saya dalam majalah remaja.

Assalamualaikum..


cerita saya ada dalam majalah remaja keluaran 15.11.12.
saja shared2 lagi.thanks pada kak nurul huda.
dan thanks pada semua2 yang bagitau saya muncul dalam majalah ni.





1 
tiba2 je rasa setaraf dengan che ta bila story pasal dahku berada cover..
hoi over lah senah ! muahaha...padahal story pasal pengalaman ada penyakit je pun.


2 copy 
amboi letak frame..siap edit letak bokeh.ini kerja orang takde kerja tapi asik bz memanjang.
bz hapa pun haku tak tau kat dia T_T
muka2 yang terpaksa dimasukkan sekali muahaha...uolss kene redha okes.


e20121114_223508 copy
again..






klik iklan nuffnang nak kawen.tenkiu.

braces jernih dan tak sakit.

Assalamualaikum...


sape2 yang ada gigi taring,gigi berlapis dan gigi tak sama a.k.a pagar tak siap
 sila angkat tangan dan hooraayy ! anda telah termasuk ke dalam geng cik puan datin markonah T_T
penyelesaian masalah gigi tak cantik tu adalah dengan memakai braces..TING !
braces tu sakit la hoi! dah tu nampak besi2 tu kan? pertuturan jadi tak jelas pulak kan?
 nak jaga bukan senang kan? banyak yang tak boleh buat.
sekarang takyah risau lagik..hari tu terbaca kat paper ada teknologi baru dah mai kat malaysia ni haa..
jom baca.


METRO AHAD 25 NOVEMBER 2012.
pengarah perubatan dan ortodontik clearpath, dr khaled abouseda berkata,
bagi menggantikan pemakaian pendakap gigi konvesional yang sebelum ini membabitkan prosedur yang menyakitkan,satu teknologi diperkenalkan dengan mengeluarkan pendakap gigi lutsinar tanpa besi dan dawai.


"clearpath mencipta sistem yang terbukti dapat membantu pesakit dalam mendapatkan rawatan pergigian sama ada gigi terkehadapan,jarang dan berlapis tanpa membabitkan pendakap logam atau seramik dan lekapan sepanjang tempoh prosedur itu dilakukan."
*dr khaled abouseda juga pengarah perubatan dan ortodontik klinik pergigian asnani,
fellow di world federation of orthodontics serta ahli american association of orthodontics.


rawatan clearpath aligner adalah revolusi baru dalam kaedah rawatan ortodontik menggunakan sarung pendakap yang jernih dan direka khusus megikut keperluan gigi pesakit.
aligner ini akan dimuatkan pada gigi yang berfungsi membetulkan posisi gigi dari awal hingga akhir.
rawatan ini dilaksanakan oleh pakar ortodontik cleapath yang bertauliah dan tempoh rawatan bergantung antara enam hingga 18 bulan dengan membabitkan 12 hingga 30 penyelaras.


"clearpath menawarkan pilihan baik kepada pesakit yang berkeinginan memiliki gigi lurus.
pesakit mendapat kebebasan untuk makan,menggosok serta menggunakan flos gigi tanpa sekatan daripada pendakap logam.rawatan clearpath amat berbaloi."


produk ini mula dipasarkan sejak 10 tahun lalu di pasaran asia barat,afrika utara,russia,eropah dan hanya kini memasuki pasaran asia tenggara.
ia berkualiti tinggi dan melalui proses pembuatan yang unik kerana menawarkan jalan penyelesaian untuk meluruskan gigi melalui teknik bersih,mudah dan jernih.


sarung yang jernih.


perbezaan antara braces konvesional(kiri) dan clearpath(kanan).

perbezaan pemakaian braces antara yang konvesional(kiri) dan clearpath(kanan).
*all pictures taken from google.


ok..saya teringin nak buat... T_T tempat buat tak tahu pula.harga pun tak tahu 
tapi mesti  tercekik air liur kalau dengar ni muahaha..! 
kalau nak tau lebih banyak info dan klinik yang buat rawatan ni,sila lah sama2 kita menggoogle.
kalau uolss nak tau,michele phan pun pakai braces jernih.adakah dia menggunakan teknologi ini? jeng..jeng..jeng...!
ok,untuk saya sendiri kena berangan dulu..lagi 2,3 tahun baru saya akan fikir betul2 nak buat ke tak braces2 ni semua.


like page saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.


product review: elf lip exfoliator(original)

Assalamualaikum...


ramai orang ada bibir kering.kering kontang,kering kelupas,kering berdarah,
weh scary maakkkk...!
pastu pakai lipstick tak mau lekat dan nampak tak lawa dah sebab bibir jadi kuping2.
jadi kene jaga elok2.salah satu cara dia ialah scrub buang kulit kering dan kuping2 tu.
ada scrub khas untuk bibir.dia lebih lembut dan selamat.bibir kita ni lembut dan nipis.
bukan tebal cam kulit biawak BHAHAHA..


jadi saya nak kenalkan uolss dengan scrub bibir jenama elf.
jenama ni popular kat luar negara.tak caya,silalah tengok video mekap kat youtube.
melambak yang guna produk jenama nih.


elf lip exfoliator
RM20.
2
ini packaging dia.kat belakang ada kandungan bahan2 dan cara guna.
produk ni original dari us.bukan tiruan tau.
ini salah satu produk yang terlaris kat us..rugi kalau uolss tak try.


