mempersembahkan wanita terhebat pada minggu ini! err..dan minggu2 sudah -.-'


Assalamualaikum.


semua wanita di rumah kami adalah comel dan hebat..dan cantik..dan loyar buruk juga -.-'
tapi sejak 2,3 minggu lepas emak yang terhebat(iaitu pemenang wanita terhebat nombor 1 takde sapa boleh challenged) telah mengoutkan diri ke ipoh untuk jaga ahkak saya yang baru bersalin.
jadi rumah ini tiada wanita nombor satu tersebut..macam mana ni? macam mana nih?
bersabar...jangan panik2.


nak ikutkan cerita dia,saya ikut mak mula2 tu.CCE dan bapak tak ikut.
jadinya saya ikut emak,CCE duduk rumah dengan bapak.lepas tu saya balik dulu sebab ada job mekap.
tinggal wanita terhebat nombor satu di sana bersama wanita nombor dua terhebat yang 
tiba2 jadi tak hebat sebab duduk dalam pantang KAHKAHKAH..ok stop gelak T_T


jadi siapa yang harus jadi wanita terhebat di rumah? siapa yang harus menggantikan wanita terhebat?
ok,kat sini plot pun bermula..ewah! kau ingat ini movie? kataku didalam hati sendiri HAHA!
nak saya jadi wanita terhebat? owh...saya adalah insan yang lemah tak tahu apa2 melainkan tido,
makan,mekap,mengada2,menyusahkan orang..blablabla..haaa kau baca terus cancel nak buat ipar duai
hahahahha.jadi insan yang hardcore lagi garang,iaitu CCE telah membuat semua kerja2 emak!
yeaaaa!




Uploaded with ImageShack.us pemenang wanita terhebat pada minggu ini jatuh kepada
 CUCU CIK EMBUN !
weh..arwah tok embun mesti bangga dengan hang nih weh..
P/S: muka dia ni garang kalah emak2.ngeri tau uolsss.tapi beliau masih single.
nak ngorat sila usaha sendiri.takde makna I nak tolong2..hahaha!
tudung tu keluaran saya sendiri(sempat promete).
UPDATE 28.2.13:
photobucket block gambar saya dari masuk blog(kena bayar),
so gambar ni dah tak gerak2 dah...i hate photobucket!


hari2 selama beberapa minggu dia telah menjadi maid kepada saya...eh tak!
telah mebuat kerja2 suriram ram..ram surirumah ram..ram(sila baca dengan nada lagu suriram).
mencuci,mendobi,memasak,mengemas,menyidai kain,melipat baju,me..me..me
haaa..tu semua dia buat.saya dalam proses rawatan,badan sangat lemah dan tak boleh aktif sangat.
hari tu sekali haku cuci baju penat hap..hap..hap! terus I surrender senah!
tu mesin otomatik tu,maunya kena cuci baju tepi sungai cam mak2 kita dulu?
tengok sungai je haku pengsan dulu..belum cuci baju tu..hahahahha!



P/S: saja buat entry bodek2,tengah2 malam gini baru je lepas minta dia tolong
goreng kentang.kemain haku buat muka kesian.tak cukup tu,ayat2 kesian pun haku taruk sekali.
maka terhasillah kentang goreng yang sedap dicecah bersama sos cheezy ala2 kfc.


like fanpage saya di:


klik nuffnang nak kawen.tenkiu.

baju comel di DINI SHOP ;)

Assalamualaikum.


