product review: MUA lipstick.

Assalamualaikum.


MUA lipstick ni sejenis jenama dari UK.UK lah kalau tak salah.pening2 pulak.
jurusolek,jurutaksolek,youtubers kaki mekap,semua tahu jenama ni kot.
tak caya,sila usha tuto mekap kat youtube.makin glamer jenama ni tau.


saya dah try MUA lipstick warna shade 12.
ayuh kawan jom kita review beliau ! HIYARGGHHH !!!(nada biar over,sungguh2 semangat).


produk:
MUA makeup academy lipstick.

warna/kod:
shade 12.

harga:
RM10 untuk ready stock(tak termasuk pos) atau 
RM8 untuk pre-order(tidak termasuk pos).

tempat beli(onlineshop yang jual):


p/s: mohon pada sesiapa yang ada niat mencuri dan menggunakan gambar saya
tanpa kebenaran sila ingat dosa dan siksaan Allah.
saya tak benarkan walau untuk save as sekalipun.
malah jika menyalahgunakan gambar orang lain,anda boleh didakwa mengikut akta komunikasi dan multimedia,didenda melebihi RM58 ribu atau penjara tidak lebih dari setahun
atau kedua-duanya sekali.
tq.



packaging yang menggoda kaum perempuan.
sapa tak tergoda kalau tengok lipstick? sape? sape? haaa cakap sikit(over pula dia ni).



sebab dah tergoda lah saya taruk gambar dia sampai 2 kali..bhahaha.



bawahnya ada sesuatu yang menarik.
macam small container yang ada lipstick juga..ewahhh.



the lipstick !
atasnya lipstick,bawahnya juga ada lipstick.



pusing small container kat bawah batang lipstick tu,maka ini la lipstick dia.
warnanya sama saja macam lipstick kat atas tu.
kalau nak sapu lipstick guna berus,boleh la guna yang dalam small container ni.
ohmai,gedik gila asyik sebut small container je..( tak tahu nak panggil apa sebenarnya haha =p ).



shade 12 ni ada glitter rupanya !
glitter tu partikel2 yang merelit,berkilat,bersinar,hoiiii ! rajinnya pulak nak bagi uolss
pening sekali..kahkah.



haaa..nampak tak?
bila kena cahaya makin jelas glitter tu nampak.bersinar bukan main.



hasilnya di bibir saya v(n_n)v
cantik sangat okeh ! mudah disapu sebab teksturnya lembut.


glitter tu buat bibir nampak cantik lah.
bersinar2 macam basah je kan.


saya suka lipstick ni.kalau nak kesan yang natural,boleh pakai nipis2.
kalau nak efek lebih menyerlah,pakai lah tebal2 sikit kan.


saya jarang suka dengan warna macam ni,tapi yang ini sangat cantik.
boleh nampak natural(pakai nipis2) dan boleh juga nampak menyerlah(pakai banyak lapis sikit).



hasil penggunaan saya:
- warna cantik dan senang melekat di bibir.
- teksturnya lembut dan licin.senang sapu di bibir.
- bibir jadi lembab lepas pakai.tak kering macam kebanyakan lipstick.
jadi takyah pakai dengan lipbalm dan lipgloss dah.senang kerja,takyah pakai banyak benda.
- shade 12 ni ada glitter.bila kena cahaya nampak bibir bersinar.cantik !
- ada bau candy.
-sapa2 yang suka sapu lipstick guna berus,boleh guna lipstick dari small container kat bawah
batang lipstick ni.sapa yang suka sapu terus,boleh guna lipstick atas tu.
macam 2in1 pulak :p
-selain warna shade 12 ni,MUA lipstick ada 16 warna semuanya.
kalau tak salah,ada yang glitter,ada yang tak.yang penting..semua warna cantik.
ada warna natural dan ada jugak warna terang.
- murah ! tak rugi kalau nak beli banyak pun..hehe.


overall saya suka lipstick ni sebab cantik.
uolss pun sila lah try.murah je.minah saleh ramai yang guna brand ni tau.


sekali lagi,kat mana beli? sini lerrr:
p/s: klik link atas ni,sebarang pertanyaan dan pembelian
boleh tanya terus dengan owner dia.dia lebih arif.saya review dari pengalaman sendiri guna ja.
bukan saya yang jual tau.


like fanpage saya di:



klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.


product review: Bedazzle Look Makeup Set(produk berjenama dari best buy world).

Assalamualaikum.


hari tu dah citer kat uolss kat mana nak beli barang branded melalui online je kan.
kalau terlepas atau tak tak ingat..atau buat2 tak ingat(mulut tuan blog takde kaver line langsung)


jadi hari ini marilah bersorak sakan sebab saya nak review set mekap dari
ada banyak lagi set mekap,perfume,dan macam2 kat web nih.
semua berjenama,sila lah masuk kat situ.confirm teruja sebab banyak pilihan,original dan murah2
(terutama waktu happy hour,harga murah giler weh..).