3
bentuk dia macam lipstick.bau wangi coffee.
tekstur dia minyak2 dan ada biji2 bila disapu.nama pun scrub senah oii..
tapi ini scrub bibir yang lembut.toksah risau bibir calar ke hape kahkah..


scrub ni diperkayakan dengan vitamin E,shea butter,avocado,grape dan jojoba oil
untuk menyuburkan dan melindungi.merawat dan melicinkan bibir.
kandungan utamanya adalah gula dan rasa manis2 bila kita guna.
takde rasa tak sedap dan selamat kalau2 kita tertelan.tapi jangan over sengaja nak telan.
lempang kang baghu tau.


4
ini sebelum pakai.time ni tak teruk sangat.ada masa dia jadi kuping2 memang tak best.
nampak kawasan saya bulatkan tu? haa..kat situ area yang selalu jadi kuping sampai berdarah.


5
sapu2 produk tu kat bibir.buat macam pakai lipstick.
lepas tu urut lembut dalam gerakan membulat.saya guna jari manis.buat lembut2.
lepas tu guna kapas yang dibasahkan dengan air dan cuci kesan scrub tu.


7
lepas tu boleh la pakai lip balm atau lip gloss.saya pakai vaseline ja nih.
kering dan kuping dah keluar.bibir rasa lembut dan nampak licin.
senang nak apply lip balm,lip gloss dan lipstick sebab senang nak lekat dan nampak cantik.


1
amboi dan2 jadi cewi..bibir saya dah ok..uolss pun kena try sama.
terutama yang alami bibir extra masalah tu.
yang nak kahwin ke,dinner ke,try la benda ni.nanti mekap tang bibir tu jadi cantik lepas sapu lipstick
 sebab bibir sihat dan licin.yang tak suka pakai lipstick pun kena try benda nih sebab bibir nampak
cantik dah walaupun tak letak kaler.



selain produk ni,ada lagi produk lain dari jenama elf terutama mekap.
original.bukan tiruan ok.
kat mana nak beli?


fb page: elly stylista
fb owner: norbaishatul huzalli razali

SEBARANG PERTANYAAN DAN PEMBELIAN SILA KLIK LINK
YANG SAYA BAGI NI OK.BUKAN TANYA ATAU ORDER KAT SAYA.TQ.


like page saya di www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.

product review: magic lip tint,3 jenis masker dan beauty tools.


Assalamualaikum..hari tu saya dapat produk untuk try.
diri sendiri bz tak sempat nak menerai,habis seisi rumah jadi mangsa testimoni saya.
produk2 ni memang best ! moh tengok hasil test mengetest saya tu.



TONYMOLY MAGIC LIP TINT.
RM26/1 JAR



kata pengeluar:
lip tint ni kaya dengan bahan melembabkan,tiada kandungan paraben,warna yang natural,senang dibawa kemana2 dan senang digunakan.memerahkan bibir selepas disapukan,mengadungi vitamin yang membantu peredaran darah dan menyihatkan.


3 perisa dan 3 kaler.
strawberry,green apple dan grape.
ini pakai kat mulut,bukan masuk mulut.
tu carik nahas ke hape tu? bhahaha..




 

benda ni magic.sapu di kulit(bibir la hoi!) dan dia akan bertukar warna.boleh jadi pink,merah,peach,hitam,
eh tipu! warna dia ikut orang juga,bukanlah maksudnya otak kau blue dia kan jadi blue,tapi setiap orang warna dia mungkin akan jadi berbeza..haa tu maksud dia.
HAHAHA*gelak tiada motif.










ini saya yang punya.
warna ungu dan perisa anggur.
bekas dia kecil molek.senang nak sumbat kata dalam bag.
takde tumpah2 ke hape sebab dia jeli bukan cecair.

















tekstur dia macam jeli.
bau wangi anggur.
nampak kesan colek tu? rakus punya tukang mekap.. hahahaha uhuk!











sebelum pakai lip tint ni.
bibir pucat2 dan kering kan.


















selepas pakai lip tint ni.
bibir bertukar jadi warna pink.
mula2 sapu dia macam petrolium jeli tu.tak nampak lagi warnanya.
lepas tu pelan2 dia bertukar.
jangan berangan bertukar jadi otromen ke hape...tukar warna je senah.








   best benda ni.dia tak lekit2 macam lip gloss.tak 'berat' macam lip balm.kalau bibir kering dan pakai lip balm kita mesti rasa wax dia tu kan.tak selesa dan tak sedap...euww!
tapi yang ni tak..dia rasa ringan je.bibir lembab dan lembut.bau wangi dan perisa sedap.jimat masa sebab takyah susah2 nak pakai lip balm,lipstick dan lip gloss.3 benda tu weh.sapu je magic lip tint ni,fungsi dia dah jadi macam tiga2 benda tu.terer kan?








abaikan pori besor macam dinosour tu T_T.
warna dia sangat cantik! saya pakai jadi kaler pink lembut.tapi kadang2 bila saya pakai dia jadi pink terang.
kalau pakai dengan lipstick warna dia akan tukar juga ikut kaler dan keadaan.magic hapa ni? muahaha.
tak tipu,memang bibir rasa lembut,lembab dan nampak basah2 full lips gitu..macam pakai lip gloss je,tapi tak pakai pun.






