Product review: Cathy doll L-GLUTATHIONE magic cream.

Assalamualaikum.


comelnya...comelnya..comelnya tuan blog... KAHKAH.. lebih2 pula.
saya nak review produk yang super comels dan super best !
sedang menaip pun rasa nak menangis jerit2 sebab histeria tengok benda ni comel
(kalau tak over memang bukan tuan blog -.-').


ayuh geng kita review apa yang bestnya produk comel ni.
p/s: gambar hasil penggunaan tak edit bagi putih atau glowing tau.memang tu lah hasil sebenar.
.
.
.
Cathy doll L-Glutathione magic cream.
berat: 130ml
harga termasuk pos: RM40(s/m), RM 43(s/s).
tempat jual(onlineshop): chantek selalu(sila klik sini)


the packaging! warna pink dan sangat comel.
bahagian belakang kotak terdapat details2 produk seperti efek,cara pakai dan bahan2.



ingat luar je ke yang comel? di dalam bukan main lagi comel dia.
sape lah yang cipta produk ni?(lebih2 tau..).
didatangkan dalam bentuk tiub dan senang nak pegang.
packaging tiub ni pun ada details2 produk.



saya suka sangat dengan penutup dia.ini pun comel.
pusing saja untuk buka tiub.
jenis tiub macam ni lebih hygiene sebab takyah celup guna jari untuk ambil produk.
cuma picit dan kita boleh control sebanyak mana produk yang keluar.



untuk  kawasan muka,saya dot2 kat kawasan yang diingini.
lepas tu sapu sampai rata di kulit.
produk ni jenis krim dan putih pekat,tapi tekstur agak lembut dan senang nak apply.



kiri: sebelum pakai produk.
kanan: selepas pakai produk.
ini pakai krim ni saja.tak pakai apa2 bedak atau produk lain.
hasilnya selepas pakai kulit jadi lebih cerah dan glowing !
bila duduk kat bawah cahaya memang lagi real nampak cerah dan glowing.
bersinar2 macam kulit ni licin sangatlah..padahal produk ni yang magic.
bukan tu je,kulit jadi lebih lembut dan lembab.
mula2 try krim ni saya ingat dia berminyak sebab tekstur dia tu..tapi bila pakai lembut dan lembab je.
tak minyak pun.pori2 dan kemerahan dah kurang kelihatan.suka !



krim ni jugak boleh dipakai di kawasan badan.
cara pakai sama jugak,sapu je rata2.nampak macam banyak je krim tu saya pakai kan?
krim ni memang pekat macam ni.sapu sikit pun dia jadi macam ni tapi jangan risau.
sapu rata2 nanti dia jadi ok.




hasilnya.
kiri: sebenarnya tu tangan kanan saya.tak pakai krim ni.
boleh nampak beza warna antara tangan dengan muka kan?
tangan gelap sebab tak pakai krim.muka cerah sebab pakai krim.

kanan: tangan kiri saya yang pakai krim.nampak cerah kan?
now uolss beza lah sendiri antara tangan yang pakai dengan tak pakai.
magic woohhhh ! ini memang betul2 boleh nampak putih sekelip mata.
dia bertindak macam krim badan jugak.takyah pakai lotion badan lain dah.


kata pengeluar:
whitening.pore tightening.
 to create a flawless beautifull skin,Cathy doll L-GLUTATHIONE magic cream
provides high premeability with miraculous charm.
natural plan extracts,plant opti blend,ultra soft formula can be used to hide and modify
body defects,to make pore invisible instanly.
intercept ultra violet rays UVA,B and C.
at the same time protect your skin that bieng exposed to the sun more throughly,
especially dark spots,to spot and aura skin.


hasil penggunaan saya:
- produk ni memang best.dia boleh guna untuk muka dan badan.

- krim warna putih pekat.sapu rata2 dia nampak ok kat kulit.

- kalau di muka kulit akan jadi cerah,glowing,lembut dan lembab.

- pori2 dan kemerahan nampak kurang jelas.

- tak berminyak.

- kalau di badan kulit akan jadi cerah,lembut dan lembab.

- kat badan dia berfungsi macam krim badan.

- yang penting produk ni kalis air!
kalau kena air memang tak melekit macam lotion badan dan krim muka biasa tu.

- ada bau yang lembut macam lotion badan.
pakai ni badan bau wangi je(bau tak pening kepala).

- krim dia lembut dan pekat tapi senang sangat nak apply.

- hasilnya serta merta! takyah tunggu2 dah.habis sapu terus nampak kesan dia.

- produk ni dalam bekas besar.kiranya boleh pakai lama,tak cepat habis.



sekali lagi kat mana nak beli?
sini: chantek selalu(sila klik sini)
(bukan saya yang jual ye.harap maklum).
p/s: sekarang stock tengah ada,cepat2 lah serbu beli sebelum kehabisan..menangis kang dek nooon.


like fanpage saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


like fanpage mekap dan tudung di:
http://www.facebook.com/fabulousiti


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.