Review product: Lifebuoy VS Palmolive.

Assalamualaikum.


orang cakap bau sabun mandi pun boleh pengaruhi mood kita.
macam mandi dengan air panas dan sejuk..efek dia pun berlainan kan?
haa'aaaa..lain sangat kan? tambah2 bila saya biasa pakai sabun antibakteria
yang biasanya bau fresh2,pastu tetiba kena pakai sabun ala2 spa..what the? T_T
tak hardcore la weh!


ini saja nak kecoh2 pengalaman mandi dengan sabun berlainan,
bukan review macam biasa tu.."laaa..ingat nak review..kataku pada diriku"
kahkah..tak boleh belah.




selalu beli sabun antibakteria.maklumlah seisi rumah banyak main kuman..EH?!
paling best jenama lifebuoy.
macam2 haruman dan jenis yang dah ditry.hampir semua saya suka.bau best.
paling jatuh hati jiwa dan raga ni yang kaler biru muda ni.
suka bau dia senah oiiii...




taaddaaa !
lepas mandi guna sabun nih rasa segar cergas terus semangat waja pungpang2.
bau melekat,buih banyak..suka..suka weh !



hari tu sabun lifebuoy habis.
apa mimpi entah kak na beli sabun ni..sebagai seorang isi rumah yang tak beli sabun,
maka peluang untuk komplen dan tak suka adalah sebanyak 110020 perpuluhan 23432 sahaja..
ok,FAILED ! apa aku tulis pun aku tak paham..
cik siti oooo cik siti -.-'



bila pakai memang ok jugak.
bau wangi dan buih banyak.tapi lepas mandi rasa nak naik katil tido balik ZzZz...
sensual betul habaq hang !
macam mandi kat spa.otomatik kepala hotak di set supaya rasa relaks,tenang,nak baring2.


sila lah mentry dua2.dua2 pun best dan wangi.
tapi harap maaf palmolive,awak terlalu romantik untuk saya.
saya ganas,perlukan lifebuoy supaya kekal comel.. eh? 
"comel tak kak ton?"  
"comel kak ton...!" kahkah ! 


like fanpage saya di:


klik nuffnang nak kawen(tolong isi tabung perkahwinan saya).
 tq(tuan blog bikin malu saja).