product review: Loreal gentle lip and eye make-up remover for waterproof make-up.

Assalamualaikum.


tengah syok cuci mekap baru sedar...
"make-up remover dah nak habis tapi tak review lagi!"
ting! terus hegeh2 ambil gambar kenkonon nak review.
jadi la dari takdak langsung kan.review pun uolss boleh tengok dan dapat idea
nak try produk ni atau tak.
tapi hasil tu semua ikut orang ya.bukan semua orang pakai jadi sama.


taadaaa!
beli watsons.harga RM19.90 kalau tak salah.
saja nak try jenama ni.khusus untuk buang mekap yang waterproof sebab
saya pakai mekap yang waterproof.kalau tak pakai yang waterproof kang
muka cik puan datin markonah jadik ghost kak limah go back home kang..


bawah ni saja ja test tahap keberkesanan produk ni.
.
.
.
gambar ni guna flash.
kiri: bedak yang saya taruk tebal2 kat tangan.
tengah dan kanan: hasil selepas sekali sapuan guna makeup remover tu.
takdelah sekali sapuan terus semua bedak2 hilang.sama macam kebanyakan makeup
remover,kena ulang cuci sampai bersih dan takde kesan bedak kat kapas.
tapi yang ni not bad lah.senang gak tanggal.


lipstick.
kiri: lipstick yang saya calit banyak lapis.
tengah dan kanan: sekali sapuan ja dah tanggal.mables!


eyeshadow.
kiri: eyeshadow yang betul2 terang dan lekat warnanya.
tengah dan kanan: sekali sapuan hilang tapi bukan 100%.
kalau tengok betul2 masih ada sisa.


eyeliner.
kanan: eyeliner ni waterproof dan pekat.
tengah dan kanan: sekali sapuan kesan eyeliner hilang jugak tapi masih ada sisa.
maknanya kena ulang cuci guna produk ni baru dia betul2 hilang.


*sepanjang saya guna produk ni memang ok lah.
tak susah nak tanggalkan mekap.cuma yang betul2 waterproof kena ulang cuci
baru betul2 hilang.selalunya sekali cuci saya guna produk ni 
kat 2 atau 3 keping kapas baru mekap betul2 hilang.


*produk ni ada lapisan cecair jernih dan biru.
biru tu macam berminyak.nak guna kena goncang biar dua2 cecair
bercampur,lepas tu baru tuangkan di kapas dan tanggalkan mekap.
kalau tuang dan guna yang jernih saja dia tak berkesan.


*walaupun yang biru tu berminyak sikit,tapi lepas beberapa minit tanggalkan mekap,
kulit tak rasa berminyak pun.


* cuma satu ja tang produk ni yang saya tak berapa suka.
bila cuci kat mata dia rasa macam pedih2 sikit.tak selesa.


tak rugi try produk nih.agak berkesan dan puas hati.
cuma sepanjang saya try makeup remover,jenama maybelline paling best.
berkesan.bila cuci kat mata tak pedih dan rasa selesa je.
saya pernah review yang jenama maybelline.sila cari di label 'PRODUK'.
teringin nak try remover yang jenis susu tapi susah gak nak carik.


ada berita untuk uolsss...!
.
.
.

jom join.tak rugi belajar.ini flyers belajar mekap basic,yang bridal pun ada.
contact kalau betul2 serius nak join ;)


like fanpage saya di:


fanpage mekap dan tudung:


klik iklan nuffnang  nak kawen.
tq.


produtc review: contact lens colourvue starbust blue

Assalamualaikum.


uolsss oiiiii...!(macam mak nenek),sejak ada kes mata rosak pasal lens tu kan
terus cik puan datin markonah pompompom tak berani nak pakai lens korea murah2 tu dah.
walaupun tak pasti punca utama sampai jadi macam tu,tapi hati nurani cik puan
ni penakut uolss tau tak! menggeletorrrr lutut haku ni haaa.


jadi secara rasminya,saya telah kembali menggunapakai contact lens
jenama kegemaran saya yang dijamin selamat dan dibeli dari kedai speck bertauliah.
bersorak kuat lah tokey kedai merangkap rakan saya tu..kahkah(kocek haku pulak tak kahkah T_T).


picture from google.
ini dia..! saya pakai contact lens dah lama dah,dan dalam banyak2 jenama yang ada,
saya paling suka dan puas hati dengan colourvue.
warna dia terang,nipis,lembut dan selesa macam tak pakai apa2.
dia ada banyak jenis,tapi paling saya kerap beli dari jenis big eyes.
cuma kali ni saya try jenis yang baru nih..colourvue starbust! macam dalam poster ni haa.


