D.I.Y katil pusaka berusia lebih dari 100 tahun !

Assalamualaikum.


awal tahun ni rumah saya kena ribut lagi.bumbung rumah tercabut.
kali ni sekali bumbung bilik saya tercabut ! amboi tragik...habis laptop,katil,tilam tebalku
dan meja solek rosak tak dapat diselamatkan lagi...kasihannnn....


benda pertama dan konon terpenting kena beli tentulah laptop tanpamu cemana gua nak buat kerja.
pastu simpanan di bank berkurang(walaupun dah beli laptop yang terpaling murah).
pastu ada sipi2 simpanan tu berangkatlah saya dan family ke kedai perabot dengan misi nak cari
katil dan tilam baru.sampai sana semua mahal2 belaka.yang murah langsung membuatkan ku kuciwa..
katil yang tak tahan langsung pastu tilam pulak takde yang murah.miskin sungguh waktu ni..sobsss.
punya lama dok fikir pusing pi mai pi mai kat dalam kedai tu,last2 terfikir pasal katil pusaka
arwah tok saya.katil tak berapa ok rasanya tapi gagahkan jugak lah try balik check kot2 masih dapat diselamatkan.korek lah semua2 katil tu.dah berkarat pun tapi nasib lah diri sendiri tau berfikir.
kita D.I.Y !




untuk mendapatkan hasil katil macam ni kena lah bersusah-susah dahulu
 dan bercantik-cantik kemudian T___T




nahhhh ! ambik hang ! tiang2 katil ni semua dah berkarat.
sebab ni katil pusaka dan dah lama,semua jadi berkarat.sebenarnya tiang2 dia warna hitam dan ada corak bunga merah.tapi sebab berkarat,boleh nampak sisa2 corak je.
memula tengok semua dah berkarat ni,hatiku turut berkarat sekali..macam nak nanges wa cakap lu.
punya teruk karat tu.pastu tiang dia berat..ada lah kot 2,3 kali ganda berat saya ni.



kalau nak tau,katil ni berusia lebih dari 100 tahun !
waktu bapak saya bagitau tu macam tak percaya jeee...tapi bila fikir balik memang betul lah.
arwah tok nek(mak kepada tok saya) beli katil ni waktu arwah tok saya nak kahwin dengan arwah tok wan.
tu waktu depa muda2 tu.tahun berapa pun tak tau.sekarang bapak saya yang anak bongsu tu pun
dan berumur 60 tahun lebih,so memang betul lah katil ni berusia lebih dari 100 tahun !
hebat !




tu tangan kakna..sebab tu tembam2...KAHKAH !
mula2 tonyoh buang karat2 tu guna kertas pasir.nak guna kertas batu ke,kertas simen ke,
tu kau punya pasal lah kan..muahaha.




lepas tu mula sesi mengecat.saya nak cat warna putih sebab saya suka putih(ala2 inggeris kononnya).
tapi cat besi warna tu takdak,so saya cat warna krim saja.ni guna cat untuk besi.
2 hari jugak ambil masa nak cat dan jemur tengah panas.dah la tak larat.tiang2 ni berat nak mampos !
nasib kakna tolong angkat.saya cat kejap pastu stop. pastu sambung balik dan ulang benda yang sama.
peluh bertimba2 keluar..kuruih cek ! :p




dah habis cat mula sesi memasang.ni bapak saya yang pasang.
ada jugak badan dia yang dah hilang tapi bapak saya buat macam mana entah,dapat lah pasang.
katil ni tinggi,so bapak saya buat pemijak kaki dari kayu dan papan.
tilam pulak mak saya bagi tilam serba guna yang nipis dan boleh lipat2 tu.
tak boleh guna tilam tebal2 sebab katil ni memang tinggi woooo..kang satu hal pulak
saya nak kena panjat2 tak tentu hala.




taaddaaa ! ni lah hasilnya.
dah siap kemas2 dan pasang langsir katil.cce yang tolong jahit langsir ni.
tau tak cce punya berangan nak pakai katil ni time dia kahwin,sekali saya pi rembat dulu...
kecewa cik senah kauuuu...muahahaha.




pandangan hadapan.best tido atas katil ni.feeling2 inggeris pulak kan.
dasar mak datin verangan betul haku nih -.-'



tamat.



like fanpage saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


like fanpage mekap dan tudung di:
http://www.facebook.com/fabulousiti


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.

39 comments:

mirza syazwina said...

katil macam ni memang lawa ^_^
rumah opah saya ada satu.rasanya katil pusaka gak la kot.hehee

adk dayah said...

rumah arwah tok nek dayah pn ad ktil ni..sius mg berat nak mmpos..hoho..btw cntek la akk =)

greco0ful said...

klasik la katil ni zoey .. wah ..besnya.. rumah taman pon xdapat lgi katil mcm ni ..cantik :) :) kredit to cik cce jugak .langsir tu comel.

Norain Yusoff said...

wow. chantek..suke ktil ade tiang nih..klasik.. :)

Zaza said...

siti..serius katil lama pun bila siti dah diy semula sgt cantik.. simple tapi lawa =) bgus btl idea kreatif siti ni =)

Siti(zoey) said...

mirza: rasanya kalau nama katil opah mmg layak dipanggil katil pusaka haha..

Siti(zoey) said...

adk: mmg berat sgt2 kan.x larat nk angkat wooo..thanks.

Siti(zoey) said...

grecooful: yup2 klasik sgt.thanks :)

Siti(zoey) said...

norain: ramai yg suka katil bertiang camni kan hihi.

Siti(zoey) said...

zaza: terpaksa jadi kreatif nak jimat duit haha...thanks ya.

Iqa said...

zoey.. shantek and classic sgt katil ni.. ;) iqa pun teringin nk satu..! \(^.^)/

Puteri Panda said...

Cantiknya...:)

Ms Qiya Saad said...

memang cantik la katil awak tu siti..saya pun teringin nak ada katil classic mcm ni..buatkan satu untuk saya..hehe..

Syafiqah Hashim said...

wahh! creative Cik Siti ni..
cantik katil tu..vintage habis..

GiGi_ChAnTiq said...

siyes mmg suke katil ni..huaaa

shera haifa said...

niceeee. cantik sangat.. cm bilik pengantin dah.. gege

Zarra Qaseh said...

cantik..kreatif..suka tengok..

Mya said...

tragik! tapi katil pusaka ni mg cantik! espeseli bila da buat makeover ni ha.. kerlasss! kat kg mya ada katil cemni tapi sejak tok opah takde, da tak terjaga:(

Siti(zoey) said...

iqa: tq.skang pun ada jual katil camni tp versi moden lah.

Siti(zoey) said...

puteri: thanks.

Siti(zoey) said...

ms qiya:x mampu ler saya nak buat untuk org.ni pun gagahkan diri buat hehe.

Siti(zoey) said...

syafiqah: thanks.

Siti(zoey) said...

gigi: thanks.kalau suka ada yg versi moden.try usha kat kedai perabot.

Siti(zoey) said...

shera: ehehe...thanks.

Siti(zoey) said...

zarra: thanks.

Siti(zoey) said...

mya: try ambil buat D.I.Y mesti cun hihi.

Salina Jalaludin said...

Kreatif dan cantik hasilnya.... (^____^)y

yanieyeap said...

Weee...same mcm katil tok kite...aritu try la mintak sbb minat sgt2..tp dia xbagi..di ketuk pulak kepala kite..arggghhhh

Izzah Azizah said...

wahhhhhhh cayalah ! nampak macam beratus-ratus hinggit...klasik !

Ailyl Rozanna said...

Kreatifnya awak ! Terus jadi lawa katil tu tau!

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

salam zoey. kreatif sgt! rajinnye. =)

beta kupu said...

best nya dpt katil cenggini...klu brg dolu2 mmg berat2 sbb berkualiti, tu yg tahan smpi 100 tahun tu kan?! btw mmg cantik la, ai is jeles tgk! ;)

Leeza Eelza said...

cantik la siti.. sgt kreatif!

Antik Aina said...

hai siti,, tahniah ye dapat katil antik nii,, bukan senang nak memilikinya,,, harga pun dah mencecah ribuan ringgit. Bestnya kalau dapat beradu kat katil ni kan,, hihi. Bye.

nabila azmi said...

siyes cntik!!!

ekin schmidt said...

pecaya sgt kalau katil ni dah 100 tahun.
mmg antik..cantik katil ni..suka kalau ad bumbung lg nice ni..
deco die amboi...
rasa tanak bgn je pagi2 ni :)

Marou Apple Hijau said...

klasik tu.. simpan lek lok katil ni. ada orang sanggup bayar mahal untuk katil antik macam ni. vintage habis


Entri Baru Update : Terima Kasih Untuk 100K

Khairunnisa zainal abidin said...

mmg berpuas hati kan. cantik pulak tu. mmg ala-ala vintage gitu . well done. hehe.

jgn lupe follow sy. :)

http://nyssazainalabidin.blogspot.com

haney said...

cantek :)