tips menjimat dan mengelakkan gel eyeliner dari menjadi keras.

Assalamualaikum.



saya suka gel eyeliner tapi dia mudah jadi kering dan keras.
benda yang seronok memang mudah bermasalah kan? 
tapi masalahnya sekarang ini gel eyeliner tu seronok ke? T__T



bila gel eyeliner jadi keras,ada beberapa cara kita boleh buat untuk cairkan semula.
tapi lepas tu dia jadi keras balik.stress kau paham? ok..ilek.takyah kecoh2.
*saya pernah share tips cairkan eyeliner..sila klik SINI



sebab saya suka sangat tapi saya jugak menjadi stress sampai nak piat2 telinge sendiri,
saya pun cuba menggunakan otak untuk berfikir secara logik(selalu pikir benda tak logik je).
pikir macam mana nak elakkan gel eyeliner dari jadi mudah kering.
pikir macam mana nak menjimatkan duit dari asik kena beli gel eyeliner baru.
last2...KETING ! KETING !
ini bukan bunyik mamak jual roti,ini bunyik hotak gua beb..hotak gua !
muahahahaha(gelak dengan bangga sekali).




CARA NO.1:
nampak ni? nampak kan ni bukan periuk nasi? ok bagus...muahaha.
ni bekas kecik2 tu.saya beli kat kedai sinma yang jual mekap,aksesori dan sepit2 rambut tu.
harga 2 ringgit lebih ja.dia ada penutup.



bekas yang saya beli sebenarnya bertingkat.nak beli yang single,tapi terbeli yang tingkat2 pula.
mangkuk tingkat betul ! tapi takpe.untung juga tingkat2 macam ni.
tingkat satu letak eyeliner hitam,tingkat dua letak eyeliner coklat,tingkat tiga letak la nasi goreng ke,
gulai ayam ke kan..AMBOI ! jauh tersasar tuan blog ni T____________T



gel eyeliner saya baru beli.saya guna hujung sudu kfc,ambil gel eyeliner tu sikit.
lupa nak pesan,sudu tu tak perlu jenama kfc pun takpe,jenama darlee ke,daia ke semua pun boleh....



lepas tu letak gel eyeliner tu kat dalam bekas kecil ni.letak sikit ja tau jangan banyak2.
gel eyeliner dalam bekas asal tadi kena tutup ketat2 dan simpan buat stock.jangan guna yang tu.
guna dari bekas kecik ni je.kalau keras pun sikit je yang keras.tak rasa rugi dan jimat duit sebab tak payah beli eyeliner baru ! kalau guna terus dari bekas asal,sekali dia kering semua eyeliner tu kering.satu bekas tu kering ! rugiiiii...kena beli baru.gel eyeliner mahal uolsss tau...



bila kita guna gel eyeliner,kita akan buka penutup..dan waktu kita tengah apply eyeliner di mata
mesti tak tutup bekas eyeliner kan? dia kena udara dan dari situ la eyeliner mudah jadi kering dan keras.
kalau kita guna dari bekas asal,gel eyeliner dalam bekas tu ada banyak.
kalau dia kering memang akan kering semuanya.tak boleh guna dah.kena beli baru.
memang rugi padahal isinya banyak lagi cuma dah kering !



kena selalu tutup bekas gel eyeliner.
dah letak sikit dalam bekas ni,guna yang sikit ni je.jangan guna yang banyak tu..rugi kalau kering.
yang sikit ni silap2 tak sempat kering dah habis guna sebab sikit je kan? jimaaatttt lagi sebab tak sempat kering...bhahaha(asik ulang ayat yang sama je -.-" memang sah stress betul dengan eyeliner kering).
kalau yang sikit ni kering cuma buang,cuci bekas bersih2 dan ulang semula proses tadi.
ambil sikit gel eyeliner dari bekas asal dan letak dalam bekas kecik ni.
guna dan guna dan guna yang sikit ni je ok.



CARA NO.2:
dah buat cara no.1 tadi,paraktikkan pulak cara no.2 ni.
selalu kita tengah guna gel eyeliner kita biar bekas dia terbuka dan menghala ke atas macam ni kan?
ni tuan blog pun amalkan sebab tu gel eyeliner dia yang satu ni keras kejung cissss !
(demo ni guna eyeliner yang dah keras).



lepas ambil gel eyeliner dengan berus dan nak apply di mata,
cepat2 letak bekas gel eyeliner tu menghala ke bawah macam ni.
letak kat permukaan yang rata.bila kita letak tertonggeng macam ni gel eyeliner tak kena udara
jadi proses untuk dia jadi kering tu berkurang.kurang banyak tau.
jadi gel eyeliner akan kekal lembut lebih lama.cara ni saya pernah jumpa kat youtube kot.




dua2 cara ni memang saya praktikkan sekarang.tak larat asik kena beli eyeliner baru je.
uolsss pun sila lah cuba.



like fanpage saya di:



like fanpage mekap dan tudung di:



klik iklan nuffnang nak akwen.
tq.

4 comments:

Amanina Mads said...

tengs dear...hehe
selalu ada masalah ni. oke dh settle

mirza syazwina said...

saya punya gel eye liner pun dah nak keras dah,terima kasih ^_^

Nurzakiah Hanum said...

great

hany haineko said...

ok ni terbaik (Y) thanks :D