packaging contact lens tu.ni kotak luar dia.


packaging lens.saya beli colourvue starbust blue dan ada power sebab saya rabun.
- soft contact lens.
-45% water.
-55% terpolymer immersed in sterile buffered saline solution.
-hidrogel material.
-perfect blend colour technology.
-CE.
-iso 9001.
-made in korea(tapi yang ini berkualiti ok).
-high oxygen permeability.
-sterile.
-RX only.
-saiz 15mm
-harga RM90 kot.
-tahan 3 bulan.
-tempat beli untuk kulim di kedai eyeland optical(giant,landmark central kulim).


sebelah pakai,sebelah tak pakai.scary nyaaahhhh oiii....!


-saiz 15mm.
kalau jenama ni memang big eyes dia takat 15mm saja.
tapi mata tetap nampak besar dari biasa.
saya bukan kemaruk nak bagi besor2 tu..tapi sejak dulu2 saya takleh pakai 
yang saiz biasa,mata mesti rasa sakit macam ada benda.tak selesa tau.
kalau uolss tau lens saiz biasa yang selesa,silalah rekemen kat saya :)

- warna blue.
warna dia terang.jenama ni memang terang pun.warna dia cantik sangat.

-corak star.
tengok nama lah babe! corak dia macam bintang2.
sebab warna dia terang,jadi corak dia nampak jelas,kecuali dari jauh.
corak2 mengelilingi bulatan untuk anak mata tu buat anak mata menonjol.

-ring hitam.
keliling dia ada ring hitam.contact lens yang ada ring hitam memang cantik
dan buat mata kita nampak besar.

- Soft lens.
contact lens ni jenis lembut dan nipis.
bila pakai tak rasa apa2 pun.tapi untuk sesetengah orang yang tak biasa
mungkin susah nak pakai.dia lembik dan selalu melekat leper kat jari.
tak macam contact lens lain yang tegak elok atas jari bila nak bubuh kat mata.

-keselesaan.
sangat2 selesa! macam tak pakai apa2 pun.
ni lah sebab utama saya suka jenama ni.selesa lebih penting.
dah lah rabun,kang pakai yang sakit dan tak selesa maunya kelip pok kelip pok
mata cik puan kang..muahaha.



amboi..bajet minah arab pula untie ini..kahkah.
nampak kan corak dia tu?


sekali tengok macam mata anak patung.eh tak..tak..bukan saya anak patung,
tu mata palesu tu haaaa..


cewi lah pulak kan T_T
tapi sungguh saya suka lens jenama ni.


ini bukan entry sponsor ya,saya review dari pengalaman guna sejak dulu.
ini pun sebab ramai yang tanya lens yang saya guna.
kalau kat kulim ni ada satu kedai saja yang jual jenama ni.
nama kedai tu EYELAND OPTICAL.
lokasi dia kat dalam landmark central(giant kulim).
ada 4 kot kedai speck kat dalam mall tu,pandai2 lah uolss carik eyeland nih.
saya kenal tokey kedai nih dan balik2 muka haku je la yang pi beli lens T_T
kalau uolss nak pi beli cakap tau dari blog zetty.(depa panggil saya zetty okes -.-" )
kot2 lah dia nak bagi murah kat uolss ke kan..kot je lah kan..hahaha.



like fanpage saya di:


fanpage mekap dan tudung:
http://www.facebook.com/fabulousiti


klik nuffnang nak kawen.
tenkiu.

christian louboutin high heels.

Assalamualaikum.


saya mempunyai sifat maha kagum terhadap kaum2 perempuan yang tahan pakai high heels.
tambah2 kalau pakai heels jenama lubuk tin! eh tak..kau nak kene lempang nama dia sedap2 kau panggil lubuk tin? ni haaa..ni haaa..jenama kasut terpopular bagi orang2 yang gilakan kasut terutama celebrity.
CRHISTIAN LOUBOUTIN! ciuunggg!!!(sepotlight habaq hang).
camna lah saya tak kagum,sudah lah tinggi nak mampos! harga pun boleh tahan nak mamp..!
ok takyah sebut banyak kali..makin stress uolss baca kang T_T


- nama kasut ni disebut kris-shen-lau-bo-ton(betul kot..kahkah).
bukan lubuk tin cam mak nenek tadi sebut tu..eh jap,mak nenek? sape tu? sape? sape? muahaha.