DINI SHOP ni online shop kawan saya yang jual baju comel2 terutama dari korea.
lepas pakai konpem rasa comel macam saya..IHIKS! IHIKS! gedik gila ni kenapa? T_T


banyak sungguh pilihan baju yang lawa2..sampai gadis ayu macam saya pening2 nak pilih..
kahkah..ayu konon..puiii!
tapi akhirnya saya mempilih 2 helai baju yang super comels dan selesa!



saya suka baju ni tang kain di dada tu.
tutup dada dan rasa lawa semacam je..muahaha.
dia labuh dan material sangat selesa walaupun cuaca panas.
ada banyak warna,saya pilih warna ini.


cantiknya..! selesanya ! overnya ! kahkah.


budak ni semangat raya cina ka hapa tah..haha.
merah ang2 habaq hang! menyilau mata CCE yang ambil gambar ni.
baju ni ada ropol2 tu kat bawah.rasa macam pakai skirt pun ada. 
comels tau.


percaya tak,mak saya yang tolong pilih baju ni? 
kenkonon anak gadis dia ni comel tahap terpaling tinggi bila pakai ni...kahkah.



selain baju macam yang saya pakai tu,DINI SHOP ada jual banyak lagi baju
dan benda2 comel.
.
.
.
peplum yang tengah hot sekarang ni.
ada banyak lagi design peplum.uolss try pi usha sendiri ok.


comelnya baju nih T_T
banyak baju korea yang comel2.


kemeja ni trend skang.lain2 baju pun ada.banyak uolss.rambang mata ni haaa.


kasut ni lawa lah! flat shoes yang comel dan ada style.


heels yang gojes sampai ke tahap maksima.


nangess weh tengok heels nih T_T


heels ni nampak elegan tapi comel juga.


bag pun ada.cantik bag ni.


studded bag.studded kan tengah in skarang ni.


DINI SHOP ada khidmat mini pelamin untuk majlis berendoi jugak.
simple tapi lawa kan?

baju,kasut,bag dan semua2 kat atas tu uolss boleh terjah DINI SHOP
bukan saya yang jual ok.


sekarang ni diaorang ada satu lagi page,iaitu BABY DINI ON9 SHOP
kat sini diaorang jual barang2 baby.macam2 lah barang baby yang depa jual.sila usha sendiri k..haha.




baju baby ni comel!


ini pun..!


saya suka tengok baby pakai ni...so comelsss..


cetokin..hihi..comelnya kalau baby pakai.



ok tunggu apa lagi.silalah klik DINI SHOP


nak mekap? belajar mekap? tengok hasil mekap? beli tudung? update2 terbaru?
like fanpage saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.



saya dalam majalah mingguan wanita.

Assalamualaikum.


saya tak tau pun ada story pasal saya kat dalam majalah mingguan wanita 28.12.12.
kawan2 kat fb yang bagitau.thanks ya.


ada yang tanya,asyik story pasal tu je yang keluar..
yess,saya pun harap ada story lain pasal saya.pasal blog ke,mekap ke kan..
tapi kita kena bersyukur dengan apa yang kita dapat.jadi alhamdulilah dan terima kasih
pada akak2 yang tulis story tu.lagpun niat asal memang nak share pengalaman saja.
jangan nak ngada eh..cepuk kang! kau bukan blogger glamour pun,jauh sekali retis pompom(bunga api)
kahkah.(moral of the story,sila jangan ngada minta kuar story itu ini..bersyukur je la).


muka depan erra fazira dan raja azura.


the story is.... hehe.
terima kasih yang mendoakan saya dan bagi semangat.
saya ok saja..alhamdulilah.




like fanpage saya di:



klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.

Product review: the face shop volcanic clay black head nose strip.

Assalamualaikum.


CCE balik yo yo ooo ja dia dok promote pasal satu produk dari the face shop nih.
pastu selaku minah yang mudah terpengaruh,saya pesan suruh dia beli kat saya sekali.
tapi hampas the sibling of hampeh,dia beli kat dia sorang je...nasib baik ada
beberapa keping kat dalam satu kotak tu,dapat lah cewi nak try jugak.
tu pun dia nak pau haku RM2 sekeping...ni memang tak kenang budi ke apa ni?
tak sedor2 haku ni banker dia.. -.-'
tapi untuk review kali ni saya taruk yang dia pakai.nanti saya review yang saya pakai pulak.
so,maaf ler kalau review ni tak terperinci ke hape.