Bedazzle Look Makeup Set.

cantik sungguh packaging dia.
menangis abang pos laju tu gamaknya..tapi mustahil lah kan,sebab luarnya ada pelastik
pos laju..mana nak nampak packaging ni..wakaka.
p/s: thanks fawzah.


the kotak..! sampai2 je terus ambil gambar dan post kat instagram dengan caption
"it's Dior?  jeng..jeng..sesuatu yang berjenama akan muncul di blog saya.."
ramai exited siap teka dalam ini shades dan macam2 lagi..haha.
teeetttt..! uolss semua salah..muahaha.



isi sebenarnya adalah set ini ! Bedazzle Look Makeup Set !
set ini ada:
1)  butterfly pattern sack(jenama Estee Lauder ke apa  entah,lupa pula).
2) dodo(jenama dari jepun) powder pact.
3) dodo palgantong eyeliner combi pencil.
4) Estee Lauder pure colour long lasting lipstick 7 colour.
5) Estee Lauder sumptuos extreme lash multiplying volume mascara.
6) dodo tip shadow green,light brown & yellow.
7) Estee Lauder gentle eye makeup remover.


Butterfly pattern sack.
suka beli set yang ada sack macam ni.
produk2 tu semua saya letak dalam karung kecil comel ni.
lepas tu letak dalam bag tangan atau bag baju..senang nak travel dan bawak pergi mana2.
produk/mekap kita tak akan bersepah dan 'tersesat' kat dalam bag tangan atau bag baju tu..
semua ada dalam sack ni..senang nak cari.terer tak kak ton? "terer kak toonnn" haha.
lagipun sack yang ini comel giler weh...ada banyak lagi sack dan pouch yang cantik2 kat web


dodo powder pack.
kotak luarnya.cantiknya ada bunga2.saya suka packaging yang cantik..
tak cantik tak suka..wahhh kejam !



the powder ! segi empat yang comel dan kecil.jimat ruang sack atau bag kita.



bedak ni ada 2 tingkat.
kau jangan ingat bangunan je ada tingkat,mangkuk tingkat ke kan..bedak pun dah ada tingkat..
bhahaha..(apesal haku bajet lawak nih (u_u") ).
tingkat yang pertama ada puff bedak.puff dia lembut sangat2.



tingkat yang kedua ada cermin dan bedak.
bedak dia dari kod #01 light beige.
macam cerah kan,tapi bila pakai nampak natural.ada bau yang light dan tekstur
bedak ni halus.



rupa 2 tingkat yang lebih jelas..haha..kelas kau bedak.



ini selepas pakai bedak tersebut.
tekstur dia halus dan ringan sangat.macam tak pakai bedak pun.
kulit nampak gebu dan warna nampak natural..comeynya ka toonnnn...(tetiba sangat kan).


dodo tip shadow.
dalam set ni dapat 3 tip shadow.ini eyeshadow ye.
ada warna green,light brown dan yellow.



tip shadow ni dalam bentuk seperti pen(atau yang sewaktu dengannya..haha).
macam 2in1,ada eyeshadow sekali dengan span untuk sapuan.
bahagian ada span tu macam ada spring tau.saja nak bagitau sebab saya macam jakun sikit..
harap uolss lebih sopan tak jakun macam saya T___T



warna2 tip shadow tersebut.shining tapi cantik dan ala2 pastel colour gituuu..



pulas penutup tip shadow(macam pen),kemudian terus je apply bahagian span tu kat mata.
mudah sangat kan.mudah untuk sapa2 yang nak cepat waktu bermekap,mudah untuk sapa2 yang travel,
mudah untuk mekap semula selepas solat..mudah lah semuanya(tapi takde kaitan dengan mudah.com).



hasilnya.shining tapi natural.saya suka sangat.
sapa2 yang suka mekap natural dan eyeshadow mudah disapu,
sila lah dapatkan set yang ada tip shadow ini.
p/s: saya guna warna yellow di seluruh kelopak sampai pelipat mata,warna green di kelopak
dan warna light brown di garisan bawah mata.kelas kauuu,siap ada tutorial lagi.



dodo palgantong eye liner combi pencil.
kotak eye liner tersebut.ada efek2 jepun.



ada dua bahagian.satu bahagian ada eye liner hitam dan satu bahagian lagi eye liner coklat.
untung sungguh kan..satu eye liner ada 2 warna terus.



hasil setelah digaris.warna cantikdan tektur lembut tapi tak mudah tanggal.
sesuai sangat lah untuk I yang selalu hardcore tak pasal2 ni(apa kaitan tah T__T)



atas mata saya guna eye liner warna hitam.
lembut,mudah digaris dan warna senang melekat.
p/s: saya memang suka garis tak 'straight' macam ini.lagi comot lagi suka..
terasa comel gituuu...muahaha..muntohhhh !



bawah mata saya garis separuh saja menggunakan eye liner warna coklat pula.
warna dia natural.sama jugak,lembut..mudah digaris dan warna melekat.
selain guna untuk bawah mata,saya cuba kreatif sikit..
saya guna eye liner yang coklat ni untuk lukis kening dan guna sebagai shading hidung !
terer kan? muahaha(nyampah sebab tuan blog asik perasan terer).



