produtc review: contact lens colourvue starbust blue

Assalamualaikum.


uolsss oiiiii...!(macam mak nenek),sejak ada kes mata rosak pasal lens tu kan
terus cik puan datin markonah pompompom tak berani nak pakai lens korea murah2 tu dah.
walaupun tak pasti punca utama sampai jadi macam tu,tapi hati nurani cik puan
ni penakut uolss tau tak! menggeletorrrr lutut haku ni haaa.


jadi secara rasminya,saya telah kembali menggunapakai contact lens
jenama kegemaran saya yang dijamin selamat dan dibeli dari kedai speck bertauliah.
bersorak kuat lah tokey kedai merangkap rakan saya tu..kahkah(kocek haku pulak tak kahkah T_T).


picture from google.
ini dia..! saya pakai contact lens dah lama dah,dan dalam banyak2 jenama yang ada,
saya paling suka dan puas hati dengan colourvue.
warna dia terang,nipis,lembut dan selesa macam tak pakai apa2.
dia ada banyak jenis,tapi paling saya kerap beli dari jenis big eyes.
cuma kali ni saya try jenis yang baru nih..colourvue starbust! macam dalam poster ni haa.


packaging contact lens tu.ni kotak luar dia.


packaging lens.saya beli colourvue starbust blue dan ada power sebab saya rabun.
- soft contact lens.
-45% water.
-55% terpolymer immersed in sterile buffered saline solution.
-hidrogel material.
-perfect blend colour technology.
-CE.
-iso 9001.
-made in korea(tapi yang ini berkualiti ok).
-high oxygen permeability.
-sterile.
-RX only.
-saiz 15mm
-harga RM90 kot.
-tahan 3 bulan.
-tempat beli untuk kulim di kedai eyeland optical(giant,landmark central kulim).


sebelah pakai,sebelah tak pakai.scary nyaaahhhh oiii....!


-saiz 15mm.
kalau jenama ni memang big eyes dia takat 15mm saja.
tapi mata tetap nampak besar dari biasa.
saya bukan kemaruk nak bagi besor2 tu..tapi sejak dulu2 saya takleh pakai 
yang saiz biasa,mata mesti rasa sakit macam ada benda.tak selesa tau.
kalau uolss tau lens saiz biasa yang selesa,silalah rekemen kat saya :)

- warna blue.
warna dia terang.jenama ni memang terang pun.warna dia cantik sangat.

-corak star.
tengok nama lah babe! corak dia macam bintang2.
sebab warna dia terang,jadi corak dia nampak jelas,kecuali dari jauh.
corak2 mengelilingi bulatan untuk anak mata tu buat anak mata menonjol.

-ring hitam.
keliling dia ada ring hitam.contact lens yang ada ring hitam memang cantik
dan buat mata kita nampak besar.

- Soft lens.
contact lens ni jenis lembut dan nipis.
bila pakai tak rasa apa2 pun.tapi untuk sesetengah orang yang tak biasa
mungkin susah nak pakai.dia lembik dan selalu melekat leper kat jari.
tak macam contact lens lain yang tegak elok atas jari bila nak bubuh kat mata.

-keselesaan.
sangat2 selesa! macam tak pakai apa2 pun.
ni lah sebab utama saya suka jenama ni.selesa lebih penting.
dah lah rabun,kang pakai yang sakit dan tak selesa maunya kelip pok kelip pok
mata cik puan kang..muahaha.



amboi..bajet minah arab pula untie ini..kahkah.
nampak kan corak dia tu?


sekali tengok macam mata anak patung.eh tak..tak..bukan saya anak patung,
tu mata palesu tu haaaa..


cewi lah pulak kan T_T
tapi sungguh saya suka lens jenama ni.


ini bukan entry sponsor ya,saya review dari pengalaman guna sejak dulu.
ini pun sebab ramai yang tanya lens yang saya guna.
kalau kat kulim ni ada satu kedai saja yang jual jenama ni.
nama kedai tu EYELAND OPTICAL.
lokasi dia kat dalam landmark central(giant kulim).
ada 4 kot kedai speck kat dalam mall tu,pandai2 lah uolss carik eyeland nih.
saya kenal tokey kedai nih dan balik2 muka haku je la yang pi beli lens T_T
kalau uolss nak pi beli cakap tau dari blog zetty.(depa panggil saya zetty okes -.-" )
kot2 lah dia nak bagi murah kat uolss ke kan..kot je lah kan..hahaha.



like fanpage saya di:


fanpage mekap dan tudung:
http://www.facebook.com/fabulousiti


klik nuffnang nak kawen.
tenkiu.