terangkan lagi kaler dia,pakai lah sedikit demi sedikit sampai dapat hasil
yang dimahukan.

- tahan lama ! ini paling buat saya terkejut.
saya try di belakang tangan,lepas tu saya scrub bahagian tu,
terkejutnya bila tengok kaler dia tak terjejas langsung!
saya try terus dimuka pulak,saya tanggal guna minyak zaitun pun kaler tak terjejas!
saya cuci muka dengan pencuci dan air,masih boleh nampak kesan pink kat kulit.
kaler tu macam betul2 melekat.

- dengan 'ketahanan' dia tu,krim ni paling sesuai untuk orang
yang ada problem kulit berminyak,mekap tak tahan lama dan kulit yang susah
nak lekat kaler mekap.ini sangat sesuai ok.

- tapi krim ni kena sapu cepat2 dan bagi rata supaya tak bertompok.
kang bila kaler dia mula tukar jadi pink,susah nak bagi rata atau cover balik.

- lepas pakai dia akan nampak glowing.
kulit pun nampak sihat,licin dan berseri je..padahal sebab krim tu.

- harga dia RM10 tak termasuk pos.
wow sangat murah !

- kat mana nak beli?
sila klik link ini >>> https://www.facebook.com/urbanfashionII
dia punya customer service bagus.

- overall saya sangat suka krim ni.
uolss cepat2 terjah dan beli sebab stock krim ni terhad
pada satu2 masa.


EYEMASK PULA UOLSSS...
.
.
collagenImage566
collagen crystal eye mask
ini packaging dia.ada sepasang dalam satu pack.
mask collagen2 ni  kan memang famous skang ni.


collagen20120923_152128
cuci muka dan pakai maks ni.
hebat sebab dia melekat elok tak jatuh atau gerak2 walaupun saya berdiri macam ni.
rasa sejukkkkkk....


collagen20120923_155131
takdelah nak kata bawah mata terus elok.
mata panda dan ada 'bag' mata yang besar macam saya ini
pakai eyemask jenama buaya pun tak jadi hapa rasanya.
tapi yang penting mata rasa fresh lepas pakai tu.


PENGALAMAN SAYA GUNA:

-mask dia tu bukan kain atau tisu macam biasa tu,
tapi macam getah atau jelly.
so dia melekat elok kat kulit walaupun saya bergerak,berdiri dan buat kerja.
langsung tak tertanggal atau bergerak.

- bau macam ros.tapi mild lah..tak kuat.

- rasa sejuk dan selesa bila pakai.

- paling lama boleh pakai dalam 30 minit,tapi saya pakai
25 minit camtu ja.

-lepas tanggal tu bawah mata rasa fresh dan lembab.

- maks ni sesuai untuk orang yang kurang tidur,merokok,tidur lewat,
banyak membaca,menghadap komputer.
orang yang rasa mata tu letih lesu dan nak hilangkan kedut pun boleh.

- harga RM4 untuk satu pack(ada sepasang).

- kat mana nak beli?
sila klik link ini >>> https://www.facebook.com/urbanfashionII



itu saje review kali ni.


like fanpage saya kalau sudi.
kalau nak saya review produk uolss jual pun boleh.
mesej terus kat inbox situ ya.
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik nuffnang nak kawen.
tenkiu.


review produk: tony moly lip tint untuk bibir comel macam aweks korea !

Assalamualaikum..


saya memang suka berlagak macam awek korea walau asal
entah dari ceruk kampung mana HAHAHAHA..kat diri sendiri.
muka melayu tetap melayu,berangan saja macam korea.
tapi hallo ! uolsss..
boleh saje nak nampak comels2 macam aweks2 korea sana.
rahsia dia? 


sape taknak bibir comels kemerahan macam aweks korea ni?
semua pun nak kan..lagi2 tuan belog nih..UHUK2 !
(tuan blog pembajet korea,mustahil dan pelik benar kalau dia taknak).


Image560
tony moly lip tint !
ada dua kaler.cheery pink dan red apple.
dua2 comel,dua2 harus ada dalam koleksi mekap ok.


image
saiz dia sangat kecil dan comel.
senang nak angkut kemana2.tak sesakkan bag mekap uols.


image1
kiri: penutup sekali alat sapuan.
kanan: dua2 kaler ni nampak lebih kurang sama,bila dah pakai baru nampak ada sedikit perbezaan.


perbezaan dua kaler tersebut.


cara pakai lip tint.
nak pakai lip gloss boleh,taknak pakai pun boleh tapi mungkin bibir akan kering sikit.


meh saya share gambar dan pengalaman guna lip tint ni.
.
.

cherry pink 
ini saya memakai kaler cherry pink.
ini tak pakai lipgloss.kesan dia matte.
p/s: pakai tudung yang saya jual sebab photoshoot tudung2 tu lah.


red apple1
yang ini saya pakai kaler red apple.
saya pakai dengan lipgloss.


