product review: Bedazzle Look Makeup Set(produk berjenama dari best buy world).

Assalamualaikum.


hari tu dah citer kat uolss kat mana nak beli barang branded melalui online je kan.
kalau terlepas atau tak tak ingat..atau buat2 tak ingat(mulut tuan blog takde kaver line langsung)


jadi hari ini marilah bersorak sakan sebab saya nak review set mekap dari
ada banyak lagi set mekap,perfume,dan macam2 kat web nih.
semua berjenama,sila lah masuk kat situ.confirm teruja sebab banyak pilihan,original dan murah2
(terutama waktu happy hour,harga murah giler weh..).


Bedazzle Look Makeup Set.

cantik sungguh packaging dia.
menangis abang pos laju tu gamaknya..tapi mustahil lah kan,sebab luarnya ada pelastik
pos laju..mana nak nampak packaging ni..wakaka.
p/s: thanks fawzah.


the kotak..! sampai2 je terus ambil gambar dan post kat instagram dengan caption
"it's Dior?  jeng..jeng..sesuatu yang berjenama akan muncul di blog saya.."
ramai exited siap teka dalam ini shades dan macam2 lagi..haha.
teeetttt..! uolss semua salah..muahaha.



isi sebenarnya adalah set ini ! Bedazzle Look Makeup Set !
set ini ada:
1)  butterfly pattern sack(jenama Estee Lauder ke apa  entah,lupa pula).
2) dodo(jenama dari jepun) powder pact.
3) dodo palgantong eyeliner combi pencil.
4) Estee Lauder pure colour long lasting lipstick 7 colour.
5) Estee Lauder sumptuos extreme lash multiplying volume mascara.
6) dodo tip shadow green,light brown & yellow.
7) Estee Lauder gentle eye makeup remover.


Butterfly pattern sack.
suka beli set yang ada sack macam ni.
produk2 tu semua saya letak dalam karung kecil comel ni.
lepas tu letak dalam bag tangan atau bag baju..senang nak travel dan bawak pergi mana2.
produk/mekap kita tak akan bersepah dan 'tersesat' kat dalam bag tangan atau bag baju tu..
semua ada dalam sack ni..senang nak cari.terer tak kak ton? "terer kak toonnn" haha.
lagipun sack yang ini comel giler weh...ada banyak lagi sack dan pouch yang cantik2 kat web


dodo powder pack.
kotak luarnya.cantiknya ada bunga2.saya suka packaging yang cantik..
tak cantik tak suka..wahhh kejam !



the powder ! segi empat yang comel dan kecil.jimat ruang sack atau bag kita.



bedak ni ada 2 tingkat.
kau jangan ingat bangunan je ada tingkat,mangkuk tingkat ke kan..bedak pun dah ada tingkat..
bhahaha..(apesal haku bajet lawak nih (u_u") ).
tingkat yang pertama ada puff bedak.puff dia lembut sangat2.



tingkat yang kedua ada cermin dan bedak.
bedak dia dari kod #01 light beige.
macam cerah kan,tapi bila pakai nampak natural.ada bau yang light dan tekstur
bedak ni halus.



rupa 2 tingkat yang lebih jelas..haha..kelas kau bedak.



ini selepas pakai bedak tersebut.
tekstur dia halus dan ringan sangat.macam tak pakai bedak pun.
kulit nampak gebu dan warna nampak natural..comeynya ka toonnnn...(tetiba sangat kan).


dodo tip shadow.
dalam set ni dapat 3 tip shadow.ini eyeshadow ye.
ada warna green,light brown dan yellow.



tip shadow ni dalam bentuk seperti pen(atau yang sewaktu dengannya..haha).
macam 2in1,ada eyeshadow sekali dengan span untuk sapuan.
bahagian ada span tu macam ada spring tau.saja nak bagitau sebab saya macam jakun sikit..
harap uolss lebih sopan tak jakun macam saya T___T



warna2 tip shadow tersebut.shining tapi cantik dan ala2 pastel colour gituuu..



pulas penutup tip shadow(macam pen),kemudian terus je apply bahagian span tu kat mata.
mudah sangat kan.mudah untuk sapa2 yang nak cepat waktu bermekap,mudah untuk sapa2 yang travel,
mudah untuk mekap semula selepas solat..mudah lah semuanya(tapi takde kaitan dengan mudah.com).



hasilnya.shining tapi natural.saya suka sangat.
sapa2 yang suka mekap natural dan eyeshadow mudah disapu,
sila lah dapatkan set yang ada tip shadow ini.
p/s: saya guna warna yellow di seluruh kelopak sampai pelipat mata,warna green di kelopak
dan warna light brown di garisan bawah mata.kelas kauuu,siap ada tutorial lagi.



dodo palgantong eye liner combi pencil.
kotak eye liner tersebut.ada efek2 jepun.



ada dua bahagian.satu bahagian ada eye liner hitam dan satu bahagian lagi eye liner coklat.
untung sungguh kan..satu eye liner ada 2 warna terus.



hasil setelah digaris.warna cantikdan tektur lembut tapi tak mudah tanggal.
sesuai sangat lah untuk I yang selalu hardcore tak pasal2 ni(apa kaitan tah T__T)



atas mata saya guna eye liner warna hitam.
lembut,mudah digaris dan warna senang melekat.
p/s: saya memang suka garis tak 'straight' macam ini.lagi comot lagi suka..
terasa comel gituuu...muahaha..muntohhhh !



bawah mata saya garis separuh saja menggunakan eye liner warna coklat pula.
warna dia natural.sama jugak,lembut..mudah digaris dan warna melekat.
selain guna untuk bawah mata,saya cuba kreatif sikit..
saya guna eye liner yang coklat ni untuk lukis kening dan guna sebagai shading hidung !
terer kan? muahaha(nyampah sebab tuan blog asik perasan terer).