Estee Lauder sumptuous extreme
 lash multiplying volume mascara.
botolnye.saiz kecil(2.8ml).
senang nak sumbat dalam sack atau bag tangan.
maskara ni warna hitam.



bentuk berus dia.warna hitam pekat.



hasil selepas pakai maskara ni.
dia menyalut dan memisahkan bulu mata.so,sapa2 yang tak suka bulu mata berketul  dek maskara tu
sesuai sangat lah pakai maskara ni.dah boleh kelip pok kelip pok dah (kelip2 mata).
takyah pakai bulu mata palsu macam che ta.che ta pun kalah ni tau.



Estee Lauder pure colour long lasting 
lipstick 7 colour.
pallete lipstick.
nampak eksklusif gitu..lambang tu yang mahal tu..bhahaha.



7 warna semuanya! bestnye ada 7 warna sekaligus.
bawak pergi mana2 senang kan sebab 7 warna terus.pilih je nak pakai warna apa.
takyah bawak sebatang2 macam selalu tu.siap dapat berus dan ada cermin lagik tau.



warna2 dari pallete tersebut.
yang shimmer2 ada,yang nampak basah2 pun ada.
warna dia cantik.suka sangat !.



hasil selepas pakai salah satu warna dari pallete tu.
soft warna dia kan.teksturnya krim dan warna melekat di bibir.
tak mudah tanggal dan tak kering sangat bibir ni.
nak tahu satu rahsia? sebenarnya saya guna lipstick ni jugak untuk buat sebagai pemerah pipi !
caranya mudah saja,dot2 lipstick ni di pipi..kemudian sapu rata guna jari.
serius nampak cantik !



Estee Lauder gentle eye makeup remover.
saiz 50ml.tak memberatkan bag kalau nak bawak pergi mana2.



tekturnya cair macam air dan ada buih2.



saya nak testing nih.
atas tu eyeliner waterproof,coklat tu pigmented eyeshadow(tak mudah tanggal),
merah tu lipstick yang tak mudah tanggal dan bawah sekali maskara.
walaupun dia hanya eye makeup remover,tapi saja nak test guna kat lipstick jugak.



saya letak eye makeup remover tu di kapas dan sapu di sebelah garisan mekap2 tadi.
berkesan ! best sebab tak berminyak.saya dah cuci mekap guna produk ni.
bukan kat mata je,kat seluruh muka saya guna.saja nak test kan.



sekali zaaapppp ! dia tanggalkan mekap.
ni kesan2 mekap yang keluar lepas sesi testing kat tangan tadi.



hasil mekap menggunakan kesemua 
produk dari set ini.
p/s:sapa2 yang rasa nak curi gambar saya tu sila ingat dosa pahala dan tindakan
yang saya boleh ambil ye adik2.sekian peringatan sebab ramai suka curi gambar saya.
saya guna semua produk dari set ini(yang saya review semua ni).
pipi saya guna lipstick dari pallete tu.kening dan shading hidung saya guna eye liner coklat tu.
ini saya mekap betul2 tau bukan guna efek camera 385 ke,399 ke..tak guna efek2 edit tu pun.



mekap ini soft.sesuai untuk apa2 acara je.


soft dan natural.eyeshadow pun natural je kan?
saya suka lah produk dari set ni.




apa lagi uolss  tunggu tu..sila lah cari mana2 set atau produk yang uolss mungkin suka
ada macam2 lagi.perfume ada,mekap ada,skincare ada,bag ada,banyak lagi lah.
semua branded2 punya..macam SKII,Christian Dior,Estee Lauder dan banyak lagi jenama.
original,harga murah dan promosi dengan sale pun selalu ada.
beli barang branded hanya melalui online.best kan?



sekali lagi,kat mana nak beli produk2 branded ni?




like fanpage blog saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.



product review: spa lightening salt.