-dua2 kaler nampak lebih kurang sama,tapi bila pakai kat bibir
akan nampak perbezaan.
cherry pink lebih lembut dan pink2.
red apple lebih terang dan kemerahan.


- tahan lama.tak macam lipstick.
saya pakai ni memang takyah risau apa.
lepas minum pun saya tak touch-up dah sebab kaler dia susah nak tanggal.


- untuk kesan matte tak berkilat dan lebih tahan lama,
saya guna tanpa lipgloss.
dot2 kat bibir pastu ratakan je.
kalau nak nampak bibir basah2,berkilat dan lebih comel,
saya pakai dengan lip gloss.


- mudah nak sumbat dalam bag mekap dan bawak spare kemana2
sebab saiz dia kecil sangat2.


- kita boleh control kaler dia samada terang atau lembut.


- harga dia RM10 tidak termasuk pos.
murah sangat sebab kat tempat lain RM15 ke RM20.


(SILA KLIK LINK SAYA BAGI TU).
customer service sangat bagus.


overall saya sangat suka produk ni !
skarang pun asyik pakai ni ja kalau pi mana2.
dok rumah kalau cewi pun pakai gak..macam takdak keja sangat ja ehh..


uols cepat2 serbu link saya bagi tu ok.
ini hot item..takut melepas kang susah lah nak nampak comels.. kahkah..


like fanpage saya kalau sudi.
nak booking mekap boleh,nak suruh try dan review produk pun boleh.
tak buat apa2 pun boleh..kah kah!
*sebarang urusan mesej terus kat inbox k.


klik nuffnang nak kawen.
tenkiu.


SOLD OUT! SHAWL HALF MOON PRINCESS DAN HALF MOON QUEEN KINI DIJUAL! + tutorial cara pakai

Assalamualaikum..
tudung yang saya buat sendiri kini dijual.
custom made dan terhad 10 helai untuk pengenalan.
insyaallah nanti saya buat design lain pula untuk dijual.
buat masa skarang saya jual di blog ini dulu.
dah serius betul2 nanti saya akan buat blog sendiri dan pembelian juga lebih sistematik.
ok,jom beli!



tutorial
ramai tanya cara saya pakai tudung half moon.ini adalah tutorial 3 style cara pakai tudung ini.
boleh buat banyak style tapi ini antara yang saya sempat buat ;)



tutorial 3 cara pakai.
maaf ye,video ni terlebih cahaya pula.
tak pandai control cahaya dan kualiti -.-'


1DSC07605
tak tahu tudung half moon tu macam mana?
ni haaaa bentuk dia.
selain pakai dia saja,tudung ni boleh dibuat veil atau dipakai bersama inner di depan.


TERMA DAN SYARAT:

- untuk membeli,sila mesej saya di inbox sini
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


-sertakan nama penuh,alamat,no.tel dan kod.

-pembayaran boleh dibuat melalui akaun maybank saya.
(akan diberitahu ketika berurusan nanti).

-barang akan dipos menggunakan pos laju sehari selepas menerima bukti bayaran.

-PEMBELI YANG BETUL2 SERIUS SAHAJA!

-tidak boleh booking melebihi 24 jam.

-pembayaran perlu dibuat dalam masa 24 jam sahaja.
jika tiada pembayaran dilakukan dalam tempoh itu,
tudung tersebut akan dijual kepada orang lain yang berminat.

-harga tidak termasuk pos.
postage:
semenanjung RM7.
sabah dan sarawak RM9.



METERIAL: chiffon lembut
kecuali yang warna hijau lumut,itu kasar sikit.

SAIZ: L tapi boleh adjust saiz waktu pakai.

BEADING: manik dan mutiara jenis tidak luntur warna,insyaallah.

KEISTIMEWAAN: senang jadi muncung.tak perlu guna pengeras fabrik.
tapi gambar2 ni semua saya tak iron shawl,jadi nampak muncung tak kemas.
uolss iron dia akan jadi elok.
boleh dibuat veil.
manik tidak luntur warna.
sejuk dipakai.
saiz besar tapi boleh adjust saiz waktu pakai.
sesuai untuk orang suka tudung labuh atau biasa.
custom made.