satu kotak ada 7 keping.harga tak pasti.RM18 sekotak kot?
the face shop kan produk korea...maka tak sah lah kalau packaging dia tak membajet korea comels2.
kalau nak beli,sila carik butik atau kaunter the face shop.selalu masuk jusco kat mana2 pun ade je kedai dia
maknanya tak susah nak carik kedai dia.


ini CCE..ha'aaahhh..uolss waras lagik,masih boleh bezakan CCE dengan cik puan datin markonah pompompom!!! (bunga api,kemain hover).
mula2 cuci muka dan bersihkan tapi tang hidung tu basahkan dengan air.
tanggalkan pore strip dari pelekat jernih dia tu dan lekat pore strip kat hidung elok2.
kasi dia melekat rapat ke kulit.kang dia nak tanggal bintik2 tu kan.
pastu tunggu selama 10 ke 15 minit dan tarik.toksah risau,tak sakit pun(kata CCE).


memang dia keluar weh! selalu pore strip dia tarik bintik dari pori2 kita yang kecil.
yang bintik kat dalam2 tu susah nak kuar.tapi yang ini ajaib!
banyak keluar dan boleh nampak jelas! tapi kamera henpon cap kambeng gurun 
tak boleh fokus betul2 T_T


tu kotor2 tu.kalau tengok real2 macam kagum bercampur jakun(haku ler tu).
pastu geli geleman..kahkah.


banyak yang keluar tapi dalam kamera ni tak nampak sangat -.-'


fokus sikit...



nanti saya try,saya review versi diri sendiri punya pengalaman pulak k.





like fanpage saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.

pilih nama bisnes untuk saya dan dapat hadiah!

Assalamualaikum.


saya tengah pilih nama baru untuk bisnes dan terfikir nak uolss semua2 bagi cadangan nama.
nama apa2 pun boleh.saya cuma nak nama yang simple tak panjang sangat dan kalau boleh gabungkan
sekali nama saya iaitu 'siti' itu dikira bonus.boleh dapat markah lebih tu haha.


bisnes saya tu shawl dan mekap(2 servis untuk 1 nama).
hadiah misteri yang menarik dan comelsss menanti anda! uolss bagi je idea nama tu di komen blog saya ni
atau di status yang saya akan update di fanpage saya.nanti saya akan pilih yang menarik
(tapi tak semestinya akan digunakan sebagai nama bisnes saya,ikut keadaan juga.cuma pemenang memang akan ada).



jom pakat bagi idea ;)


UPDATE ON SATURDAY 19.1.13:
pemenang ialah dhir_iman(nadirah rasid).
tahniah dan terima kasih kepada semua yang bagi idea.

Product review: watsons deep cleansing nose pore tape.

Assalamualaikum.


p/s: panggil saya siti ya ;)


sekarang sedang bermastautin kat ghumah kakak saya di ipoh.
tak tahu nak buat apa kat sini selain online.
pastu takde barang nak review,nak mentry,nak cewi,nak blablabla..pastu bosan sikit.
pastu kan semua benda yang terjumpa pun nampak cam menarik nak try.
termasuk satu benda yang tiba2 saya terjumpa.
kakna bagi kotak dia untuk saya sendal bawah laptop,cam menarik jeee...
pastu korek punya korek terjumpa sekeping yang tertinggal kat dalam tu..muahaha.


benda ni.cakap dalam dia ada 10 keping,bernasib baik punya pasal dapatlah sekeping.
kalau tak bernasib baik punya pasal,langsung hapa pun tak dapat bhahaha.
nasib lah tangan ni korek2 dalam kotak tu.terjumpa lah sekeping.kalau tak korek ada ka entry ni?
haaa jawab..jawab.


benda ni mesti lah beli kat watsons kan.tengok jenama la weh.
watsons weh watsons!(amboi marah).
harga toksah tanya..nak je haku tangan tangankan sapa2 yang tanya
(dia pun terjumpa ja menatang ni,lagi mau tanya pasal herga..kahkah).


