untuk muslimah bermekap.

Assalamualaikum..


P/S: NAMA PANGGILAN SAYA TELAH DITUKAR KEPADA SITI.
SILA PANGGIL SAYA SITI YA,BUKAN NAMA LAMA.TQ.

saya cukup tak berkenan bila orang membuat persepsi sendiri mengenai apa2.
macam orang perempuan yang pakai mekap.selamber cap badak orang boleh cakap
kita tak solat hanya kerana kita pakai mekap.saya pernah dapat komen camni kat youtube saya.
pendapat saya la kan,pakai mekap ka,tak pakai mekap ka,pakai tudung ka,tak pakai tudung ka,
kalau dia takde kesedaran melakukan kewajipan a.k.a tak nak solat..maka dia tetap tak buat.
jadi jangan bersangka buruk pada amalan orang.kita tak tahu amal ibadat yang telah dia lakukan..
lagipun amalan tak perlu ditunjuk2.dah pakai mekap,nak solat tu buang je lah.bukan susah pun
dan bukan ada peraturan pakai mekap takleh solat dah..what theee?



jadi sebagai seorang yang comel(puji diri) merangkap seorang yang murah hati(puji lagi),
saya dengan ini nak share tips2 mudah untuk kita sebagai muslimah yang suka mekap2.
tips ni boleh dipraktikkan waktu kita keluar jalan2 ke,shopping ke,usha mamat hensem ke..HOI!
pergi keja ke kan.kalau rasa susah solat,nak tanggal mekap,nak bawak pencuci muka,bawak itu ini
sampai berat bag dan blablabla tu..silalah mentry tips2 ini.
eh jap,benda ni ada kaitan dengan pembuka kat atas tu ka hah? ok,abaikan -.-'


siap sedia dengan cleansing wipes(wet wipes) kat dalam bag tangan.
setiap kali nak solat guna saja benda ini untuk cuci mekap.
sangat berkesan untuk cuci mekap.cuci 2,3 kali atau kalau uolss mekap nipis je,
cuci sikit pun dah bersih.cuci bersih2 tak perlu guna pencuci muka biasa tu dah.
ringan bag takyah sumbat pencuci muka biasa tu kan.
lepas guna wet wipes ni,bilas ja muka dengan air bersih.alang2 nak ambil wuduk kan.
ada banyak brand kat pasaran,sila pilih mengikut kesesuaian kulit uolss
bukan kulit saya.kalau ikut kulit saya buat ape? lempang kang..ceceh.


atau boleh saja guna baby wet wipes.benda ni bukan untuk cuci punggung baby saja hoi..
dia ada banyak kegunaan dan salah satunya untuk cuci mekap.
selalunya ada kandungan alkohol.mungkin kurang sesuai untuk orang yang masalah kulit
kering dan sensitif.tapi sekarang jenama macam pureen pun dah tak letak alkohol kat baby wet wipes.
terus terang cakap,saya suka yang ada alkohol sebab mudah nak tanggal mekap waterproof.
cik puan datin markonah ni ganas cik senah oiiii...! 
tak pakai waterproof kang cam zombie kampung cempedak lak jadinya..kahkah.


kalau malas nak beratkan bag dengan wet wipes dalam packaging tadi,
uolss boleh try yang dalam packing ringan camni.dah ade banyak brand yang keluarkan 
packaging camni.ringan dan mudah..ewaaah..cam mak nenek haku promotewiththefreeoffcharge.



jadi mari mencuci mekap hiyak! hiyak! hiyak! amboi semangatnya T_T
saya share cara ni sebab saya tau ramai gilas yang malas nak bawak itu ini untuk 
cuci mekap.wet wipes adalah penyelamat terkini..yihaaa! ok,tiba2 haku mengharukan ni dah kenapa?

satu lagi,kalau uolss masih nak nak bawak skin care uolss tu,
letak saja dalam travel bottled ni.kat watsons dan guardian melambak jual.
saiz kecik2,jadi tak makan ruang dan tak memberatkan bag uolss.
isi lah apa2 yang patut,pencuci muka,toner dan pelembab.
nak isi kuah kari ke,sirap limau ke,punnn boleehhhh
lepas solat tu kalau nak mekap semula silalah bawak mekap yang penting2 untuk touch-up semula.
takyah bawak yang saiz besor berat gedabak tu.bawak yang basic penting dan tak berat ok.


satu lagi lah..kalau nak mudah gi solat kat mana2 je pun,
siap sedialah membawak telekung sendiri.bukan apa,kadang2 surau takde telekung,terlalu ramai orang
guna sampai takde untuk kita guna,tak selesa dengan telekung yang berbau atau ada kesan mekap.
so,tak paham2 ke weh? bawaklah sendiri.taknak bag berat?
silalah beli telekung cam dalam gambar ni.sumbat dalam bag tangan.ringan je telekung ni haaa.


ini telekung saya.hadiah dari my sister bestfrend,anna.
tenkiu anna manis.CCE dapat kaler pink,saya dapat kaler hijau.
sangat praktikal untuk dibawa ke mana2.belilah satu dan spare kat dalam bag ya.



harap semua yang haku merepek ni dapat membantu.
sekian terima kasih.
weh hape kes kau skema ratna kebabom nih weh? muahaha.



like fanpage saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.

37 comments:

dEdEQ dE wIshEs said...

MEMANG MEMBANTU .. MEKASIH KAK .. HEHE .. TP DEQ XMEKAP .. NGEE~

Mira Adzlia said...

sy bru je jdikan wet wipes ni slh 1 pkare pnting dlm hnbeg..hihi...hihi...