SHISEIDO WHITENING MUD MASK.
RM2.50/1 PCS
RM20/10 PCS

kata pengeluar:
mask ini dengan teknologi penjagaan kulit sheseido terbaru memutihkan,memulihkan dan anti penuaan.mengandungi sebatian yang berkesan memerangi penuaan kulit yang dikenali sebagai REVITALIZER LAG.ia cepat diserap ke dalam lapisan kulit,membenarkan kulit untuk mengekalkan kelembapan dan nutrien.
melawan bintik hitam,jerawat,tompok akibat matahari,mengurangkan saiz liang pori,mengurangkan kedutan,meningkatkan pertumbuhan semula kolagen kulit dan keanjalan.
membuatkan kulit lembut dan licin.



tekstur dia krim likat.sapu seluruh muka dan biar kering.elakkan kawasan anak rambut,kening,mata dan kawasan yang lembut dan sensitif.saya suka sapu nipis2 sebab cepat sikit kering.
ada bau yang mild.satu paket ni kita boleh pakai 2,3 kali.jimat tak? jimat tak? bila tunggu kering ni muka rasa sejuk je..












dah kering tu silalah tarik sambil menahan sakit..eh tak..macam scary je haku tulis tu kah kah..
masker ni jens peel off.bila dah kering kita tarik2 dia.feeling best betul time ni sebab dia kuat melekat.tarik2 tu kotoran akan keluar.
kulit jadi lembut sangat2..dan rasa fresh.tak caya silalah cuba sendiri.
best betul! 











taadaaa! kulit jadi lembut.
bila tengok cermin,cermin pun jeles pasal kulit dah nampak putih sikit.
boleh bajet comel ala2 budak korea.
korea tengok nangis ni weh! hahahha.











SHESEIDO NATURGO BLACK SEA MUD MASK.
RM2.50/1 PCS
RM20/ 10 PCS

kata pengeluar:
mask ini berasal dari lumpur laut dalam termasuk mineral dan natural essence.
membersihkan pori dengan mendalam,menyeimbangkan pengeluaran minyak dan sebum,mengurangkan pigmentasi untuk kulit yang cerah.
pengunaan dalam masa yang panjang akan menggalakkan proses pemulihan kulit.membuang kotoran dan mengurangkan jerawat.sesuai untuk kulit sensitif, berminyak dan kombinasi,mengecilkan pori,menanggalkan kulit mati dan meninggalkan kulit yang sangat licin dan segar.



CCE cuba yang ni.
tekstur krim hitam dan likat.
bau mild.satu paket boleh pakai 2,3 kali juga.
sapu seluruh muka dan biar kering.kalau saya suka pakai nipis2,cce suka pakai tebal2.tapi ini saya yang sapu,jadi suka hati arr kan nak sapu nipis ke tebal ke muahaha..









ini jenis peel off juga.
kering je terus tarik hiyakkk!!!
sampai tertido cce nih T_T
saya tarik tang dagu dia pun dia tak sedar2...tapi rajin tarik tang dagu dia je,part lain buat sendiri la..haha..












esok tu bangun dengan muka berseri2 lah kononnya makcik ni..muahahaha..
dia kata best.kulit dia yang kelupas2 tak rata tu pun tertanggal sekali.





SHESEIDO BLACK MINERAL MUD MASK.
RM2.50/ 1 PCS
RM20/10 PCS

kata pengeluar:
efektif menanggalkan bintik hitam dan putih hanya dalam masa 30 minit!
membersih dan memberi kesan pemutihan dan tegang.
















ini alin yang try.
tekstur krim hitam pekat.sapu seluruh muka dan biar 30 minit atau sehingga kering.
ada bau yang mild.
sama juga,satu paket boleh pakai 2,3 kali.
















lepas kering tarik dan tengoklah sendiri kotoran yang melekat tu.ni hasil yang alin dapat..euuww! ok..sangat geram bila tengok kotoran ni melekat kan.jadi uolss harus mentry dan tengok sendiri hasil kat muka uolss.
alin cakap muka dia rasa bersih dan lembut.
EPISTICK FACIAL HAIR REMOVAL.
RM6.00
cce yang pulun try benda ni.senang nak tanggalkan bulu2 dimuka.
dia tanggalkan bulu dari akarnya.
muka licin,mekap senang melekat dan tahan lama,pori2 pun mengecil.


20121118_202229
benda ni pula untuk tanggalkan bintik di hidung.
dia macam getah yang lembut untuk kulit.
senang nak picit2..tak sakit.



kat mana nak beli semua benda2 yang mables ni?
untuk pertanyaan dan order,sila klik sini:
fb page: Le Chantique Shope
owner: Zai Zack'a
whatsapp: 018-2452444
message only: 012-2292739


like page saya
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.

main mekap: dramatic eyes

Assalamualaikum..


edisi mekap yang entah kali keberapa telah kembali lagi..HAHAHAHA..
sungguh annoying efek gelak tersebut.
tak paham dengan diri sendiri T_T


drama eyes
kali ini mahu cuba mata yang dramatik dek eyeliner tebal2.
mata tak pakai lens.
eyeshadow coklat disapu secara layang saja.eyeliner dan bulu mata palsu ekstra tebal.
pipi dan bibir disapu warna lembut.


drama eyes1
boleh nampak kulit saya kurang memuaskan waktu ni -.-'


like fanpage saya


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.


tips cantik ketika wedding.

