Product review: botanical choice deep cleansing peel-off mask 'cucumber'.

Assalamualaikum.


hari tu pergi watsons beli 4 keping masker jenama ni.
cik puan datin markonah memang over macam ni.tamak campur teruja konon2nye.
last2 baru pakai sekeping.tapi tak menyesal sangat beli banyak sebab jenama ni best woohh!
pestime cuba terus jatuh cinta..amboi bukan main T_T



botanical choice deep cleansing peel-off mask "cucumber".
harga tak ingat pulak sebab dah lama beli.bawah RM10 rasanya.beli kat watsons.
ni lah rupa packaging luar masker ni.



ni rupa belakang packaging dia.
nak tahu details2 dia macam cara pakai dan bahan2 silalah ushar bahagian belakang ni.




cara pakai:
bersihkan muka.buka sachet dan sapu mask secara nipis dan rata di seluruh muka kecuali mata.
biarkan selama 15 minit sehingga kering.
tekstur dia cair dan jernih..pandai2 lah guna jari untuk sapu.
satu paket ni boleh pakai sekali saja.




bila dah kering tu,perlahan2 tarik dia bermula dari bahagian bawah muka.
lembut2 tau..jangan kasar2.jangan risau,dia tak sakit pun.
lepas tu cuci muka dengan air untuk menghilangkan sisa.
syok woo time tarik ni.



gambar selepas guna(dah lama dah ambil gambar dan try benda ni,baru sekarang nak publish).
over betul tuan blog nih.muka berseri2 bukan main.
dalam gambar mampu lah nampak flawless gini.hala je muka depan cehaya..
berseri kalah tokti T_T




KATA PENGELUAR:
deep clean and moisturizing!
menanggalkan kekotoran sel kulit mati secara lembut.
sementara ekstrak timun menjadikan kulit lembab dan selicin sutera.
topeng kedap udaranya membenarkan bahan2 semulajadi menembusi jauh ke dalam liang pori
untuk membersihkan dan meningkatkan kejelasan kulit serta melembabkan.


KATA SAYA:
best ! kulit lembab dan  lembut sangat.2,3 hari lepas tu pun dok rasa lembut lagi.
dia ada bau yang mild.tekstur dia cair dan jernih.
bila kering time tarik tu memang best.rasa macam kotoran keluar habis.
tapi tak bila tarik tu tak sakit macam kebanyakan mask lain.
rasa tegang2.kulit nampak glowing sikit.yang penting kulit memang lembut.



silalah try..memang bagus.kat mana nak beli? WATSONS !
bukan saya yang jual..hehe.
tapi kena ingat tau.kesan mungkin berbeza untuk setiap orang.
saya jujur review dari pengalaman sendiri yang guna.
ini bukan entry sponsor.tak dibayar pun.saja nak share dengan uolsss benda yang saya try.


like fanpage saya di:


like fanpage tudung dan mekap saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.


tq.

7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

great

nuyui a.k.a miss YUI said...

selalu tgk je..tak try lg..hihi..

tp mmg nampak best la bila time tarik tu..

temah keroppi said...

Sis review la produk farmasi colour cosmetic..hehe

Cik Yatt said...

bagus la sis zoey ni.. senang nak tau produk tu ok tak..singgah sini saja..hihi

Izzah Azizah said...

Saya pun dah pernah try yang ni kak ! Sejukkkkkkk jer =)

Trah Ucop said...

agreed! mask ney mmg besh.saye pon sukee pakai ;)

zeera lily said...

sis, cantik nya kulit muke u..
jelous.. dah la pandai make up..
lg jelous..ihikk..