product review: MUA lipstick.

Assalamualaikum.


MUA lipstick ni sejenis jenama dari UK.UK lah kalau tak salah.pening2 pulak.
jurusolek,jurutaksolek,youtubers kaki mekap,semua tahu jenama ni kot.
tak caya,sila usha tuto mekap kat youtube.makin glamer jenama ni tau.


saya dah try MUA lipstick warna shade 12.
ayuh kawan jom kita review beliau ! HIYARGGHHH !!!(nada biar over,sungguh2 semangat).


produk:
MUA makeup academy lipstick.

warna/kod:
shade 12.

harga:
RM10 untuk ready stock(tak termasuk pos) atau 
RM8 untuk pre-order(tidak termasuk pos).

tempat beli(onlineshop yang jual):


p/s: mohon pada sesiapa yang ada niat mencuri dan menggunakan gambar saya
tanpa kebenaran sila ingat dosa dan siksaan Allah.
saya tak benarkan walau untuk save as sekalipun.
malah jika menyalahgunakan gambar orang lain,anda boleh didakwa mengikut akta komunikasi dan multimedia,didenda melebihi RM58 ribu atau penjara tidak lebih dari setahun
atau kedua-duanya sekali.
tq.



packaging yang menggoda kaum perempuan.
sapa tak tergoda kalau tengok lipstick? sape? sape? haaa cakap sikit(over pula dia ni).



sebab dah tergoda lah saya taruk gambar dia sampai 2 kali..bhahaha.



bawahnya ada sesuatu yang menarik.
macam small container yang ada lipstick juga..ewahhh.



the lipstick !
atasnya lipstick,bawahnya juga ada lipstick.



pusing small container kat bawah batang lipstick tu,maka ini la lipstick dia.
warnanya sama saja macam lipstick kat atas tu.
kalau nak sapu lipstick guna berus,boleh la guna yang dalam small container ni.
ohmai,gedik gila asyik sebut small container je..( tak tahu nak panggil apa sebenarnya haha =p ).



shade 12 ni ada glitter rupanya !
glitter tu partikel2 yang merelit,berkilat,bersinar,hoiiii ! rajinnya pulak nak bagi uolss
pening sekali..kahkah.



haaa..nampak tak?
bila kena cahaya makin jelas glitter tu nampak.bersinar bukan main.



hasilnya di bibir saya v(n_n)v
cantik sangat okeh ! mudah disapu sebab teksturnya lembut.


glitter tu buat bibir nampak cantik lah.
bersinar2 macam basah je kan.


saya suka lipstick ni.kalau nak kesan yang natural,boleh pakai nipis2.
kalau nak efek lebih menyerlah,pakai lah tebal2 sikit kan.


saya jarang suka dengan warna macam ni,tapi yang ini sangat cantik.
boleh nampak natural(pakai nipis2) dan boleh juga nampak menyerlah(pakai banyak lapis sikit).



hasil penggunaan saya:
- warna cantik dan senang melekat di bibir.
- teksturnya lembut dan licin.senang sapu di bibir.
- bibir jadi lembab lepas pakai.tak kering macam kebanyakan lipstick.
jadi takyah pakai dengan lipbalm dan lipgloss dah.senang kerja,takyah pakai banyak benda.
- shade 12 ni ada glitter.bila kena cahaya nampak bibir bersinar.cantik !
- ada bau candy.
-sapa2 yang suka sapu lipstick guna berus,boleh guna lipstick dari small container kat bawah
batang lipstick ni.sapa yang suka sapu terus,boleh guna lipstick atas tu.
macam 2in1 pulak :p
-selain warna shade 12 ni,MUA lipstick ada 16 warna semuanya.
kalau tak salah,ada yang glitter,ada yang tak.yang penting..semua warna cantik.
ada warna natural dan ada jugak warna terang.
- murah ! tak rugi kalau nak beli banyak pun..hehe.


overall saya suka lipstick ni sebab cantik.
uolss pun sila lah try.murah je.minah saleh ramai yang guna brand ni tau.


sekali lagi,kat mana beli? sini lerrr:
p/s: klik link atas ni,sebarang pertanyaan dan pembelian
boleh tanya terus dengan owner dia.dia lebih arif.saya review dari pengalaman sendiri guna ja.
bukan saya yang jual tau.


like fanpage saya di:



klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.


8 comments:

nuraliasaqinaMY said...

jelesnya kulit anda bersih lagi suci >.<

hana hadi said...

suka tengok glitter2 tu

Puteri Panda said...

shade 12 antara pilihan saya. tak sangka cantik. menyesal pula tak beli masa pre-order. shade 9 & 12 pilihan saya. sekarang cuma ada shade 11, 16 & Doin Good.

SI MILLY'S said...

Aduhai canteknye kulit. Jeles :/

Mime MF said...

cantik warna dia...^^

siti ZAHARA said...

klu bibir cepat kering bleh tk pkai
lipstick ni..(-_-')

pinky said...

cantek bangat...teringin nk beli jgk...

eira wazir said...

nice :)