Assalamualaikum...


orang dah sibuk2 nak kawen,saya baru sibuk2 nak kasi tips untuk nampak lawa time kawen nanti.
tapi suka hati arr kan? blog gua beb! hahahaha kerek betul gengster nih.
dari saya sibuk2 merepek ke lain,meh setat cepat2 meh..



1) buat rawatan badan.tak kira sendiri yang bikin atau salun yang bikin.
scrub badan buang daki2.bersauna.mandi susu.urut2 sikit.pedicure dan manicure.
pergh...badan jadi bersih,ringan dan fresh.bau badan kurang 'menyengat' 
dan kulit pula jadi lembut dan cerah sikit.buatlah demi suami uolsss...
muahahha..pandai je cik puan datin markonah ni.


2) jangan gatal2 buat facial last minute.kulit kita ni kadang2 kerek sikit(kulit dahku la tu).
lepas buat facial je akan tumbuh jerawat tak kasi can.kan dah tak lawa time kawen.
mekap tak leh tutup 100% jerawat yang timbul atau parut okeh.
jadi,kalau nak buat facial jugak,sila buat 2,3 bulan sebelum majlis.kalau agak2 kulit naik jerawat tu cepat2 stop takyah buat dah.saya sendiri pun tak suka buat facial kat salun.mesti tumbuh jerawat punya.
cilak* ok kurang hajar betul haku nih T_T


3)tak kira pakai tudung atau tak,pastikan jaga rambut supaya bersih dan wangi.
kalau tak pakai tudung time wedding,sila buat rawatan di salun 
supaya senang diurus tak kering kejung kasar macam dawai T_T nanti tak cantik.
kalau pakai tudung pula,pastikan rambut sentiasa bersih dan wangi 
takde bau hapak dan gatal2 kat kepala tu.gatal nak kawen takpe,yang tu dibenarkan -.-'



4) pakai losen atau paling bagus krim di kawasan yang kering.contohnya kaki.
kang muka mables,kaki kering kontang tak simetri dengan wajah anda.
eh tak bukan wajah anda tapi saya...*nanges. kaki saya over kering+hitam+parut eksiden.
pergh lengkap! jadi perlukan losen/krim supaya anda tak jadi macam saya.


5) jangan suka try2 produk.takut2 kalau2 kulit akan jadi problem.
naik jerawat ke,keadaan kulit jadi terlalu oily atau kering dan lain2.
jangan gatal2 nak try.i slap u kang! bhahaha.


6) jangan malas jaga muka.cuci yang terpaling penting lepas tu jaga ikut kesesuaian kulit.
pakai toner ke,pelembab ke,apa2 saja yang memang biasa dan sesuai dengan kulit.
jangan tidur dengan mekap,jangan malas cuci muka,jangan buat semua yang berisiko untuk kulit.


7) jaga bibir.kalau jenis terlalu kering tu,banyak2 lah minum air masak.
selalu sapu pelembab bibir(vaseline terbaik) dan kalau kulit bibir jadi kering sampai mengelupas tu
senang je nak hilangkan tanpa rasa sakit,tanpa keluar darah dan luka.
time kita mandi kulit bibir akan jadi lembut,gosok lembut kuping2 bibir tu guna kain tuala yang basah.
kuping2 tu akan tertanggal sendiri.jangan buat time bibir kering..terkopeklah bibir kau senah..haha.
buang kuping2 ni penting sebab kalau terjadi time wedding,lipstick dan bibir akan nampak tak cantik.


8) 2,3 bulan bulan sebelum wedding uolss sila praktis ambil gambar dan senyum.
ambil gambar sendiri banyak2 dari pelbagai sudut.senyum pun sama.buat je macam2.
lepas tu try tengok semula dan tengok angle dan cara senyum paling cantik diantara banyak2 aksi tu.
tanya pendapat orang pun bagus.dah tau angle dan senyum macam mana paling mables?
silalah ambil gambar dan buat angle+senyum macam tu banyak2.
praktis supaya majlis nanti dah terbiasa dengan aksi2 cantik tu.takdelah kekok sangat depan photog nanti.
gambar pun akan nampak cantik sebab kita senyum dan beraksi di bahagian tercantik kita.
ingat tau...praktis ye praktis!(tuan blog macam cikgu besar).


9) minum banyak air.jaga makan supaya keadaan diri stabil.ada orang control makan sangat
sampai tekanan darah jadi tak stabil.kang terjejas majlis uolss.
tidur juga perlu cukup.jangan stress2 barulah sihat dan cantik.


10)  sila pakai contact lens untuk efek lawa dari biasa.tak..tak..tak cakap pun tak pakai lens x lawa.
tapi kalau pakai akan nampak ala2 anak patung dan lain dari biasa.
lens jernih takde efek apa,lens kaler2 je yang bagi efek lain sikit.
kaler paling cantik untuk pengantin ialah coklat dan kelabu.kalau berani,kaler biru pun lawa.
hitam kureng sikit.nak pakai ke tak pakai ke terpulang la kat anda.duit anda bukan duit saya hahahaha..
hape pandang2? nak kondem i ler tu..bhahaha.


