product review: Bifesta cleansing express eye makeup remover.

Assalamualaikum.


p/s: entry ni dah tlama taip,berbulan2 dah tapi terlupa nak publish,
ni baru terjumpa balik kat dalam draft T___T


ok,dalam banyak2 produk muka,yang  paling cepat habis ialah make-up remover.
nama pun tukang mekap cek kiah oiii *libas2 rambut.


saya suka try macam2 jenama make-up remover.
sebab takde idea nak try yang mana pulak,saya google tengok review make-up remover yang best.
jumpa jenama bifesta ni.ramai cakap produk ni bagus.
tapi ni produk jepun punya..hoi nak pergi jepun ke beli?! sabar dulu...kecoh betul cek kiah ni.
benda ni kat watsons dan guardian pun ada jual lah....


saya beli di guardian.nak beli yang lain,sekali terbeli yang eye remover punya..
dah balik rumah baru sedar tersalah beli,tapi hape kisah? guna jugak untuk seluruh muka..
wakaka.


nama produk: Bifesta cleansing express eye makeup remover
*tapi kat packaging takde tulis bifesta.dia tulis dalam bahasa jepun kot?
 kot je la kannn pasal haku tak paham T_T
saiz: 145ml.
harga: lupa :p (dalam belas2 ringgit je rasanya).



packaging beliau.
ada balutan plastik.sila baca betul2.fungsi,cara guna dan bahan2.
mesti baca betul2 sebab kat plastik saja yang tulis bahasa inggeris,kat botol dia tulis bahasa jepun.
kalau kau terer bahasa jepun takpe,tu dimaafkan.macam saya ni bahasa melayu pun masih kantoi,
sekali haku baca jepun tak pasal2 makan selipar jepun..bhahaha.



produk ni ada dua lapisan.
lapisan no.1 tu tekstur dia macam minyak.lapisan no.2 pulak tekstur macam air.
tiap2 kali nak guna kena goncang2 untuk sebatikan dua2 lapisan.baru dia berkesan.



goncang2 produk supaya dua2 lapisan tadi bercampur,tuang atas kapas dan mulakan proses
mencuci mekap.kalau tak salah,kena pedap dan biar beberapa saat supaya mekap mudah tanggal.
tapi orang bz macam saya ni mana ada masa nak tunggu2?
tuang atas kapas terus cuci mekap tu semua..wakaka..INI SEMUA POYO! orang bz konon...

produk ni untuk mata sebenarnya,tapi saya guna jugak untuk seluruh muka.
nak jimat ke kedekut? dua2 pun boleh..wakaka.



saja je mekap smokey,bibir merah ang2.nak test produk punya pasal.
sebelum dan selepas cuci mekap.agak bagus lah produk ni sebab kesan mekap mudah hilang.
tengok yang selepas tu,takde hitam2 sangat kat mata kan.bibir pun cuci bersih.
eh jap,amboi putisssnye kulit awak? haaa.ini punya kes tangkap gambar depan tingkap kasi cahaya
 over masuk sikit haaa.siap!
p/s: ni gambar lama,produk ni pun dah habis guna berzaman dah T__T




tang mata.sebelum cuci dan selepas cuci.
senang tanggalkan maskara dan eyeliner kalis air.celak kening semua pun senang tanggal.




lipstick.hasil selepas sekali sapuan produk.merah ang2 tu tanggal dengan mudah.
belah kanan pulak blusher,bedak dan foundation.sekali sapuan jugak.mudah tanggal walaupun
bedak tebal2.




guna 3 keping kapas untuk tanggalkan mekap yang tebal.
kapas pertama tu banyak gila kesan mekap yang keluar.
kapas kedua sisa2 tertinggal.kapas ketiga ada sikit2 je kesan mekap.
kesimpulannya produk ni tanggalkan mekap dengan mudah dan berkesan.takyah guna banyak2 produk
dan kapas.mekap tebal2 pun 3 keping kapas ja yang saya guna.


kata pengeluar:
contains deep sea water and vitamin B,E (with moisturizing  ingridients).
vitamin B derivative(panthenol).vitamin E derivative(tacopherol).containts alkanedol(moisture retainer).
revolutionary water-based cleansing agents removes stubborn water-proof mascara easily.
gentle yet thorough cleansing action to instanly dissolve and lift all traces of mascara and
eyeliners while helping to protect lashes and the delicate eye area.
non-oily and gentle moisturizing properties of deep sea water and vitamins B and E for the
protection of lashes and sensitive eye area.
hypo allergenic formulation suitable for sensitive skin.
presevative free,fragrant free,colorant free,paraben free.


hasil penggunaan saya:
- mudah sangat tanggalkan mekap.sapu2 je terus mekap tanggal.

- mekap kalis air mudah tanggal.
saya guna maskara,celak dan bedak kalis air,kena cuci betul2.
tapi dengan produk ni senang nak cuci.

- ada bau yang ligh tapi dekat2 nak habis guna ni bau dia macam cecair berkumur(listerine dll)
haha.

- waktu mula2 beli dan guna(isi masih banyak),
dia tak berminyak sangat.rasa selesa bila tanggalkan mekap.
tapi lama2 dekat nak habis isi dia tu baru rasa agak berminyak sikit.
mungkin sebab lapisan no.1 yang tinggal banyak.

- cuci mekap mata tak rasa pedih.tapi dekat2 nak habis
mula lah rasa pedih walaupun guna sikit je produk.
saya rasa sebab lapisan yang no.1(berminyak) tu.

- kesimpulannya saya suka jugak eye make-up remover ni.
sangat senang nak cuci mekap.takyah tonyoh2.
sapu lembut2 pun mekap dah tanggal dah.dia untuk mata sebenarnya,
tapi saya guna jugak untuk tanggalkan mekap kat seluruh muka.agak bagus sebab dia berkesan jugak.
cuma dekat2 nak habis ni ja dia jadi over sikit.saya suka dengan botol dia.cantik dan tak mudah meleleh.
ok,tu je.


like fanpage saya di:
http://www/facebook.com/zoeyzauyahfanpage


like fanpage mekap dan tudung di:
http://www.facebook.com/fabulousiti


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.



No comments: