product review: cathy doll B.B cream.

Assalamualaikum.


walaupun sekarang orang dah kecoh2 pasal CC cream, DD cream,ZZ cream,
tapi B.B cream masih lagi menjadi pilihan orang2 yang suka nampak comel macam saya nih..
suka nampak comel kononnn....kahkah.
dalam banyak2 B.B cream yang saya pernah try,yang ini adalah yang terpaling comel
dan terpaling suka! siap berebut dengan CCE lagik.



PRODUK: 
Cathy doll B.B cream.

SAIZ: 
30gm.

HARGA:
RM40 termasuk pos untuk semenanjung 
dan RM45 termasuk pos untuk sabah dan sarawak.

TEMPAT BELI(ONLONESHOP): HisyfadzBeautyHome(klik sini)



the packaging.
nampak je packaging comel2 gini terus lompat2 nak beli dan guna.
serius comel wohhhh...!


sebab dia comel,terus saya letak dua gambar packaging dia ni.
haish teruja betul sampai kotak tu pun saya tak buang sampai la sekarang ni..
ihiks ihiks..(apesal haku gelak gedik nih T_T ).


bahagian belakang packaging dia.
ada info2 pasal produk ni,macam kandungan bahan,cara guna dan kebaikan2 dia.



ada tulisan korea yang super comels!
bajet terer,usha apa dia tulis bukan main tapi dalam kepala asik pikir
"tulisan dia macam bunga..eh,macam pemandangan".
vongok! hahahahaha..



ohmai..! ohmai..! ohmai..!
awak sangat comel B.B cream! T___T


dah lah kaler pink kan...dah tak hardcore lah dahku sebab suka
benda kaler pink ni...wuwuwuwu.. (-,-")


kat bahagian belakang botol ada cara2 pakai.


penutup dia.comelnya..


lubang dia besar,kena hati2 waktu tuang produk sebab takut terlebih tuang nanti rugi la kan.
tapi it's not a big deal...ceceh cakap omputih kauuuu.



tekstur dia cair dan cerah.senang nak sapu.


cara pakai senang je,dot2 kat muka lepas tu sapu sampai rata dan nampak natural.
nak tebal atau nipis ikut suka kita lah..bukan ikut suka ibu2,bapak2..siapa yang punya anak 
bilang aku..HOI! siap TERnyanyi lagik.over tauuu.
p/s: jari biru kebanggaan saya jap sebab dah mengundi..wakaka.


kiri: sebelum pakai produk.
kanan: selepas pakai produk.
pakai produk ni semata2 tau.tak pakai bedak,foundation dan concealer pun.
boleh nampak perbezaan dia kan? kulit jadi berseri,glowing dan cerah lepas pakai B.B cream ni.


KATA PENGELUAR:
- memutihkan,mengecilkan pori,memudarkan bintik dan mengawal minyak.
- mengandungi SPF59 PA+++ untuk melindungi kulit dari sinar UVA/UVB.
- formulasi original dari korea tetapi dipacking/dikilangkan di thailand.
- kesan berganda blemish balm(B.B) meratakan kompleksi,melicinkan tekstur kulit 
dan melitupi kulit secara semulajadi.
- mengandungi bahan2 pemutihan antaranya 8 ekstrak tumbuhan seperti rosemary,
ekstrak plasenta tumbuhan dan arbutin,jadi ia memberi kesan pemutihan dan perlindungan dari
sinar uv.
- menjadikan kulit cerah dan sihat.
- sesuai untuk semua jenis kulit.
- menutupi bintik di muka seperti pigmentasi,tompok putih,warna tidak sekata,
akne,parut,lingkaran hitam sekeliling mata).
- tidak menyumbat pori dan merosakkan kulit.
- sebagai asas solekan dan concealer(solekan asas menjadi lebih mudah dan cepat).
- sifatnya merawat,melembab dan menghaluskan kulit.
- menggalakkan regenerasi kulit untuk mengekalkan kulit muda.
- merawat kedut dan melambatkan penuaan.
- warnanya dicipta supaya sesuai dengan kulit orang asia.
- tekstur ringan dan sesuai untuk cuaca panas/tropika.


HASIL PENGGUNAAN SAYA:
- tekstur ringan.senang nak sapu dan terasa ringan macam tak pakai bedak.

- lepas pakai kulit terus jadi glowing! saya memang suka kalau nampak glowing sebab
nampak macam kulit kita licin je.

- kulit jadi lembab,lembut dan licin.betul,tak tipu.

- kalis air! sangat sesuai untuk orang yang mudah berpeluh.peluh camne pun cream ni
masih elok kat kulit.tak sememeh dan tak hilang.mesti ramai yang cakap
tak best kalau kalis air sebab susah nak cuci waktu nak solat dan sebagainya.
sebenarnya senang ja cuci dia.tak susah pun.

- kulit nampak cerah.kesan cerah yang segera weh..sapa yang tak mau?

- merah2 dan parut nampak kurang jelas lepas pakai B.B ni.

- tak berminyak! orang yang ada kulit berminyak memang patut cuba B.B ni.

- bau dia mild.tak kuat dan tak peningkan kepala.

- tahan lama kat kulit.saya selalu try B.B cream yang lain,
selepas beberapa jam pakai mesti keluar kesan2 cream tu.sememeh.yang ni tak pun.

- ada spf 59+++.tinggi tuuuu ! so dia dapat lindungi kulit kita dari sinar uv lebih lama.
sinar uv ni bahaya tau.kulit cepat tua,jadi hitam dan boleh dapat kanser kulit.

- saya suka pakai dia saja.tak pakai bedak dah.nampak berseri2 gituuu..
tapi sebenarnya boleh pakai dia dulu lepas tu pakai pulak foundation,concealer dan bedak.
kalau mahu lah..saya suka pakai dia saja.

- sapa2 yang tak suka mekap sangat dan tak suka habiskan masa belek muka,
silalah pakai B.B cream ni sebab cepat dan senang.sapu je dan takyah pakai
banyak2 bedak.tak pakai bedak langsung pun boleh(macam saya selalu buat).

overall memang B.B cream jenama ni best.
dah lah comel,kesan dia best pulak tu.



sekali lagi kat mana nak beli?
kat sini kak tonnnn... :
klik link atas ni ok..bukan saya yang jual.


like fanpage blog saya di:
ni fanpage blog saya tau,bukan saya yang jual produk B.B ni.


klik iklan nuffnang nak tawen..hehe.
tq.