SAPE CEPAT DIA DAPAT!
JOM SOPING !


SHAWL HALF MOON PRINCESS.
P/S: muncung akan jadi ok selepas iron.
saya ambil gambar ni tak iron dan belum cuci kesan kapur.


1DSC07549
KOD: shawl half moon princess biru lembut.
HARGA: RM45 (tidak termasuk pos).
STATUS:  sold to antikah


1DSC07561
KOD: shawl half moon princess kelabu.
HARGA: RM45 (tidak termasuk pos).
STATUS: sold to meyza


1DSC07554
KOD: shawl half moon princess magenta.
HARGA: RM45 (tidak termasuk pos).
STATUS: sold to hasnini


1DSC07574
KOD: shawl half moon princess coklat gelap.
HARGA: RM45 (tidak termasuk pos).
STATUS: sold to shafini


1DSC07568
KOD: shawl half moon princess hijau lumut.
HARGA: RM45
STATUS: sold to nurshiema


SHAWL HALF MOON QUEEN

P/S: muncung akan jadi ok selepas iron.
saya ambil gambar ni tak iron dan belum cuci kesan kapur.


1DSC07595
KOD: shawl half moon queen ungu lembut.
HARGA: RM55 (tidak termasuk pos).
STATUS: sold to nabila


1DSC07600
KOD: shawl half moon queen kuning lembut.
HARGA: RM55 (tidak termasuk pos).
STATUS: sold to meyza



1DSC07603
KOD: shawl half moon queen pink lembut.
HARGA: RM55 (tidak termasuk pos).
STATUS: sold to fetty.


1DSC07589
KOD: shawl half moon queen turquoise.
HARGA: RM55 (tidak termasuk pos).
STATUS: sold to fasihah.


1DSC07584
KOD: shawl half moon merah.
HARGA: RM55 (tidak termasuk pos).
STATUS: sold to nor hayati


HAPPY SHOPPING DAN TQ SEMUA (n_n*)


tips pengantin dan pengapit: apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Assalamualaikum...


hai uolsss !
hari ni cik puan datin markonah nak cerita hal kawen2..
macam ajaib je ehhhh? tiba2 saja mahu bercerita soal kawen..
gelak sikit meh...KAHKAHKAHKAHKAH!
hey ini gelak sikit ke gelak buang tebiat versi memperli tuan belog yang belum berkahwin ni?
amboiii..panjang betul nama gelak dia (u_u')


kite nak cerita bab pengapit.
pengantin dan pengapit kene tahu apa yang boleh dan tak boleh dilakukan.
uolss jangan memain,walaupun saya belum berkahwin UHUKUHUK!
oppsss! terbatuk pula..muahaha..
tapi memandangkan saya terbabit dalam bidang ni sejak 8 tahun lalu,
jadi saya tahu dan faham juga bab2 ini.
tidak pandai tapi boleh la nak share apa yang saya tahu ok?
moh ler setat leman oiiiiii...
*pakcik leman saya minta maaf sebab menggunakan nama pakcik 
secara tidak membayar komisen -.-'




PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MAJLIS:


- pengantin sila cari pengapit yang penyabar,senyum sokmo dan rajin.
pilih yang saiz badan dan ketinggian lebih kurang anda.
kalau boleh carilah pengapit yang duduk dekat2 anda atau area2 situ.
pastikan dia ngam dengan kepala hotak anda..
jangan kang time wedding pengapit bikin anda stress macam nak kunyah2 je
muka beliau bhahaha..


- dah confirm pengapit? sila cari 2,3 orang lain juga sebagai back-up 
pengapit sebab mana tahu hari wedding tu pengapit pilihan anda
tetibe je ada hal ke,tercancel ke,terkahwin ke..
so sila cari siap2 dan bagitau juga supaya back-up tu bersiap sedia ok.


- bincang dengan pengapit baju yang dia akan pakai.
dia akan berada tiap masa disisi pengantin,jangan kasi dia over dari pengantin.
hallo! ini hari pengantin,bukan awak si pengapit yeee...sila paham.
tak kisah lah baju tu pengantin yang akan sponsor untuk pengapit atau milik pengapit sendiri,
sila bincang kaler dan design ok.
kaler baju pengapit tu sila pilih dari kaler yang berlainan tapi masih 'masuk'
dengan kaler baju pengantin.
kalau kaler sama,pastikan tone berlainan.
contohnya baju pengantin kaler ungu gelap,pengapit tu pakailah baju kaler ungu lembut..
begitulah sebaliknya.


design pulak minta pengapit pakai yang simple.nak berfesyen vouge2 boleh,
tapi pastikan tak tenggelamkan pengantin dan sesuai antara satu sama lain.
ada je pengapit yang saya tengok pakaiannya mak oiiii..!!
kalau tak seksi,mesti over meriah vouge kalah pengantin uolss..
ada pengantin pakai simple tapi pengapit yang lagi menyerlah dan over.
ada pengantin pakai sopan tudung litup tapi pengapit seksi atau ketat2.
hilang berkat cik senah oiii...! opsss!
yang haku sibuk2 ni dah kenape? muaahahaha..ok next !
so,bincang elok2 supaya seimbang dan sesuai antara satu sama lain.


