product review: compact powder cathy doll gluta pact.

Assalamualaikum.



jenama yang terfemes dan tercomel di tahun ini iaitu cathy doll ada compact powder rupanya.
selaku gadis(padahal dah pangkat mokcik2 T__T) yang suka try macam2 compact powder,
compact powder ni memang best lah.bukan saja2 nak promosi,saya sendiri memang dah pakai.
lepas pakai bedak ni kan...dari mokcik2,terus bertukar menjadi gadis korea yang weewiittt...! kahkah.


produk:
cathy doll gluta pact 23 (natural white).


harga:
RM30 free postage untuk semenanjung,
tambah RM5 untuk sabah dan sarawak.


tempat beli:
014-7407424



packaging beliau yang comel.saya suka benda yang comel dan produk jenama ni selalu je comel2..
geram i tau ! abaikan rantai pearl tu.saja taruk nak tambah kecomelan lah kononnya.
tuan blog ni memang melampau sikit tahap over dia  =p



naaahhh kau ! seketul compact powder yang sangat comel.
dah lah ler comel,ringan dan tak besar..maka mudah la gadis2 sekelian nak bawak pi mana2.
nak spare kat dalam bag pergi dating ke kan...boleh touch-up mekap dalam toilet kang..
amboi mulut tuan blog..takdek insurance ! ekeke.



ini yang terpaling disukai.ada cermin dan puff bedak dia lembut sangat2.saya suka !
takyah masuk toilet..kat dalam kereta,dalam panggung wayang,tengah makan,semua tempat pun
boleh touch-up mekap..tu ada cermin haaa...perempuan mana yang tak suka? haa jawab,jawab !



warna dia natural white.nampak dalam bekas ni macam coklat sangat kan?
tapi sebenarnya bila dah pakai kat kulit dia jadi natural sangat2.



saya try pakai kat tangan.tengok bahagian yang selepas tu.
dia buat kulit kita nampak cerah tapi natural.kalau nak tau awak semua kena lah try sendiri.
saya dah pakai.memang muka nampak natural.



hari tu keluar saya mekap guna semua produk dari Hisyfadz Beauty Home kecuali bahagian bibir dan eyeshadow.yang ni saya pakai cc cream digabungkan dengan compact powder ni.
nanti saya review cc cream dan lain2 produk yang saya pakai yee.


pengeluar:
- compact powder ni diperkaya dengan L-gluthathione dan vitamin c kompleks 
untuk kulit yang lebih cerah dan licin.

- perlindungan UVA dan UVB SPF59+++ untuk melindungi kulit wajah dari sinaran matahari.

- memberi kesan mekap yang natural.



hasil penggunaan saya:
- debu bedaknye sangat halus.rasa lembut dan ringan bila disapu di kulit.

- lepas pakai kulit nampak cerah tapi natural sangat2.nampak macam berseri lah bila pakai.

- tak berminyak.

- ada perlindungan uv dan spf yang tinggi.spf setinggi tu bermakna dia boleh lindungi kulit kita
dari matahari lebih lama.berjam2 lamanya tu.ini sangat bagus !

- puff bedak dia tu lembut.saya selalu apply lama2 kat kulit sebab suka
dengan puff yang lembut tu.

- bau dia lembut.sekali bau macam produk baby pun ada.

- packaging comel dan saiz sesuai kalau nak bawak kat dalam bag.

- keseluruhannya memang saya suka compact powder ni.
review ni dari hasil penggunaan saya sendiri.hasil tu mungkin berbeza untuk setiap orang
sebab jenis kulit pun tak sama,kehendak dalam bermekap pun tak sama.
yang penting kena try dulu ok? ;)


sebarang pertanyaan dan pembelian produk ni boleh contact:
014-7407424


like fanpage saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.

4 comments:

adk dayah said...

wahh..mnat la bdak yg nmpak neutral mcm ni..btw kak siti pakai ap pun tetp da cntek..huhuhu..

Zaza said...

dah lama usha produk ni tp xbeli2 lagi.. hihi..cantik la kulit siti.. skg zaza tgh pakai wglow nak jgk kulit mulus..hehe

Anne Nurain said...

comel la bedak ni.. nanti nak beli sbb comel je sedangkan bedak yang ada tak hbis2 lagi.. hehehe..

eZmALiZa said...

hehehe..kite ingatkan compact powder ni sekali dgn tali manik2 tu... kot2 la boleh buat mcm handbeg.. rupanya hiasan... hahahaa :D poor you ezmaaa... tskkkk!