dalam kotak ada pack camni.
saja je nak buat packing comel2..nak suruh bebudak gila korea beli la tu kan?
logik tak logik? haha.


satu pack ada satu keping produk.
dia kering kontang.laaaaa ingatkan ada cecair ke cam mask jenis lekat2 tu kan.


dia lekat kat plastik.pisahkan dari plastik.
guna hat putih tu,bukan plastik tu..sapa ajar kau guna plastik? kahkah.


cuci muka bersih2.lap muka dan basahkan hidung dengan air.
lekatkan pore tape tu kat atas hidung kita.
saya hentam lekat je,tak tau betul ka tak.tapi kat tepi2 garisan hidung tu tak mau lekat rapat.
bentuk dia tak mesra hidung...haha.pandai2 lah tekan2,adjust2 ok.biar selama 10-15 minit.pastu tarik..!
cuci dengan air.



kesan dia?
bila pegang tape tu mula2 rasa cam kertas biasa jeee...
lepas dah lekat kat hidung dia rasa cam pakai sealer tape kat kulit..haha.
time nak tanggalkan tu takdelah sakit sangat.biasa ja.
kotoran yang keluar tu ada,tapi saya tak ambil gambar sebab kamera takmo fokus elok.
dia tarik lebih banyak kotoran dari pori2 yang kecik.
yang pori2 besor gedabak dan ada kotoran dan bintik besor2 tu dia tarik sikit2 ja.
agak2 yang dah terbenam sikit kat bawah pori tu harap maap ler.
dia tak tarik habis pun.tak berapa puas hati lah sebab tak banyak yang keluar.
kalau uolss nak try boleh je...kesan dia mungkin berbeza untuk setiap orang kan.



like fanpage saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.






Terasa nak shopping ini,ini dan ini T_T

Assalamualaikum.


p/s: nama panggilan saya ditukar kepada siti.panggil saya siti ya.terima kasih :)


Lepas baca entry ni mesti hangpa semua pikir " materialistik gila pompuan nih".
erk eleeeh...lu apa problem bro?! ceceh hardcore konon2.
hari tu buat entry gajet idaman taun baru.
sekarang buat entry benda2 idaman sepanjang tahun ni dan tahun2 kehadapan..kahkah.over melampau.
eh,bukan idaman tapi keinginan(bukan sama ka?).keinginan nak shopping secara menkhinzir buta bak kata johan hantu kak limah kelik ghumah hoiii!(panjang kod dia).





teringin nak beli perfume jenama nih sejak memula keluar dulu.wangi nak mampos !
tapi kerek betul,jenama ni eksklusif apakebenda entah.susah bebenau nak carik butik dia.
rasa2 dulu ada jenama benefit ni kat gurney plaza penang,tapi baru2 ni search tak jumpa pulak.
minta cce tolong belikan kat KL,tapi harap maap,makcik tersebut malas nak bersesak kat sana.
maka sia2 lah dahku memeujuk rayu..what the@#$%$??
eh jap,tak dapat perfume ini,perfume lain pun boleh rasanya.
asalkan I berbau perfume baru..AHAKS! gedik weh! T_T




nak shopping mekap mac!!!!
opkos lah bukan untuk pakai kat diri sendiri je,untuk customer2 I lah.uolss nih.tak paham2 pulak.
nak bawak duit setimba gi butik dia.pastu shopping cam orang gila...
KAHKAHKAHKAHKAH(belum pi pun dah gila T_T)



jangan buat2 lupa kat jenama bobby brown.
antara jenama mekap yang terbaik sekali! terutama mekap2 dari earth tone.
produk awak mables lah makcik bobby.
pastu tak pasal2 makcik tu jawab "yess i know,blablabla" pergh kerek!
kau nampak? tak ke vodoh punya dialog tu? kahkah.


