product review: cathy doll 2 in 1 concealer+cheek tint.

Assalamualaikum.



kalau nak pipi comel macam pau gebu berkaler pink,peach atau oren
sila lah baca entry ni sampai habis.tak cukup lagi,boleh comelkan sekali
mata panda akibat tak cukup tidur atau terlebih tidur atau nak coverline cela2 kat muka tu kan.


produk:
cathy doll 2 in 1 concealer+cheek tint.

harga:
RM35 free postage untuk sm.

pilihan warna:
01 petit pink,
02 romantik peach,
03 sexy orange.

penjual:
hisyfadz beauty home(klik di sini).
sms/whatsapp/viber: 014-7407424(fadz).




inilah dia produk yang boleh mencomelkan pipi sampai nak cubit2 pipi sendiri..kahkah.
cathy doll 2 in 1 concealer+cheek tint.




produk ni 2 in1,sebelah ada concealer dan sebelah lagi ada cheek tint.
untung kalau beli sebab jimat duit dan jimat space.nak bawak pi mana2 pun senang
sebab 2 produk dalam satu batang je.cheek tint pulak boleh digunakan sebagai eyeshadow jugak.




ni lah warna2 dia.tapi concealer tu sama warna untuk tiga2 kod cheek tint.
tekstur produk jenis liquid.jangan risau tengok warna2 ni,bila pakai kat kulit akan jadi natural.
bau pulak wangi.




concealer ni jenis liquid.titik2 kat bawah mata atau kat mana2 kawasan kita nak cover tu.
lepas tu pedap2 dengan jari supaya rata.jangan sapu sebab tekstur cocealer ni agak nipis,
kalau sapu dia susah nak melekat dan cover apa2 yang patut.




concealer ni agak cerah,so saya rasa boleh buat sebagai highlighting di kawasan
muka yang kita nak.cara tu sama jugak,titik2 lepas tu pedap sampai rata.




sama jugak dengan cara pakai cheek tint.
sebab dia jenis liquid,so kita kena titik2 atas tulang pipi lepas tu pedap sampai rata.
ulang lah sampai kita dapat takat mana terangnya warna yang kita nak.
lepas pakai ni boleh pedap2 pipi dengan bedak untuk bagi nampak gebu atau biar camtu je
dia akan nampak basah2 dan glowing sikit.




ni hasilnya saya guna concealer+cheek tint warna 02 romantik peach.




yang ni guna warna yang sama tapi nampak pink2 sikit sebab ambil gambar ni
guna front camera(saturation dia tak sama).


MENURUT PENGELUAR:
- memudarkan jerawat,parut jerawat,bintik hitam dan jeragat.
- mengurangkan lebam/lingkaran hitam bawah mata.
- menghilangkan kesan kemerahan di sekitar hidung dengan mudah.
- meresap dengan sekata di kulit seolah2 tidak memakai concealer.
- tidak menyebabkan jerawat.
- sesuai untuk kulit normal atau kulit sensitif,berjerawat dan berminyak.
- boleh digunakan sebagai pemerah pipi dan juga eyeshadow.


HASIL PENGGUNAAN SAYA:-
concealer:
- jenis liquid dan hasilnya agak nipis berbanding jenis lain.
so kita kena pedap2 dan ulang 2,3 kali proses yang sama kalau ada lingkaran hitam,
parut atau cela yang teruk.tapi kalau biasa2 je dia memang boleh cover.

- warna concealer agak cerah,so boleh dibuat sebagai highlights jugak.

- overall concealer dia memang boleh cover cela2 tu semua.

- bau wangi.


cheek tint:
- pilihan warna dia cantik dan nampak natural lepas sapu di kulit.
warna dia tu nampak cantik di kulit.kita boleh pilih nak bagi dia nampak biasa2 je
atau terang/menonjol sikit.saya suka pakai terang2,so saya akan sapu 2,3 lapis.

- kalau nak nampak gebu2 sikit,lepas pedap cheek tint tu pedap pulak bedak kat pipi.
kalau nak bagi nampak basah2 dan glowing,lepas pedap cheek tint biar camtu je
tak payah guna bedak dah.

- walaupun jenis liquid dan kena pedap2,tapi senang ja nak apply.

- warna tahan lama.

- bau wangi.

- keseluruhannya memang saya suka dan selalu guna produk ni.
awak2 semua pun kena try sebab warna dia comel dan natural.
tapi kalau ada sebarang pertanyaan dan nak beli,sila contact penjual sendiri ya.
saya hanya la pengguna,bukan penjual.mereka lebih arif.
link dan no. tel penjual saya dah tulis kat atas tadi.



like fanpage saya:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.





6 comments:

afifah adnan said...

nice entry siti. love all of your entries.im newbie jemput http://afifahfiey.blogspot.com/.

syakirah binti md yusof said...

Assalam k.ct..klo kta gna mekap blainan jnama ok x mka kta?kalo kta dhare span or brus dgn org len bleh naik jrawt or kumn x kt mka?sllu akak wat mcmna nbsuh span..

mirza syazwina said...

comel sangat ^_^

Asha Lya said...

comel la sesuai utk siti..semua warna ceria

♡ ⓒⓘⓚ ⓨⓐⓨⓐ™ ♡ ツ said...

cantik ! :)

Puteri Panda said...

Cantik la kulit, Siti. Memang berkesan ke produk A-DHA tu? :)