homemade steamboat dan tempat beli periuk steamboat.



Assalamualaikum.


dah lama tak update blog kan? siap private kenkononnya,now buka balik tapi
sekarang malas betul nak hadap laman sosial..sebab tu blog jarang2 update...ekeke.


kali ni saja nak crita skit pasal steamboat.
saya suka makan steamboat tapi saya jenis yang makan sikit2 tapi kerap.
maksudnya sekali makan tu seciput je pun.tak boleh makan banyak2..nanti nak muntah.
pastu saya jenis tak suka duduk lama2 kat kedai makan(walaupun hakikatnya saya makan slow dari orang lain)disebabkan semua alasan tu,saya tak suka makan steamboat kat restoran.
rugi weh rugi...satu kepala RM20 ke RM40,all-you-can-eat tapi saya makan ciput je.
rugi bebenor la!  jadi terfikir lah kan best kalau buat steamboat kat rumah sendiri.
boleh makan slow2 tanpa dihalau dek tuan kedai(amboi nipu T_T),boleh makan sikit pastu stop
pastu sambung makan lagi dan lagi dan ulang proses yang sama sampai kau bosan menghadap steamboat tu
muahaha... gua genius ka apa ni?



tapi yang menjadi masalahnya bila saya tak tau kat mana nak beli periuk steamboat tu.
tahu lah boleh buat dalam periuk biasa pun tapi kena guna dapur gas kecik tu kan?
takmo lah...saya nak periuk eletrik.
nasib baik ada fanpage,tulis status tanya kat mana nak beli periuk buat steamboat,ramai yang
bagitau kat mana boleh beli.tq kawan2 fb ye.



saya beli periuk yang ni kat tesco.harga RM89.90.ada banyak lagi jenama dan saiz tapi harga berbeza la.
saya tak tau pun rupanya buat steamboat guna multi cooker gini ja!
ingatkan ada periuk khas untuk steamboat je..muahaha..luku sikit pala budak ni.
tau lah tak suka masak,tapi jangan malukan diri sendiri dengan ketidaktahuan pasal periuk boleh tak?
T______________T
nasib lah angkut cce pi beli sekali,kalau tak asik nampak muka haku je la
kat dalam tesco tu dok pusing carik periuk steamboat.
mula2 nak carik yang ada tempat grill sekali,tapi tak jumpa pulak.tempat grill saja(asing2) ada lah.
tapi lain kali ja lah beli.




periuk ni sebenarnya ada 2 lapis.satu non stick pans,satu lagi yang ada lubang2 tu(untuk steam).
dia boleh buat macam2.ni antara kegunaan dia.




rupa periuk tu.time ni nak buat sesi makan2 steamboat.4 orang je pun.saya,cce,mak dan si dia.
sebab nak buat steamboat,kami pakai non stick pans saja.yang periuk ada lubang2 tu tak guna.




periuk ni boleh control suhu.ni guna eletrik tau.
mula2 nak bagi masak kuah stamboat tu on lah 'hi'.bila dah masak time celur2 tu
agak2 lah control suhu dia kan.pastu dah masak bahan2 celur tu bagi lah suhu tu 'low' untuk
kekalkan panas je(ewahhh..explain macam orang len tak pernah makan steamboat plak T_T).




bahan2 steamboat kami.beli kat kedai bawah je.
time beli tu kedai dah nak tutup,pakai ambil ja mana yang sempat.




bahan dia lagi.saya suka yang ketam panjang merah ni.
kalau beli yong tau fu pun mesti nak taruk ketam ni.




kuah dia cce buat kuah tom yam.2 kali jugak lah buat kuah.
time ni tengah masak bahan2 celur tu.




sebelum bahan2 ni masak.




selepas bahan2 ni masak.tembam2 semuanya..ekekek !




yummy ! syok buat steamboat sendiri kat rumah.
memang betul2 all-you-can-eat.selesa lagi dari makan kat restoran.
pastu untung sangat.beli periuk boleh guna buat macam2.beli bahan pulak dalam packing besar2
tu total semua baru berapa puluh ringgit.boleh pakai untuk buat steamboat 2,3 kali.
bahan2 kami ni lebih banyak tau.simpan dalam freezer boleh buat lagi dan lagi.
makan kat restoran puluh2 ringgit satu kepala pun sekali tu ja.
pastu rugi kalau anda jenis yang sama macam saya(makan ciput).
so uolss pun sila lah buat sendiri di rumah ye ;)



like fanpage saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage



like fanpage mekap dan tudung di:
http://www.facebook.com/fabulousiti



klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.


25 comments:

mirza syazwina said...

nampak sedap sangat tu,terliur terus >_<

Mya said...

waaa sedapnya! tetiba lapar ni hee

akmaL said...

serius nampak sedap..macam nak try buat jgk :)

Ms Qiya Saad said...

favorite ni.. :)

Puteri Panda said...

Selamat hari raya, zoey! Sedapnya steamboat tu. Terliur pula tengok.:)

Cinta hazanis said...

sedap ni. nmpak gaya kena beli jugak periuk tu. hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

harus cari jugala periuk cmni..huhuuh

shu said...

mnarik! nk p rembat jgkla periuk ni 1..btw, selamat hari raya Siti :)

Asha Lya said...

Selamat hari raya...tahniah berjaya masak steamboat

dilaella Ella said...

wah bestnya buat steamboat di rumah..Selamat hari raya Siti :)

ekin schmidt said...

sedapnya nampak yg tembam2 tu..
mse pans tembam, da sejuk kecut ..hehe

GiGi_ChAnTiq said...

kan! steambot pepagi buta pun boleh..privacy gitu..ecece..hee..

Siti(zoey) said...

mirza: sedap tau.sorry buat terliur hehe.

Siti(zoey) said...

mya: sorry buat lapar huhu..

Siti(zoey) said...

akmal: try lah buat.dlm apa2 periuk pun blh hihi.

Siti(zoey) said...

ms qiya: sama la :)

Siti(zoey) said...

puteri: selamat hari raya..sorry dah buat terliur huhu.

Siti(zoey) said...

cinta: beli jgn x beli.x rugi sbb periuk ni blh msk mcm2.

Siti(zoey) said...

nuyui: beli,tak rugi tau.

Siti(zoey) said...

shu: beli,x rugi tau.selamat hari raya.

Siti(zoey) said...

asha: selamat hari raya.

Siti(zoey) said...

dilaella: selamat hari raya jgk :)

Siti(zoey) said...

ekin: yg ni x kecik walaupun dah sejuk haha.

Siti(zoey) said...

gigi: betoi2.

sha my heart said...

wah, bestnya.

nak cuba jugak la