Product review: Doll eyeliner.

Assalamualaikum.


segmen mereview produk comel kembali lagi..POMPOMPOM(bunga api).
tak sah lah kalau bukan dari onlineshop chantek selalu
p/s: banyak entry review sebab saya suka review dan share benda yang saya rasa best.


Doll eyeliner.
harga: RM13 (tak termasuk pos).
tempat beli(onlineshop): chantek selalu(klik sini)



mak datin sangat gaya dia -.-'
bukan main style lagik dia punya packaging tu.
sesuai sangat dengan kiteeee....(nyampah! haha).
p/s: dia ada beberapa lagi design dan warna botol yang cantik2.
sila tengok kat fb chantek selalu ok(klik link saya letak di atas tadi).



cutenye awak ni.dah lah warna pink.saje jeee nak buat kite geram2 kan.
bentuk dia kecik je..senang nak sumbat kat dalam bag.



uniknya eyeliner ni sebab dua2 belah penutup tu ada celak !
berus untuk liquid dan atasnya celak pensil.


liquid eyeliner.berus dia tu buat garisan eyeliner jadi halus sangat tapi
senang betul nak apply.takyah risau sapuan eyeliner jadi comot ke hape.
tangan tak stabil macam saya pun boleh dapat garisan eyeliner yang cantik dengan berus ni.
kanan tu pulak hasil garisan guna eyeliner ni.warna dia pekat dan melekat di kulit.



pensil eyeliner.
yang ini pun senang nak garis sebab dia lembut.warna pun terang jugak.



ini guna liquid eyeliner.saja buat garisan nipis2.lawa hasil dia !
senang garis,cepat kering,warna pekat dan yang penting waterproof!
saya sangat pentingkan eyeliner yang waterproof  sebab..errr...sebab...
hoi ratu air mata lah ! (pecah rahsia dia).


saya pakai sampai satu hari suntuk dan bila balik rumah try check semula.
waahhh hebat betul..eyeliner tak comot atau hilang..tapi takyah arr gatal tangan nak tonyoh2
semata2 nak test benda ni betul2 waterproof ke tidak.itu punya kes memang lah hilang(bebel je dia ni).
setiap kali mekap saya akan pakai eyeliner ni.ini betul2 tau,
bukan tipu2 sebab nak bodek owner dia ke apa..kahkah.malu aiiii..



ini eyeliner pensil.
tuan blog over lebih,sebab tu dia garis eyeliner ala2 'galak' kononnya.
senang garis dan senang lekat.
warna pekat dan lembut je time garis tu.tapi awas ye! ini tak waterproof.
kalau nak buat base untuk eyeshadow(warna gelap) pun boleh jugak sebab tekstur dia lembut dan pekat.



overall suka sangat eyeliner ni terutama liquid eyeliner yang best dan dah tentu lah cantik.
lepas tu bentuk comel pulak kan..haisshhh..bonus tu.



kat mana nak beli?
sini: chantek selalu(sila klik sini)
(bukan saya yang jual.sila klik link di atas ni).


like fanpage saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


like fanpage mekap dan tudung di:
http://www.facebook.com/fabulousiti


klik nuffnang nak kawen.
tq.