product review: cathy doll speed white cc cream.

Assalamualaikum.


sebelum ni saya pernah try bb cream dari cathy doll.sangat best.
sekarang saya try cc cream pulak.sangat pelik lagi menghairankan kalau saya tak sibuk2
nak try cc cream ni kan? ye memang menghairankan(kataku didalam hati T_T).
jadi kawan2 moh ler kita tengok hasil try mentry cik puan datin markonah pompom !


produk:
cathy doll speed white cc cream.

harga:
RM35 free postage wm.tambah RM5 untuk em.

tempat beli(onlineshop):



rupa packaging cc cream tersebut.kalau uolss masih tertanya2 apa itu cc cream meh I nak setori sikit.
cc cream ni lebih kurang macam bb cream jugak tapi kalau tak salah ada fungsinya yang dah diupgrade
berbanding bb cream.tapi lebih kurang je.tetap all in one product.nak tau lagi sila google
(kata nak setori tadi T__T) muahaha...
kalau tak salah spf kebanyakan cc cream ni lebih tinggi berbanding bb cream sebab tu orang cakap cc cream lebih sesuai digunakan di siang hari berbanding malam.tapi kalau muka saya sendiri haku hentam je pakai tak kira siang atau malam...muka sepisis tak malu memang begini gamaknya? kahkah.



tektur cc cream cathy doll.teksturnya cair,nipis dan ringan di kulit.
cc cream ni warna biege dan agak cerah.tapi jangan risau,boleh je masuk dengan kebanyakan skin tone.



saya try di belakang tangan.nampak kan perbezaan antara sebelum dan selepas memakai cc cream ni?
nampak lebih cerah dan boleh tutup cela2 kecil di kulit.urat saya yang hijau pun dia cover.
kira ok lah tu sebab fungsi bb cream dan cc cream lebih nipis tak tebal macam foundation.


menurut pengeluar:
- colour control(cc) cream adalah all in one makeup base yang dipenuhi dengan nutrien.

- digabungkan dan bertindak sebagai mineral water,toner,brightener,softener,foundation dan sublock
didalam satu krim.

- tidak melekit dan ringan di kulit.

- menutup ketidaksempurnaan kulit secara semulajadi.

- meratakan warna kulit.

- menjadikan kulit kelihatan cerah dan sihat sepanjang hari.

- mengandungi vitamin c,bahan yang melembabkan,Q10 dan collagen.

- menggiatkan dan melembabkan kulit.

- dengan inovasi terbaru teknologi speed white mampu memutihkan kulit lebih pantas
dan tahan lama berbanding sebelum ini.


Hasil penggunaan saya:
- krim dia ringan dan senang nak sapu/ratakan di kulit.

-  ringan di kulit.tak rasa tebal macam selalu kita bermekap tu.
kiranya tak rasa tebal atau rimas macam kita pakai foundation.

- hasil dia nipis.macam bb cream jugak,memang fungsi tu nak bagi mekap yang nipis je.
kalau nak efek lebih sikit boleh buat macam saya,sapu beberapa lapisan sampai dapat
 hasil mekap yang saya nak.tapi agak2 arrr..takyah lah sampai jadi tepung gomak plak..ekeke.

- bila sapu tu kulit nampak licin dan glowing.tapi kalau kita pakai bedak pulak lepas tu
kesan glowing berkurang sikit lah.tapi dua2 cara pun hasilnya lawa.

- kulit nampak cerah serta merta lepas kita sapu cc cream ni ! 
memang antara fungsi utama cc cream jenama ni untuk mencerahkan kulit kan.

- walaupun nampak cerah,tapi tetap natural.

- ada bau yang wangi.

- kandungan spf dia tinggi,so dapat lindungi kulit lebih lama dari sinaran uv.

- overall saya memang suka cc cream ni.pakai dia saja muka nampak glowing,
pakai dengan bedak boleh nampak gebus2 uolsss...muahaha.tapi efek dia tu ringan dan cantik lah.
tak rasa rimas sangat macam pakai foundation tebal tu.uolss yang suka mekap nipis2 je
memang sesuai sangat lah try produk ni.saya memang recommend tau.



gambar ni saya pakai cathy doll speed white cc cream.
lepas pakai cc cream ni saya lapiskan sikit dengan compact powder cathy doll
(dah pernah review compact powder tu,try cari entry sebelum2 ni).



untuk sebarang pertanyaan dan pembelian sila berhubung dengan mereka sendiri di:



kalau berminat untuk review produk di blog saya sila hubungi saya di:
atau
email: fabulousiti.bnc@gmail.com



like fanpage saya di:



klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.



3 comments:

Izzah Azizah said...

tak pernah dengar cc cream and bb cream pun sye tak pernah cuba lagi. hehehe. btw, nak try lah..tunggu krim yg lagi satu habis..

MG schmidt said...

cantiknya kulit siti!
flawless gle napak
jeles! :)

Firah Ismail said...

Memang sesuai dgn semua tone kulit ke??