ladang anggur tasik beris part I

Assalamualaikum dan selamat menyambut bulan ramadan :)



19.4.13 pi jalan2 kat tasik beris sik,kedah.
ni kali pertama pi situ.amboi jauh betul tempat ni T___T
entry part I ni saya letak gambar sekitar tempat ni,entry part II saya akan letak
entry-syok-sendiri-muka-haku-je-penuh-senaahhhh.




signboard kat tepi jalan.jangan hover drive macam kitaorang.terlajak perahu boleh diundur,
terlajak drive patah balik arr weh ! *errkk eleehhh -.-'



dekat pintu masuk tempat tu.
sekarang ladang anggur ni pun dah ada ladang strawberry jugak.
mungkin lepas ni ada ladang kiwi ke,epal ke,kambing ke,lembu ke?
muahahaha...hover I taaauuuu.




arah tujuan dengan harapan takde yang tersesat muahaha.orang dewasa RM4,kanak2 RM2.
ini bayaran masuk ke ladang anggur,kalau takmo masuk takyah la bayar.
jalan2 kat luar tu tak kena bayar pun.




ada tasik uolsss...segak bukan main tasik dia.




jalan2 nak pergi ke ladang tu jumpa lah tempat2 cantik ni.
sejuk hati nurani tengok tempat cantik gini.




kolam ikan.ada ikan kap kot? ikan kaloi tak dapat dikenalpasti*tetiba sangat kan.




tepi kolam ikan tadi.sejuk je pemandangan kat sini.




nampak tempat tu? kalau nak masuk ke ladang,kena bayar dan ambil tiket kat dalam ni.
kat dalam ni jugak ada jual produk2 ladang anggur tasik beris.
bukan produk anggur je,produk strawberry pun ada jugak.




berhadapan dengan office tadi ada cafe.




cafe tepi tasik.heavennn... T____T nanges sebab lawa sangat.
tapi sayangya,depa tak buat makanan yang sesuai dengan tittle cafe.
rasanya lagi best kalau cafe depa ada dessert ke kan sebab bila sampai sini
terus rasa nak makan dessert.




tempat ni tinggi sikit.kalau nak jalan2 tepi tasik kena turun bawah.
ada laluan pejalan kaki yang cantik dan playground.




sejuk dan cantik sangat kat sini.
nak nyanyi hindustan ke,feeling drama ke boleh la buat kat sini tapi kena halau
gua tak tanggung beb! bhahaha.




tempat dia bukan saja cantik,tapi yang paling penting bersih
walaupun ramai yang mai sini.time ni tak ramai sangat orang.




aina yang teruja dengan tempat cantik.




laluan masuk ke ladang anggur.




nasib baik time pi ni ada buah anggur.
menggiurkan betul ! tapi tak petik puunnn.kami semua mana makan anggur(takut 'penat').




ni anggur kaler hitam.besar jugak lah saiz buah dia.
kaler hijau pun ada jugak tapi saiz dia bujur2 sikit.




terujanyaaaa tengok buah anggur banyak2 kat atas kepala.





bulat dan fresh dari ladang.




bahagian dalam hujung ladang tu ada tempat ni pulak.
nak duduk ilek2 boleh la.cantik dan bersih jugak.
sejuk sikit kat dalam ni,mungkin sebab ladang keliling dia kan..
pastu ada tempias2 air siram ladang tu.




boleh masuk ke ladang untuk ambil gambar dan tengok buah dia dari dekat.
ladang ni nak kata besar sangat tu tak jugak,tapi kecik sangat pun tak jugak.
tapi best sebab tempat dia cantik.



tunggu entry ke-2.



like fanpage saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.









8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow
terbaik nie

Iqa said...

Wahhh...bestnyaaaa...next time bole p :D

shu said...

anggur tu blh petik bwa blik eh?

hlovate said...

boleh petik x?

Siti(zoey) said...

nurzakiah: mmg terbaik.

Siti(zoey) said...

iqa: pi jgn x pi.tempat ni cantik.

Siti(zoey) said...

shu: kalau x slh blh tp kena minta izin depa dulu sbb ada time.buah bkn tiap masa blh petik kan.

Siti(zoey) said...

hlovate: boleh tp kena tanya depa dulu lah kot.