11) ok dah tak ingat apa lagi tips.jadi mari ke tips yang terakhir iaitu yakin diri dan happy!
cara untuk yakin diri? anda kena fikir dan rasa anda cantik pada hari tu.tak kiralah tudung senget ke,
mekap tak macam yang uolss nak ke,cuma happy.jangan fikir hal remeh2 tu semua.jangan cerewet sangat.jadi selamba dan tak kisah sudah.dengan itu semulajadi uolss akan jadi yakin diri 
dan nampak cantik serta ok.jangan lupa senyum banyak2.
senyum banyak2 ni yang tak cantik pun akan nampak cantik.
senyum ni kira macam susuk lah..ceceh.



ok dah habis dah.selamat pengantin baru kepada yang berkahwin.
saya perlu tidur awal.esok ada customer di awal pagi.


like fanpage saya di 
boleh tengok gambar hasil saya mekap:
http://www.facebook.com/fabulousiti
http://fabulousiti.blogspot.com


for booking:
email: fabulousiti.bnc@gmail.com
text: 012-4141421
inbox: http://www.facebook.com/fabulousiti


klik iklan nuffnang nak kawen(tuan blog pon nak jugakkkk -.-')
tenkiu.


product review: tonymoly tomatox dan shiseido mask

Assalamualaikum...


saya ni memang cukup suka kalau bab pakai masker dan sewaktu dengannya.
sapu kat muka,duduk saja2 relaks bajet mak datin sikit kan..
haaa..tuan belog nih memang over sikit.tambah2 kalau bab kecantikan dan berangan.
baru2 ni saya ada pakai mask ala2 korean..tak semena2 feeling korea pula muahaha..



20121104_160129 copy 
shisedo mask dan tonymoly tomatox magic white massage pack.
feeling korea yang sangat best time pakai ni.


TOMATOX MAGIC WHITE MASSAGE PACK
RM3.00 per packet.
tempat beli: chantek selalu(fb)

tomatox
benda ni very the comel dan korea.sayang giler nak buka benda ni.comel woooo....



tomatox1 
tekstur dia ni berkrim dan warna putih.bau wangi semerbak alam..amboi..overnya..haha.
cara pakai sungguh senang.cuci muka dan sapu produk di seluruh muka.massage lembut guna hujung jari.
lepas tu biarkan aje produk tu kat muka macam masker.time ni memang dia akan bertindak sebagai masker.
biar dalam 5 ke 10 minit dan boleh dicuci dengan air suam.
jangan guna sabun atau pencuci muka.cuci je dengan air suam tu.lap muka secara lembut dan taaddaaa !


tomatox ni fungsi dia untuk melembabkan ,melindungi,memutih,anti oksidan dan membersihkan.
pakai ni memang best.dia lembut.tak tegang macam masker lain.
lepas pakai tu kulit jadi lembab dan rasa lembut sangat2.lagipun harga dia murah dan 2 in 1 kiranya sebab pakai untuk massage dan masker sekaligus.


SHISEIDO MASK
RM3.00 per pack.
tempat beli: chantek selalu(fb)

sheisedo 
benda ni glamer.semua pun tau tapi saya sorang ja belum try*nanges T_T
serius,sangat exited nak try dia.


sheisedo1 
benda ni boleh pakai seluruh muka(elakan kawasan mata) tapi tuan belog ni kerek sikit.kenkonon saja nak try sikit dulu.dia pun try dekat kawasan2 pebret bintik hitam dan putih.
caranya,cuci muka bersih2,pastu kalau nak wapkan muka dulu pun boleh.lagi senang bintik tu keluar.
  sapu mask ni.dalam satu paket ni boleh pakai 2,3 kali.
dah lah murah,boleh pakai banyak kali pulak tu.terer tak? terer tak? muahahaha...
sapu lah seluruh muka atau kawasan2 yang banyak bintik tu.sapu nipis2 pun dah cukup dah.
takyah over sangat nak sapu banyak2.tekstur dia licin hitam berkilat.bau dia wangi.
tunggu kering dan tarik! hiyak! hiyak! hiyak! efek bunyik tu perlu sebab part ni memang terpaling best.


fungsi mask ni untuk buang bintik2 kat muka kita ni.best pakai..
perghh! keluar habis bintik2..mask ni kuat woooo...dia macam tarik bintik2 kat dalam pori tu semua.
waktu tarik tu memang feeling habis lah hahaha...
tengok2 bintik melekat kat mask tu.tapi saya tak snap sebab kamera hp takmo zoom lagi bekerjasama -.-'


IMG_20121104_1
lepas pakai terus feeling kulit lawa macam korea.
muka saya nampak putih ke hape tu kamera dan cahaya punya kerja.
eyebag tu je yang malas nak pikir apa dah hahaha..


sila try sekarang.dapatkan di chantek selalu(fb)




like page saya di 


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.

saya dalam majalah rapi

Assalamualaikum..


saya telah muncul dalam majalah rapi.
thanks to kak emy,orang yang selalu mempopularkan saya muahaha..