- high heels dia tinggi senah oiii... 6 inci kot? kot je lah kan.dan ada tumitnya yang halusss gitu.
tak gayat ke hoiii?! paling penting adakah orang yang pakai tu selesa? terkedek2 bila jalan.
tapi memang ramai yang gilakan kasut ni.mungkin betul lah orang cakp beauty is pain...erkk!
kata louboutin:- 
" I WOULD HATE FOR SOMEONE TO LOOK AT MY SHOE AND SAY,
'OH MY GOD! THAT LOOKS SO COMFORTABLE!'
THATS NOT WHAT I WANT TO PROJECT.
BUT I'M NOT A SADIST.I DON'T BELIEVE SUFFERING MAKES YOU BEAUTIFUL.
BUT COMFORT IS NOT PART OF MY CREATIVE PROCESS."
haa'ahhhh...ye lah tu T_T


- kasut ni macam2 design.sekarang saya tengok orang gilakan design studded.
landak tengok ni mau nangis dia nih kahkah...tapi memang ohsem lah bebeh.


- setiap tapak kasut jenama ni akan berwarna merah.signature dia kot? haa'aaahh..rasanyalah
(cam pandai je haku nih T_T).


-ini yang terpaling nak pengsan ni.harga dia bukan sekupang dua untuk seketul,
tapi ribu2 cik kiah oiiii...! harga dia boleh cecah puluhan ribu sama harga dengan
seketul kereta buatan malaysia! makanya memang hebat lah orang2 yang pakai kasut nih.
orang cam haku ni tengok sambil nangesss kat dalam hati T_T


bawah ni antara design kasut christian louboutin
(pictures taken from google and  louboutin website).
.
.
.



kau tengok design2 dia? meleleh air liur,meleleh lagik air mata tengok.
saya pakai ni mau pengsan dan bangun..pengsan lagi dan bangun..
pengsan kocek nipis satu hal,pengsan sebab tak tahan sakit pakai tinggi dua hal.


orang2 kaya dan celebrity memang gilakan kasut nih.
.
.
.

kim kardashian salah seorang artis hollywood yang selalu pakai kasut jenama ni.



fazura pun pakai uolsss...



pergh!!! bukan je fazura selalu pakai,dengar2
2,3 artis lain pun gilakan jenama nih.takpelah rezeki kan.uolss kerja keras dan mampu.



inilah christian louboutin.tuan punya merangkap pengasas,pencipta,penpenpen semua dialah hoi!
kata beliau:
" WHEN WOMEN PUTS ON A HIGH HEELS,
SHE HAS A DIFFERENT ATTITUDE.SHE REALLY STANDS UP 
AND HAS A CONSCIOUSNESS OF HER BODY."


Shila Amzah Dikutuk Kerana Borong Kasut?
ini takdak kena mengena dengan louboutin.
tapi kagum betul sebab shila amzah boleh pakai kasut tinggi gila camni T_T



saya orang yang tak tahan pakai high heels.rasa sakit dan tak selesa.
jadi uolss paham2 lah kenapa saya kagum sangat dengan orang2 yang terer pakai tinggi2 nih.
pengsan weh! pengsan! tapi harap maklum,saya tak teringin sikit pun dengan jenama nih.
ukur baju di badan sendiri lah bebeh!




like fanpage saya di:
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage



klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.

nak tengok hasil mekap yang terbaru?

Assalamualaikum.


uolsss!
nak tengok hasil mekap yang baru2?
silalah follow blog baru saya.sekarang ni semua hasil mekap yang terbaru
dan jual tudung hanya di blog baru sana dan apa2 update hanya di page baru juga.


saya baru update je entry.pasal mekap model photoshoot.
jom follow blog dan like page ya.tq ;)




rupa blog baru saya.ini buat sementara waktu lah.
logo,design dan lain2 mungkin ditukar mengkiut keadaan nanti.



like iklan nuffnang tau.

blog dan fanpage baru.


Asssalamualaikum.


uolsss...!
saya nak umum nih.mulai sekarang,entry dan gambar hasil mekap,
tudung dan lain2 yang berkaitan bisnes,saya hanya akan update di
blog dan fanpage baru.ini khusus untuk bisnes dengan nama baru iaitu Fabulousiti Beauty & Closet.
jom lah like fanpage dan follow blog baru.
saya akan update yang terbaru dari semasa ke semasa.sekarang bz semua masih dalam proses.


fanpage:


blog:


booking dan lain2 pertanyaan mengenai mekap dan tudung:
email: fabulousiti.bnc@gmail.com
text: 012-4141421



blog dan page lama akan ada macam biasa.
tips mekap ke,tuto ke,review ke,aktiviti saya ke,
semua akan update kt sini cam biasa.



tq semua ;)