cathy doll 2in1 liquid eyeliner & magic mascara.

Assalamualaikum.


antara benda mudah yang kita boleh buat kalau nak bagi mata nampak cun ialah
pakai eyeliner dan maskara.tak pakai eyeshadow dan segala mak nenek lain pun takpa.
cun dah ! cun dah ! lagi cun kalau ada produk yang best dan mudah,2in1.
sekarang saya suka pakai eyeliner yang satu nih.dia 2in1,ada maskara dan eyeliner sekali
tapi paling kerap pakai bahagian eyeliner dia tu.cun wa cakap lu !



produk:
cathy doll 2in1 liquid eyeliner & magic mascara.

harga:
RM35 free pos untuk sm.

tempat beli(onlineshop):
hisyfadz beauty home(klik di sini)

pertanyaan/cara order:-
sms/whatsapp/wechat/viber: 014-7407424(fadz).




packaging dia yang comel.sampai sekarang dok simpan lagi benda ni dalam kotak dia
sebab comel.tuan blog ni memang bertindak over kalau jumpa benda comel2..ekeke.



ada dua bahagian.sebelah maskara dan sebelah lagi eyeliner.
dia ada tulis kat situ,so kita takyah pening2 nak buka tengok mana satu maskara dan mana satu eyeliner.




ni bentuk berus maskara.bentuk yang unik dan menurut pengeluar,dapatkan riasan mata yang terbaik,cantik, rapi dan tahan lama.sikat silikon untuk membantu kepanjangan dan kelebatan bulu mata.mengandungi kolagen untuk membuat bulu mata tebal dan jojoba untuk melembabkan.kelihatan segar sepanjang hari sehingga dibersihkan.senang dibawa dan digunakan.




ni bahagian eyeliner dia.menurut pengeluar,dapatkan riasan mata yang terbaik,cantik,rapi dan tahan lama.
hujung berus yang nipis dan fleksibel untuk memudahkan
menarik garisan halus dan membuat garisan hitam pekat yang dramatik.
senang dibawa dan digunakan.




garisan dia memang halus.senang kalau kita nak buat garisan nipis dan natural.
kalau nak garisan tebal pun mudah nak bentuk bagi ada shape.contohnya macam teknik wing eyeliner kan.




ni lah hasil saya guna maskara dan eyeliner ni.
maskara dia tak bergumpal dan memanjangkan bulu mata.
eyeliner pulak yang paling saya suka.garisan dia 'clean' je tak comot.senang nak apply.
hitam pekat dan waterproof.memang cantik lah hasil dia.saya memang selalu pakai yang ni.
kadang2 tak pakai eyeshadow apa pun saya cuma pakai eyeliner ni saja.mata dah nampak cantik dah.


pertanyaan atau order boleh terus berhubung dengan owner dia ya.
contact no dan maklumat yang saya bagi kat atas tadi.
saya hanya pengguna,bukan penjual produk ni ye ;)



advertise/review product:-
sms/whatsapp sahaja: 012-4141421(call dll tidak akan dilayan).
mesej inbox: http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage
email: fabulousiti.bnc@gmail.com



like fanpage saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage



klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.


31 comments:

mirza syazwina said...

cantiknya tak tipu >_<,selalu jugak usha onlineshop tu,nanti nak beli jugak la.memang tengah cari mascara pun sekarang ni :)

Budak Perempuan Dewasa said...

cute gila packaging dia!!

Nadya Bubble said...

Tak reti pakai eyeliner kemas-kemas T.T
Tangan menggigil haha.

Nurzakiah Hanum said...

selamat pagi
singgah pagi jumaat

Sabrina Tajudin said...

cantik! combination terbaik!

Ibu ♥ Ammar said...

dah follow awk lama.. suka ddn blog awk.. follow me back k <3

Safarina Shaari said...

kalau sy pkai eyeliner msti sebelah lain...cth sebelah tebal sbelah nipis...pastu jap je da comot....hehe

Nursaila Norman said...

brg2 make-up awk semuanyaaaa comelll2..huhuhu..saya dah lama x membeli eyeliner :(

ima salsuzaima said...

untung la pandai conteng muka..kalau ima ni, beli apa brand pun x guna. x reti..hihi

Suzie Yusuh said...

suka eyeliner macam ni, senang nak pakai. Packaging dia comel..haha :D

dia anna said...

Comelnye bnde ni. Tapi tak pandai nak pakai, rasa xselesa pn ada

Cutella said...

Awesome eye mascara and eye liner..

Siti(zoey) said...

mirza syazwina: tq.kalau nak beli maskara kat hisyfadz kan,saya suggest jugk yg cathy doll long mascara.yg tu lagi best.yg ni eyeliner dia plg best.

Siti(zoey) said...

Budak Perempuan Dewasa : mmg cute.

Siti(zoey) said...

Nadya Bubble : takpe,praktis selalu lama2 tgn outomatik stabil.

Siti(zoey) said...

Nurzakiah Hanum: tq singgah :)

Siti(zoey) said...

Sabrina Tajudin: thanks.

Siti(zoey) said...

Ibu ♥ Ammar : thanks.insyaallah nanti saya curi masa masuk ke blog dan follow ya.

Siti(zoey) said...

Safarina Shaari: sebelah lain,sebelah lagi tak sama tu normal.saya pun kdg2 jadi camtu.pakai je,buat selamber.yg comot tu kena pakai eyeliner jenis waterproof.brand ni waterproof.

Siti(zoey) said...

Nursaila Norman: kebanyakannya dari hisyfadz beauty home lah haha.. try lah yg ni.hasil dia cantik.

Siti(zoey) said...

ima salsuzaima: kena ada minat dan selalu praktis hihi.

Siti(zoey) said...

Suzie Yusuh: yup,betul.

Siti(zoey) said...

dia anna: biasakan diri pakai insyaallah lama2 rasa ok.

Siti(zoey) said...

Cutella: yup...owesome ;)

Cik Wani said...

cantiknya eyeliner dia. selalu kalau pakai mcm x clean. yg ni nmpk cm best je. :D

Syuhada Nasya said...

waw macam comel yew.. hehehehe

Zarra Qaseh said...

cantik...kemas je..^_^
za pakai yang stick je, kalau liquid cam ni xpandai...nnt comot..kekeke

Anne Nurain said...

best la eyeliner tu.. alamak, sy dah terpengaruh!! hehehe..

AnAk dEneSor said...

wah ase nak beli..cntik je line die..

Diana said...

mcm menarik la..comey palk tu packaging die..:)

Sue Saari said...

Dah tau siti pkai eyeliner apa...tapi akak x pandai la nk lukis cantik2 mcm siti tu.....