nak shopping kat Daiso!
tempat ni wohsem bebeh.banyak sungguh benda2 comel.
dari barang2 rumah sampai ke mekap.tak ketahuan hala kalau haku masuk sini -.-"
kalau area dekat saya,queensbay mall penang ja ada.tu bukan dekat weh! bukan dekat sangat..bukan.
tapi google2 terjumpa ada seketul cawangan kat jusco ipoh! 
belakang ghumah kakak saya ja tu.awat tak pernah tau nih? ish2..
kasihaaannnn sambil beryahoo kat dalam jiwa...hahaha.





yang ni dah pernah cakap kat dalam entry lepas.
note II !
mesti beli,tak kira..tak kira(lempang muka sendiri).




owh ini juga...semat tahap yang takde tahap T_T
skrin tu sungguh tak tahan.saiz kompak kualiti dslr.sesuai untuk blogger cam saya nih..
ceceh..dan2.



pastu pikir2 terlupa rupanya saya perlukan laptop baru T_T
laptop saya sekarang ini sangat kasihan.tak sihat di sana sini..kasihannnyaaaa -.-'


membuat sepek mata baru yang super comel dengan harapan akan menjadi 
super duper comel selepas itu bhahaha.
power dah naik,kena buat sepek baru,tapi dilema sungguh bila fikir yang diri ni
mana tahan pakai sepek lama2.nanti migrain macam mana? haaa..macam mana tu?
tapi hati teringin nak buat baru yang comel2.baru2 ni cinta hati buat sepek baru pun design comel2..
terasa jeles cam nangis2 kat dalam kedai tu..kahkah.


ini tiap2 3 bulan pun mesti buat.jenama lens terpaling favourite.
kali ni nak buat yang kaler membajet minah saleh sikit.ye laaa..ye laaa..
bab membajet memang kepakaran kau ye senah? *nanges.


sunglasses yang baru!
baru2 ni anak sedara dah patahkan sunglasses saya T_T
maka,harus mencari yang baru.yang baru,yang berstyle,yang senang nak bajet mak datin..
eh tak,bukan bajet mak datin tapi datin seri..tak pun dato seri ke kan..
amboi T_T


ok,ini punya keinginan kalau anak pak seri pun boleh kopak weh!
kopak dalam tempoh sejam pulak tu! punya boros lah kata..kahkah.



tapi sila jangan bersalah sangka.saya jenis ada banyak keinginan,tapi saya akan
usaha sendiri untuk beli.lambat camna pun takpa,asalkan saya beli sendiri.
nangis mak haku baca ni..terharu sungguh ada anak kecil molek,baik hati dan suka berusaha..
HAHAHAHAHAHA...tak boleh blah puji diri.



like page saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.

untuk muslimah bermekap.

Assalamualaikum..


P/S: NAMA PANGGILAN SAYA TELAH DITUKAR KEPADA SITI.
SILA PANGGIL SAYA SITI YA,BUKAN NAMA LAMA.TQ.

saya cukup tak berkenan bila orang membuat persepsi sendiri mengenai apa2.
macam orang perempuan yang pakai mekap.selamber cap badak orang boleh cakap
kita tak solat hanya kerana kita pakai mekap.saya pernah dapat komen camni kat youtube saya.
pendapat saya la kan,pakai mekap ka,tak pakai mekap ka,pakai tudung ka,tak pakai tudung ka,
kalau dia takde kesedaran melakukan kewajipan a.k.a tak nak solat..maka dia tetap tak buat.
jadi jangan bersangka buruk pada amalan orang.kita tak tahu amal ibadat yang telah dia lakukan..
lagipun amalan tak perlu ditunjuk2.dah pakai mekap,nak solat tu buang je lah.bukan susah pun
dan bukan ada peraturan pakai mekap takleh solat dah..what theee?



