product review: freshlook colourblends sterling gray.

Assalamualaikum.


saya tak boleh keluar tanpa contact lens.
bukan membajet berasa lawa(walau hakikat ada sikit2 macam tu T__T )
tapi sebab saya rabun.tak boleh pakai yang jernih sebab nanti suka lupa ada lens dalam mata.
tak boleh pakai saiz normal sebab rasa sakit macam ada benda dalam mata.



ewaahhhh....! itu tak boleh,ini tak boleh,apa yang boleh? HAHAHA(motif marah sambil gelak?).
sebenarnya macam ni,saya hanya boleh pakai lens yang kaler2 dan saiz besar dari normal.
kalau tak,haru biru jadinya! dalam pada dok pakai yang kaler2 pun saya selalu lupa ada lens
dalam mata,inikan pulak kalau pakai yang jernih.tau tak baru2 ni saya tenyeh2 mata sampai lens
'lari'? nasib baik tak pi ke belakang mata.tu ade kaler tu...takde kaler lagik dasyat haku tenyeh T__T


baru2 ni teringin nak try pakai yang saiz normal.
ternampak gambar customer love bunga querida pompompom!(bunga api sebab dia glamer).
ok sambung...ternampak customer dia pakai lens cantik.terus roger bunga tanya dia.
rupanya itu lens freshlook gray tapi saya tak pasti lah gray yang mana sebab ada 2 jenis gray.
sebab teringin nak cuba,saya beli warna sterling gray.


PRODUK:
Freshlook colourblends warna sterling gray.

SAIZ:
14.5(normal).

HARGA:
sepasang RM50.

JANGKA HAYAT:
3 bulan selepas dibuka.

TEMPAT BELI:
kedai cermin mata(kebanyakan kedai cermin mata ada jual jenama ni).


antara warna2 freshlook coloublends.saya try warna sterling gray.
sekian lama pakai contact lens,ni pertama kali saya try jenama freshlook.
kalau jenama freshkon pernah try 2 kali kalau tak salah.



packaging freshlook colourblends.
power saya untuk dua2 belah mata tak sama.jenama yang saya selalu pakai
boleh buat sepasang tu power lain2 untuk kedua2 belah mata.
tapi jenama ni tak boleh.jenama ni kena buat 2 pasang.sepasang(satu kotak) satu power.
kalau power lain2 kena beli 2 pasang(2 kotak).satu pasang RM50,2 pasang RM100 lah.
sebab saya nak try je,jadi saya buat sepasang(satu kotak) je dan power mata saya  minta depa
buat satu power saja dan ikut power mata yang paling rendah untuk dua2 belah mata.



corak lens.cuba perhati betul2.keliling dia yang warna jernih tu lebar.
maknanya warna lens bukan menyeluruh,jadi saiz dia nampak tak besar.
keliling tu pulak ada warna gelap2.itu dipanggil 'ring'.saiz tak lebar dan warna tak gelap sangat.
maknanya dia akan nampak normal.bukan big eyes(dah memang saiz lens ni normal daaaa -.-').
warna gray pulak macam digabungkan dengan beberapa warna dan corak dia macam garisan biasa.
yang jernih kat tengah2 tu untuk bagi anak mata kita 'melihat'.
tapi saiz dia kecil sikit,so pandangan mata kadang2 akan nampak kelabu(warna gray tu) atau kurang jelas.
kalau tengok real2 sebelum pakai kat mata,lens ni nampak pudar.macam takde warna je.



bila pakai memang warna dia agak terang.
selalu kalau lens jenama lain gray tu nampak macam warna lain kan.yang ni betul2 soft gray.
sebab dia saiz normal,so takde efek big eyes.dia tak nipis sangat,tak lembut sangat.
senang la nak pakai.sesetengah orang tak suka kan lens yang terlalu lembut sebab susah nak pakai.
so,uolss try je jenama ni.
P/S: SORRY,WAKTU NI KULIT TENGAH PROBLEM(AWAL TAHUN).



tiga2 gambar kat atas ni saya pakai lens ni.
bila pakai tu rasa ok lah.kadang2 rasa macam ada benda jugak tapi takde lah sampai sakit.
masih rasa selesa.kadang2 pandangan mata kurang jelas sebab asyik nampak kelabu(warna dia).
kadang2 pandangan mata jelas pulak...magic ke hape weh? muahaha.
pakai dalam tempoh beberapa jam mata saya jadi merah dan tak selesa sikit.
mungkin sebab tak biasa pakai saiz normal.
tapi warna gray dia tu cantik dan nampak jelas.kira efek minah saleh celup tu ketara lah kan..BHAHAHA.


kesimpulannya suka jugak jenama ni.so uolsss pun sila lah try.
cuma kesan bila pakai tu berbeza untuk setiap orang.saya cerita pengalaman diri sendiri guna je k.



like fanpage saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.

20 comments:

Ann Ishak said...

tapi bila pakai lense kaler ni, sentiasa terasa ada benda dlm mata + mata tak tahan lama untuk hold lense tu...sampai masa mata mesti jadi merah

Aida Azryn said...

brand ni bagus... aida pernah pakai contact lens kale sterling grey tu.. orang dok kata aida pakai contact lens kale biru.. lol.

leyla nurjati said...

Akak cantek pakai lens..mata pon cantek..kte tak pandai pakai lens,penah sekali je pakai..tu pon org yg pakai kan..takot..tapi nak gak try pakai..

Twins said...

masa kakak saya nikah dia pakai yang sterling gray ni sebab org kedai tu yang suggest kan.org tu ckp masa siti nurhaliza kawen dia pun pakai color gray

saya suka je tengok org pakai sterling gray ni :)

ima salsuzaima said...

u sentiasa nampak cantik dear.. suka tgk :)

Farah Waheda Wahid said...

selalunya akan pakai pure hazel dan honey...

Siti(zoey) said...

Ann Ishak : yup..jenama ni mmg camni.sbb saiz sama rasanya.

Siti(zoey) said...

Aida Azryn : hehe..sebab kaler dia nampak biru2 sikit kan.

Siti(zoey) said...

leyla nurjati : pakai sebab rabun n takleh pakai speck lama2.kalau takut tp nk pakai tu sekali sekala ok lah kot hehe.

Siti(zoey) said...

Twins: mmg klu kawen pakai gray nampak lawa.

Siti(zoey) said...

ima salsuzaima: thanks :)

Siti(zoey) said...

Farah Waheda Wahid: owh..ni 1st time pakai jenama ni,try gray.

Sue Saari said...

Salam siti comey.....
Xpernah lak try brand ni...kdg serik gak nk beli lens ni bkn apa bila pkai lama ada sesetgh tu jd x selesa lak...mcm ada habuk jer dlm mata....akak pernah pakai softlens tapi colourless pnya la...lembut sgt xleh masuk habuk skit pn konpem melekat kat lens tu smpai bila2....nnt nk try la lens ni plak...mcm cantik jer...mcm comel jer. .saya suka...saya suka...heheheheheh

Ailyl Rozanna said...

Cik Siti! lawa mata tu. Dah lama tak pakai lens, sebab 24jam kat rumah je. Nak try beli brand yang ni lah 1 hari nanti. Nak kasik tahu ni hari ni link cik siti kat sidebar. hehe Happy blogging! Take care :-)

Mommy Pinky said...

pernah pakai lens yg berwarna sekali je, masa kawin. kikiki. warna ni lah. mmg feeling minah saleh celup. blh request rupanya nak power sama. Zaman kak zana kawin , satu kotak RM70. Power xsama, kena beli dua. Melayang RM140. Kawin punya pasal. Boleh aje. Hoho ;p

MG schmidt said...

erk..nampak seng je siti pakai .
MG xpenah pakai.
tkot nk pakai bila org cakap mcm2 kesan pakai lens ..hoho
teringin juga sbb tgk org pakai tantik2 je ..macam comel je ..hikhik

Siti(zoey) said...

Sue Saari : try lens jenama colourvue.mmg selesa.tp lembut skit lah.yg freshlook ni lama2 rasa ada benda dan kering jgk.

Siti(zoey) said...

Ailyl Rozanna: mata lawa sbb lens ja haha..sama lah,kalau dok rumah mmg x pakai.klu lama dok umah ja mmg lama tu lah x pakai lens.thanks ya.sidebar saya problem,tu yg saya delete bloglist.insyaallah nanti saya try buat blk saya add ailyl sekali k.

Siti(zoey) said...

Mommy Pinky: hehe..blh request tp request ikut power kita yg rendah.takpa,kawen sekali ja haha.

Siti(zoey) said...

MG schmidt: mmg comel kalau pakai lens tp sbb utama saya pakai sbb rabun dan tak blh pakai speck lama2.kalau nk pakai kena jaga kebersihan btl2.