product review: cathy doll mahad camu gluta serum foam cleanser.

Assalamualaikum.


hai uolsss.... kali ni cik puan datin markonah nak shared pasal pencuci muka cathy doll.
mesti uolsss bebel2 kat dalam hati kan..apesal lahh cik puan datin markonah ni tak habis2
dok review produk tu,produk ni.tak sempat nak try produk review yang lepas,
dah review produk baru pulak kan? uolsss ni pun..cer paham skit..i kan beauty blogger...
bab review mereview nih kan makanan i...ahaks!(amboiii..nyampah kan?) ekeke.


produk:
cathy doll mahad camu gluta serum foam cleanser.

harga:
RM30 free postage sm.

tempat beli(onlineshop):



macam biasa..produk jenama nih memang packaging dia comel2.
kalau tak comel tu tak sah.kalau saya si pencinta barangan comel ni tak jatuh cinta lagi tak sah !
muahaha.saiz 100gm nih tahan lama tau.



menurut pengeluar:
- pencuci muka ni berkesan menghilangkan whitehead dan blackhead.

- berkesan mengurangkan minyak pada wajah.

- melembutkan kulit wajah.

- mencerahkan kulit wajah dalam tempoh yang singkat.

- mempunyai bau yang wangi.


hasil penggunaan saya:
- bau dia memang wangi sangat2..suka lah !

- buih dia berkrim,pekat dan banyak.tak berbuih macam buih biasa tu.

- berkesan mengurangkan minyak.saya cuci guna pencuci ni dan biar selama beberapa jam
tak pakai toner atau apa2 krim pun.hebatnya kulit saya tak berminyak macam selalu !
kalau selalu lepas cuci muka beberapa minit pun dah keluar minyak dah.ni tak pun.
tapi dalam masa yang sama tak kering.kulit tu jadi seimbang,tak kering dan tak minyak.

- kulit lembut.

- lepas cuci rasa bersih sangat.mungkin sebab buih dia banyak buat kita rasa best dan puas
time cuci tu kan.sesuai untuk sapa2 yang ada kulit berminyak dan yang suka mekap.
buih dia berkrim pekat.tak payah ulang cuci 2,3 kali dah.
sekali cuci pun kulit bersih dah terutama bersih dari sisa mekap(foundation dan bedak di kulit).

- lepas cuci kulit muka tak rasa cekang atau tegang macam kebanyakan pencuci lain.

- overall saya suka pencuci ni.saya suggest sangat2 untuk sapa2 yang ada kulit berminyak atau yang selalu pakai mekap tu sila lah try pencuci ni.memang berkesan untuk control minyak dan buang kotoran.
selalu kita jumpa pencuci yang hilangkan minyak dari kulit tapi kulit jadi kering dan rasa cekang pulak kan? yang ni tak pun.kulit rasa selesa.tak minyak dan tak kering.lagipun bau dan buih dia best.



ni tekstur dia sebelum dibuihkan.berkrim dan warna putih.
cara guna macam biasa lah...picit pencuci sikit kat tapak tangan,buihkan lepas tu urut
pada muka dalam 2-3 minit kemudian bilas.


satu daripada bukti customer yang berpuas hati dengan pencuci muka ni.
selain menjual pencuci muka ni,Hisyfadz Beauty Home jugak ada jual macam2 lagi
produk dari jenama cathy doll termasuk lah alat mekap dia.
klik link saya bagi tu dan pi lah usha2 kat sana.produk ni glamer dan berkesan.
saya tau lah sebab saya selalu try produk2 dia..ekeke.



untuk sebarang pertanyaan atau pembelian,sila berhubung dengan mereka sendiri ya.


kalau nak review produk di blog saya sila hubungi saya di:-
atau
email: fabulousiti.bnc@gmail.com
atau
sm/whatsapp: 012-4141421


like fanpage saya di:



klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.


2 comments:

reyna said...

alah suka tau tunjuk benda omel2 ni,,,haha,,,nanti nak beli gak lah,,

Zayla Abdullah said...

cathy doll ni memang packaging produk die comel2 kan...geram plak tengok..