Assalamualaikum.


uolss rajin tak pergi salun/spa? selalu kalau pergi buat rawatan spa
mesti ada guna garam kan? garam laut,garam bukit,garam masak(hoi!)
 semua mak nenek garam dia taruk kat body kita..pastu terjerit2 tahan sakit kena gosok..
PADAN MUKA! muahaha..tapi jangan ingat suka2 je dia taruk benda tu..
garam untuk rawatan spa tu bagus untuk kulit dan bagus untuk dalam jugak(aliran darah).
fungsi garam spa yang paling universal ialah untuk tanggalkan sel mati,haluskan kulit,
merawat kulit,melancarkan aliran darah dan macam2 lagi lah.


tapi sekarang ni takyah susah2 pergi spa uolsss...
sekarang boleh buat rawatan ala2 spa di rumah sendiri jek.gunalah garam spa lightening salt !
jimat belanja,beli satu botol boleh tahan lama.
boleh bajet mak datin kat rumah sendiri..makk datinnn sangaaatttt kan(nyampah) bhahaha.
pastu takyah buat muka tahan sakit kena gosok.gosok sendiri mana sakit pun.
(kalau kat salun/spa pun tak semua depa gosok sakit,saja je tuan blog buat kecoh =p)


produk:
spa lightening salt.

saiz: 
300gm.

harga:
RM10(tidak termasuk pos).

tempat beli(onlineshop): https://www.facebook.com/HisyfadzBeautyHome
(sila klik sini)



ada dua haruman.orange dan mixed fruits.
sama saja fungsi dia,cuma haruman berlainan.saya suka guna yang mixed fruits(ungu)
sebab wangi dan bau dia macam bau buah yang 'lemak2 manis'..amboi !
tapi kalau nak efek fresh,guna lah yang orange.wangi jugak.bau oren kan.




the packaging.di belakang ada tulis cara guna dan kebaikan produk ni.




suka sangat ala2 spa kan..hamik,3 gambar saya taruk..muahaha.
serius uolss kena try sebab garam ni best dan banyak kebaikan untuk kulit.




kena picit untuk tuang produk.kebersihan terjamin sebab takyah colek guna jari.




teksturnya bergaram dan cair.memang kasar sikit sebab nama pun garam uolsss.
kasar ni yang best nak sental badan ni.




saya suka guna waktu kulit basah.pakai waktu mandi.best sangat.
basahkan kulit,sapu garam ni dan gosok lembut.dia akan jadi berkrim bila gosok dan bercampur air.
gosok rata2 dan bilas dengan air bersih.kalau scrub kita kena gosok sampai keluar daki2 dan
hilang kesan produk kan? yang garam spa takyah camtu.kita cuma kena gosok2 lepas tu bilas terus.




waktu bilas tu gosok kulit betul2.gosok sampai hilang sisa tau sebab dia akan berbuih.
buih banyak.takyah pakai sabun mandi dah pun takpa.




saja tunjuk tangan.
hasil lepas guna garam ni memang best.kulit kita terus jadi lembut.
lembut yang tahan lama dan kulit pun jadi bersih,takde lah daki hitam senang muncul.



kata pengeluar:
merangsang keremajaan kulit dengan menanggalkan sel kulit mati.
 gabungan buah-buahan dan vitamin E,ianya baik untuk mengembalikan kelembapan
dan kulit sihat berseri.
kulit akan menjadi cerah dan terasa licin bila disentuh.
boleh digunakan setiap hari untuk hasil yang sempurna.



hasil penggunaan saya:
- best sangat sebab kulit jadi lembut.lembut dia tu tahan lama.
- kulit lembab.tak kering dan tak 'tegang'.
-bau wangi.
- badan kita rasa selesa lepas gosok dengan garam ni.
tambah2 kalau lepas gosok tu kita bilas badan guna air suam atau berendam.
perghhh! relaks sangat uolsss.perfect kalau malam2.senang nak tido sebab body dah relaks.
- kalau gosok guna ni takyah pakai sabun badan dah pun takpe.
dia berbuih,bau wangi dan gosok2 tu tu pun kulit kita dah bersih.
- boleh guna selalu.daki pun susah nak naik.daki ni yang buat kulit kita kering dan hitam.


overall memang saya suka spa lightening salt ni.
awak semua sila lah try.kena rajin jaga kecantikan..tak boleh kedekut dan tak boleh malas2.
nanti 10 tahun akan datang kita akan nampak hasilnya pada diri kita.
kalau bagus penjaagan kita,baguslah hasilnya.awet muda dan sentiasa berseri.
atau sekurang2nya,keadaan kulit dan diri kita lebih ok berbading kalau tak jaga langsung.
kalau tak jaga tu sila paham lah hasil 10 tahun lagi macam mana
(jahat pulak mulut tuan blog nih,pandai jek nak takutkan orang =p).



sekali lagi,kat mana nak beli?
kat sini: https://www.facebook.com/HisyfadzBeautyHome
(sila klik sini)



like fanpage blog saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.