product review: green bean scrub powder(scrub muka dan badan).

Assalamualaikum.


kalau uols perasan,saya selalu review pasal scrub terutama scrub badan.
tapi takyah arr bayangkan hari2 saya tonyoh badan.
hari2 tonyoh tu ada dua kemungkinan..kalau tak jadik cam rozita che wan,kulit gua nipis
kalah kulit bawang ! toksah nak over weh.
jadi hari ni meh nak kenalkan kat uolss dengan scrub tradisional best giler ni.
i pakai okeh..i pakai tau !(emosi tak terkawal T__T).



produk: green bean scrub powder.

saiz: 95gm.

harga: RM15 tidak termasuk pos.

tempat beli(onlineshop yang jual): DeFasyaConcept(fb page)*sila klik sini.
                                            :atenlovefasya(fb owner) *sila klik sini



packaging produk.
walaupun packaging dia seperti kebanyakan produk tradisonal yang lain,
tapi kau jangan pandang dia sebelah mata.scrub ni power ni.



bahagian belakang botol dia ada details2.
jadi anda takkan tersesat ketika menggunakan produk ini..muahaha.



isinya.tekstur serbuk dan ada efek kasar jugak.
kuning yang menggerunkan tapi don't worry bebeh ! benda ni tak akan buat kulit uolss jadi kuning.
power nih ! power nih !



cara guna senang je.basahkan kulit muka atau badan,sapu serbuk scrub 
dan gosok perlahan2.nak scrub cara saya? gosok lama2.
kesan serbuk atau krim akan nampak macam hilang,tapi jangan stop,
teruskan gosok.kalau kering basahkan jari sikit dan terus gosok lagi.
uolss akan nampak sendiri bergentel2 sisa scrub bersama daki hitam keluar.



haaa..macam ni.gosok sampai keluar hitam2 ni.
kalau kulit uolss jenis yang mudah nampak daki,lepas gosok cara ni uolss 
akan nampak daki2 kat kulit tu dah hilang.puas hati tahap maksimum tengok daki dah takde.


ini cara saya kalau scrub badan.kalau scrub muka jangan buat cara ni.kasar sangat.
kat muka kena basahkan dengan air,pastu gosok lembut2 scrub ni dan bilas.
guna lah pencuci muka pastu cuci dengan air bersih2.waalllaaaa ! dah jadi muka che ta dahh..
kahkah T_____________T



ini hasil saya scrub kat tangan je nih.
nampak hitam2 tu? daki tau ! euuwwww ! nak ke badan ada daki berkilo2 dan kotor?
kulit jadi kering,kusam,gelap dan cepat tua.nak mencegah kena lah scrub selalu.
paling penting kena lah guna produk yang the best macam scrub ni.



lepas dah settled bab gosok2 tu kena la cuci dengan air dan sabun badan.
kalau scrub kat muka cuci lah guna pencuci muka.hasilnya? kulit halus mulus putihhhhh uolsss !
walaupun pengeluar tak cakap produk ni boleh putihkan kulit ke ape,
tapi lepas guna nampak macam cerah berseri seputih salju jeeee....
ke gua yang perasan beb? muahaha.



kata pengeluar:
1) menghaluskan kulit muka dan badan.
2) menghilangkan daki dan kotoran akibat peluh.
3) menghilangkan jerawat di belakang badan.
4) mengurangkan jeragat.
5) mengurangkan bau badan.
6) warna kulit menjadi lebih sihat dan cerah.
7) mengembalikan kesegaran pada badan.
8) lebih bersih,cantik dan berseri.


hasil penggunaan saya:
1) best sebab daki hitam memang keluar real2 punya !
kulit saya ni kalau berdaki sikit je dah nampak sangat dah.pastu jadi rimas
sebab rasa kulit kotor dan tak bersih.lepas pakai ni memang daki2 yang nampak jelas
tu dah hilang!
2) ni produk tradisional,bahan utama mesti lah kacang hijau tu kan.dari pemerhatian saya la kan produk ni
macam takde campur apa2 bahan kimia.so,mesti lah takde kesan yang tak elok kat kulit kan.
3) waktu scrub warna dia  kuning,tapi lepas bilas dengan air memang takde kesan kuning pun.
nampak kulit cerah ada lah.
4) produk ni ada bau kunyit.mesti dia ada campur kunyit kan?(jadi mak nujum plak daahh -.-').
kunyit ni bagus untuk kulit sebab dia antiseptik.dia dapat merawat jerawat
dan lain2 masalah kulit.
5) kulit rasa halus dan bersih lepas guna.yang penting daki hilang.
tu motif utama scrub badan.bagus scrub badan dan buang daki ni tau.
6) untung sebab 2in1.boleh guna untuk scrub kat badan dan muka.



overall memang saya suka sangat lah produk ni.
uolss pun kena try.tapi hasilnya dan tahap kepuasan tu tak sama untuk setiap individu la kan.
saya share pengalaman guna je.


sekali lagi kat mana nak beli?
atau
*bukan saya yang jual tau.apa2 pertanyaan dan pembelian
sila berhubung dengan owner dia ya sebab mereka lebih arif.



like fanpage blog saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.






3 comments:

Zaza said...

wah, byk jgk produk best..lepas siti buat review pasal bedak kokuryu tempohari, terus zaza pergi cari..hihi

Nurzakiah Hanum said...

great

shu said...

sy pun suka guna scrub bdn..tp x konsisten, ikut mood nk tonyoh bila..