Zaza Debunga Pelangi said...

hi siti, zaza pun pakai baby wet jgk tuk tanggal make up =)
lama x jengguk, dh tukar nama..hehe

eZmALiZa said...

suka entry ni! solat tu urusan kita dgn Allah. org tuduh kita tak solat,kononnya berdosa. tapi awak menuduh org yang tidak bersalah tu tak berdosa kah?

ape pon, kak zoey, opsss..maaf..dah terbiasa panggil kak zoey... anyway, kak siti, pasal telekung tu mmg betul. bawak la telekung sendiri. skrg ni dah byk jual telekung yg express dan ringan.. TAPI hati2.. jgn beli yg jarang..

nice entry kak siti :)

leyla luv ariff said...

yeahh..thanks sharing kak SITI..
info yg cgt bergune..
btw,,mne nak bli ea elekung travel 2??da lme cri..

Siti said...

dedeq: blh je spare gak.kot2 muka rasa x bersih blh guna haha.

Siti said...

mira: good2 hihi.

Siti said...

zaza: lama gak x update ni haha.thanks.

Siti said...

ezmaliza: kan2? yup..yg telekung tu better bwk sendiri n bli yg ringan tu tp jgn jarang2 hihi.

Siti said...

leyla: try cari kt fb atau google.online pun ada jual rasanya.tp kt luar mcm kedai pakaian pun ada jual.

Umie Artoqiemie said...

sayalah muslimah yang tak mementingkan penjagaan muka. tisu pun xde lam beg hahaha

Salwati Sapei said...

tq cik ct(tukaq name;)) atas info yg berfaedah, lau sis tau baby wet wipes tu leh wat remove makeup, x ler sis meletakkan brg itu di tong sampah..huhuu rugi (anak dh tak pakai bb wet wipes lagi)

leyla luv ariff said...

Siti said...
leyla: try cari kt fb atau google.online pun ada jual rasanya.tp kt luar mcm kedai pakaian pun ada jual.
reply...
oke sis..thnxs a lot..

ziha said...

ye betul tu cik siti.tak susah pon kan. nak tanak je.itu kena tnye iman. kat handbag sy mmg sntiasa ade wet n dry tissue watson. :)

deqjamucuxx said...

kak zoey...eh kak siti. tapi kenapa ?? hihi

deqja tak guna makeup. makeup pon tak reti. hihi nice tips loh

sea_lavender said...

terima kasih akak Siti hehe :D
membantu entry ni sbg peringatan.. heee

Izzah Azizah said...

hai kak Siti, bernama baru. hehehe.
thanks this info, betul lah kak..kite yg selalu makeup mmg dituduh tak solat. apedarrr..

Miss Sue said...

same with me :D mesti ade wet tissue, bottle spray toner and pelembab yg kecik2 tu.. untuk travel :D ..ape yg penting, takde alasan utk tinggal solat :)

Aida Jelita said...

suka dengan post cik datin markonah ni!
harapnya hamba Allah yang saya jumpa di surau jusco tu bacalah post. Allah dah bagi banyak cara yang mudah untuk orang perempuan ni tanggal kan make up.
Kepada akak yang di jusco tu,
tolong lah tanggalkan make up sebelum solat. tebal sangat kak sampai false lashes [un akak tak cabut.

Hoii terlepas geram pulak.. mintak maaf ye Datin markonah!

Siti said...

umie: klu mkp mmg penting tau hehe.

Siti said...

salwati: takpa2..nnti ada baby lagi blh guna skali haha.

Siti said...

ziha: penampilan luaran tak mencerminkan 100% kan hihi.

Siti said...

deqja: kenapa apa? haha.

Siti said...

sea: thanks gak baca.sama2 jadikan peringatan.

Siti said...

izzah: haha..nama baru.kan? tp jgn sesekali persoalkan amal ibadat org.

Siti said...

miss: yup2.wajib ttp wajib.

Siti said...

aida: amboi geram awk ye? hehe.

najihahfara said...

sy bawak bedak tabur cap johnson je hehe

elyna mirsada said...

alamak nk pnggil zoey ke siti ni?hehe..tips yg bagus

Reiko Masashi said...

tips yg bgus utk org yg mlas2 mcm sy :P

p/s : tba2 naik nma siti,hairan plak bla msa ada follow nma siti, bla klik tgk..ehhh..

Siti said...

najihah:senang.

Siti said...

elyna: panggil siti :)

Siti said...

reiko: sudah tukar maa...haha.

Leeza Eelza said...

Dah tukar nama ye..Leeza tercari2 jugak telekung mcm tu.. tapi x terjumpa lg lah siti:)

.::: Princess MOMOY :::. said...

betul tu. kata-kata sinis dan spektikal dari orang yang jahil dan suka judge orang. momoy mcm dear . momoy guna wet wipes tu . simpan dalam handbag. rasa lebih selesa dan mudah nak bawa dari usung towel kecik ke hulu ke hilir.

telekung momoy tak simpan dalam bag sebab momoy hang dengan hanger , sangkut dalam kereta . momoy memang tak suka guna telekung yang disediakan sbb tak selesa bau dan share ramai-ramai orang.

make up pula momoy bawa sumbatkan dalam bekas kecik. kalau terlebih tak boleh zip maka kurangkan. tahu la terlebih muatan dah tu. hehe.

thx dear keluarkan entry ni. memang susah nak jumpa.

UniMeOw said...

ooo baru bc n3 ni...mahap la cik ct..eheh..

uni xnah beli tisu basah 2,sb uni pk "dia kan basah,kalo guna utk lap pun bukan kering" pandai x pandai x pandai x???

ok,psni uni beli.lalala~

cik penyu said...

Salam kak .. nk mntk pndapat la .. kalo kite beli bby wet tissue .. brpe lme blh gune dari tarikh buat eh ? Ade yg kate wet tissue x blh smpn lme2 ..