- pengantin perempuan sila pesan pada pengantin lelaki satu benda.
sila pastikan pengapit pengantin lelaki mempakai baju melayu dari kaler yang
lebih kurang sama macam pengapit perempuan.barulah nampak cantik uolss..
dan paling penting,pastikan pakai baju melayu atau lain2 baju 
pengapit ikut tema(tema inggeris atau melayu).
elakkan jeans,T-shirt dan kemeja yang tak sesuai.
selalunya tang pengapit pengantin lelaki yang problem.
depa main hentam ja..pilih pengapit pun saat akhir.
sekali kat pelamin nampak tak kena pulak.


- pengapit jangan berdandan dan mekap lebih over dari pengantin.
baru2 ni saya tengok gambar wedding,
pengapit dan flower girl dia semua over2 dan berdandan(buat rambut)
macam depa pulak pengantin..padahal pengantin sendiri simple saja.
photog plak asyik dok tangkap gambar pengapit2 dan flower girl saja.
tu lah,sape suruh bagi pengapit over dari pengantin -.-'




PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN
DI HARI MAJLIS:

-terus menuju ke pengapit.pengapit2 sekelian silalah alert..
kalau saat akhir awak tak dapat jadi pengapit,
sila bagitau awal2 kat pengantin.
tak kisah lah pukul 2,3 pagi sebelum majlis pun.
pengantin buat taik mata,bangun kang tengok henset jugak..muahaha..
jangan cancel buat dekk jeeee..kesian pengantin tunggu pengapit tak tiba.
bagitau awal2 ni senang untuk pengantin cari pengganti.
pengantin takdenye nak makan awak kalau awak jujur bagitau awal2.


- pengapit kene datang awal ke rumah/tempat pengantin.
boleh bantu apa2 yang patut dan teman pengantin pi mekap/bersiap.


-mekap dan pakai pakaian yang sesuai seperti yang dibincangkan
bersama pengantin.
jangan mekap over2 macam pengantin.mekap tu takpe tapi jangan macam pengantin
pulak ok.dandanan/fesyen tudung pun sama.jangan pakai kasut lebih tinggi dari pengantin.
apa2 pun sederhana adalah yang terbaik sebab ini hari pengantin,
pengantin yang patut menonjol bukannnya awak.


-time bersanding dan sewaktu dengannya,
sila kipas pengantin bukan diri sendiri.
kalau buat dalam dewan ada air cond atau tempat ada kipas,
mungkin pengapit kipas2 tu buat syarat saja,
tapi kalau majlis kat tempat panas2 tu maunya pengantin tak berpeluh secara hebat!
pakai baju pengantin,tudung berlapis2..panas lebih dari orang lain.
dasat betul T_T


-pengapit spare tisu untuk pedap peluh kat pengantin.
satu lagi benda yang saya rasa pengapit perlu spare ialah
lipstick dan gam bulu mata palsu!
bulu mata palsu pengantin selalu akan tertanggal.tak semua,mesti sikit kat hujung2 tu.
boleh nampak jelas dalam gambar.
kene pulak photog tak edit..
jadi,pengapit sila touch-up gam bulu mata dan lipstick pengantin tu..
terutama sebelum photoshoot.
lipstick tu memanglah tak akan ada sama kaler macam jurusolek bubuh kat pengantin,
tapi sila spare apa2 kaler yang lembut macam pink,coklat lembut dan peach..
lembut2 lah uolss.


- jaga kelakuan anda.
jangan over bercakap dengan suara yang tinggi,bercakap benda tak senonoh,
mencarut,tak senyum,sombong,asyik tengok dan betulkan mekap,tudung,rambut sendiri berbanding pengantin,asyik menghadap hp dan lain2 kelakuan yang tak sesuai.
pengantin yang akan malu tau.