1DSC07896 copy 
rapi 15 oktober 2012.
sudah lewat begini baru nak kecoh2 kan.
thanks kat semua2 yang sedar saya muncul dalam majalah ni dan bagitau saya :')


1DSC07897 copy
ruangan ini.saja nak share sikit2 pengalaman.




thanks rapi,thanks kak emy dan thanks semua2 yang selalu menyokong saya..
amboi,macam terima award..muahaha.



like fanpage saya di



klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.

product review: blouse yang cantik :))

Assalamualaikum..


orang kata blouse untuk mak2 kite...eh sape cakap tu?
meh nak sekeh sikit meh..bhahaha..
muda mudi pun boleh nampak hebat bergaya weewiitt kalau memakai blouse.
sekarang saya mahu share tempat membeli blouse yang super lawa!



12012-11-02 15.33.05
saya suka pakai blouse ni.cantik uolsss....selesa dan terletak elok kat badan kita.


12012-11-02 15.33.25
saya suka sebab blouse ni boleh pakai dengan macam2 gaya.
memang tak rugilah beli sebab kita boleh pakai dia dengan macam2 gaya.


cadangan gaya:
1) pakai blouse ni dengan cardigan.tak kisah cardigan pendek atau panjang dari blouse ni.
dua2 pun boleh je senah..pakai pulak belt/clincher kat pinggang(luar cardigan).
uolss nampak bergaya.

2) pakai dengan blazer atau jaket.gabungkan dengan seluar panjang.palazzo atau skirt labuh.

3) pakai dengan palazzo atau skirt labuh.boleh biar blouse di luar macam biasa
atau masukkan kat dalam.pastu pakai pula belt/clincher di pinggang.


4) pakai dengan skirt labuh atau apa2 kain yang uolss ada(kain kurung ke).
dah nampak macam kebaya atau kurung moden kan.


cats1
yang ini terpaling best ni.kita2 selalu tak pentingkan bab ini kalau beli blouse atau kemeja kan.

gambar kiri:
bahagian tepi butang ada 'lebihan' yang dijahit.kalau pakai blouse ni,bahagian 'lebihan'
akan tersorok didalam.

gambar kanan:
ni lah fungsi lebihan tadi.bila pakai blouse ni,tak nampak ruang yang terbuka di bahagian
celah2 butang tu.so,takdelah nampak bahagian dalam badan kita ke,bra ke kan.
kalau terbuka ruang tu pun,tak nampak terus bahagian badan kita.yang nampak cuma 'lebihan' kain tu tadi.
wah selamat !


blouse kat sini ada banyak design,warna dan saiz.
ni antaranya..
.
.
.

yang ini design yang saya pakai tu.






saya berkenan yang ni sebenarnya tapi saiz saya habis..wuwuwu T_T










so jomlah pakat2 beli.blouse ni laku..uolsss..jangan lambat2.
sesuai untuk semua.pelajar ke,pekerja ke,suri rumah ke,sape2 je lah..
semua boleh pakai dan nampak bergaya.


kat mana nak beli?
FBnoor wahidah



like page saya
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.

main mekap: classic smokey.

Assalamualaikum..


edisi bermain mekap kembali lagi.
mesti kauorang fikir,rajin sungguh budak ni bermain mekap..
ye lah,nak main pondok2 takde geng(semua dah KAHWIN ),main conteng muka je lah.
*kau nampak haku caps lock tu? T_T



classic smokey2
mata tak pakai contact lens lalu dimekap menggunakan teknik ninja turtle....
eh tak! tak logik sungguh haku nih -.-'
ini main mekap classic smokey eyes.kondisi kulit kurang stabil ketika ini.
kondisi mood? takyah tanya..malas nak jawab..muahaha..!


classic smokey1



eyeshadow dan warna2 mata sekelian disapu secara sesuka hati.barulah jadi smokey eyes versi klasik bebeh!
eyeliner pun sama.
conteng sama dia,baru menjadik...
tak conteng tak jadik.

classic smokey















mata kuyu2...
bila tengok rasa nak tertido.
tapi takyah mengada..
lempang kang baru tau.















saya suka mekap ini!
see the layer?
layer warna lah,kau pikir layer apa?
kahkah marah orang pula.


gabungan warna gelap dan coklat dilayer untuk efek strong eyelook.
ditambah juga eyeliner dan maskara hitam.
pipi disapu peachy blush dan bibir pula dari rona lembut.












saya suka mekap ini.
awak2 suka ke idak?
takyah jawab,takmo tau jugak.
hahahha annoying gila dia ni kan.
















like page saya
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.

macarons delivery.

Assalamualaikum..


dekat kulim mana nak cari macarons?
uolss mesti cakap "eh kesiannya penduduk kulim"
saya pulak cakap "mak jom pindah" hahahahah...
eh tak..tak..saya sayangkan kulim..
kulim best,best sebab ada saya dan bertambah best sebab ada macarons delivery !
kahkah..gedix haku woooo..!


hari tu online fb,secara tak pasal2 muncul gambar macarons dengan caption delivery.
macam ajaib je eh ada macarons kat kulim siap delivery?
pastu ajaib lagi bila photographer yang jual..
laju2 komen gambar tu dan terus order.
pantas beteh !


jangan salah paham tau.saya tak diminta untuk promote atau dibayar untuk entry ni.
saya update kat blog sebab ramai yang tanya saya kalau kat kulim beli kat mana?
ni semua gara2 gambar kat instagram saya.


tukang jualnya adalah De LaPena.
photographer yang popular dan gambar2 dia sangatlah mables.
uolss silalah cari nama De LaPena kat fb ye.


dia jual 7pcs RM12.
ada macam2 perisa dan kaler.
delivery hari sabtu dan ahad je kot..area kulim.
kalau jauh2 tu kenalah tanya dia sendiri k.


mac copy 
ini yang saya.comel dan sedap!