jadi sebagai seorang yang comel(puji diri) merangkap seorang yang murah hati(puji lagi),
saya dengan ini nak share tips2 mudah untuk kita sebagai muslimah yang suka mekap2.
tips ni boleh dipraktikkan waktu kita keluar jalan2 ke,shopping ke,usha mamat hensem ke..HOI!
pergi keja ke kan.kalau rasa susah solat,nak tanggal mekap,nak bawak pencuci muka,bawak itu ini
sampai berat bag dan blablabla tu..silalah mentry tips2 ini.
eh jap,benda ni ada kaitan dengan pembuka kat atas tu ka hah? ok,abaikan -.-'


siap sedia dengan cleansing wipes(wet wipes) kat dalam bag tangan.
setiap kali nak solat guna saja benda ini untuk cuci mekap.
sangat berkesan untuk cuci mekap.cuci 2,3 kali atau kalau uolss mekap nipis je,
cuci sikit pun dah bersih.cuci bersih2 tak perlu guna pencuci muka biasa tu dah.
ringan bag takyah sumbat pencuci muka biasa tu kan.
lepas guna wet wipes ni,bilas ja muka dengan air bersih.alang2 nak ambil wuduk kan.
ada banyak brand kat pasaran,sila pilih mengikut kesesuaian kulit uolss
bukan kulit saya.kalau ikut kulit saya buat ape? lempang kang..ceceh.


atau boleh saja guna baby wet wipes.benda ni bukan untuk cuci punggung baby saja hoi..
dia ada banyak kegunaan dan salah satunya untuk cuci mekap.
selalunya ada kandungan alkohol.mungkin kurang sesuai untuk orang yang masalah kulit
kering dan sensitif.tapi sekarang jenama macam pureen pun dah tak letak alkohol kat baby wet wipes.
terus terang cakap,saya suka yang ada alkohol sebab mudah nak tanggal mekap waterproof.
cik puan datin markonah ni ganas cik senah oiiii...! 
tak pakai waterproof kang cam zombie kampung cempedak lak jadinya..kahkah.


kalau malas nak beratkan bag dengan wet wipes dalam packaging tadi,
uolss boleh try yang dalam packing ringan camni.dah ade banyak brand yang keluarkan 
packaging camni.ringan dan mudah..ewaaah..cam mak nenek haku promotewiththefreeoffcharge.



jadi mari mencuci mekap hiyak! hiyak! hiyak! amboi semangatnya T_T
saya share cara ni sebab saya tau ramai gilas yang malas nak bawak itu ini untuk 
cuci mekap.wet wipes adalah penyelamat terkini..yihaaa! ok,tiba2 haku mengharukan ni dah kenapa?

satu lagi,kalau uolss masih nak nak bawak skin care uolss tu,
letak saja dalam travel bottled ni.kat watsons dan guardian melambak jual.
saiz kecik2,jadi tak makan ruang dan tak memberatkan bag uolss.
isi lah apa2 yang patut,pencuci muka,toner dan pelembab.
nak isi kuah kari ke,sirap limau ke,punnn boleehhhh
lepas solat tu kalau nak mekap semula silalah bawak mekap yang penting2 untuk touch-up semula.
takyah bawak yang saiz besor berat gedabak tu.bawak yang basic penting dan tak berat ok.


satu lagi lah..kalau nak mudah gi solat kat mana2 je pun,
siap sedialah membawak telekung sendiri.bukan apa,kadang2 surau takde telekung,terlalu ramai orang
guna sampai takde untuk kita guna,tak selesa dengan telekung yang berbau atau ada kesan mekap.
so,tak paham2 ke weh? bawaklah sendiri.taknak bag berat?
silalah beli telekung cam dalam gambar ni.sumbat dalam bag tangan.ringan je telekung ni haaa.


ini telekung saya.hadiah dari my sister bestfrend,anna.
tenkiu anna manis.CCE dapat kaler pink,saya dapat kaler hijau.
sangat praktikal untuk dibawa ke mana2.belilah satu dan spare kat dalam bag ya.



harap semua yang haku merepek ni dapat membantu.
sekian terima kasih.
weh hape kes kau skema ratna kebabom nih weh? muahaha.



like fanpage saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.

mari membuat donut.