Estee Lauder sumptuous extreme
 lash multiplying volume mascara.
botolnye.saiz kecil(2.8ml).
senang nak sumbat dalam sack atau bag tangan.
maskara ni warna hitam.



bentuk berus dia.warna hitam pekat.



hasil selepas pakai maskara ni.
dia menyalut dan memisahkan bulu mata.so,sapa2 yang tak suka bulu mata berketul  dek maskara tu
sesuai sangat lah pakai maskara ni.dah boleh kelip pok kelip pok dah (kelip2 mata).
takyah pakai bulu mata palsu macam che ta.che ta pun kalah ni tau.



Estee Lauder pure colour long lasting 
lipstick 7 colour.
pallete lipstick.
nampak eksklusif gitu..lambang tu yang mahal tu..bhahaha.



7 warna semuanya! bestnye ada 7 warna sekaligus.
bawak pergi mana2 senang kan sebab 7 warna terus.pilih je nak pakai warna apa.
takyah bawak sebatang2 macam selalu tu.siap dapat berus dan ada cermin lagik tau.



warna2 dari pallete tersebut.
yang shimmer2 ada,yang nampak basah2 pun ada.
warna dia cantik.suka sangat !.



hasil selepas pakai salah satu warna dari pallete tu.
soft warna dia kan.teksturnya krim dan warna melekat di bibir.
tak mudah tanggal dan tak kering sangat bibir ni.
nak tahu satu rahsia? sebenarnya saya guna lipstick ni jugak untuk buat sebagai pemerah pipi !
caranya mudah saja,dot2 lipstick ni di pipi..kemudian sapu rata guna jari.
serius nampak cantik !



Estee Lauder gentle eye makeup remover.
saiz 50ml.tak memberatkan bag kalau nak bawak pergi mana2.



tekturnya cair macam air dan ada buih2.



saya nak testing nih.
atas tu eyeliner waterproof,coklat tu pigmented eyeshadow(tak mudah tanggal),
merah tu lipstick yang tak mudah tanggal dan bawah sekali maskara.
walaupun dia hanya eye makeup remover,tapi saja nak test guna kat lipstick jugak.



saya letak eye makeup remover tu di kapas dan sapu di sebelah garisan mekap2 tadi.
berkesan ! best sebab tak berminyak.saya dah cuci mekap guna produk ni.
bukan kat mata je,kat seluruh muka saya guna.saja nak test kan.



sekali zaaapppp ! dia tanggalkan mekap.
ni kesan2 mekap yang keluar lepas sesi testing kat tangan tadi.



hasil mekap menggunakan kesemua 
produk dari set ini.
p/s:sapa2 yang rasa nak curi gambar saya tu sila ingat dosa pahala dan tindakan
yang saya boleh ambil ye adik2.sekian peringatan sebab ramai suka curi gambar saya.
saya guna semua produk dari set ini(yang saya review semua ni).
pipi saya guna lipstick dari pallete tu.kening dan shading hidung saya guna eye liner coklat tu.
ini saya mekap betul2 tau bukan guna efek camera 385 ke,399 ke..tak guna efek2 edit tu pun.



mekap ini soft.sesuai untuk apa2 acara je.


soft dan natural.eyeshadow pun natural je kan?
saya suka lah produk dari set ni.




apa lagi uolss  tunggu tu..sila lah cari mana2 set atau produk yang uolss mungkin suka
ada macam2 lagi.perfume ada,mekap ada,skincare ada,bag ada,banyak lagi lah.
semua branded2 punya..macam SKII,Christian Dior,Estee Lauder dan banyak lagi jenama.
original,harga murah dan promosi dengan sale pun selalu ada.
beli barang branded hanya melalui online.best kan?



sekali lagi,kat mana nak beli produk2 branded ni?




like fanpage blog saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.



16 comments:

NinaAz said...

Jeles sungguh ngn ct sebab pandai bermekap bagai. Hihi. Kecomelan mata terserlah ♥

zeera lily said...

cantikkkk.......


ok! nk tutorial tudung ni plssssss

cik eka said...

ohoiiii k.zoey oiiii pasai pa bagi link..kan kami da tgk..aishh payoh la kite klu da dpt link ni..air terjun la jwp nye duit kami..huaaaaa smooth gile muke k.zoey like2 :)

Puteri Panda said...

suka dengan dodo tip shadow dan estee lauder lipstick palette tu. jam berapa waktu happy hour tu? share la..;)

nuyui a.k.a miss YUI said...

sgt cntik hasilnya..

~ Huda Qamar~ said...

ahhh...mencik la entry ni. rasa nak semua yg disebut tu. lagi2 pallet lipstick dgn eye shadow tu. nak jugak nak jugak nak skrg jugak (T______T)

Siti(zoey) said...

ninaz: kecomelan mata sebab guna set mekap ni je haha.

Siti(zoey) said...

zeera: tq.

Siti(zoey) said...

cik eka: try lah shopping kat web nih..best wooo haha.

Siti(zoey) said...

puteri: blh check kat fb page diaorang.

Siti(zoey) said...

nuyui: thanks.

Siti(zoey) said...

huda: haha..sila beli sbb best!

sitizahara muhammad said...

cantikkk..nampk nutral je..:)

Tulus Sweet said...

IT'S DIORRRRR!

Anis Suraya said...

Like seriously akak guna bedak ja and without others make up lawa sangat. Style skrg, cutr and simple. Ur face puj lawa, part yang (comey tak kak ton) tu. Seeious kak ton akan jawab comey.

Syafiqah Hashim said...

cantikkk :)

KLIK SINI TUAN BLOG NAK KAWEN