DSC076855 copy2
comelnya !


ini memang sedap..saya terpaling suka inti(inti?) peanut butter dengan coklat.
tapi standard macarons dia rasa manis kan.
tapi i like..!


so uolsss,nak order atau nak tanya apa2 boleh cari abang photog tu kat fb ye.



like page saya


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.

MUA

Assalamualaikum..


tak lama lagi musim orang kawen.mesti bakal pengantin semua eksaited.yang tak kawen2 macam saya pun tumpang eksaited sekali (nanges haku).jadi saya mahu share bab MUA dan mekap2.banyak dari segi jurusolek dan perkara2 yang selalu terjadi lah..jom setat bebeh.


pic taken from google.
ini mekap marshanda time kawen.cantik dan mables.nanti nak try lah.


- kalau nak pilih laki..eh tak! kalau nak pilih MUA,sila tengok hasil mekap beliau kat customer lain.tengok,tengok dan tengok sampai naik pening.kalau berkenan,ok rojer...
kalau tidak,takyah susah2 nak amik dia.kang nyesal tidak berguna lagi.pilih yang kita rasa "wow cantik dan mables mekap beliau ini!" haa paham ke tak paham nih?


- pilih MUA yang boleh terima pendapat dan permintaan uolss..uolss pon kena terbuka terima pendapat dia juga.dia lebih terer lagi menimbun pengalaman,so sama2 bincang dan terima pendapat masing2.


- sila elakkan dari minta penampar MUA..hoi ! apa nih? apa nih? takkk....sila elakkan dari minta MUA uolss mekap macam MUA lain.setiap MUA ada teknik dan bahan mekap yang berlainan.muka uolss pun lain dari orang lain,so jangan kuciwa kalau hasilnya tak sama 100% macam mekap dari MUA lain yang uolss nak tu.
tiru sikit2 je boleh..orang kata inspirasi saja kan.


- kalau uolss uruskan bab khidmat2 ni macam mekap ke,photog ke,pelamin ke atau lain2,sila elakkan dari minta murah secara dasyat lagi hebat.depa akan kurangkan kualiti.bayar murah tapi nak hasil yang macam retis kebabom memang takleh la ye senah..depa bagi setakat yang uolss nak murah tu je.jangan komplen kalau hasilnya tak macam impian uolss yang very the mables.nak bagus,bayarlah secara bagus.jangan kedekut untuk cantik sekali seumur hidup.


selalu terjadi kat saya,orang minta mekap simple saya yang murah..tapi nak mekap untuk wedding.
nanti dah buat,komplen itu ini..atau orang lain komplen.kening tak cantik,kenapa begitu begini kurang itu ini dan blablabla.sekarang saya tak ambil risiko ya.teknik mekap untuk acara penting berlainan dari mekap simple2 nak keluar jenjalan tu.jadi sila faham..anda mahu cantik,jadi sila melabur sedikit untuk betul2 cantik dan puas hati.ini wedding hoi! wedding bukan main masak2 ! ceceh marah pula.


- jangan terlalu cerewet.kalau tak,MUA jadikan uolss macam dato ct pun uolss tak akan puas hati.
benda remeh uolss nak cerewet,semua serba tak kena.last2 uolss akan rasa tak cantik dan tak yakin sepanjang majlis.pastu uolss akan rasa MUA tu yang mekap tak cantik,sedangkan uolss yang terlalu cerewet.terbuka dan relaks je uolsss..takde MUA yang nak mekap kasi hodoh..semua nak bagi uolss cantik.nanti orang tengok cantik,terbuka luas la peluang mekap MUA tersebut.kecuali kalau MUA tersebut mempunyai dendam kesumat niyang rapik terhadap anda..scarry hoi ! muahahha...over je haku buat cerita.


- bincang dengan MUA jenis2 mekap yang suka dan mahu.selalunya terjadi pengantin perempuan nak mekap macam lain,family atau pasangan pula nak dia mekap macam lain.sila bincang dan beritahu mekap yang uolss sendiri mahu.nasihat i senang je senah oiii....ini hari uolss,uolss berhak mekap macam impian uolss dan bergembira dengan hasil mekap tersebut.jangan terlalu ikut cakap orang.nanti uolss yang stress sebab impian tak menjadi kenyataan.kalau pasangan jenis komplen2 dan masuk campur bab mekap2 ni errr...itu saya tak tahu nak cakap apa.bincang saje lah yeee...tapi sejak dulu saya sentiasa rasa lelaki tak patut masuk campur bab ini..LARIKKKK ! ok2..meh nak share pengalaman saya mekap orang dulu2...
mak pengantin: " kenapa mekap macam ini?(nada kurang puas hati).tapi pengantin ok je.
saya: ..............(haku diam ler senah).
salah seorang family pengantin pula: " kenapa mekap blablabla"
saya: "supaya cantik dan tak tenggelam dalam gambar"
family pengantin tersebut: "alaa..photog tahu ler kerja dia blablabbla"
saya: T_T.....(kat dalam hati je lah).
tapi pengantin memang baik gila.dia ok je dengan semua2.siap puas hati lagik.
kesimpulannya...MUA tahu kerja mereka.sekian terima kasih T_T