- kalau kelakuan pengantin pulak yang tak sesuai(terbalik haha),
pengapit sila tegur secara elok(bisik2 ke kan takmo pengantin malu).
pengantin pun kadang2 terlepas perangai.
so tegur2 sesama lah ye sebab pengantin dan pengapit biar sopan2..
uolss kan jadi tumpuan ramai hari tu.


-sila tolong pengantin apa2 yang perlu.
pengapit bukan tayang muka saja,tapi membantu pengantin ok?
anda bantu pengantin dan jadi pengapit yang baik,
insyaallah satu hari nanti giliran anda,anda pula akan dapat pengapit yang baik.




selamat menjadi pengapit uolss..



p/s: saya sendiri tak pernah dan tak suka jadi pengapit ha ha..



like page saya kalau sudi

hasil mekap saya:
http://www.facebook.com/fabulousiti
http://fabulousiti.blogspot.com


for booking:
email: fabulousiti.bnc@gmail.com
text: 012-4141421
inbox: http://www.facebook.com/fabulousiti


klik nuffnang nak kawen.
tenkiu.

sister makeup challenge tutorial


Assalamualaikum..


uolsss...kite kene cabar uolsss...
CCE cabar kite uolsss...buat tutorial mekap guna barang yang ada dalam bag dia.
dia bukan pencinta mekap...jadi?
ok..ini adalah sangat mencabar dan memeningkan juga.
tapi berjaya juga menghasilkan mekap yang comel(diri sendiri puji diri sendiri).
tak cukup barang,maskara takde,pengetip bulu mata takde,
berus dan span pun takde.pandai2 je saya guna apa yang ada.
siap ada trick uolsss...


uols nak cabar saya juga?
buat mekap apa? sila bagitau kat komen sini atau fanpage ok.
cabaran anda akan difikirkan.
syarat nak cabar buat tuto tu ialah
sila pastikan ianya logik,bermutu,keunggulan,kecomelan,
kecantikan,blablabla..ok,ini tak logik langsung sebab merepek je lebih -.-'
pastikan ianya logiklah ok? kalau menarik,insyaallah saya cuba buat.



JOM TENGOK !
*bahasa inggeris tu tunggang langgang.
layan je lah..



list barang2 tu semua ada kat bawah entry ini ok(last sekali).



ps
sebelum dan selepas.


psIMG_9485



psIMG_9495



psIMG_9496



psIMG_9484


psIMG



psIMG_
inilah barang2 yang saya guna.
bedak baby tu cce cabar saya untuk guna.jadi putih sikit..scarry makkkk !
tapi nama pun cabaran..kalau uolss nak cuba mekap ni takde masalah sebab simple je
tapi tukar lah apa2 yang patut macam bedak tu kan.


like page saya.


klik nuffnang saya.
tenkiu.

versi mulut merah

Assalamualaikum...


mulut merah ang2 adalah stail yang timbul semula.
budak ni(tuan blog) pun bukan main lagi terpengaruh.
lagi cewi lepas tengok nora danish,kakak dia,liyana jasmay dan lain2 artis
selalu pakai mulut merah walaupun hanya keluar jalan2.
cehhh..! terpengaruh dengan retis rupanya T_T


jom tengok mulut merah versi suka hati saya =)
.
.
.
wb72a3714e5e611e181dd1231381b5f1f_7
mulut merah yang sungguh menggiurkan..HAHAHAHAHA
macam kerek je bahasa saya guna.


saya tak pakai lipstick,tapi lip liner pencil kaler merah nak meroon2 skit.
jenis tak berkilat(mate),jadi bila pakai tak sememeh atau comot sana sini.
saya pakai seluruh bibir.


w9ad7737ce5d911e1b8031231380e76c6_7
pastikan anda selamber macam saya kalau nak pakai merah terang2.
semua orang tengok mesti nampak bibir kita dulu.
kalau malu memang tak boleh.
jadi sila  mempakai bibir merah terang secara yakin diri.


wa730d4f6e5e811e1a8b522000a1e9e04_7
ini versi vampire ke hape entah?
saya keluar pakai kaler ni tau..bukan pakai untuk ambil gambar je.


w3a70547ce5e811e1b10e123138204060_7
kat dalam kereta pun sengih2 ambil gambar.
cewi pakai mulut merah..bhaha..


394571_453450758021168_700125332_n
ini versi anak sedara saya.
main mekap dengan dia siap letak mulut merah ala2 marilyn monroe.
cewi kemain dua orang budak ni *i pun budak ok.. ha ha..



berani pakai mulut merah dan keluar?
pakai je uolsss...mulut kita kan.


like fanpage kalau sudi.


klik nuffnang saya.
tenkiu.