Assalamualaikum.


saya suka makan donut.hoi,bajet mat saleh ke hape? dah takyah kutuk diri sendiri T_T.
hari tu beli kat nash donut tapi tak puas makan.
teringin nak makan donut macam yang jual kat gerai2 tu pulak.
tiba2 je keleting! keleting! idea nak try buat donut pun tiba2 muncul.
mak selalu buat dulu2.terus ajak mak buat tapi mak kasik macam2 alasan.
alasan mak yang paling famous ialah "mak lupa resepi", "mak lupa cara buat".
tapi budak tuan blog ni degil punya pasal,asik ajak mak buat jugak.
last2 mak cakap "try cari resepi kat internet".
amboi..majunya mak2 zaman sekarang T_T



cari punya cari jumpa lah satu resepi donut.
tengok2 bahan cam senang jeeee..tapi ada satu bahan ni pelik sikit.
ni apakebenda apa ni? o_O" nampak sangat tak reti masak T_T
terpaksa mesej sekelian makluk yang terer main masak2 nih.rupanya lemak sayur ja pun.


see the message....sudahlah tak tahu masak,tak tahu mengeja pulak tu..kahkah..!
hoi! typo lah typo! bukan tak reti eja. $%^&&^*& (bebel cam mak nenek).
kalau nak tau,dua2 makluk ni ada tahap keraguan yang tinggi bila saya nak masak.
takpa..u will see bebeh !


saya dapat resepi ni dari blog azie kitchen.
nak sukatan resepi? sila masuk link bawah ni:



mula2 tuang air suam,masukkan yis,gula,susu,marjerin dan lemak sayur(shortening).
kacau sikit dan biar selama 8 - 10 minit.
time ni mak main hentam masuk suka2 hati beliau..tak ikut resepi dah.
habis tepung mak haku kerjakan.
mak suruh saya sukat2,timbang2, saya sukat ikut suka je senah oii.pastu pakat2 cakap 
"suka hati kita ja nih,jadi tak nih?" kahkah..tau pun takut.


bila yis dah berbuih,ayak dan masukkan separuh dari tepung gandum ke dalam adunan.
masukkan telur yang dipukul sedikit(kami tak pukul pun..kahkah).
pastu masukkan garam.tambah tepung dan uli.


bab uli mak lah kena buat.saya mana larat nak uli.
mak pun mesti tak bagi uli,kesian anak dia patah tulang kang..hahaha.
uli sampai tak melekat kat tangan.


ok,dah siap semua cari lah acuan donut.tapi tak jumpa2.
rupanya ada kat umah kakna di ipoh nun -.-'
habis tu camna ni? so mak saya buat bulat2 camni.


dan kami bentukkan guna tangan T_T
yang nampak lubang lawa2 tu saya yang buat..frasan..haha.
yang lubang senget2 mak buat.mak malas nak belek lama2..haha.


dah siap goreng,salut dia dengan gula.mak suruh guna gula castor ka gula apa tah
yang lebih CCE buat kuih dulu. rupa tak boleh blah..kahkah.
anak sedara try makan,depa kata sedap.lembut kat dalam walaupun rupa macam tu.


tahniah kepada anak beranak yang comel sebab berjaya buat donut secara comel juga..
errrr...baik kau cakap comel! kahkah..paksa orang pula.


tak paham dengan dua orang budak ni T_T
mula2 goreng kat dalam macam tak berapa masak elok,tapi saya dengan mak try makan gak.
lepas tu mak teringat yang CCE pernah cakap yis tu hidup.
habis tu kalau makan benda ada yis yang tak berapa masak camne?
maka mak bagi lah soalan ni kat CCE..haku jadik perantara pulak tu!
tak tahan betul..hahahaha.
kau tengok CCE cakap? tea time punya menu tak jadik? see my hand lah weh..
hahahahhaha.
mak ajak buat lagi.kali ni nak buat cantik2.cayok anak beranak!


like fanpage saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.