- jangan pilih MUA dari jenama mekap yang dia guna,tapi pilih la MUA dari teknik dan hasil mekap beliau.
ada orang mahu MUA guna jenama mac saja.yang guna jenama lain dia pandang sebelah mata.amboi sombongnya..muahahaha..tak..tak..teknik melebihi jenama.guna jenama ribu2 pun tapi kalau teknik dan hasil mekap tak mables,mekap tak nampak cantik juga.kalau pentingkan juga bab produk yang digunakan,baik uolss pentingkan kualiti,bukan jenama.banyak lagi jenama mekap yang berkualiti,bukan sesetengah yang dok glamer tu saja.kualiti akan buat mekap jadi cantik dan tahan lama.


- cuba elakkan dari membawa budak2 buas atau kurang kesabaran sewaktu mekap.
sape2 je lah yang uolss nak bawak teman mekap tu sila bawa yang sabar ye.mekap ni lama.
dan kalau boleh jangan komplen2 dan arah itu ini kat MUA tersebut.stress beliau dibuatnya.
MUA jenis mulut diam takpelah,kalau jenis yang lantang,habis kauorang kene sembur.
dia MUA jadi dia tahu tugas dia.sila behave ye kawan2 T_T.


- tepati waktu.jangan tukar waktu mekap secara suka hati terutama last minute.
MUA ada masa 2,3 jam je untuk mekap uolsss..bukan satu hari untuk uolss...maksudnya,dia juga ada jadual dia sendiri,urusan lain dan customer lain.selalunya MUA akan ambil 2,3 orang mekap dalam satu hari dan waktu pula berturutan.kalau uolss tukar2,dah jejaskan jadual dengan customer lain.
kalau dia suruh datang waktu itu,pasti ada sebab.jadi harap faham ye.tepati waktu jugak.jangan kata mula mekap pukul 9 pagi,tunggu punya tunggu,rupanya 9 pagi baru nak keluar dari rumah..kasihan MUA  tersebut kan...HAHAHAHAHA!!! eh hapesal haku nak tergelak ni? ini menyedihkan tahu tak?


- selalu orang nak mekap lewat,habis dekat2 majlis bermula dengan alasan takut mekap cair kalau biar lama.
uolsss...mekap lewat hanya buat uolss kelam kabut.dengan family dok desak2.dengan photog nak ambil gambar,dengan mekap yang tengah kelam kabut.jangan risau tentang mekap.biar mula awal dan habis awal.
kulit akan ada masa keluarkan minyak dan peluh semulajadi,mekap akan jadi makin 'naik'.so takyah risau mekap pudar ke hape.uolss pun ada banyak masa untuk bergambar dulu sebelum rombongan pengantin lelaki datang..ada masa layan kawan2..ada masa nak bertenang.takde kelam kabut semua tu.jadi kalau MUA minta mekap awal,mesti ada sebab dan depa pun dah arif bab2 timing2 ni semua.
MUA memang tak suka didesak dan kelam kabut time mekap.silap2 hasil mekap boleh jadi lain dari yang sepatutnya sebab kalut2.jangan ye..


- jangan pilih MUA di saat akhir.ada je orang yang dah jumpa MUA pilihan,tapi tak confirm betul2.nak tunggu last minute atau nak buat spare.last minute baru cari semula.kalau bernasib baik dapatlah merasa dia mekap..kalau tidak,melepas ler uolss...sekarang ni orang dah confirm MUA setahun,6 bulan atau 3 bulan sebelum majlis.terutama kalau date uolss nak tu date yang popular(cuti umum dan lain2).


- jangan cancel di saat akhir.dah bayar deposit ke,tak bayar ke,sila bagitau awal2 supaya MUA tersebut tidak alami kerugian dari segi masa,tenaga dan WANG ringgit.amboi,kalau WANG mesti kena caps lock ya? muahaha..dia dah simpan date tu kat uols..dah tolak customer lain,bila nak cancel takmo cakap ye?
MUA tak makan uolss ponnnnn...bagtau je awal2.


pc taken from google.
gambar siapa la ya...cantik :)


ok.macam scary je baca2 ni semua.maksudnya mesti uolss ingat saya ialah MUA yang scary..takde pon..ini dari sudut pengalaman sebagai jurusolek saja(ceceh).sila jangan takut mengambil saya sebagai jurusolek anda.saya behave dan baik hati(puji diri)..owh,dan juga comel..BHAHAHAHA...over tau!


nak tengok hasil2 mekap saya:
http://www.facebook.com/fabulousiti
http://fabulousiti.blogspot.com


for booking:
email: fabulousiti.bnc@gmail.com
text: 012-4141421
inbox: http://www.facebook.com/fabulousiti



klik iklan nuffnang nak kawen jugak.
tenkiu.